Salam dan selamat sejahtera kepada semua,dah lama berkenan dengan FS ni dari tahun 2018 lagi. Bahagian intro sikit sahaja aku akan letak nama aku Nana,,umur dalam 20an,kepada pihak fiksyen shasha terima kasih kalau cerita ini dapat disiarkan.
Bermula la cerita tentang gangguan di kampung nenek aku dan akibat amarah. Untuk pengetahuan semua ni kampung nenek tiri aku, jadi kami sekeluarga memang jarang-jarang balik sebab jauh nun pantai timur sana.
So,raya tahun lepas aku balik kampung asing dengan mak ayah,dorang naik kereta aku naik bas sebab tak muat ..sampai kampung malam raya.
Malam tu takda apa yang nak dipelikkan sebab yela masing-masing letih dengan persiapan raya,lagipun family aku yang buat semua .Family lain tak balik rumah nenek aku ni , dorang balik lepas raya ke2 atau ke3 so malam tu kitorang-kotorang je. Nenek aku duduk sorang dengan bapa saudara 2 orang sebab arwah atok dah takda..meninggal( al-fatihah).
Pagi tu aku bangun macam biasa pukul 6 pagi. Di pagi raya aku terpandang satu makhluk yang aku tak pernah nampak atas siling rumah nenek aku tu.
Aku tak tau la korang seram ke tak kalau aku terangkan bentuk dia, mata merah menyala, badan berbulu macam korang pernah tengokkan iklan mamee monster tu yang warna biru tu. Tapi dia ni warna coklat nak kehitam macamtu.Gigi dia panjang2 menyeringai .Dia pandang je aku dan aku cuba la tutup mata dan buka lagi sekali jeng jeng jeng dia masih dekat situ tepat pandang kearah aku. Setengah jam jugak la keras sampai mak perasan aku kenapa keras camtu jee..aku taknak la bgtau sebab mak aku pun tak berani sangat.,aku bukak pejam mata lagi sekali kemudian buka mata, benda tu hilang!
Aku cerita dekat ayah, dia cakap salam kenal je tu.
Tak habis lagi kisahnya ,kitorang pun raya macam biasa. Siang tu pergi sini pergi sana. Dan malam pun menjelma tanda waktu untuk tidur.
Jam pukul 12 malam. Lampu semua dah tutup kecuali lampu dekat luar garaj tu je yang terbukak.
Aku pun tidur la dan terjaga pukul 3 pagi disebabkan dentuman kuat dekat pintu kayu utama. Macam orang langgar.Aku tengok pintu takda apa2 pun (mak aii seram plak time tulis benda ni)dan lagi satu tingkap rumah nenek aku ni jenis kaca yang boleh nampak luar jenis jernih tu dan tak berlangsir.
Masa tu aku takut jugak la tapi disebabkan gatal aku nak tgok tingkap tu and sangkaan aku betul memang ada sesuatu makhluk seakan serigala tapi warna putih dan bercahaya,,aku kira 3 kali dia berbunyik betul sebelah kereta ayah aku awuuuuu…..aawwwwuuuuu….aaawwwuuuuu…lepastu dia lari dan hilang..aku dah tak sedap hati aku tarik selimut tidur.
Aku ingatkan habis la dekat situ. Pukul 4.30am aku bangun lagi kali ni takda sebab. Aku mmg terjaga sendiri.Aku dengar bunyi tapak kaki melangkah perlahan2 dari dapur..krek…krek…krek..makin lama makin dekat dengan tempat aku tidur.Aku yang disebalik selimut tu dah berpeluh2 dah. Benda tu berhenti menapak atas kepala aku.
Mula-mula aku rasa macam dia jalan kelililing aku 2 kali jugak la,lepastu dia berhenti dekat kaki aku main kuis2 pulak,akhir sekali dia berhenti dekat belakang badan aku.Aku tidur mengiring ,aku pun acah2 la gerak sana sini tapi tak bukak mata. Gila kau aku bukak mata kang dia betul depan muka aku tak pengsan aku kang .Aku kemudian acah2 tarik adik aku padahal nak buat peluk sebab takut , aku rasa nafas dekat telinga aku macam slow je. Kau bayangkan aku dalam selimut tu.
Lepastu,dia main tarik selimut sampai kepala aku terkeluar dari selimut tu.Dia main rambut aku pulak dan aku rasa macam ada rambut lain dekat rambut aku ,dari rambut dia try slow2 nak baring belakang aku pulak.
Aku tak pikir apa aku capai fon nak bukak ayat apa2. Dalam hati risau gak buat dia Tanya” main fon ke kenapa tak tidur “mampus aku nak jawab apa.
Tapi disebabkan takut punya pasal aku capai fon kemudian aku dengar azan subuh, terus benda yangg aku rasa dekat belakang aku tu laju je bangun then tau2 pintu rumah nenek aku berdentum lagi sekali macam ada orang langgar.Time tu aku mngis giler2 sebab dah okay semua. Pagi tu aku siap2 kemas barang nak balik rumah aku dekat KL, sebab aku kena kerja raya ke3 tu.Aku balik dulu naik bas.
Sebelum naik bas tu aku cerita dengan ayah aku dan ayah aku tanya “semalam nana ada buat apa2 ke kat rumah nenek?”
aku jawabla
“semlam pagi sidai kain lepastu pergi beraya ikut ayah malam balik tu angkat baju..”
terus aku macam papppp! Baru aku ingat masa aku angkat baju malam tu aku period dan masa aku angkat baju tu aku tengah marah.Dah la ampaian rumah nenek aku tu betul2 bawah pokok kelapa tinggi giler..aku sumpah seranah masa angkat baju malam tu. Sebab yela dorang kat rumah tu tak angkat. Tunggu aku balik baru angkat.Marahla aku.
Kemudian ayah aku cakap kita kat tempat orang kena jaga adab jangan suka2 melatah atau buat perangai ,aku pun mengangguk kepala tanda faham.Lastnya,seminggu jugak la demam kena tegur dorang cakap.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
ARWAH ATOK KO ADA HANTU RAYA
DAH BAGI KAT PAK SEDARA TIDI KO TU.
DAN KO PON WARIS DIA JUGAK
Tak elok korang cakap cam tu…korang ni jaga tepi kain sendiri la …..ke korang bertiga ni takda da kain
nasib baik dye tak jual penulis sbb marah… hehehhe lelong lelong.
Memang konpem hantu raya atok ko la tu..alahai nana..ko share citer ni ibarat ko bukak pekong keluarga ko je la..