PENDATANG LEWAT MALAM
Assalamualaikum kepada semua pembaca fiksyen Shasha. Aku Ain bukan nama sebenar. Tetapi aku hanya bahasakan diri aku dalam cerita ini AKU sahaja ye.
Mungkin cerita aku tidak berapa seram tetapi hanya sekadar ingin bercerita sahaja. Kisah bermula ketika aku menetap di kolej aku selama empat tahun. Tetapi pada tahun ke-3 2016 ketika aku berusia 18 tahun baru aku lalui perkara aneh yang berlaku pada diri sendiri di asrama. Kebiasaannya aku sudah biasa melihat pelajar kolej aku “Terkena Histeria” pada setiap tahun. Sesiapa yang pernah menetap di asrama sahaja tahu akan perkara sebegini.
Cerita bermula pada waktu malam jam 2 pagi ketika aku sedang leka menonton show “Running Man”. Aku menonton sambil memakai “earphone”. Aku memang fanatik kepada show ini dan ketika itu aku menontonnya secara berturut turut atau bahasa lebih tepat ” Marathon Episode”. Aku tidak hiraukan waktu ketika itu kerana aku fikir esok adalah hari cuti jadi tidur lewat juga tidak mengapa.
Jadi sedang leka aku bergelak ketawa seorang diri tanpa menghiraukan orang sekeliling di dorm aku, aku melihat langsir di hadapan tidak jauh di hadapanku bergerak dengan sendiri bagai ditiup angin sepoi sepoi. Walhal, di dorm aku terdapat 2 langsir yang sama pada kiri dan kanan tetapi yang hanya bergerak pada belah kiri sahaja. Tetapi aku cuba menghiraukan keadaan tersebut dan meneruskan cerita aku.
Dalam jam 3 pagi aku masih menonton lagi cerita aku dengan gelak yang kuat dan tiba-tiba apabila aku mengubah posisi duduk aku, aku terasa bagai ada seseorang yang memegang bahu aku. Ia terasa memang seperti ada tangan yang menyentuhku. Lalu aku pun terus menoleh ke belakang dan melihatnya tetapi tidak ada sesiapa. Keadaan ketika itu gelap kerana dorm sudah ditutup lampunya kerana takut mengganggu ahli dorm yang lain.
Pada saat itu aku sudah rasa takut dan naik bulu roma tetapi aku cuba untuk tenangkan diri kerana yang aku tahu jika kita terlalu takut pada benda tersebut maka dia lagi suka untuk mengganggu kita dan apabila kita terlalu berani juga diri akan menjadi riak dan benda itu pun akan suka pada kita. Jadi pada waktu itu perasaan aku bercampur-baur takut dan berani. Aku menganggap yang memegang bahu aku tadi adalah selimut aku. Aku cuba sedapkan hati.
Aku terus mencabut kepala charger laptop aku dan matikan laptop aku. Kemudian simpannya di dalam almari aku ataupon bahasa asrama loker. Ketika aku sedang menyimpannya kemudian aku memandang cermin loker aku dan merasa seolah-olah ada seseorang memandangku dengan keadaan tersenyum. Aku terdiam seketika dan melihat keadaan sekeliling. Aku cuba tenangkan diri dan megendahkan kejadian tersebut. Tidak mahu berfikir yang bukan-bukan.
Lantas aku terus menuju ke katil aku dan mencuit sedikit rakan sebelah katil aku untuk sedarkan dia sedikit bagi menghilangkan rasa takut aku. Lalu dia tersedar aku terus menarik selimutku dan tertidur. Situasi macam ini akan berlaku bila seseorang itu adalah seorang yang penakut. Huhhuuuuu…
Sekian ini sahaja cerita aku yang boleh aku kongsikan. Tidak ramai yang tahu akan cerita aku kerana beberapa bulan kemudian baru aku bercerita pada orang yang boleh percaya pada cerita aku.
Ada banyak lagi kisah yang menarik aku boleh kongsikan di sini selain cerita terjadi di dorm ini. Aku akan cuba kongsikan.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
ekk ehh..ko kejut kawan ko, kawan ko bangun, pastu ko terus tidur..apekah?
Tajuk dah gempak isi cerita pulak kureng…tak publish pon xpe…sorry just my opinion
Bosan gila!
Bila kau gelak ketawa tak hirau org di sekeliling yg tidur memanglah kau sendiri macam hantu.
Ntah apa2..
Serupa tulis diari je ni
Cite entah pape.. Tak payah cite lg la dik, boring
la br je nk layan dh habis…huhuh
Oii cerita apa ni?
Ni bukan cerita hantu nak, ni namanya perasaan ko sendiri sebab penakut.
Tajuk gempak habis. Ha ha ha…
nasib baik baca komen dan rating dulu hahahaha
hahahahambar
BBNU memang tak tahu guna perkataan endah yer? banyak kali aku jumpa dalam FS ni… haru…