Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Fiksyen shasha yang disayangi, Terima kasih kepada Fiksyen Shasha kerana sudi menyiarkan cerita seram yang tak berapa nak seram ni, yang saya dan kawan-kawan alami sendiri yang berlaku pada tahun 1997 macam tu. Maaf kalau apa yang saya ceritakan kurang menarik sebab ini adalah pertama kali saya berkongsi cerita kerana selama ini saya hanyalah seorang “silent reader” .
Baiklah saya mulakan cerita di mana hal ini berlaku pada tahun 1997 dimana ketika itu saya Asmah, sudah berusia 17 tahun dan ingin menduduki SPM. Ketika itu saya sangat aktif dengan pelbagai aktiviti di sekolah seperti main softball, lumba lari dan sebagainya. Jadi pada 1 hari kawan baik ku Nabila telah memberitahuku bahawa ada 1 aktiviti perkhemahan telah dianjurkan oleh 1 institut pengajian tinggi di Johor dan ini akan diadakan di Gunung Pulai.
Tujuan perkhemahan ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada pelajar-pelajar yang menduduki SPM( dalam kata lain yang nakal lah) dan kebetulan aku pun salah seorang yang akan mengambil SPM, jadi dengan kebenaran dari kedua orang tuaku, akhirnya aku dapat pergi bersama-sama kawanku.
Hari yang ditunggu pun tiba, kami pergi 1 bas dan total lebih kurang 30 orang macam tu yang mengikuti perkhemahan ini. Dipendekkan cerita kami pun sampai ke Gunung Pulai setelah menempuh perjalanan selama 1 jam. Bagi yang tahu tentang Gunung Ledang, dulunya ada pintu gerbang untuk naik ke sana dan ada playground yang kecil serta ada pangkin yang di sediakan untuk pengunjung duduk di sana. Sekarang dengar dah baru dan saya memang tak pernah ke sana semenjak hal ini berlaku.
Kemudian kami dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu 2 kumpulan perempuan, 1 kumpulan lelaki. Kami diberikan stretcher setiap seorang dan stretcher ini kami disuruh untuk dijadikan sebagai katil dan di susun di atas pangkin mengikut jumlah setiap ahli kumpulan. Dapat bayangkan tak?? kami tidak disediakan sebarang khemah dan kami tidur sambil melihat bintang di langit..hahahahahaha..
Pada petang selepas kami selesai mengatur stretcher dan sebagainya,kami dibenarkan melakukan aktiviti bebas kerana malam baru ada aktiviti yang sebenar akan bermula, jadi petang itu kami semua bermain di playground yang ada sambil bergelak sakan seolah-olah kami lupa yang kami berada di dalam hutan. Salah seorang rakan kami Fatin ni, dia memang senang kena sampuk ke, rasuk ke, dan dia ni mulutnya pula jenis celupar. Masa kami tengah syok main playground tiba-tiba dia boleh berlakon seolah-olah dia kerasukan dan kemudian dia gelakkan kami ketika melihat kami semua dah gelabah. Apa dia pikir ini 1 lawak?? Dan disinila bermulakan kisah seram kami.
Malam pun bermula, kami di minta untuk menjalani aktiviti burung hantu. Bagi yang tak tahu,aktiviti ini adalah aktiviti dimana kita diminta untuk berjalan seorang diri dengan berbekal kan lampu picit sahaja. Keadaan masa tu tenang saja dan giliran aku pun tiba, aku ni orangnya memang sangat penakut aku pun mula berjalan dengan confidentnya (dalam hati, nak je aku menjerit taknak) aku berjalan dan tiba-tiba ada seekor kucing putih berjalan menemani aku dan pada masa itu perasaan takut aku itu hilang kerana aku rasakan yang kucing itu adalah penemanku. Aku sempat bercakap-cakap dengan kucing itu walau aku tahu dia tak paham untuk menghilangkan rasa berdebar didalam hati ni.
Sepanjang perjalanan aku itu, aku dapat melihat 2 bayangan putih yang duduk di atas divider dan aku mengatakan dalam hati, ini adalah agenda mereka sahaja untuk menguji kami…tup..tup.. aku berjalan hingga ke pintu gerbang yang aku katakan awal ceritaku tadi. Aku hairan kenapa tiada sesiapa disana sedangkan sepatutnya ada yang akan menunggu setiap peserta hingga akhir tapi ini seorang pun tak ada. Nak taknak terpaksalah aku patah balik ke atas.
Sesampainya aku dia atas pegawai yang menjaga kami mengatakan yang saya salah jalan. Apa???jadi bayangan putih yang aku nampak sepanjang jalan tu adakah benar orang?? Dan ketika ini aku lupa tentang kucing putih itu dan untuk pengetahuan korang kucing tu teman sehingga aku sampai ke atas dan kehilangan dia pun aku tak sedar. Selepas itu kawan-kawan semua cakap “kau salah jalan tadi, patut kau belok ke kiri, yang kau ke kanan kenapa”. Masalahnya dah nampak saya salah jalan kenapa tak panggil?.Apapun alhamdulillah tiada kejadian yang pelik-pelik terjadi pada saya dan aktiviti burung hantu pun selesai walaupun penyelenggarannya memang agak mengecewakan.
Malam yang sama juga selepas selesai aktiviti burung hantu, kami di pangkin paling atas sudah tidur kerana mungkin terlalu penat, dan saya serta beberapa rakan yang lain tidur menggunakan tuala untuk menutup mata kerana kalau tak tutup mata, kami akan melihat pokok-pokok yang tinggi ke atas dan kalau nasib baik, mana tahu boleh nampak cik pon atas pokok..eii..seram . Tiba-tiba budak-budak lelaki yang duduk di pangkin bawah menjerit ke arah kami sambil mengatakan…woitttt!! Ada Cik pon tu..ada cik pon berpusing kat tempat korang.
Saya tersedar dari tidur dan bila saya bangun, cuba bayangkan stretcher yang hanya muat untuk seorang boleh di gunakan untuk berdua secara tidak sengaja dan badan yang guna tu bukan kecil ya,besar orangnya. Mungkin seberat lebih 60kg. Mereka berdua baring berpelukkan kerana ketakutan dan jelas mereka memang dapat merasa kehadiran cik pon tu masa dia berkeliaran.Apa lagi tanpa berlegah kami semua turun ke pangkin bawah dan berjaga sampai ke pagi. Semua ini berpunca kerana keceluparan dan lakonan bodoh kawan saya Fatin.
Pagi itu pegawai kami memberitahu aktiviti semua dibatalkan dan kami akan pulang pada tengahari itu juga kerana berlaku kejadian rasuk antara fatin dan kawan kami yang lain. Macam bersambung-sambung dan mereka semua tidak boleh berjumpa antara 1 sama lain kerana meraka akan menangis dan terus menangis. Rasukan ini berterusan sehingga 2 minggu walaupun mereka berjaohan lebih 25 meter mereka pasti akan menangis.
Setelah mereka yang kerasukkan sembuh, terjadi pula perkara yang menyedihkan dalam hidup saya dimana rupanya di sana ada yang berkenan dan mengikut saya pula. Ianya bermula hanya dengan gatal di tangan saya, sehingga seluruh tubuh saya seolah-olah terkena kayap. Kulit saya seperti melepuh,berkulit dan akan menanah di setiap sendi seperti tangan kaki,ketiak kecuali tapak tangan dan muka saja tak kena, yang lain..hmmmm..abes.
Setiap hari saya akan shave kulit saya dan esoknya dia akan tumbuh dan ini berlarutan selama 2 tahun. Bermacam-macam rawatan saya lakukan baik pakar atau perubatan islam. Setiap kali pergi ke perubatan islam,dalam 4-5 bulan kulit saya akan pulih seperti tiada apa-apa even kesan pun tidak ada ,kemudian akan jadi balik. Pakar pula berulang kali mengambil sampel d***h untuk buat ujian dan masih tidak jumpa puncanya. Ketika itu saya malu mahu berdepan dengan orang luar. Saya pula hanya akan boleh tidur selepas azan subuh berkumandang dan sepanjang malam saya akan merasa gatal yang teramat. Alhamdulillah selepas banyak tempat saya berubat dan dengan izinNYA, saya kembali pulih dan macam saya katakan tiada 1 tanda pun di badan saya kerana penyakit itu.
Kebanyakan tempat yang saya berubat berkata, yang ada dalam badan saya adalah saka yang dibuang oleh orang kerana Gunung Pulai kan air terjun. Kebiasaan orang pandai akan membuangnya di sungai yang mengalir dan rupa saka itu sama sepertiku, berkulit,bernanah dan busuk.
Sebenarnya banyak dan panjang lagi yang saya nak ceritakan tapi sampai sini sajala rasanya untuk cerita saya ini. Ini Cuma sebagai pengajaran pada semua kerana janganlah bermain-main pada mahluk Allah yang kita tidak nampak pada mata kasar kita kerana kesannya amat dalam jika di izinkan olehNYA.
Maaf kerana terlalu panjang dan terima kasih semua.
Assalamualaikum
Si Kidal.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI