Penampakan

Desiree Michael for Fiksyen Shasha
Lokasi: Kuching, Sarawak.

Lorong-lorong gelap dan bilik-bilik yang usang dipenuhi juntaian akar dan dedaunan sudah cukup untuk membuat bulu roma meremang. Meskipun begitu, ia tidak menghalang aku dan empat lagi sahabat yang lain untuk merungkai misteri asrama usang yang terbiar di belakang hospital tersebut. Leka merakam video, Celia terpandang kelibat ‘seorang’ kanak-kanak perempuan di hujung koridor. Pergerakannya yang perlahan seolah-olah sedang menari di lorong. Selepas beberapa minit kami memerhati kaku, ‘dia’ lenyap disebalik dinding. Kami kemudiannya meneruskan rakaman dan selepas beberapa jam sebelum menginjak ke malam, kami bertolak balik. Sangkaan kami, tiada pengalaman misteri kecuali terlihat kelibat kanak-kanak tersebut; kami tidak melihat atau mendengar apa-apa selepas itu, tetapi keesokan harinya, aku dapat rasa seolah-olah jantung aku telah jatuh ke lantai.

Footage dari kamera Lisa merakamkan bunyi nyanyian seorang gadis kecil dan gerakannya seakan tengah menari. Pada akhir rakaman, kami boleh mendengar panggilannya disertai gelakan kecil, “Mari turun ke dalam bilik ini.”

Hampir pecah kamera milik Lisa akibat ditolak oleh lenganku. Lewat petang itu juga kami kembali ke lokasi tersebut. Berbekalkan hanya kamera infra merah, kami berjalan perlahan menyusuri lorong gelap dan hampir runtuh menuju ke lantai bawah yang gelap gelita di mana kami ‘terserempak’ dengan gadis kecil itu pada hari sebelumnya. Terdapat tangga gelap di sebelah dapur. Sesungguhnya aku merasa mual dengan lantai berdebu, sarang lelabah dan lumut. Yang lain telah bergerak sedikit jauh daripadaku, apabila aku mendengar jeritan datangnya dari atas. Aku membeku, lututku sudah terasa lemah namun aku teruskan melangkah perlahan-lahan menuju ke pintu di hujung koridor. Sampai saja ke lorong, aku mendengarnya lagi.

Untuk menerangkan dengan kata-kata sangat sukar dilakukan. Suaranya terdengar dekat, namun pada masa yang sama, begitu jauh. Ia adalah seruan yang paling menyedihkan dan menakutkan yang pernah aku dengar. Suara itu perempuan, namun aku tak pasti. Ia mungkin seorang gadis kecil atau mungkin seorang wanita dewasa. Bunyinya seperti dalam kesakitan yang luar biasa. Tak terasa suaraku lantang memanggil yang lain diikuti langkah yang besar, namun tiada respon mahupun kelibat mereka kelihatan dimana mana. Aku rasa macam aku tersesat di dalam bangunan lama itu, aku tak jumpa jalan keluar ataupun sesiapa. Badanku terasa sejuk beku namun peluh basah mencucuri.
Setelah hampir 15 minit aku ‘sesat’, barulah aku mendengar suara yang lain memanggil-manggil namaku. Tanpa membuang masa aku ajak mereka keluar dari bangunan tersebut. Di halaman depan yang dipenuhi semak samun, kami semua berkumpul dalam separa bulatan supaya kami semua dapat melihat rakaman dari skrin kamera infra merah. Tidak lama selepas itu, aku merasakan ada orang yang menepis siku aku dari belakang, kemudian aku terasa bajuku direnggut ke belakang; aku hampir tersembam ke lantai. Yang lain di sebelah kiri kanan memandang dengan penuh kehairanan. Mereka semua perasan wajahku mula berubah dan bibirku mulai pucat; aku pun berpaling ke belakang, menyedari bahawa tiada seorang pun di sana. Kami memandang satu sama lain dengan penuh tanda tanya.

Hari itu, suhu badanku menurun dengan drastik dan sesiapa yang menyentuhku seolah olah mereka menggenggam ketulan ais.

Lokasi: Semenanjung

Umum tahu kawasan perlombongan sememangnya ada cerita tersembunyinya yang tersendiri; tidak kira seberapa besar dan moden pembangunan yang bakal mengambil alih untuk mencipta sejarah baru di atas tempat yang misteri sebegitu. Tak ketinggalan juga tempat kerjaku sekarang. Aku baru mula bekerja tiga hari ketika aku ‘disapa’ oleh ‘penghuni halimunan’ untuk kali pertama di kelab golf yang terkemuka di Kuala Lumpur itu.

Aku sampai di kelab golf dua puluh lima minit sebelum menginjak ke pukul tujuh. Pagi itu, suasana masih gelap dan berkabus, dingin dan sejuk sekali. Kelihatan embun yang menitis jernih ke atas dedaunan dan mengalir laju melimpahi bumi. Aku sedut nafas dalam sedalamnya di golf cart/buggy. Aku sampai sedikit awal, memandangkan kaunter resepsi golf juga masih tiada orang; hanya kelihatan abang sekuriti yang berjaga malam dan juga beberapa pekerja dapur yang mulai kelihatan sibuk menyediakan apa yang perlu untuk seharian yang bakal tiba. Dari lobi yang terletak di tingkat satu, terdapat kaunter resepsi. Kaunter ini terletak di tengah tengah. Ada laluan dari depan dan belakang kaunter. Dari kiri, kita akan menuju ke event room Hall of Fame, dapur dan juga Club Lounge/restoran.

Di sebelah kanan pula terletaknya pejabatku. Keluar saja dari pintu pejabat, akan ada bilik event kedua yang boleh memuatkan lapan puluh hingga seratus orang. Sampai di kaunter resepsi, kita akan melihat Members Lounge/event hall di sudut kanan yang terletak di belakang kaunter. Hanya registered golfers di kelab golf kami sahaja yang boleh menggunakan bilik itu. Di dalamnya sudah disediakan meja dan kerusi lengkap setting untuk apa apa event yang bakal diadakan. Sound system, set karaoke, bilik mesyuarat, mini bar kaunter dan tandas mewah.
Kawasan kegemaran aku di seluruh golf course ini adalah members lounge. Why is that? Because they have this one massive wall hanging frameless mirror. That mirror actually do justice on the entire interior design, really. Nampak luxury dan antik pada masa yang sama. Dilengkapi pula dengan mini coffee set dan pasu bunga di atas meja, dengan beberapa susunan majalah golf. Maka, that spot ultimately turned out to be my main makeup hub. Tandas terletak di kiri dan kanan dari main entrance members lounge. Cermin itu terletak di dinding luar tandas lelaki. Alright, nuff with the description.

Macam biasa aku akan mulakan sesi bermekap di depan cermin seperti yang aku maklumkan diatas. Ketika aku tengah mencalit blusher di pipi, dua orang golfers masuk dan menuju ke tandas lelaki. Disambut dengan senyuman dan selamat pagi, aku buat keputusan untuk sambung bermekap di dalam tandas wanita. Dari depan pintu masuk ke tandas wanita, kita akan melihat satu lagi pintu yang menuju ke Ladies Changing Room di tingkat bawah. Sebelah kiri adalah tandas. So here is where my story began.
Aku packed semua barang ke dalam beg mekap untuk menggunakan tandas. Setelah habiskan urusan dan aku cuba bangkit, terasa semacam seseorang menghalang aku daripada bangun. Aku ditahan dan aku dapat merasai suatu daya tak kelihatan yang meletakkan tekanan pada bahuku. Aku makin memberontak untuk bangun dengan semua kekuatan yang ada namun posisiku tak bergerak walaupun seinci. Aku hanya duduk di sana selama seminit lebih tanpa mengetahui apa yang perlu dilakukan atau difikirkan. Kepala aku terasa bengkak. Bulu roma terpacak berdiri. Terasa tetesan air mata hangat mengalir. Aku hampir saja menjerit ketika aku akhirnya mampu bangun. Hari itu aku memutuskan untuk kerja setengah hari saja. Seharian itu juga aku merasa macam aku bukan diri aku. Sentuhan ghaib yang aku rasakan itu sesungguhnya amat aneh. Pada keesokan harinya, aku dapati ada kesan lebam di kedua belah bahu. Itulah kali terakhir aku menginjak kaki ke dalam tandas tersebut.

Ternyata, seorang lagi rakan sekerja yang lain juga pernah mengalami peristiwa diganggu di tandas tersebut. Ketika dia tengah membetulkan pakaian di hadapan cermin, dia melihat satu lembaga hitam di sebalik pintu keluar dari tandas. Kelihatan susuk tubuh lelaki yang menjengahkan kepalanya beberapa kali seolah olah ingin mengintai ke tandas.

Di kaunter resepsi golf, aku rapat dengan salah seorang receptionist, namanya Elle. Memandangkan hanya ada dua orang yang berkongsi peralihan sepanjang masa, jadi ini bermakna mereka bekerja bersendirian. Kebanyakan masa kalau aku kurang sibuk, aku selalu luangkan masa di kaunter. Banyak kali juga aku stayed over dengan Elle hingga shift petangnya habis pada pukul tujuh malam..
Suatu petang tu Elle bekerja bersendirian. Di kaunter resepsi, ada sebuah cermin meja kecil yang Elle letakkan di hadapan komputer. Biasanya meja perempuan memang akan ada cermin. Mmemandangkan kaunter tu terletak di tengah tengah laluan, bayang bayang orang yang lalu lalang di belakang kaunter akan dapat dilihat dari depan. Elle tengah menbetulkan rambut di hadapan cermin apabila dia merasa ada tiupan halus di belakang tengkuk. Terus menggigil kecil si Elle. Tiba tiba dia nampak bayang-bayang menghampiri dari belakang kaunter. Hairan juga dia sebab tiada orang pun waktu tu. Tiada bunyi derapan tapak kasut. Jenuhnya dia memerhati sambil berdiri perlahan lahan dan berjalan keluar dari kaunter untuk menjenguk ke belakang.
Pandangannya tergendala apabila bayang bayang itu hilang dengan pantas setelah bertembung dengan bayang bayang Elle. Tertanya tanya ke mana ‘tetamu’ itu pergi. Elle termenung sekejap di laluan belakang kaunter berhadapan Members Lounge. Tiada siapa pun disana. Hanya beberapa langkah saja untuk sampai ke kaunter depan, apabila Elle melihat seseorang berdiri di sebalik pintu Members Lounge sambil memandang tepat ke arahnya. Elle tidak terlalu memikirkannya kerana dia memikirkan mungkin saja itu adalah pengawal yang selalu membuat rondaan. Tetapi apabila dia berjalan mendekati pintu tersebut, barulah Elle menyedari orang itu berdiri tanpa kakinya menjejak ke lantai. Meremang Elle, tiba tiba orang itu hilang dari pandangan.

Suatu hari tu aku, Elle dan Nisa menaiki golf cart bersama sama memandangkan kami kurang kerja. Golf course itu amat cantik, dalam perjalanan di sepanjang buggy track, kita akan melalui beberapa hutan kecil yang amat segar udaranya. Di satu spot yang kami suka tu, banyak orang dah terjumpa ular sawa dan biawak yang besar disana. Hari tu, kami bertiga hanya duduk di buggy sambil bermain filter di snapchat untuk mengambil gambar dan video. Di kiri kanan hanya hutan dan padang golf yang luas, kosong. Dalam banyak banyak video, kami tertangkap video seorang lelaki. Lihat sekeliling tiada pula sesiapa. Kami lihat lagi video tersebut, memang ada bayangan seorang lelaki yang kurang jelas, tapi ada kepala, bahu dan kaki. Siapa yang tak kecut perut? Kami pandang sudut tempat lelaki itu berdiri, tiada sesiapa! Aku terus saja pecut dan serentak itu juga kedengaran bunyi ketawa yang garau disertai bunyi seseorang tengah menetak pokok kedengaran amat jelas dan menyeramkan.

Setelah bergerak agak jauh, dari seberang tasik kami dapat melihat lelaki itu berdiri memandang kami sehingga hilang dari pandangan. Aku dan Elle mengambil cuti tanpa gaji selama tiga hari sementara Nisa pula seminggu kerana demam. Bulan ini juga adalah bulan terakhir Elle dan Nisa bekerja disitu; meninggalkan aku.

Desiree Michael

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

1 thought on “Penampakan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.