PENGALAMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ada cerita pendek yang aku nak sharekan dan ianya sekadar suka. Terima kasih jikalau cerita aku di siarkan dalam FS. Maaf cerita aku tak seram dan hambar. Aku cerita balik jaa kisah yang pernah jadi dekat aku. Harap okey laa kan?

i) Cerita 1 – menganggu rumah bawah

Kolej yang aku diami ini terletak di negeri Sembilan (tempat atau nama biarlah rahsia). Hari pertama aku memasuki hostel di kolej tersebut, masih aman lagi. selepas berapa hari lepas itu.
Hostel yang aku duduki ini seperti rumah, muat dalam 10 orang macam tu. Aku di tingkat 2.

Housmate aku ni bukanlah jenis terkinja-kinja or melompat sana sini. Kira rumah kami ni banyak sunyi dari bising-bising. Ianya jadi sangat pelik bila rumah tingkat 1 (kira dia bawah rumah kami), selalu yaa serang rumah kami . sebabnya mereka mengatakan kami selalu buat bising dan melompat-lompat sampai ganggu rumah mereka. Pelik yaaa sedangkan kami waktu tu memang bermalas-malasan di katil masing-masing. Macam mana orang bawah boleh kata kami buat bising? Bukan sekali jaa diorang serang, banyak kali yaa sampai kitaorang nak berjalan dalam rumah pon tak berhentak kaki, jalan pon slow-slow ja, pon kena serang.. tetapi kami takde laa gilaa sangat sampai terlompat terkinja-kinja . yang kelakarnya, waktu kami semua tiada dalam rumah pon, diorang kata rumah kami bising melompat-lompat plus berlari-lari. Pelik bukan??

ii) Cerita 2 – siapa yang gelak?

Masih cerita dalam hostel ya. So aku cerita sedikit hostel aku macam mana. Hostel aku ni kiraa macam rumah, ade 3 bilik. 2 bilik untuk 4 orang then 1 bilik untuk 2 orang (so total 10 orang housemate). Aku dapat bilik untuk 2 orang dan ada 1 tingkap. Tingkap tu mengadap pokok besar dan memang direct buka tingkap terus nampak pokok besar. Aku lupa malam tu hari apa.

Malam itu sebelum mandi, laptop aku biar buka dengan lagu, tingkap pon buka bagi bilik sejuk. Dah ralit borak-borak dengan member bilik lain .. sedar-sedar ja aku dah lewat sangat mandi (kira nak dekat tengah malam yaa aku mandi , ya ampun).
Masih sama aku biarkan laptop buka dengan lagu yang berulang. Lagu aku buka “suara azan” .syahdu dengar malam-malam gitew.

Then aku mandi . lepas jaa mandi bilik aku kosong …roommate aku pergi membawang dekat bilik lain. Aku pon dah lepas mandi terus masuk bilik dan kunci. Dan ya, laptop masih jalan lagu yang sama. Sedang ralit aku pilih-pilih baju nak dipakai malam tu, tiba-tiba lagu yang tengah jalan tu sekali dengan gelak mengilai. Derau d***h aku yaa dengan tak sempat pakai baju , hanya berbalut tuala jaa badan ni, cepat-cepat aku keluar bilik menjerit pergi bilik sebelah. Diorang dah kalut tanya kenapa apa semua.

Aku cerita la A-Z apa jadi tadi. So, mereka-mereka semua ikut la aku masuk bilik aku tadi dan ambil laptop. Diorang dengar balik lagu yang aku buka tadi , kot kot laa lagu tu sendiri terselit suara orang mengilai kan.. dan di dengar balik, memang lagu tu elok ja takda suara orang mengilai. The hell! Apa yang aku dengar tadi? Nak jadikan cerita, aku tidur bilik lain waktu tu sebab takut . ahahhhaahha.

iii) Cerita 3 – padah menolong orang

Apa yang aku cerita 2 cerita diatas, ianya berlaku waktu aku sem 1. Dan cerita ke 3 ini, masih waktu aku sem 1. Macam ini cerita dia, seorang kawan aku ni memang sangat-sangat kerap kene rasuk. Dia akan kena rasuk mula 10 keatas sampailah reda sebelum subuh. Bayangkan aku nak pergi kelas tu macam mana ? barai sangat-sangat. Disebabkan kerap kene rasuk, ada 1 kejadian ni buat aku ingat sampai hari ini. Waktu ni juga aku kenal seorang kawan lelaki tau. Dia baik dan ada ja tolong aku waktu susah. Nama-nama dalam cerita semuanya nama samaran ya.

Waktu Sal ni kena rasuk (semua berkumpul dalam 1 bilik), keadaan waktu tu sangatlah huru-hara, dengan nak pegang dia lagi sebab meronta, dekat ruang tamu bunyi meja kerusi kena heret non-stop. Aku dengan housemate lain tawakal ya zikir dan baca surah tanpa henti, dan ada yang menangis. Waktu tu jugak aku bagi tau kawan lelaki aku (zack) tentang hal ni. Kes rasuk Sal ni bukan sekali dua, tapi sangat kerap. Sedikit sebanyak zack tau hal rasuk-rasuk ni.

Lepas aku inform Zack, aku minta tolong dia dengan housmate dia yang lain bacakan yassin untuk Sal ni,. Lepas aku minta tolong melalui whatsapp, terus line telefon aku jadi no service. Bukan telefon aku ja, yang lain-lain pon jadi no service…dia jadi macam tiba-tiba kalau telefon aku ja problem, faham lagi. Tapi ni semua line takde. Nak call Felo pon tak dapat . Masa tu betul-betul tawakal ja sampailah rasukan Sal reda sendiri. Sal ni kena rasuk dari belaan keluarga dia, jasad diaa yang take over, so kebanyakkan nya waktu kena rasuk. Slowly akan redaaa tapi dah nak subuh dan reda bilaa dah azan subuh. Bila semua kembali dalam keadaan tenang baru kami bersiap pergi kelas dan urus apa patut.

Petang tu, aku teringat pada zack, terus whatsapp Tanya keadaan dia. Dia pon cerita dengan aku apa yang jadi masa tak dapat contact aku tu. Dia beri tahu yang dia dengan housemate lain tolong kami dengan baca yassin ramai-ramai. Risau apa-apa jadi sebabkan whatsapp dengan call aku tak dapat-dapat. Btw, bilik hostel lelaki ni, lebih pada tingkap terbuka tau dan hostel lelaki ni lebih pada bahang, jadi diorang tidur pon buka tingkap (keras bethol jiwa ahahaha).

Guest what? Masa diorang bacakan yassin untuk tolong kami ni, diorang pon kena kacau. Tengah ralit baca yassin, tingkap diorang dijengah something a.k.a hantu laaa cerita dia. Bukan Zack ja Nampak, semua housemate dia nampak. Terus tutup yaa tingkap diorang. Gilaaa! member nak tolong jaa, alih-alih sekali kena kacau. Haiya . start tu lah, apa-apa jadi dekat dalam rumah kami duduk, biarlah kami ja hadap. Kalau teruk nau, baru direct kami panggil felo. Hurm

# itu jela dulu cerita dari sem 1 aku… semoga bertemu kembali ~

Hantar kisah anda : fikyenshasha.com/submit

Si Bunga

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 20 Average: 4.2]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.