Penangan Teguran

As salam kepada semua pembaca FS. Terima kasih admin andai kata cerita ku ini dipaparkan untuk tatapan para peminat FS. Maaf jika penulisan dan cerita yang ku dambakan tidak semeriah nan semenarik cerita-cerita yang lain. Ini adalah cerita pertama dari kumpulan cerita-cerita mistik yang akan saya sampaikan nanti. InsyaAllah.

DORM 1

Kisah bermula di sekitar tahun 90’an. Waktu itu Azmi(bukan nama sebenar), telah berjaya memasuki salah sebuah sekolah teknik berasrama di negeri Melaka. Belum pernah didalam hidupnya pergi merantau dinegeri orang apatah lagi ketika umurnya masih lagi setahun jagung. Ketika itu umurnya baru menjangkau 16 tahun.

Hari pertama di asrama agak membingungkan buat Azmi kerana terlampau bnyak yang harus diingati terutama tentang undang-undang yang dikuat kuasakan di kawasan asrama. Waktu-waktu yang harus dipatuhi oleh setiap pelajar, perkara-perkara yang dilarang dan bermacam-macam lagi. Al maklumlah baru pertama kali berada jauh dari keluarga. Malas memikirkan tentang semua informasi yang baru diterima, Azmi membodohkan diri dan melayan diri secara sendirian berhad.

Malam pertama disitu, Azmi telah menjadi ‘tumpuan’ para penginap asrama di kawasan bukit itu. Bukit disitu memang terkenal dengan jolokan ‘Kawasan Jin Bertendang’. Jadi memang agak keras kerana terdapat banyak batu-bata dan kayu-kayu hutan yang keras apatah lagi dengan penduduknya yang keras lagi keras kepala.

Sebelum tidur, sudah menjadi kebiasaan si Azmi untuk membaca doa-doa pelindung diri dan berzikir. Sedang asyik dibuai mimpi, tiba-tiba Azmi tersedar dari lamunan. Ditariknya selimut kerana hujan renyai mula turun membasahi kawasan asrama. Azmi melihat sekelilingnya. Semua rakan dormnya sudah tidur. Sekali sekala boleh kedengaran orang berdengkur bagaikan perlumbaan motorboat sedang berlangsung. Azmi melabuhkan semula kepalanya di atas bantal. Sedang asyik mengelamun untuk kembali tidur, kedengaran suara kucing sedang bergaduh betul-betul diluar pintu dormnya.

Untuk pengetahuan umum, katil Azmi terletak betul di hujung dorm disebelah pintu belakang(dorm bentuk kelas ada pintu depan dan blakang). Suara kucing bergaduh itu lama-lama semakin kuat, lagak gaya kucing bergaduh dimana klimaksnya boleh diketahui sebelum bermula cakar-mencakar sesama meraka. Ketika mencapai puncak klimaks, Azmi menyampuk seria berteriak,
” Senyaplah mangkuk! Shhhhsshh!! Shuuhh! Shuuh!!”
Senyap seketika.

Suara kucing bergaduh berhenti dek teriakan si Azmi. Baru lega hati Azmi untuk sambung tidur. Tapi, suara kucing tadi kembali dan kali ini lebih kuat.
” Eh! Eh!..Aku cakap..”
Baru saja Azmi ingin menegur sekali lagi, kali ini belum sempat dia menghabiskan ayatnya tiba-tiba suara kucing itu bertukar menjadi suara ngauman harimau diselangi dengan dengusannya. Kuat! Bagaikan harimau berada betul-betul disebelahnya.

Azmi terpaku, terbeliak matanya memandang ceiling. Peluh bapok mencurah-curah. Basah katilnya dicampur dengan air kencingnya sendiri. Sedang dia cuba bertenang, ngauman si harimau tidak lagi kedengaran cuma dengusan-dengusannya yang boleh didengari. Beberapa kali dia cuba membaca ayat-ayat pelindung dan lazim. Tapi tunggang langgang jadinya. Tak semena-mena, kelihatan satu lembaga hitam dan besar dihujung penjuru dormnya. Matanya merah menyala memandang Azmi. Makin ditenung, Azmi dapat lihat mulut lembaga itu senyum sikit demi sedikit hingga ternampak gigi-gig taring lembaga tersebut. Wajahnya yang serupa mawas bercampur anjing dengan lidah panjang berjela membuatkan Azmi tidak lalu untuk hadap lagi. Di tolehkan kepalanya ke kiri dan tidak semena-mena muka lembaga tersebut kini berada betul selari dengan kepalanya yang sedang menoleh kekiri.
Gelap. Senyap.
Azmi pengsan.

Keesokannya, keluarga Azmi datang untuk mengambilnya pulang. Azmi demam panas teruk. Azmi tidak lagi kelihatan di sekolah tersebut.

Khabarnya ketika dibawa pulang, Azmi berperangai pelik. Seperti kucing dan sekali sekala seperti harimau. Wallahualam.

Sekian.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

penglipurlara

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

15 thoughts on “Penangan Teguran”

  1. Pendek sgt cite ni..bedesup aku baca terus abes..
    cara penulisan okey..point penting nye sikit je tp masih boleh faham..6/10

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.