Pengalaman Hotel Angker di Perak

Salam, Hi semua pembaca FS. Aku bukan nak ceritakan pengalaman aku, tapi pengalaman mak aku pergi ke sebuah hotel yang angker. Cerita ni takde la seram mana, tapi dialami oleh mak aku. Mak tak pernah diganggu seumur hidup, jadi inilah pengalaman pertama mak. Okay jom kita mula.

Pada hari Sabtu bulan 7/2019 , selepas daftar adik perempuan di Maktab Guru di Kedah, mak dalam perjalanan pulang ke rumah Bersama bapa tiri. Dalam perjalanan mak ada singgah di sesetengah tempat dan negeri. Bila nak gerak balik semula ke kl dah malam. Masa ni ada kat perak dah. Bapa tiri mula rasa penat sebab dari Sabtu ke kedah, Isnin nak balik KL dengan tak cukup tidur. Jadi mak amik kesempatan untuk booking hotel yang berdekatan. Buka apps untuk book hotel. Dapat la satu hotel, kebetulan dah malam, hotel tu dapat diskaun 50% dari harga asal. Memang cantik, ada kolam renang dan hotel nampak menarik dalam gambar. Mak tak nak lepaskan peluang, terus buat pembayaran M2U dan mula bergerak ke hotel melalui aplikasi Waze.

Mak cerita masa nak cari hotel tu laluan gelap, dalam hati cakap ada ke hotel kat sini. Sebab dah masuk jauh ke dalam. Mak teruskan juga sebab dalam waze tunjuk makin dekat dengan destinasi. Dah agak lama dalam laluan yang gelap dengan pokok2 besar membuatkan keadaan laluan tu dalam gelap. Akhirknya nampak bangunan, tapi tak sama langsung macam dalam gambar. Kalau tengok dari struktur bangunan, ia memang hotel yang sama. Cuma, penuh dengan akar kayu melintang.

Mak dah mula rasa tak sedap hati. Masa tu mak nampak banyak kereta. Tapi nombor plat Singapore. Dan banyak motorbike. Mak masuk ke dalam lobi, tiada orang langsung. Mak melalui jalan ke kolam renang, kolam yang tidak dicuci. Tidak terlampau kotor. Tapi nampak tidak di jaga. Masa mak pandang sekeliling mak perasan ada seorang lelaki atas motor. Mak tanya kat dia, “Mana saya nak jumpa pengurusan hotel ni ye” dan bila lelaki tu jawab, mak tak boleh faham langsung butir percakapan dia. Tiga kali mak suruh dia ulang, mak memang tak paham sepatah. Mak terus cakap, “takpela dik, terima kasih”. Sedang elok mak toleh belakang, tiba2 ada seseorang yang cakap dia yang urus Booking hotel untuk mak. Nama dia Ramli(bukan nama sebenar) , dia berseluar pendek, berbadan sedikit gempal dan pendek sedang memegang tuala. Mak dan bapa tiri mengikuti dari belakang. Bila mak menoleh, lelaki yang naik motor tadi dah tiada disitu.

Ramli terus membawa mak ke arah bilik hotel, mak melihat air menitik dari siling yang bocor. Daun-daun kering bersepah-sepah. Nasib mak baik sebab dapat tingkat paling bawah. Tapi mak cakap memang tak nampak tanda-tanda ada orang lain selain mak. Tapi kereta banyak tau. Haha.

Ramli terus buka pintu dan diikuti oleh mak. Mak rasa serba salah sebab biasanya siapa yang masuk bilik atau hotel yang baru kena bagi salam. Tapi oleh kerana bukan mak yang masuk dahulu, mak terlupa memberi salam. Ramli terus bagi kunci pada mak sambil cakap, kunci tak payah pulang bila nak check out, letak sahaja atas katil. Mak mengangguk. Kemudian terus keluar dari bilik. Mak jenis yang sangat lantang bila bercakap. Tapi dalam keadaan tu, mak tak bertanya apa-apa soalan pon pada Ramli. Dalam hotel cantik cuma kelihatan agak usang dan berbau barang lama dan mak seakan boleh merasai sesuatu sedang memerhati. Cuma mak hanya diamkan.

Mak cakap dalam hati, takpelah. Hanya semalam. Cuma tumpang tidur. Lepas letak beg, mak nak mandi. Mak masuk bilik air. mak dengar ada orang berborak. Rancak betul berborak. Ada dua orang berborak. Mak cakap dalam hati, mungkin bapa tiri tengah borak dalam telefon buat mode ‘loud speaker’. Tapi mak cakap suara borak tu memang macam orang kat dalam bilik yang sama. Lepas mak mandi, dan tutup pili air, bunyi orang berborak pon berhenti.

Mak tengok bapa tiri sedang elok baring atas katil sambil lelapkan mata. Mak hanya diamkan tanpa bertanya pada bapa, dan Mak terus solat sunat oleh kerana mak dah solat jamak maghrib dan isya’ di RnR Juru. Mak cari arah kiblat. Arah kiblat di pasang dengan pelik. Mungkin bukan orang islam yang pasangkan. Mak guna apps kiblat dan mak terus solat serta buka apps al-quran. Mak mengaji surah-surah dan membaca sedikit doa-doa.

Masa mak nak baring lelapkan mata, mak dengar ada suara bayi sedang gelak seperti di agah. Hanya allah yang tahu perasaan itu kata mak. Bayangkan kita tengah sedap nak lelapkan mata, tiba-tiba ada suara baby gelak kat sebelah kita. Dengan tak nampak mana baby nye. Mak memandang ke arah bapa. Bapa tiri hanya buat seperti biasa. Mungkin tak dengar. Mak tutup perasaan tu dan berdoa, aku hanya menumpang untuk tidur malam ini sahaja.

Mak cakap selepas baca doa tu mak tidur lena sehingga ke subuh. Mak bangun dan terus ajak bapa solat diluar. Pada pukul 6am, mak terus check out. Tak pernah seumur hidup check out seawal itu. Mak bersyukur sebab tiada gangguan pada waktu malam. Masa kat kedai makan mak tanya bapa, “abang takde rasa apa-apa ke semalam’? bapa menjawab “ada, masa mula-mula masuk dah rasa”, malam tu abang dengar suara baby gelak kat sebelah abang, abang tak cari, abang doa je cakap ni semua mainan syaitan” . mak pon mula cerita, dia pon dengar bunyi yang sama, Cuma mak diamkan. Sebab kata mak, kalau kita mula bertanya, “kau dengar tak bunyi tu” atau tegur “bunyi apa tu?”, benda tu lagi suka kacau kita, sebab dia tau kita dengar. So macam tu la mak cakap. Lepas je sampai ke KL, mak rehat-rehat, mak suruh anak-anak search hotel tu kat google. Kitorang pon search dan jumpa memang ada hotel tu, siap ada gambar. Memang angker gila wey, dan apa yang mak alami sama dengan orang tu cerita, Cuma orang tu pilih untuk check out malam tu jugak sebab dia kena lagi dasyat. Sebenarnya Hotel tu dah tukar pengurusan. Dulu memang cantik dan terjaga sama macam dalam gambar di mana-mana website, sekarang dah tiada pengurusan, customer pon tak ramai, dan ia menjadi tempat persinggahan kepada makhluk Allah yang lain. Sebab tu buruk gila dan tak sesuai langsung untuk stay even sehari.

Btw, hotel tu betul2 kat Perak. Before nak stay mana-mana hotel please google dulu. Taip je nama hotel dan tambah “hantu” kat belakang. Senang nak tau ada kisah ke tak. Okay tu je, thank you sebab baca kisah yang tak berapa nak seram ni. Bye.

-Wawa

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Wawa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

16 thoughts on “Pengalaman Hotel Angker di Perak”

  1. sy pernah book hotel kt Taiping.. lebih kurg keadaannye,tp x overnight.. mlm tu jgk blik,stay hilg penat je sbb de urusan kt batu kurau.. kereta byk tp xde org,hu3

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.