Dulu aku ada janji dengan korang nak sambung cerita balik kisah seram aku lepas aku berhenti kerja daripada Pasaraya kan? Nah, ini kali aku kasi open sama kamu orang ya. Okay. Kali ni aku akan ceritakan korang tentang kisah seram yg seterusnya, iaitu sambungan untuk kisah seram di Petronas & rumah sewa aku seperti yg dijanjikan.
Continued…
Selepas daripada perletakkan jawatan sebagai Pekerja Am di Pasaraya Aeon IOI Mall Puchong, aku telah mendapat kerja baru sebagai Pam Attandence di Pam Stesen Peteronas di BK5 semunggu berikutnya. Tapi mintak maaf ya geng… Kalau aku nak cerita pasal pengalaman seram aku masa dekat Pam Minyak tu sebenarnya x berapa nak syok sangat la. Sebabnya, moment yg betul-betul creepy aku pernah rasa pun paling tidak sekadar dengar bunyi-bunyi pelik dari dalam tandas. Mesti korang feel no scary punye kan??? Tapi kalau aku nak cerita pasal pengalaman seram aku dekat rumah sewa sendiri ni ada menarik sikit! Haa… tak tipu punya! Fine. Aku sambung semula cerita.
-PERTAMA-
Adalah satu hari khamis malam jumaat tu, aku baru pulang daripada kerja. Waktu tu aku sampai dekat rumah dalam jam 12 tengah malam. Seperti biasa, aku campak beg sendeng & helmet atas sofa ruang tamu pasru aku bersila atas lantai sambil membakar rokok sebatang sebelum aku masuk mandi. Sambil merokok sambil main phone. Aku tengah leka melayan IG dekat phone dan masa tu lah aku mula terasa aneh. Aku terasa macam ada sepasang mata tengah mengintai aku daripada arah dapur. Kosong pulak bila aku toleh. Disebabkan perasaan cuak aku mula datang, aku terus masuk ke bilik air luar dan mandi. Selesai aje mandi aku pun keluar dari bilik air. Tiba-tiba aku perasan helmet aku tak ade dekat atas sofa! Masa tu lah aku dah mula naik seram. Pulak dah? Aku sarung baju dan seluar pastu aku geledah satu ruang tamu. Berminit-minit jugak la mencari tapi tak jugak jumpa. Sekali, aku terserempak semula helmet aku kat atas sofa. Ya. Dekat tempat yang aku campak helmet aku mula-mula tadi! Aik??? Punyalah aku geledah hampir satu hall siap check atas sofa bagai tapi boleh x terjumpa?! Takkan mata aku tepleot kot?! Memang hairan bin ajaib! Aku pun masuk kebilik dan terus lelap lepas aku habis hisap rokok.
Kira-kira jam 2 pagi lebih, aku terjaga daripada tidur. Terasa bahang diseluruh bilik hinggakan peluh jantan aku berjurai daripada dahi. Aku cuba lelapkan mata tapi tetap tak dapat. Aku pun kemudian ambik phone dan layan Youtube. Kusyuk punya kusyuk layan Youtube, sekali aku terdergar bunyi pintu bilik tengah dibuka. Bunyinya cukup jelas. Kemudian, aku terdergar pulak bunyi pintu ditutup dengan menghempas. Itulah kali pertama aku mendengarnya selama aku berbulan-bulan disitu. Seram wei! Perasaan takut mula membuak-buak. Aku jadi makin takut. Aku cuba dail nombor member utk mintak tolong tapi tak dijawab. Kali ni, aku terdengar pulak bunyi helmet terjatuh & guli melantun berterabur atas lantai! Aku dapat rasakan yg ‘Benda’ tu ada bermain depan hall. Waktu tu aku terus berselubung didalam selimut. Macam biasa. Aku dapat rasakan barangkali aku bakal kena lebih daripada ni. Sangkaan aku tepat sekali. Kali ni aku terdengar ‘tangisan bayi’ dari bilik tengah! Lebih memalangkan lagi apabila tangisan ‘bayi’ tersebut semakin kuat. Muka aku waktu tu memang pucat habis. Kalau ditoreh sekalipun x keluar d***h langsung. Nasiblah tangisan tadi jadinya kejap aje. Tau-tau lepas tu dah senyap. Seribu satu persoalan mula bermain di fikiran aku. Kenapa baru jadi sekarang??? Kenapa bukan masa aku first2 pindah???
-KEDUA-
Aku menjemput 2 org kawan Sabah aku which is kawan daripada satu dorm dgn aku masa di PLKN dulu untuk tinggal bersamaku. Radhi & Amri orangnye. Malam tu aku x bekerja atas sebab EL(Emergebcy Leave) dan aku waktu tu cuma lepak-lepak kosong bersama Radhi dan Amri. Kami ditemani oleh petikan gitar, 3 cawan Kopi ‘O’ dan sekotak Surya. Memang mengasyikkan. Sambil-sambil petik gitar, kami berborak macam biasa. Sedang kami rancak bersembang dekat ruang tamu, tiba-tiba kami terdengar bunyi pintu bilik hujung berdentak. Seolah-oleh macam ada orang menyepak. Kuat pulak tu. Daripada syok bersembang bagai tiba-tiba kitaorg terus senyap. Radhi & Amri mula merapatkan diri dengan aku. Kitaorang sambil tu kusyuk memerhatikan bilik hujung bertentangan dengan ruang tamu rumah. Belum sempat aku nak bersuara, kitaorang terdengar semula bunyi berdentak dari pintu bilik belakang! Bunyi yang muncul kali ni bukannya sekali tapi 3 kali! Radhi & Amri lagi makin duduk merapat ke aku. Muka diaorang berdua sebijik macam ayam berak kapur. Aku pulak? Lagilah seram seriau satu badan! Allah aje yg tau macam mana goyahnya iman kami pada malam tersebut. Kemudian, pintu bilik belakang terbukak dengan sendirinya! Time tu lah kitaorang berdesup lari masuk ke dalam Master Bedroom(Bilik aku). Aku lock pintu dan hidupkan semua lampu dalam bilik. Sambil-sambil tu kitaorang pasang telinga masing-masing. Kemudiannya, kitaorang terdengar bunyi paip singki mengalir dari dapur! Siap kitaorang terdengar sekali bunyi shower mengalir dari bilik air tengah! Jangan tanya la macam mana perasaan kitaorang masa tu. Longlai, pucat, seram, menggeletar, semuanya ada. Namun, bunyi-bunyi tadi cuma sekejap aja. Selang beberapa minit kemudiannya, bunyi-bunyi tadi datang balik. Lebih menyeramkan lagi bila kitaorang terdengar pintu bilik belakang dan tengah dibuka lalu dihempas! Bukan sekali tapi berkali-kali.
Tiba-Tiba… pintu bilik aku “DIHENTAK’ bertalu-talu secara tiba-tiba! Ibarat seseorang ambik tukul kemudian hentak bertubi-tubi. Mcm nak roboh dibuatnya! Aku, Radhi & Amri terus melompat terkam katil. Kitaorang tarik selimut dan berselubung di dalam sama-sama. Jujur cakap, aku punya ketakutan dah boleh cecah sampai ke kaki langit beb! Kitaorg mula membaca Ayat Kursi tapi semakin jauh kami membacanya, semakin kuatlah pintu bilik aku bergoncang. Tak cukup dengan tu, kitaorang dengar pulak suara ‘Perempuan’ meraung betul-betul depan pintu bilik aku!!! Macam orang terkena histeria. Cukup nyaring! Oleh kerana ketakutan yg extreme, aku rebah on the spot… Radhi & Amri? Itu aku x tau. Aku cuma tau bila aku bangkit daripada rebah, aku tengok Radhi & Amri dah terbaring antara kiri kanan aku.
-KETIGA-
Waktu tu jam 2 pagi. Aku, Radhi & Amri sedang lena tidur diatas katil “Bilik” aku (Haha, jgn tanye kenape!). Sedang aku asyik diulit mimpi, aku terjaga daripada tidur. Telinga aku tertangkap bunyi pintu rumah depan diketuk. Mcm mana aku terperasan pun entahlah. 3 kali bunyi ketukan tu! Aku pun gerakkan si Radhi & Amri untuk teman aku bukak pintu depan. Diaorang bangun. Kemudian, Kitaorang berjalan serentak kearah pintu tersebut. “Askum…Askum…” Dalam tengah mamai tu aku sempat jugaklah terdengar orang bagi salam. Suaranya agak ‘Garau’ sikit. Aku pun bukaklah pintu. Takda orang! Automatik mata kitaorang jadi segar. Untuk mendapatkan kepastian yg maksima, maka aku bukaklah pintu grill tapi “Amri & Radhi tak bersetuju pada awalnya”… Aku, Amri & Radhi menjengah kepala keluar lalu menoleh kekiri kekanan untuk melihat siapa yang mengetuk tadi. Namun, x ada seorang pun manusia yg kitaorang jumpa disepanjang laluan koridor aparment aku.
Tapi…
Sebelum kitaorang sempat nak masuk masuk ke dalam, kitaorang TERSEREMPAK DENGAN SATU KELIBAT BERDIRI daripada jauh penghujung koridor di sebelah kiri kami!!!!! Rupa kelibat tu saling tak tumpah macam sorang Apek Cina tua! Cuma aku terasa seram sikit bila terperasan matanya putih habis. ‘Kelibat’ tu tenung direct pada tiga pasang mata!
Sekali…
KELIBAT APEK TUA TADI MULA BERLARI SAMBIL MERAUNG-RAUNG MENUJU KEARAH KAMI!!!!! Suaranya cukup ‘Menyeramkan’! Sepantas kilat kami masuk kedalam rumah lalu mengunci pintu kayu tanpa sempat mengunci pintu grill! Kakiku terasa lembik lemah-gemalai seraya aku jatuh terjupuk di atas lantai bersama-sama Radhi & Amri. Dalam pada tu, aku masih lagi dapat menangkap bunyi ‘tapak kaki’ kelibat tadi dengan jelas. Tiba-tiba pintu depan bergegar kuat gila! Seolah-olah ‘Kelibat’ tu tengah mengetuk pintu rumah dalam keadaan marah! Ya Allah! Amri dah mula teresak-esak dalam keadaan duduk melunjur sambil tangannya tidak berhenti mengibar-ngibar sebagai tanda “Tidak Mahu”. Manakala aku pula terbaring seperti posisi ‘Tenggiling’. Disitulah keimanan aku benar-benar “Diuji” bersama dua orang rakanku disebalik pintu rumah. Seramnya kami, degupnya jantung kami, usahlah ditanya. Allah saja yang Maha mengetahuiNya!
“HUARGHHH!!!” “HUARGHHH!!!”
Semakin kuat pintu bergegar, semakin kuatlah rauangan ‘Kelibat tu! Hampir 5 minit kami bertarung nyawa dengan ketakutan disebalik pintu masuk! Segala doa pelindung yg aku baca semuanya berterabur. Dengan berbekalkan sisa keberanian yg ada pada diri, aku gagahkan diri untuk bangun sambil berlari pecut hinggakan aku jatuh bergolek seperti nangka busuk sebelum sempat sampai depan bilik aku. Begitu jugalah dengan si Radhi dan Amri. Lantas, kitaorang kunci pintu bilik dan berselubung didalam selimut bersama-sama! Mujurlah bilik terang waktu tu. Hampir setengah jam ‘Kelibat’ tu mengganas diluar pintu rumah kami! Alhamdulillah… akhirnya gangguan tersebut pun berlalu pergi. Takde lagi dah bunyi ketukan menjerit tu semua. Cuma kitaorang tak dapat nak lelapkan mata lagi sampai matahari terbit then barulah kitaorang dapat sambung tidur semula. Nasib baiklah hari tu aku OD. Itupun aku masih lagi terngiang2 dengan peristiwa pagi-pagi buta tadi dalam mimpi aku.
Sebenarnya, banyak lagi pengalaman menyeramkan yang aku dah pernah harungi selama aku menyewa sorang sampailah aku tinggal sekali dengan Radhi dan Amri. Boleh je aku nak continue tapi kisahnya tak semenarik macam apa yg aku ceritakan sekarang ni. Apapun, aku nak menyusun sepuluh jari memohon maaf andai penceritaan aku ada terkurang dan aku nk ucapkan jutaan terima kasih bagi yg sudi meluangkan masa untuk baca kisah aku. Jangan lupa untuk menantikan kisah seram aku yang seterusnya. Stay tuned.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
ok sya first huhu
first komen. mna yg lain g skolah kah? 😉
org semua sibuk kemas barang nak balik kampung utk mengundi, korang sibuk ngan first first semua nihhh…
Love, Diva.
p/s: ok. THIRD!!!
diva nak rending……
maaf typo jari gemok sangt…*RENDANG*
Why bother!
Seramm ! Aku sukaaaa hehehe
Seram bro
kaw2 die gnggu tue..
sambung lagi.acik tunggu.
seram plus kelakar..hehe!
ha tulah cuti pakai EL tapi gi lepak lepak dengan kawan
Aq xdaq feel laaaa, huhuhu
gilerr seram mcm tu wehhh…siap menggila depan pintu umah…wuuuu..nsib xjadi pape
FUYOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!!!!!!Seram gila bapak ahhhhh
gtu je ke?
apepun cte best
Extreme beb… berpeluh baca
nxt stroy u…
Pnjang citey.. Mls pulak nk baca.. Strength to the point dh lrh
Cito ni ikut pongalaman tosondiri jang. Bkn ikit larangan mcm ekau buek maso kolah dulu2 yo… Maaf la kok ekau x minel nl baco larangan momanjang. Nasib la yo…
*straight
askum askum yg pi berani buka pintu apasal.. kann.. kalau mackcik b***h m**i x buka..
Askum…askum ni lebih kurang macam kita bagi salam cuma kenapa tak sebut betul-betul
Rumah sewa kmi kat ganu dulu pun da benda camni gak ketok pintu,, n bg salam,, salam dia bg bukan assalamualaikum tp akom akooom akoooom,, 3 kli,, yg ketiga kom dia bapak panjang sampai kmi belima bepandang sama sendri nak jwab ke x,, dah time bukak puasa lak tu,, kmi kat dapur ingat mak cik sblah umah dtg nak bagi makanan, bla bkak pintu xda org pun kat luar,, dah umah kampung betingkat lak tu,, nak ketok pintu kena naik tangga kayu,, lepas ja tgk xda org n pasti mmg xda org yg jalan kuar pagar,, terus kmi belima belari ke dapur bwak makanan masok blik tidur,, x brani makan kat dapur,,
Banyaknya gangguan. Goosebump aku. Part ketuk ketuk tu kalau boleh nak pecah pintu beb😂 7/10. Kurangkan shortform. By the way, terbaik!
cerita ke-3, knp ngan ”bilik”??? knp????
haa tu lahh..kenapa dengan “bilik” ??
Xpaham laa awk x reti nak azan ke
Xpaham laa awk x reti nak azan ke
wow…byk gangguan..mmg seram ni..fuh
Hahaha. Sepantas kilat kami masuk kedalam rumah lalu mengunci pintu kayu tanpa sempat mengunci pintu grill ! *kalau kau sempat kunci grill m**i la kau cok 😅
Serammm dohh..
hntu kapir bg salam..gitu ler….klu antu kum kum…xtau la ape jdiknye…
sheram nihhhh
KINI TELAH HADIR GAME FENOMENAL 2017 YANG SANGAT BOOMING TAHUN LALU DI POKER BINTANG
SUPER 10, YA GAME INI TERINSPIRASI DARI SAKONG ONLINE.
DAN MENJADI GAME TERBAIK DAN PALING DI MINATI DI SEMUA KALANGAN PECINTA GAME ONLINE.
SEGERA MAINKAN PERMAINAN SUPER 10 DAN DAPATKAN JACKPOT MENARIK BERSAMA SUPER 10.
DAPATKAN JUGA EVEN PROMO ESKLUSIF DARI POKER BINTANG :
– BONUS DEPOSIT NEW MEMBER 10 %
– BONUS TURN OVER SETIAP MINGGU 0.5 %
– BONUS REFERAL 10 % (SEUMUR HIDUP)
– JACKPOT TERBESAR
– BONUS T COIN ( UNTUK TURNAMEN POKER )
JUGA DAPATKAN FASILITAS :
– KEAMANAN DATA TERJAMIN
– 7 GAME DALAM 1 USER ID
– LAYANAN LIVE CHAT 24JAM ONLINE
– MINIMAL DEPOSIT & PENARIKAN DANA DI MULAI DARI IDR 20.000
– TURNAMEN POKER SETIAP WAKTU
SEGERA BERGABUNG DI : http://WWW.BINTANG-QQ,COM
BBM : D866631B
LINE : pokerbintang
WA : +6287772383534
JANGAN TUNGGU-TUNGGU BESOK LAGI YA GAN, NANTI HOKINYA KEBURU KABUR LHO !!
SALAM SUKSES
Ni lagilah hantu bapak punya seram
Kalau sekali merasuk sampi ke m**i susah nak lepas, btw, laman ni untuk share story ala2 misteri skit, bukan nak promote jadi hantu yer…
Pundek
X g tanya ustaz ke psl gangguan kt uma tu?
jangan lalai… rumah ni jangan kita buat dia jadi macam kubur…
Best!!Saya bagi 10/10 :))
Tak sabar nak tunggu cerita seterusnya 😀
Nice
wokey
seramm weyhhhh
Kalau jadi kat aku, malam tu juga aku kabur……
Dari tinggal sorang sampai tinggal bertiga still kena ganggu dan korang still tinggal dalam rumah tu. Kental juga la hati kau Don.
apa tajuk citer sebelum ni masa masih keje pasaraya tu? mohon share link or share tajuk
Sempoi
Kau ni pon.. 2 pagi dengar org bagi salam askum askum tak yah la kau pi bukak pintu tu.. siap unlock grill lagi. Tepuk dahi aku baca. Btw kalau situasi macam tu berlaku lagi kau baca je penghujung ayat kursi 3 or 7 kali dalam satu nafas. Lagi satu kat 4 penjuru rumah tu kau kasi azan la.. Eh apa citer bilik tengah tu wei??