Pengalaman Aku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk Pembaca Setia Fiksyen Shasha.

Nama pena aku FaiFa. Umur aku 21 Tahun. Aku tinggal di Selangor. Kisah ini adalah kisah yang aku pernah alami dan berada dalam situasi tersebut. Aku juga berterima kasih jika cerita aku ini dikeluarkan oleh admin. Sebelum ini, aku sangat penggemar cerita paranormal dan novel-novel seram.

“PENGALAMAN”

Kisah yang Pertama
“Homestay di Teluk Batik”

Semasa umur aku 13 tahun. Aku dan sekeluarga telah membuat “family day” disitu. Semasa hari kejadian aku dan keluarga aku daripada Selangor telah bertolak dahulu ke Perak.. Sementara sedara aku yang lain bertolak petang, kerana masing-masing ada urusan kerja.

Sampai sahaja di Teluk Batik.Suasana ketika itu sangat cantik dan aman damai. Dari hiruk piruk kota yang sangat sesak.. Seperti biasa kami akan check in dahulu.. Kemudian, aku dan keluarga pergi berjalan-jalan di sekitar homestay itu.. Memandangkan masa itu ada pesta air di Lumut. Maka, kebanyakkan pengunjung yang menduduki kawasan homestay tiada orang dan hanya ada kera sahaja disitu.

Waktu malam pula, bapak aku menyuruh aku dan adik meletakkan ice batu yang dibeli dari kedai runcit untuk diletakkan di peti ais chalet sebelah. Memandangkan adik aku ni sejenis yang penakut.. Dia tidak mahu menemani aku untuk ke chalet sebelah (chalet sebelah adalah chalet sedara aku yang belum sampai dan masih kosong tiada orang) jadi ibuku yang menemani aku sampai ke chalet sebelah.

Bila nak keluar sahaja. Aku dah rasa lain macam. Cuba korang bayangkan.. Homestay yang besar dan dikelililingi oleh hutan belantara Teluk Batik dan didengari oleh unggas2 malam kedengaran samar-samar cahaya lampu dikelilingi pokok kelapa dan deruan ombak yang kedengaran membuatkan aku seram sejuk. Ibu dan aku pun berlalu keluar.. Belum sampai di depan pintu homestay. Aku terdengar macam benda hinggap di atas pokok. Setelah, aku pandang dekat atas pokok, aku nampak depan mata aku sendiri cik Pontianak menenggek kat atas pokok besar yang berada di depan homestay tersebut. Dengan rambut yang panjang mengurai ke bawah menutupi mukanya.. Aku pun cepat-cepat pandang di hadapan. Dan berlari anak ke ibuku.. Sampai dekat pintu masuk sahaja di dalam rumah tersebut, aku langsung tidak bagi tahu dekat ibu.. Silap-silap aku yang tertinggal di belakang.
Pastuh dekat rumah baru aku cerita balik apa yang berlaku pada malam tersebut.

Kisah Kedua
“Suara Dekat”

Kisah ini juga berlaku di Teluk Batik. Ketika ini, sedara aku sudah sampai. Sepupu aku yang baru sahaja sampai, mengajak kami ke homestay tadi untuk mereka mengambil barang-barang, kerana mahu tidur di homestay kami.. Yela kami pun dah lama tak jumpa mesti mahu lepak lepak..
Kami pun berjalan menuju ke homestay sebelah. Dalam sekerat jalan kami terdengar bunyi orang mengilai dalam jarak yang dekat.

Kata orang dulu dulu kalau dengar benda itu dekat maknanya dia jauh.Kalau dengar bunyi dia jauh dia dekat.

Okey sambung balik cerita tadi. Dalam keadaan yang sangat seram. Tanpa berfikir panjang,adik aku dan akak sedara aku secara tiba-tiba langkah mereka terhenti seketika ketika mendengar bunyi tersebut dan berlalu pergi meninggalkan kami berdua. Hanya ada aku dan juga sedara aku di sebelah. Kami tidak ambik kisah terus jalan. Sampai je dekat homestay kami bagitahu kat wan kami yang kami dengar bunyi orang mengilai. Pastuh wan (panggilan nenek belah ayahku) yela tengok pukul berapa korang dekat luar,itu yang makcik tuh (Cik Pontianak) tegur korang dan itu dia nak berkenalan.

Selepas mendengar bebelan daripada Wan. Kami pun terus tersenyum,sambil salam wan,kami pun melulu masuk ke dalam bilik. Pada malam itu kami tidur lewat sedikit, sebab tak sabar nak mandi laut esok paginya. Semasa mahu tidur dan melayan anak mata. Baru sahaja ingin melelapkan mata,
sekali sepupu aku bagitahu yang dia dengar ada orang panggil nama dia dekat celah-celah kayu(orang yang selalu pergi ke Teluk Batik akan tahu rumah chalet dekat situ macam mana) jadi adikku terus berkata kat sepupu aku “eh kau tido jelah” .

Malam itu selepas mendengar suara tersebut, aku dan juga yang lain tidur dalam keadaan berpelukkan.

Kisah Ketiga
“Pocong di Luar Tingkap Dapur”

Pada masa ini. Di rumah nenek kami ada satu majlis menyambut menantu dan jamuan makan.
Semasa ini, aku dan 6 orang lagi sepupu berada di dapur. Kami berborak macam biasa dan akan mengambil gambar sesama sendiri. Sedang leka leka menangkap gambar.. Tanpa tersedar tertangkap gambar “POCONG”
Biasalah aku kan jenis yang kalau boleh nak tengok full nak tengok ada benda ke tak macam zoom-zoom gambar.. Dalam foto tuh ada gambar aku dan sepupu aku lelaki, dibelakang sepupu aku ad kelibat hantu bungkus sedang menyeringai dengan mata bulat tepat memandangkan kami. Lepas aku tunjuk masing-masing terus ke depan. Tuh aku cakap kat dorang.. Tuhlah korang selfie tak ajak dia.. Tuh dia main masuk je hahaha.. Balik je dari kampung terus semua demam. Tak jadi buat kenduri cuma baca yassin jelah..

Sekian terima kasih. Minta maaf jika tidak seram.. Ini adalah pengalaman aku untuk bercerita di kisah seram di dalam Fiksyen Shasha.. Harap maaf kalau ada tersalah ejaan ke apa.. Maaf kalau panjang sangat..

#faifa

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Faifa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

4 thoughts on “Pengalaman Aku”

    • Bagi aku cerita dia ok je. Tak seseram mana. Tapi takda la sampai tahap najis or sampah. Still boleh diterima. Banyak lagi cerita sampah yg admin dah approved recently. Cerita ni aku boleh kasi 6/10

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.