Salam Ramadan kepada semua pembaca FS. Terima kasih atas respon yang baik terhadap penulisan pengalaman saya melalui Jalan Bukit Fraser. Nama aku Zaff, asal Pahang dan telah menetap di beberapa daerah sekitar Pahang sepanjang lebih 30 tahun hidup ni. Kali ini aku nak bercerita pengalaman ketika aku beriktikaf di surau. Ayah aku adalah seorang tabligh dan selalu mengamalkan keluar 3 hari di surau-surau berdekatan. Kadang-kadang dia akan mengajak aku dan abang untuk join sekali. Disebabkan ingin memudahkan urusan, ayahku selalu memilih untuk keluar 3 hari di surau-surau kecil dan agak pedalaman kerana imam biasanya tidak kisah sekiranya ada kumpulan tabligh ingin mengimarahkan surau yang suram. Semua peristiwa ini berlaku semasa aku masih sekolah, tahun 1998 – 2001 dan di berlainan daerah
Surau 1
Surau ni kecil dan agak lusuh keadaan nya. Setiap hari kami solat berjemaah di surau ini. Suatu malam, ayahku mengajak kami menemani dia untuk beriktikaf sehingga subuh. Masa tu dalam pukul 10 lebih. Sampai di surau ayahku mengambil wudhuk, manakala aku dan abang terus ke atas buka suis lampu dan kipas. Makna iktikaf bagi kami berdua yang amatur ni ialah tidur di surau. Aku terus cari port di tempat perempuan sebab lebih privacy, abang masih mencari port di tempat lelaki. Semasa masuk bahagian perempuan aku nampak ada perempuan bertelekung duduk membelakangi aku. Aku keluar dari bahagian perempuan dan pergi ke abang aku.
Dia bertanya, aku cuma menjawab “ada makcik kat situ” dan terus baring. Kami tertidur. Tiba-tiba ayahku kejut, dia kata ada orang perempuan, tak jadi iktikaf dan mengajak kami balik. Ayahku tahu sebab nampak bayang perempuan di sebalik tabir tu sedang berdiri (solat agaknya). Sebelum beredar, kami berdua intai ke tempat perempuan di balik tabir tu, tapi tiada siapa. Baru la aku terfikir, kami berdua yang mula-mula masuk ke surau, gelap gelita, kami yang buka suis semua. Takkan la ada orang nak duduk dalam gelap tak buka kipas semua. Laju juga kami keluar dan tak tutup suis sebab ‘ada orang’ kat dalam. Kami tak bagitahu ayah pun. Selepas solat subuh imam ada bertanya kepada ayahku, kenapa tak tutup lampu (imam orang pertama datang surau subuh tu). Selepas ayahku cerita imam tu cakap, tak pernah ada perempuan tidur kat surau selama dia kat situ, yang ke surau untuk solat pun hanya pada bulan Ramadan. Terdiam ayahku.
Surau 2
Keadaan surau ni pun lebih kurang sama. Kelihatan lama dan diperbuat daripada papan. Tiada siling, hanya atap zink. Kali ini ayah bersama 3 orang ahli tabligh, kami berdua dan seorang rakan sekolahku, Mubin yang katanya nak merasa pengalaman join tabligh. Sebelum tidur ketua (dipanggil Amir) akan memberitahu adab-adab tidur mengikut Sunnah Rasulullah SAW dan beberapa peringatan. Antara peringatan Amir adalah jangan tidur di bawah tiang yang melintang (sekiranya tiada siling dan boleh dilihat), jangan tidur di tempat imam dan tempat orang solat, sekiranya bermimpi buruk sila berpindah tempat tidur yang lain, dan sekiranya bermimpi buruk berkali kali, boleh baca doa (aku tak ingat doa ni), akhir sekali tidur mengiring dan jangan meniarap.
Pukul 11 malam memang waktu tidur kerana biasanya mereka akan mula beribadat pada pukul 2-3 pagi. Kami tidur di bahagian belakang tempat solat dan Mubin memilih untuk tidur bawah kipas tanpa menyedari dia baring di bawah tiang melintang. Masa ni ayahku dan yang lain dah tidur, aku melarang dia tidur situ tapi dia cakap panas, nak tidur bawah kipas. Malam tu, bahu Mubin dicuit, seperti orang nak kejut bangun tidur tu. Suasana masih gelap, dalam mamai Mubin buka mata dan nampak pakcik tu tunjuk untuk berbaring di sudut yang lain. Mubin pusing badan dan sambung tidur. Tidak lama selepas tu, sekali lagi dia dicuit dan pakcik yang sama kejutkan dia. Dia cuma buat tak tahu sahaja. Kali ketiga ayahku kejutkan dia kerana dia tidur betul-betul depan pintu surau. Terus dia bangun dan baring di sebelah aku. Masa ni masih belum subuh, dalam pukul 2 lebih macam tu. Esoknya dia baru perasan, antara 3 orang tabligh bersama ayahku tu, tiada seorang pun muka yang sama seperti pakcik yang kejut dia malam tu. Mujur Mubin tak kena alih tidur kat tandas, kira baik lagi la kena alih kat pintu je.
Surau 3
Kali ini kami ke surau yang berada di Felcra. Pada masa ni, Felcra ni masih lagi tiada jalan tar dan surau tersebut berada agak ke dalam, agak jauh dari rumah orang. Surau di sini lebih besar berbanding dua surau di atas dan ada tempat untuk makan. Namun, suasana surau ni suram sikit, mungkin sebab jauh dari rumah orang. Solat Maghrib dan Isyak pun hanyalah disertai oleh 5 orang tempatan. Kami bertiga disertai 3 orang lagi ahli tabligh yang lain.
Malam tersebut dalam pukul 1 lebih, pakcik Mokhtar tersedar dan ingin ke tandas. Dia perasan ada seorang sedang duduk seakan bertasbih membelakangi dia. Sebaik keluar dari tandas, dia menuju ke tempat makan untuk minum air dan dia nampak orang yang sama berada di situ berdiri seakan menuang air. Dari belakang pakcik Mokhtar menegur dan bila orang tu berpaling, orang itu tidak bermuka. Maka pengsan la pakcik Mokhtar dan kecoh apabila seorang lagi ahli tabligh menjumpai dia terbaring di tempat makan. Rupanya bukan pakcik Mokhtar sahaja yang terkena. Malam yang sama juga sebelum kejadian tu, seorang lagi ahli tabligh ketika mengemas dan membasuh pinggan dan cawan pun terkena.
Sesudah membasuh, dia meletakkan pinggan dan cawan di tepi sinki. Sebelum meletakkan di tempat asal, dia mencari kain untuk lap pinggan tu dan apabila dia ke sinki, dilihat pinggan dan cawan tu tiada di situ. Apabila diteliti pinggan dan cawan yang masih basah tu berada di tempat asalnya. Di situ hanya dia seorang yang mengemas, kami semua yang lain sudah berada di dalam surau. Dia terus berlalu ke dalam surau dan join kami tanpa berkata apa-apa. Esok paginya, Amir (ketua) memutuskan untuk menangguhkan program keluar 3 hari itu sebab 2 orang demam. Dalam perjalanan pulang, aku bertanya kepada ayahku, “orang tabligh pun takut ek?”. Ayahku membalas, “kalau abah pun demam kena camtu!”.
Itu sahaja peristiwa yang berlaku sepanjang aku join beriktikaf dengan ayahku. Mungkin ada yang tak pernah kena, Alhamdulillah kerana boleh beribadat dengan lancar. Tapi apa yang aku perasan, gangguan tersebut bukanlah memudaratkan seperti gangguan yang pembaca lain alami, lebih kepada untuk berpesan dan menguji.
Penulisan ini bukanlah bertujuan untuk menakutkan, Cuma lebih kepada berkongsi. Kami tak pernah rasa serik atau takut untuk beriktikaf lepas kejadian ini. Dalam pahitnya petola, ada khasiatnya. Dalam pahitnya pengalaman, ada pengajarannya.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Mungkin yang tegur tu jin islam
as salam, biasalah bang.. makhluk tu suka nk uji² lebih² lh yg kafir.. utk mnakut²kn msia yg klua buat amal.. semoga istiqamah klua jln Allah.. dunia sementara akhirat selamanya
Bestnyerr…ada tk pengalaman jumpa wali Allah ke??..teringin sgt nk berguru dgn kekasih Allah
Pernah join tabligh dgn ayah aku dekat surau satu kawasan ampangan / loji rawatan air dekat Selangor. Aku masa tu kecik lagi dan malam tu aku ngantuk awal dan tidur sambil tutup mata aku guna serban sebab aku susah tidur kalau silau sangat. Aku tersedar tengah malam dan aku dengar satu bunyi mendengus yang sangat kuat daripada luar surau tu. Nasib baik serban dekat mata aku tu masih tertutup rapi kalau tak ada yg mata bertentang mata jadinya hahaha
pak cik aku pernah kena jin islam join dye solat
Kelakar part tanya ayah tu..maksudnya manusia bukan takut hantu,tapi terkejut nampak benda/rupa yang tidak biasa..lepasni kalau nampak benda menakutkan jgn ckp hantu,cakap alien
Ada jugak jin baik yg nak bertegur sapa ngan kita tp kita pulak takut, konon2nya tu hantu .
Jd berhubungan sesama makhluk hanya krn Allah SWT, insyaAllah mereka x kan ganggu kita