PENGALAMAN DI SEBALIK LOCO CHALLENGE

Hai. Nama aku Natthalie Natthy atau biasanya digelar Net ja. Aku nak intro sikit tentang diri aku dan terima kasih kepada admin kalau cerita aku disiarkan. Aku ni sebenarnya seorang yang kuat berimaginasi, memang kadang tu imaginasi aku boleh dikatakan sampai tahap yang memang tak boleh bawa bincang dan aku ni pon seorang yang memang agak penakut tapi bukan bab-bab benda lasak, maksud aku berkaitan benda-benda halus. Mungkin cerita yang aku nak kongsi ni tak menakutkan bagi korang tapi bagi aku memang cukup mengerikan sebab banyak dah yang aku lalui tapi semua tu jadi dalam masa yang agak singkat dan aku pernah juga sesekali cerita dekat mak aku tapi dia anggap aku yang terlebih fikir dan aku cuma berkhayal tapi realitinya tidak, aku sama sekali tak berkhayal.

Jadi cerita aku macam ni, ada sekali ni aku mimpi benda buruk dan aku mimpi beberapa hari berturut-turut dan mimpi yang terakhir sekali yang aku alami, aku jadi mangsa dalam satu kemalangan dan tempat kejadian di Kota Bharu, Kelantan. Dalam kemalangan ni, aku hampir m**i dirempuh sebuah lori yang sangat besar dan bila aku sedar dari mimpi tu, aku seolah-olah baru lepas kena hempuk tapi memang tak ada apa-apa pon di sekeliling aku dan aku pon tak tahu apa kaitan mimpi tu dengan tempat kejadian sebab aku tinggal kat Kedah dan Kelantan tu kampung halaman aku tapi memang dah lama tak balik sebab sekarang tengah PKP. Last balik pon tahun lepas.

Selesai ja aku mandi dan breakfast, aku pergi duduk santai dekat meja study dan sambil-sambil aku duduk tu, aku capai laptop lepas tu aku saja buka youtube tengok. Then, alang-alang ada abang dan salah seorang adik perempuan aku, aku pon cerita la kat dorang pasal mimpi aku tu. Tapi, dorang tak membantu pon, malah abang aku cakap kat aku “Hang tiap-tiap hari pon mimpi, sehari tak pernah tinggal pon mimpi hang tu”, adik pon pula tokok tambah “Tah, mimpi dengan cece (kakak dalam Bahasa Cina) sentiasa melekat, yang Narnia nak mimpi pon jarang-jarang sekali”. Tapi hakikatnya aku bukan main-main. Memang aku cukup kerap bermimpi. Lepas dorang diam, aku saja-saja la search kat laptop cerita hantu seram dan aku baca dua tiga cerita lepas tu aku power off laptop lepas dah bosan.

Dalam tengah hari hari tu, lebih kurang pukul 12.15 macam tu, aku saja la check whatsapp dan baca whatsapp dari cousin aku. Kitorang ada buat youtube channel (LIELIN PRODUCTION) dan tujuan dia chat aku untuk bagitau aku yang ada orang request untuk buat ‘LOCO CHALLENGE’, iaitu audio seram dekat sebuah hospital mental. Lepas aku reply chat dia, dia pon send kat aku audio tu from youtube dan masa ni lah baru aku tahu yang loco ni audio seram, sebelum ni memang aku tak tahu sebab first tu pon aku ingat tu challenge dekat Tiktok or anything else. Then, aku pon dengar la audio tu dalam bilik aku, waktu tu memang aku sorang ja dalam bilik dan aku pasang audio tu guna earphone dan pasang volume paling high. First aku dengar tu, ada suara orang gelak-gelak lepastu nangis lepastu gelak balik, yang kelakarnya, aku tumpang gelak. Tapi aku sedar yang tu bukan cara aku gelak sebab gelak aku time ni macam tengah perli orang dalam audio ni. Dan apa yang aku boleh cakap, memang audio ni langsung tak seram. SUMPAH aku cakap memang tak seram, ada sekali sekala tu aku baca komen netizen terhadap audio ni dan kebanyakannya memang komen tak seram, while just segelintir ja komen tentang perasaan takut dorang. Then, aku cakap la kat cousin aku tadi tu yang sumpah memang tak seram langsung dan aku macam dah bazirkan 6 minit lebih just untuk dengar audio ni.

Masuk la waktu malam lepas dah dinner apa semua, aku duduk balik dekat meja study aku dan waktu ni memang waktu study aku dalam pukul 8.00 hingga 10.00 malam. Macam biasa, abang dan adik aku pon ada time ni. Lepastu bila masuk ja pukul 9.30 malam, aku nak naik atas untuk buka aircond jadi nanti bila masuk bilik dah sejuk dah tapi langkah aku tiba-tiba terhenti bila aku teringat pasal LOCO HOSPITAL tadi tu. Aku rasa pelik dan aku terus buang niat aku nak buka aircond tadi. Then, abang dan adik aku tanya la asal aku tak naik? So tunggu apa lagi, aku cerita la kat dorang pasal LOCO tu, aku cakap yang cousin kitorang send audio loco tu dekat aku dan aku cakap lagi yang tadi aku dengar audio tu memang langsung tak seram tapi entah kenapa aku tiba-tiba takut nak naik atas. Mungkin sebab bilik aku bersebelahan dengan tandas dan tandas ni memang agak menyeramkan kalau waktu malam sebab gelap dia lain macam dan syiling dalam tandas tu berlubang jdi aku memang tak suka lalu depan tandas tu waktu malam although dalam rumah aku sendiri dan mak aku memang duduk dalam bilik dia waktu tu tapi bilik dia agak jauh dari bilik aku. Tapi bila teringat yang nanti aku masuk bilik memang akan panas sebab bilik aku ni berkuap sikit kalau tak buka aircond, aku pon pasang niat aku balik nak buka aircond tapi kalini aku paksa adik aku teman. Lepas dah buka tu kitorang pon sambung la study sampai pukul 10 malam.

Habis ja kitorang study, aku masuk bilik mak aku dulu ucap goodnight dan cium dia sebab memang dah jadi rutin setiap malam. Pastu aku dengan adik aku pon masuk la bilik. Tapi aku tidur dekat lantai danadik aku tidur dekat katil sebab ada sekali ni aku gaduh teruk dengan dia, dan bermula hari tu aku memang tak tidur atas katil, aku hampar toto atas lantai ja. Ehhh sambung cerita…. Aku pon dah tengok adik aku nak terlelap, so aku pon baca doa, I means cara agama aku baca doa tapi aku baca dalam Bahasa Melayu je sebab aku tak fasih sangat nak cakap dalam bahasa kitorang dan time ni la aku kena kacau.

First aku start ja berdoa, tiba-tiba ada benda datang cakar belakang aku dan rasa memang macam tangan yang berkuku panjang. Aku buat apa lagi? Auto pusing la tengok apa benda, dan bila aku pusing tu memang tak ada apa-apa pon. So aku pon sambung berdoa, benda tu cakar belakang aku balik tapi kalini memang aku ignore je sampai la belakang aku memang rasa pedih gila. Aku pon pusing la sekali lagi tengok ada apa tapi memang takdak apa pon and aku pon fikir positif je lah, maybe baju aku terlampau longgar dengan belakang aku kot so aku tarik baju aku rapat dengan belakang aku pastu tiba-tiba aku memang rasa benda tu sekali lagi dan cengkaman dia memang betul-betul kuat kalini dan ada sikit rasa geli. Bulu roma aku meremang dan aku sengaja longgarkan baju aku balik (pikir sebab baju rapat sangat), tapi benda tu still cengkam belakang aku. Aku dah tak boleh tahan dah, aku habiskan doa aku sampai entah apa aku baca pon aku taktahu. Yang aku peliknya kenapa aku yang kena, tapi bukan orang lain?

Lepas habis ja aku doa, aku automatic berdiri dan panggil adik aku. Aku cakap kat dia yang aku nak tidur atas katil malam tu. First dia tak bagi sampai la aku marah dia dan aku campak terus bantal, selimut aku atas katil. Aku pon nak tidur la sebab memang dah ngantuk, tambah lagi kena usik dekat-dekat tengah malam macam tu. Tapi aku tak boleh nak pejam mata langsung sedangkan adik aku dah lelap dah dan dah hampir sejam berlalu. Mata aku mengilau sana sini dalam keadaan gelap gelita tu. Tiba-tiba aku nampak satu bayangan, macam kelibat warna putih lalu depan mata aku, memang laju dia tak boleh bawa bincang. Macam-macam yang berlegar-legar di fikiran aku masa tu. Aku nak kelubung dalam selimut tapi hati aku macam taknak. Lepas tu aku pandang tingkap tepi aku agak lama, boleh dikatakan hampir setengah jam dan macam ada satu kelibat atas bumbung rumah dekat rumah yang menghadap bilik aku dan rumah tu dah la takdak orang duduk walaupon ni kawasan taman.

Kemudian, aku dengar satu ketukan dari rumah tu, bunyi macam orang ketuk pintu rumah tu tapi bahagian rumah yang menghadap bilik aku tu bahagian belakang rumah. Aku pon buat tak layan ja sampai la bunyi ketukan kedua yang hampir melemahkan jantung aku. Memang terkejut beruk la serupa nate beruk lagi sebab memang bunyi tu kuat gila-gila laa. Entah apa jadi lepas tu, yang aku tahu memang aku dah tidur sampai esok aku bangun tu aku demam panas. Ikut hati nak cerita dekat mak aku tapi tulah, nanti dikatakan merapu pula tak pon berkhayal lagi.

Aku tunggu masa ja nak cerita dekat nenek aku sebab dah banyak kali benda macam ni jadi kat aku cuma kalini agak lain sebab first tu mimpi buruk, lepastu search cerita hantu, loco challenge pula sampai la kejadian yang menimpa aku malam tu. Yang peliknya asal semua benda seram macam tu boleh jadi dekat aku dalam sehari ni. Aku harap yang mana baca cerita aku ni tak anggap aku menipu sebab kejadian ni memang betul-betul menimpa aku dan bagi aku memang seram la. Semoga seronok layan pengalaman aku (tu pon kalau cerita aku disiarkan la) Terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Natthalie Natthy

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

8 thoughts on “PENGALAMAN DI SEBALIK LOCO CHALLENGE”

  1. Betul tu…Awak patut cerita macam ni…”satu hari tu saya….aaaahhhhh..hantu….sekian”…straight to the point..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.