Pengalaman di Uni.

Assalamualaikum gais, nama aku Nur. Aku nk kata budak baru dalam fiksyen shasha ni tak jugak la sbb dah lama gak join jadi follower cuma sebagai silent reader je. Kali ni terasa nak share cerita aku semasa belajar kat Universiti di Sarawak. Story nak kata seram tu tak lah, tapi untuk sekadar share pengalaman aku boleh la kalau nak baca. Dalam cerita ni ada 2, 3 kisah yang terselit n berlaku pada waktu yang berbeza. Tapi ada cerita ni yang confirm korang ada pernah terbaca berkaitan penemuan mayat seorang pelajar perempuan didalam parit di belakang salah satu kolej di U tersebut…

Kisah yang pertama ni berlaku masa aku di semester kedua tahun pertama. Pelajar perempuan tu sebenarnya satu course dengan kembar aku. Alhamdulillah aku dapat sambung degree aku dengan kembar aku di tempat yang sama, kolej yang sama, bilik yang sama cuma berbeza course je. Okay, berbalik pada cerita ni, masuk je sem kedua tu aku ada terbaca kat page confession U aku tu berkaitan pelajar hilang. Waktu ni dekat nak habis cuti p*****l untuk semester pertama, family kepada student perempuan tu ada contact pihak U untuk bertanyakan pasal pelajar tersebut selepas dia tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarganya. Kawan-kawan dia pun tak dapat nak contact dia. Sehinggalah mayat dia ditemui oleh penduduk yang mendiami dalam kawasan U aku tu. Berdasarkan cerita yang aku dengar, dia dijumpai di dalam parit semasa penduduk yang menjumpai mayat dia hendak menjala ikan di parit berhampiran.

Sebaik sahaja mengetahui penemuan mayat pelajar berkenaan, aku terus memaklumkan kepada saudara kembarku. Dan dia menyatakan yang pelajar tersebut seorang yang pendiam di dalam dewan kuliah, berpenampilan sopan dan manis orangnya. Kembar aku memaklumkan kepada aku yang rakan sekuliah mereka ada menceritakan “sesuatu” telah berlaku pada malam sebelum pelajar tersebut menghilangkan diri. “Cak, kau tau ka kawan ku bilang (cakap) masa malam dia hilang tu dia ada pergi surau n mengaji, tapi dia nampak macam takut-takut”, kata kembar ku.

Namun, apa yang berlaku pada malam tersebut hanya Dia yang mengetahui. Setelah daripada kejadian penemuan mayat itu, bermula la cerita berkaitan penampakan pelajar tersebut. Dia dikatakan dilihat berada berdekatan dengan tempat mayatnya ditemui dalam keadaan sedih. Ada juga yang mengatakan pengawal pernah melihat dia berjalan berseorangan dalam kawasan kampus di dalam hujan lebat tetapi seperti dalam keadaan tidak sedarkan diri dan memgang al-Quran. Tetapi, sejauh mana kebenaran nya, waulahu’alam.

Semasa belajar di U ini, banyak kejadian yang terjadi di depan mata aku. Tetapi tidak lah sampai mengganggu pembelajaran aku ataupun aktiviti harian aku. Antara kejadian yang pernah berlaku ialah, histeria. Kejadian ni berlaku di dalam kolej kediaman dimana mayat pelajar perempuan tu dijumpai. Ia di alami sendiri oleh kawan kepada saudara kembar aku juga. Waktu ini, sudah dekat dengan waktu maghrib dan aku melepak santai di bilik keseorangan disebabkan kembar aku pergi ke bilik rakan nya untuk membuat assignment bersama. Aku mendengar telefon aku berbunyi minta untuk di angkat. Aku melihat nama pemanggil di paparan skrin telefon bimbit ku dan ternyata pemanggil tersebut ialah kembar ku.

“Cak, kau buat apa sekarang?, tanya kembarku. “Ndak da aku buat apa-apa ni. Duduk-duduk di bilik jak. Kenapa?” tanyaku kembali kepada kembarku. “Datang kau di bilik si Ika sekarang. Tadi dia tiba-tiba macam kena rasuk. Ramai kami di sini. Si Fira (classmate aku) pun ada di sini jugak”, jawab kembarku. Aku pun tidak mengambil masa yang lama terus pergi ke sana, lagi pula kedudukan kolej kediaman aku dengan kolej kawan kembar aku itu tidak jauh. Aku risaukan keadaan kembar aku kerana dia juga punya sejarah di rasuk semasa berada dirumah kami. Setibanya aku disana, aku bertanya kan lebih lanjut apa yang dah terjadi. Kata kembar ku, pada mulanya Ika duduk di tepi tingkap dan memandang ke arah luar. Dari kedudukan bilik kawan kepada kembar aku, pemandangan luar bilik mereka adalah hutan tebal yang agak luas. Ika mengatakan dia melihat seorang perempuan cantik berkulit putih di bawah pokok.

Dia terlalu ralit melihat perempuan itu sehingga tidak sedar yang dia sudah berkeadaan seperti hendak terjun daripada tingkap itu. Mujur rakan sebilik yang lain sempat menangkap dan menahan Ika walaupun pada masa itu Ika sudah tidak sedar dengan perbuatannya. Dia meronta ganas untuk dilepaskan. Kakak senior dalam bilik itu menenangkan Ika dan mujur lah keadaan nya tidak teruk dan mudah untuk di rawat. Petang itu, aku dan kembar ku membuat keputusan untuk tidur di bilik Ika sahaja untuk melihat keadaan rakannya itu. Satu lagi kejadian rasuk yang berlaku ialah semasa aku sedang dalam perjalanan untuk pergi ke perpustakaan milik U aku yang berada agak jauh dari kolej kediaman kami dan mengambil masa dalam lebih kurang 15-20 minit untuk sampai ke sana dengan berjalan kaki. Aku pergi bersama dengan classmate aku Fira. Kami perlu melalui satu lagi kolej kediaman yang lain untuk ke perpustakaan itu.

Semasa berjalan di bawah blok kolej kediaman itu, kami terdengar bunyi bising yang datangnya daripada kumpulan muslimah yang berselisih dengan kami untuk pulang ke bilik mereka. Apabila kami menoleh, kami melihat mereka sedang menenangkan seorang daripada kawan mereka yang tiba-tiba sahaja menjerit di luar kawalan. Aku melihat, kawan mereka itu kelihatan marah, dan aku perasan dia seperti memandang ke arah aku dan Fira. Fira mula berasa takut dan terus menarik tangan aku untuk meneruskan langkah kami ke arah perpustakaan. Selepas itu, aku tidak tahu apa yang berlaku pada kumpulan muslimah itu.

Okay, now cerita berkaitan dengan diri aku pulak. Cerita ni betul-betul terjadi kepada aku dan tiada tokok tambah. Masa ni, aku masih belajar lagi tapi mula duduk menyewa diluar kawasan kampus. Apa boleh buat, merit tak cukup nak duduk kolej. Kembar aku pulak, masa ni dia dah stop belajar sebab tak boleh nak bawa course yang dia ambil. Maka, tinggallah aku sorang-sorang. Tapi, elok lah dia stop, boleh aku dapat duit belanja lebih sikit..hehe.. Masa ni aku dah tahun akhir sem kelima. macam biasa lah kalau student last year, assignment, test, project Fyp banyak nk kena kejar deadline. Sebab nak grade on time kan, tapi akhirnya terkandas jua..hahaha.

Macam yang aku dah maklum kat atas, aku dah start menyewa kat luar tapi, aku sewa bilik jea la. Tetapi, aku berurusan sewa bilik rumah ini dengan penyewa pertama rumah ini yang merupakan seorang international student yang berasal daripada China. Seorang lagi penyewa merupakan warga tempatan yang berasal dari Perlis. Bilik aku ni berada 2 pintu dari pintu depan, which means, dari pintu depan ada 1 lagi pintu bilik yang perlu dilalui sebelum sampai ke bilik aku. Tapi, cerita aku ni tak ada kaitan dengan pintu bilik pertama tu. Just nak bagitahu jeala. Kejadian ni berlaku dalam lebih kurang pukul 3 pagi. Aku tengah busy buat assignment yang perlu dikejar due nya pada tengah hari, hari itu. Sambil buat assignment tu, aku pasang lagu n dengar melalui earfon aku. Mula-mula, tiada kejadian yang pelik barlaku sampai lah aku tiba-tiba rasa tak sedap hati. Dalam bilik aku tu, ada satu tingkap yang boleh nampak laman belakang untuk pengudaraan. Tapi aku tutup dengan kain sebab tak nak lipas masuk. Aku paling anti dengan lipas. Tiba-tiba, aku rasa tak sedap hati sebab tengah buat assignment tu aku rasa macam di lihat. Mata aku pun asyik terpandang tingkap kat bilik aku tu. Tapi, aku buat tak tahu jeala kan. Sebab dah pagi buta, nak hendap luar tingkap tu memang cari pasal la namanya kan. Dengan bunyi yang entah apa-apa jea aku dengar kat luar tu aku buat tak endah.

Bila aku buat tak layan je, makin teruk pula aku kena. Nampak kelibat tu tak lah. Alhamdulillah mata aku ni tak nampak benda yang bukan-bukan macam tu. Mau aku pengsan kalau aku nampak. Tapi, aku dapat rasa benda tu kat luar bilik aku. Macam mana aku tau? Sebab benda tu gerakkan tombol pintu aku macam orang rushing nak masuk. Mula-mula, slow je dia gerakkan tombol pintu aku tu, tapi makin lama, makin laju. Sekejap gerak, sekejap tak dia buat. Tapi, aku buat tak layan jea la. Tinggikan vol kat laptop aku then sambung buat assignment. Daripada layan dia, baik aku layan assignment aku. Lecturer aku lagi menakutkan daripada benda tu. Sampai lah nak dekat subuh baru hilang gangguan-gangguan makhluk tu. Paginya, kawan serumah aku di bilik yang pertama ada bertanyakan pada aku. “Za, awak ada ketuk pintu bilik saya ke subuh tadi? Sorry saya tak buka sebab saya ingatkan saya mamai”, kata kawan serumahku. “Eh, tak lah. Saya tak ketuk pintu bilik awak pun pagi tadi”, jawabku. Makanya, kami pun senyum sendiri dan memahami apa yang telah terjadi. Dia juga diganggu cuma tidak seteruk macam yang aku alami pagi itu.

Dan ini kisah aku yang terakhir, ringkas sahaja. Tidak seram cuma menjadi persoalan kepada kami yang menyewa di rumah tersebut. Waktu ni, aku dah pun habiskan peperiksaan semester terakhir aku dan berpindah keluar n balik semula ke rumah keluarga aku di semenanjung. Semasa mengemas barang-barang aku untuk di bawa balik ke semenanjung, aku telah pun memastikan yang bilik sewa aku tu telah pun berada dalam keadaan yang bersih dan kemas seperti mana aku masuk dahulu. Ruang tamu juga aku pastikan bersih walaupun aku bukan lah orang terakhir yang akan keluar daripada rumah itu. Kawan serumahku yang menyewa di bilik pertama merupakan orang terakhir yang akan berada di rumah tersebut kerana dia masih mempunyai kertas peperiksaan yang dijadualkan pada minggu terakhir sebelum tamat semester itu. Jadi, aku adalah orang kedua yang meninggalkan rumah itu sebaik sahaja kertas peperiksaan aku telah pun habis. Rakan serumah aku yang berasal dari China itu telah pun pulang ke negara asalnya terlebih dahulu kerana dia adalah pelajar master. Jadi, cuti semester kami tidak sama.

Satu malam tu, aku mendapat whatsapp daripada rakan serumahku yang berasal daripada China. Aku translatekan je lah. “Hi Za, saya Yiling (bukan nama sebenar). U ada bagi siapa-siapa masuk ke dalam rumah ke ?” tanya dia. Aku pun mula hairan kenapa dia bertanyakan begitu kepada aku. “Hi Yiling, saya tak ada bagi siapa-siapa masuk ke rumah sebab pagi saya habis exam, malam tu saya terus flight balik semenanjung”, jawabku. “Mungkin u boleh tanya Sha (bukan nama sebenar) sebab dia orang last yang keluar dari rumah tu”, sambung ku lagi. Tidak berapa lama kemudian, sekali lagi aku mendapat whatsapp daripaad Yiling. Kali ini disertakan sekali dengan gambar keadaan rumah di bahagian dapur.

Sampah berselerakan seolah-olah di kuis oleh binatang. Yang peliknya, dari mana pula munculnya binatang kerana kami tidak membela binatang di dalam mahupun luar rumah. Air singki juga kelihatan melimpah sehingga ke lantai. Ulat-ulat sampah menambahkan lagi mual dengan keadaan itu. Hanya bahagian dapur sahaja yang kotor manakala, ruang tamu berkeadaan baik. Hanya kedudukan sofa sahaja yang lari sedikit dari asal. Aku bertanyakan Yiling apa yang telah berlaku. Dia mengatakan sebaik sahaja dia sampai ke rumah sewa kami, dapur telah pun berkeadaaan sedemikian. Apabila dia bertanya kan Sha perihal itu, Sha juga menafikan membawa orang ke dalam rumah tersebut. Dan dia juga sudah memastikan rumah berkeadaan bersih sebelum meninggalkan rumah tersebut. Dengan kata sepakat, aku dan Sha mengeluarkan sedikit duit untuk membayar bil air yang tinggi untuk bulan tersebut.

Itu shaja cerita yang hendak aku kongsikan. Seperti yang aku maklum kan di perenggan pertama, cerita aku ni tidaklah seram mana, sekadar untuk berkongsi cerita yang aku alami je. Jangan marah jangan kecam ya. Terima kasih kepada yang sudi membaca cerita aku sampai habis. Sorry juga kalau ayat yang aku gunakan ni agak skema n membosankan. Takut kalau shortform sgt, korang tak faham pula. Okay lah, itu jea. Musim-musim covid ni cuma nak nasihat kan korang untuk stay safe gais. Lindung diri untuk lindung semua.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nur

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 2.3]

3 thoughts on “Pengalaman di Uni.”

  1. Pelajar yang hilang tu kawan saya. Saya satu matrik dengan dia dulu, satu kuliah. She was a good friend of mine. Al-fatihah

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.