Pengalaman di asrama baru

Assalamualaikum kepada pembaca2 setia FS. Nama aku Rose (bukan nama sebenar). Terlebih dahulu aku ingin ucapkan terima kasih kepada admin jika cerita yang ingin aku sampaikan ni disiarkan. Kisah seram yang aku nak ceritakan ni berkisar dari pengalaman aku sendiri semasa zaman belajar aku di UiTM. UiTM mana tu, biarlah rahsia. Terpulang kepada pembaca2 FS untuk percaya atau tidak perkara ini berlaku. Tanpa membuang masa, aku mulakan.

2012, selepas mendapat keputusan SPM aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran aku disalah sebuah UiTM. Program yang ditawarkan juga merupakan salah satu program yang aku inginkan. Macam biasalah, selepas pendaftaran sesi orientasi pun bermula sepanjang tempoh seminggu. Bangunan yang kami duduk tu ialah bangunan baru. Kami merupakan first batch yang diletakkan disitu. Dalam satu bilik hanya ada dua orang sahaja. Roommate aku ni nama dia Minah (bukan nama sebenar).
Semasa orientasi berlangsung, kaki aku yang dulunya pernah cedera disebabkan terjatuh mula sakit. Aku terpaksa memberitahu kepada kakak fascilitator.

“Akak, kaki saya bengkak la kak. Sebab dulu saya pernah jatuh. Masa orientasi ni banyak berjalan. Tu yang dia bengkak tu. Macam mana ye kak?”

“Hmm. Takpe. Nanti awak ikut budak2 lain yang ada condition macam awak ni jugak.”

Aku pun ikutlah kata akak tu. Dah adat kan, kalau waktu orientasi memang habis pukul 12 malam keatas. Kalau ikut budak2 yang ade condition macam aku ni, kami akan dihantar ke kolej penginapan masing2 naik van. Jadi kami akan sampai dulu dari budak2 yang kena jalan kaki untuk balik ke bilik. Disebabkan berapa k***t je pelajar yang naik van, aku terpaksa naik tangga kat blok tu sorang2. Masa aku naik tangga tu, aku rasa lain macam dah. Aku rasa macam ada orang je perhatikan aku. Tapi aku nak sedapkan hati, aku cakap jalan sorang2 memang selalu macam ni. Fikir yang bukan2.
Nasiblah bilik aku cuma dekat tingkat 1. Sekurang-kurangnya takdelah kena menapak jauh2 keatas sorang2. Aku masuk bilik terus tutup pintu and bukak tudung. Aku pun duduk la termenung kejap atas katil. Tak lama lepas tu, Minah pon masuk bilik dalam keadaan kelam kabut sambil bukak surah yassin dekat telefon dia. Aku pun tanyalah dia.

“Kau dah kenapa tercungap2 ni? Kenapa tiba2 bukak surah yassin?”
Setelah dia menenangkan diri dia sebentar, Minah pun membuka mulut.

“Kau balik tadi tak perasan ke? Dekat atas atap kolej kita ada Kak Ponti duk gelak2 sambil mereban2 rambut dia. Akak2 fasci tadi suruh kitorang balik bilik cepat2 sambil baca2 ayat yang patut.”

Ya Allah. Entah2 yang aku rasa macam ada orang perhatikan aku tu, dia tak. Terus aku tukar baju dan tutup mata nak tidur. Disebabkan keletihan yang amat sangat, aku boleh tidur dengan senang. Alhamdulillah tiada gangguan lagi selepas itu.

Beberapa minggu selepas itu, aku dah dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kolej. Rutin seharian aku, aku akan bangun dalam pukul 6.30 pagi, mandi dan solat dan terus siap2 untuk ke kelas memandangkan kelas aku setiap hari bermula pukul 8 pagi. Ada satu pagi ni macam biasalah aku bangun. Aku tengok telefon dan class rep (ketua kelas) bagitau yang kelas dibatalkan. Alangkah indahnya dapat berita tu. Tapi berita yang bakal aku dengar lepas ni, memang akan mengubah nasib aku sepanjang semester itu.

Selepas aku menutup telefon, tiba2 roommate aku Minah datang duduk dekat katil aku. Aku terkejut juga masa tu sebab dia tak pernah buat macam tu. Kalau kami berborak pun, masing2 akan duduk dikatil sendiri. Muka Minah pucat. Aku sebagai seorang roommate yg prihatin, aku pun tanyalah dia.

“Kau kenapa ni? Tak sihat ke? Kau takleh tidur ke malam tadi? Pucat semacam je muka kau.”

“Wei, aku ada benda nak bagitau kau ni. Tapi kau jangan takut pulak.”

Sudah. Apa pulak dia nak bagitau aku ni.

“Sebenarnya aku kena kacau dekat dalam bilik ni. Dah dua malam dah. Mula2 tu takdela teruk. Dia cuma nampak2 bayang je. Aku macam buat tak reti je sebab masa kat asrama dulu pun aku pernah kena. Tapi yang malam tadi dia kacau aku memang buat aku takut.”

“Ya Allah. Kau kena macam mana pulak malam tadi?” Dada aku dah mula berombak. Aku sebenarnya takut nak tanya, tapi terpaksa tanya jugak.
Minah pun memulakan cerita dia.

“Malam tadi macam biasala. Kan kita sama2 siapkan assignment. Tapi kau tidur dulu sebab kau siap dulu. Aku tidur lambat sikit sebab assignment banyak lagi time tu.”

Memang setiap malam kami akan berjaga untuk siapkan assignment yang diberikan oleh pensyarah. Sesiapa yang siap dahulu akan tidur dahulu.

“Dah siap semua kerja, aku pun nak tidurlah. Macam biasalah tidurkan. Masa aku tengah tidur tu, tiba2 aku rasa macam ada orang belai rambut aku.”

Ya Allah. Benda tu main rambut pulak. Dahla rambut aku pun panjang.

“Mula2 lembut wei dia belai rambut aku. Lama2 tu jadi kasar. Macam dia tarik2 rambut aku pun ada jugak rasa time tu. Sambil dia belai tu, dia menderam wei.”

Uiissh. Dahsyat jugak dia kena kacau ni.

“Kenapa kau tak kejutkan aku? Lain kali jerit je panggil aku kuat2. Dah tu kau buat apa masa tu?”

“Aku memang nak panggil kau pun. Tapi suara aku ni tak terkeluar time tu. Aku tak tau nak buat apa. Time tu aku try baca ayat kursi. Memang tunggang terbalik la citer dia.”

Hmm. Kenapa pulak tiba2 kena kacau ni? Sebelum ni takde pulak kena macam ni. Tiba2 Minah menangis.

“Wei, aku tak nak tidur sini malam ni. Aku takut. Kita tidur bilik kawan aku jom?”

Alamak. Dia nak tidur bilik orang lain ke? Aku nak tidur bilik orang lain ni susah sikit. Bukan apa. Tak selesa sikit. Lagipun aku tak kenal sangat kawan dia ni. Tapi dah tengok dia menangis teresak2 ni kesianlah pulak. Lagipun aku takut jugak kalau tidur sorang2 ni. Aku pun dengan berat hati bersetujulah dengan dia. Tengah hari tu aku telefon ibu aku dan aku ceritakan dekat dia apa yang terjadi. Ibu pun cakap eloklah aku tidur bilik kawan tu.

Malam tu pun kami angkut segala jenis bantal busuk dan selimut untuk tidur dekat bilik kawan dia ni. Nama kawan dia ni Zila (bukan nama sebenar). Nasiblah bilik Zila ni searas dengan kami. Takdelah jauh sangat nak menapak dengan bantal2 tu semua. Sebelum kami gerak pergi ke bilik Zila, Minah membuka ayat2 suci al-quran didalam laptop dia dengan harapan benda tu akan pergi dari bilik kami. Pada waktu pagi kami akan balik ke bilik dan menutup ayat tersebut dan meneruskan rutin seharian kami seperti biasa. Keesokan malamnya pula giliran laptop aku pula untuk memainkan ayat2 suci al-quran.
Pada malam ketiga di bilik Zila, aku rasa tidak sedap hati meninggalkan bilik kami lama2 kerana aku pernah dengar ada orang kata, bilik kalau dibiarkan kosong lama2, nanti penghuni lain yang akan tinggal. Penghuni lain yang dimaksudkan tu, faham2 je la.

“Wei, Minah. Aku rasa kan esok kita tidur bilik kita la. Aku tak sedap hati la pulak tinggalkan bilik tu lama2. Kita nak yang dalam bilik tu keluar, tapi tinggalkan bilik tu lama2, benda lain pulak yang masuk.”

“Haah la. Betul jugak cakap kau tu. Tapi kau rasa dah ok ke?”

“In shaa Allah. Ok kot. Takpe. Kita bawak turun tilam kita, kita tidur bawah sama2. Lepas tu macam biasala kita bukak ayat quran waktu nak tidur tu.”

“Oh. Ok jugak idea tu. Haa. Boleh la.”

Keesokan harinya kami ucapkan terima kasih kepada Zila dan roommate nya sebab sudi tumpangkan kami tidur di dalam bilik mereka. Kami cuba tidur pada malam itu dan alhamdulillah tiada gangguan. Dua malam berturut tiada gangguan yang kami kena sehinggalah malam yang berikutnya giliran aku pulak untuk kena.
Pada malam itu seperti biasa aku cuba menyiapkan kerja2 yang diberi oleh pensyarah. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam.

Pada minggu tersebut, ramai pelajar semester 1 dikerah supaya stay up untuk berlatih bagi festival kolej yang akan datang dalam masa dua minggu lagi. Bermacam2 aktiviti yang dipertandingkan. Salah satunya ialah tarian. Yang peliknya, dalam banyak2 tarian, tarian ulit mayang juga yang mereka pilih.
Bayangkanlah, dah pukul 12 malam waktu tu. Mereka masih berlatih tarian tersebut sambil menyanyi lagu tu.

“Ya Allah. Pasal apa la korang duk pilih tarian ni? Takde tarian lain ke? Lepas tu praktis kat depan blok ni. Malam2 buta pulak tu.” Aku berkata seorang diri.

Tiba2 tingkap bilik aku diketuk. Astagfirullahalazim. Siapa pulak la yang ketuk tingkap aku malam2 ni. Dah la duduk dekat tingkat atas. Tanpa berlengah lagi, aku terus simpan semua alat2 tulis aku dan kerja2 yang diberikan pensyarah.

“Takpelah. Esok sebelum pensyarah masuk, boleh kot siapkan kerja.” Aku berseloroh sendiri.

Tiba2 telefon aku berdering. Kawan sekelas aku Fiqah yang memanggil.

“Nak apa pulak budak ni malam2. Nak tanya pasal kerja kot. Hello.”

Aku pun mengangkat panggilan tersebut.

“Wei, Rose. Kenapa kau call aku?”

“Aiik. Bila masa pulak aku call kau. Kau yang call aku sekarang ni. Telefon aku berdering. Aku angkat la. Nama kau ni ha Fiqah.”

“Eh. Pelik. Sebab dekat telefon aku nama engkau yang tengah call aku sekarang ni. Sebab tu aku angkat.”

Aku dah mula rasa pelik. Aku cepat2 putuskan talian dengan Fiqah.

“Wei, Fiqah. Takpela. Maybe aku kot yang ter call kau. Ok la. Jumpa esok. Bye.”

Sejurus aku letak je telefon, telinga kiri aku ditampar. Kuat.
Bergetar tangan aku menggigil masa tu. Nak kata Minah yang tampar, Minah dekat sebelah kanan aku, yang ditampar sebelah kiri. Sudah. Aku cepat2 menutup mata dan memeluk bantal aku. Time2 tu pulak pintu bilik kami pula diketuk. Minah telah pun tidur nyenyak disebelah aku. Pintu bilik berkali2 diketuk.

“Minah, Rose, Zila ni. Bukak la pintu. Tadi kan suruh aku datang. ”

Rupa2nya Zila yang mengetuk pintu. Tapi aku berat hati untuk buka pintu tersebut. Lalu aku mengejutkan Minah.

“Wei, Minah. Bangun la. Zila kata kau suruh dia datang. Kau pergilah bukak pintu tu. ”

” Ala. Biarkan je la dia. Dah lewat ni. Senyap je. Kau tidur je la.”

Masa aku kejutkan Minah tu, mata aku masih tertutup sebab takut tiba2 dia munculkan diri. Kemudian, tiada lagi ketukkan dipintu. Hanya kedengaran dengkuran Minah dan alunan ayat2 al-quran.
Aku cuba beranikan diri untuk membuka mata aku. Perlahan2 mata dibuka. Astagfirullahalazim. Dadaku berombak kerana terkejut melihat benda yang berwarna hitam sedang duduk memeluk lutut dihujung kaki Minah. Benda yang dilihat itu seperti seorang budak perempuan yang berambut panjang, menutupi keseluruhan mukanya. Tidak berbaju dan badannya hitam.
Sebelum sempat benda tersebut mengangkat mukanya, aku cepat2 menutup mata aku dan memeluk bantal dengan kuat.

“Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah. Betul ke apa aku nampak tu?” aku berkata dalam hati.

Aku cuba untuk membaca apa2 ayat yang aku hafal dan yang boleh aku terfikir pada waktu itu. Tapi apakan daya, selalunya didalam keadaan begini ayat2 yang dibaca jadi tunggang terbalik. Dibaca ayat kursi tapi ada pulak termasuk surah al-fatihah dalam bacaan ayat kursi.

“Ah sudah. Apa aku merepek baca ni? Ya Allah, tolong aku ya Allah.”

Ayat2 al-quran masih dimainkan dilaptop kami. Tapi kenapa benda tersebut boleh muncul jugak? Sedang mulut aku terkumat kamit membaca ayat yang masih lintang pukang, tiba2 aku terasa tilam aku seperti dipijak orang.

“Adooii. Dia main pijak2 tilam pulak. Tolong lah. Tolonglah pergi. Tolonglah.” Aku merayu2 didalam hati. Seketika kemudian, tilam aku terasa seperti berhenti dipijak. Diam. Hanya alunan ayat2 suci al-quran didengari.

“Dah pergi ke belum ni? Agak2 selamat tak nak bukak mata ni?” Aku berkata seorang diri.

Biasalah. Waktu2 macam ni la tahap ingin tahu tu tinggi. Dengan perlahan2 aku membuka mata dan aku lihat benda tersebut sudah tiada di hujung kaki Minah. Alhamdulillah. Dah takde. Tetapi ternyata harapan aku meleset selepas aku memusingkan badan aku dan memandang ke atas siling. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat posisi benda tu waktu tu. Kelihatan benda tersebut sedang merangkak dia atas permukaan siling.

“Ya Allah. Dia ada lagiiii.”

Perasaan aku masa tu hanya Allah je yang tahu. Aku kembali membaca ayat2 yang patut. Masa tu terasa lama sangat untuk subuh.

“Ya Allah. Cepatlah subuh. Lamanya nak subuh. Aku dah tak tahan dah ni.”

Benda tersebut masih mengganggu aku dengan berjalan sekeliling tilam aku. Aku menutupkan mataku serapat yang mungkin. Benda tersebut mengganggu aku sehinggalah pukul 5 pagi. Bagaimana aku tahu? Aku merasakan tiada lagi pergerakan diatas tilam aku. Dengan perlahan2 aku membuka mata. Memerhatikan keadaan sekeliling. Suasana masih gelap. Alhamdulillah. Benda tu dah takde. Selepas tu baru aku boleh lelapkan mata dengan tenang.
Pada waktu paginya aku bangun agak lewat sedikit disebabkan lewat tidur. Aku menceritakan kepada Minah gangguan yang aku kena malam tadi. Kemudian dia berkata kepada aku.

“Sebenarnya semalam tu bukan Zila yang ketuk pintu. Aku takde suruh pun Zila datang bilik kita. Sebab tu aku tak nak bukak pintu. Sebab tu aku suruh kau tidur terus. Takyah layan.”

Ya Allah. Patutlah aku keberatan untuk bukak pintu semalam.
Kemudian bermacam2 gangguan yang aku kena selepas insiden tersebut. Disebabkan selalu diganggu, aku sudah jarang pergi ke kelas. Minah tinggalkan aku disebabkan perangai aku yang dah malas nak ke kelas. Aku tinggal dibilik durjana itu seorang diri. Aku dah tak tahan dengan gangguan2 tersebut. Lalu aku mengambil keputusan untuk pergi berubat.

Aku berubat dengan ada seorang Ustaz, ustaz Abu (bukan nama sebenar), jiran ibu aku dahulu. Dah arwah ustaz tu (bukan sebab ubatkan aku, tapi sakit tua). Dia pon mula scan aku atas bawah sambil membaca ayat2 alquran. Kemudian, bermula la sesi rawatan aku. Ustaz Abu meletakkan jarinya dicelah2 ibu jari kakiku. Pada masa itu aku rasa seperti jari kakiku dikorek2 oleh benda yang sangat tajam. Aku menangis teresak2 pada masa itu kerana sakitnya, ya Allah. Hanya Allah yang tahu.

“Ustaz, kenapa sampai menangis dia?” ibu aku bertanya pada Ustaz Abu.

“Haa. Kalau dia menangis tu, benda tu ada la dengan dia ni. Sebenarnya bukan dia yang sakit. Tapi benda tu. Tapi dia terasa sekali sebab benda duduk dengan dia. Kau tengok. Aku cuma letak je jari aku ni kat celah kaki dia. Dia dah menangis2 sakit.”

Terdiam ibu aku dengar Ustaz Abu cakap. Sampai jari yang terakhir, aku sudah berasa penat dan dalam kesakitan.

“Haa. Dah tak ada dah benda tu. Aku dh buang terus dia. Doa banyak2 kat Allah. Mintak Dia lindungi diri ni dari segala gangguan syaitan. Jangan tinggal solat. Tapi nak tanya. Macam mana boleh banyak sangat yang ikut kau ni?”

Kemudian aku pun membuka mulut.

“Sebenarnya lepas kitorang kena kacau masa itu, roommate saya tabur kemenyan dalam bilik tu. Dia kata nenek dia suruh pagar bilik tu guna kemenyan. Dia kata nenek dia dah ajar macam mana nak buat. Saya tak nak masa tu, tapi saya takut dia kecil hati. Sebab tu saya diam je. Lepas tu dia dah tak nak tidur lagi dalam bilik tu. Saya lah duduk sorang.” (aku tak ceritakan part kemenyan sebelum ni sebab nanti panjang sangat)

“Hmm. Kemenyan tu tak elok sebenarnya. Kalau salah guna, lain jadinya. Lagi satu, kalau nak pagar kena halau benda tu keluar dulu. Baru boleh pagar. Kalau benda tu ada lagi dalam bilik, bila korang pagar, tak guna la. Dia ada dalam bilik tu sama2 dengan korang. Lepas tu kemenyan ni dah tarik perhatian benda2 lain. Ni makanan diorang.”

“Benda2 lain? Maksud ustaz?” Ibu aku bertanya lagi dekat Ustaz Abu.

“Kau ingat sekor je ke yang ikut anak kau? Ada lima ekor ikut dia tau. Nasib datang cepat. Alhamdulillah tak jadi apa2. Ada lagi 4 ekor dekat dalam bilik dia tu. Nasib semua tak ikut.”

Terkejut beruk aku dengar Ustaz Abu cakap.

“Ya Allah. Ye ke ustaz? Habis tu yang kat dalam bilik dia tu macam mana? Hari ahad ni dia dah nak kena balik sana balik.”

“Takpe, aku buang dari sini je. In shaa Allah, takde benda tu nanti.”

Hari ahad aku pun balik semula ke kolej. Macam biasa aku tidur seorang diri. Alhamdulillah tiada lagi gangguan selepas itu dan aku nekad, selepas habis semester, aku ingin berhenti dari situ. Aku menyatakan hasrat aku dekat ibu ayah aku. Mak ayah mana yang tak marah bila anak dia nak berhenti belajar kan. Tapi aku hadam semua itu.
Selepas beberapa bulan, aku dapat masuk ke salah sebuah universiti swasta dan alhamdulillah kehidupan aku kembali tenang. Beberapa minggu selepas belajar disitu, kemudian keluar berita disurat khabar tentang UiTM tersebut diserang histeria beramai2. Ibu aku cakap dia bersyukur sebab aku ambil keputusan untuk keluar dari situ.

“Tu la. Hari tu Rose nak berhenti, ibu dengan ayah marah. Sampai tak nak bercakap dengan Rose berapa hari.” Ibu aku hanya mampu senyum mendengar jawapan aku.

Sampai situ sahaja kisah aku. Mintak maaf kalau kisah aku ni tak berapa nak seram. Sekian.

-TAMAT-

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rose

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

2 thoughts on “Pengalaman di asrama baru”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.