Penari Siam Dari Aras 3

Masih jelas di ingatan, penghujung tahun 2022. Merupakan semester akhir aku dalam belajar diploma. Kemasukan aku pada hari pertama semester itu dikejutkan dengan berita dari rakan wanita aku apabila dia memberitahu
Fatin“ kau tahu tak, aras 3 blok perempuan dah buka”
aku memberikan reaksi yang curiga ”ehh aras tu setahu aku dah 15 tahun tak buka, asal tetiba boleh buka pulak” ujarku.
Fatin “Warden perempuan sem ni warden baru, so dia cakap dia nak meriahkan suasana blok perempuan ni dengan cara itu”
“oouuhhh..diorang dah buat baca-baca ke yela dah lama tak berpenghuni kan bacaan yassin ke?”
Fatin”entah la tak dengar pulak”

Selesai sahaja berbual dengan fatin di hadapan dewan makan aku terus naik bilik untuk bertanyakan tentang khabar yang baru sahaja aku dengari. Ternyata Sah memang aras 3
Alip “Kau tahu tak kenapa takda rungutan tentang bilik?”
“Haah la kenapa tak tahu pula”
Alip “Aras 3 Bilik semua diorang bagi dekat intake baru semester ni, tu sebabla diorang tak merungut sebab diorang tak tahu pasal aras 3 tu”

Tiba-tiba ada announcement yang mengatakan pelajar perlu turun ke surau waktu maghrib sebentar lagi. Aku dah boleh agak setiap sem macam itulah mungkin untuk mengeratkan lagi sillaturrahim diantara pelajar baru dan lama kerana selesai sahaja solat maghrib pelajar akan tunggu di surau hingga masuknya waktu isya. Pada masa itulah sesi suai kenal secara tidak rasmi bermula.

Sebelum masuk isya majlis perwakilan pelajar (MPP) mengedarkan surah yassin, sejurus sahaja semua sudah mendapat bacaan yassin terus dimulakan.

Tetapi keadaan berada di luar jangkaan kami, sejurus sahaja bacaan dimulakan seorang palajar perempuan terus menjerit terpekik-pekik “dah kenapa pulak dah” bisik dalam hati, bacaan tetap diteruskan gangguan itu tidak diendah oleh kami, sementara membaca aku terdengar benda itu mengatakan

“Jangan masuk tempat aku..keluar..keluar..”
Dengan nadanya yang agak garau dan mendalam seram sejuk aku dibuatnya. Benda itu berlarutan sehingga selesai bacaan yassin.

Sesudah selesai, mpp wanita pun turut cuba menenangkan pelajar perempuan yang dirasuk itu, tetapi cubaan mereka gagal, 2 orang mpp perempuan itu dicampak oleh pelajar yang dirasuk seakan-akan anak patung.
Di situlah bermulanya kekecohan di awal semester ini, mendapat arahan oleh ketua mpp, kami semua membuat bulatan mengelilingi pelajar yg di rasuk itu.

Bacaan ayat suci di lantunkan, para pelajar yang turut serta mengalunkannya bersama ketua mpp. Keadaan menjadi kecoh apabila benda itu bersuara.
“Aku dah cakap keluarr!”
Sejurus benda itu bersuara lampu didalam surau berkelip-kelip
Tiba-tiba bulatan yang kami buat mengelilingi pelajar yang dirasuk itu, Bukan seorang yang berada di tengah bulatan ini tetapi 5.

Alip”Wey Man bila masa pulak ada 5 orang tengah tu”
“Mana aku tahu lampu berkelip tadi aku pun tak sedar”
Pelajar perempuan makin bising, ada yang sudah bangun, ada yang sudah berlari keluar dari surau, ada yang menjerit dan sebagainya.5 pelajar itu sedang menari secara perlahan sambil memandang kami. Aku tidak berapa arif dengan tarian tapi jika dilihat gerak tari tangan dan kaki aku rasakan ini adalah tarian siam.

Meremang bulu roma aku kini hanya 30% pelajar yang masih tinggal didalam surau, Pelajar yang awal dirasuk itu mengatakan sesuatu didalam bahasa siam, aku boleh agak yang dia sedang menyanyi kerana terdapat intonansi di dalam percakapannya itu walaupun aku tidak faham.

Serentak sosok itu bernyanyi dan menari aku terdengar seakan alat muzik seperti gong,gendang dan sebagainya.Bagai nak gila aku dibuatnya,aku memandang kea rah kawan-kawanku,haziq terlihat panik,zaki masih terkumat-kamit membaca,alip pula menyapa aku “Kau dengar juga ke bunyi instrument tu?”
“dengarlah kalau tak kenapa aku nak cuak”kataku perlahan

Selang beberapa minit ustaz pun tiba setelah mendapat aduan daripada pihak pelajar. Ustaz tidak datang berseorangan , dia datang bersama 3 lagi rakannya. Aku melihat ustaz membaca sambil tangan kanannya megenggam sesuatu, dekat sahaja dengan sosok itu ustaz melemparkan benda yang telah dibacanya tadi, daripada dilihat bentuk fizikalnya aku rasakan ustaz melemparkan garam. 5 sosok pelajar tadi meraung kesakitan yang amat sangat, d***h ku berderau sesekali aku dengari suara mengilai dari arah sana. 3 lagi rakan ustaz cuba menenangkan keadaan dengan beberapa orang pelajar yang dirasuk itu serentak.

“siapa kau, dari mana kau datang? Kembali semula ke tempat asal kau!” kata ustaz sambil memegang kepala pelajar yang dirasuk.
“Ini tempat aku mereka yang masuk tempat aku” kata sosok itu
Suara serak basah sosok itu amat menakutkan, sesekali aku beristifar.
Apabila keadaan menjadi reda, kami di minta untuk membuat bacaan yassin di aras 3 blok perempuan.
Selepas kejadian itu Alhamdulillah semuanya kembali menjadi aman
Nuke

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

nuke

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 50 Average: 3.7]

1 thought on “Penari Siam Dari Aras 3”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.