Pengalaman menziarah kubur di waktu malam

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua peminat Fiksyen Shasha. Nama aku Dai, Harini aku akan menceritakan sebuah pengalaman aku sendiri yang berlaku pada tahun 2019 ketika aku kehilangan seorang ayah yang aku sayangi dan cintai. Al-fatihah kepada ayahndaku.

Selepas selesainya pengurusan jenazah arwah ayahku, tiga hari berturut-turut aku akan melawat kuburnya diwaktu siang sebab aku dapat cuti ihsan dari syarikat untuk menguruskan jenazah arwah ayah.

Nak dijadikan cerita, cuti aku sudah habis dan pekerjaan aku ni dikirakan oncall 24 jam…cuti pun sehari dalam seminggu. jadi, ketika di waktu siang jadual aku agak padat dan aku mengambil keputusan untuk ziarah kubur arwah ayah aku bila selesainya kerja pada jam 10.00 malam kadang kala lebih lewat lagi.

Pengalaman hari pertama melawat kubur waktu malam seorang diri memang agak luar biasa bagi aku. Dengan keadaan kawasan perkuburan yang kurang pengcahayaan dan kawasan yang agak suram. Tapi aku cekalkan hati untuk teruskan niat aku untuk menziarah kubur arwah ayah. Alhamdulillah tiada kejadian aneh yang berlaku di kawasan tersebut.

Malam kedua dan ketiga masih tiada perkara aneh yang berlaku ke atas diriku.Sehinggalah malam yang keempat aku ziarah kubur aku telah diganggu dengan kelibat-kelibat yang aku rasa seolah-olah melintasi tepi aku dan belakang aku dengan sekali pandang.Masa tu jam menunjukkan hampir jam 12 tengah malam.Aku tak menghiraukan kelibat mereka sebab aku menganggap ini semua mungkin khayalan aku saja.

Pada keesokan malamnya selepas waktu kerja 10 malam, malam tu malam jumaat aku pergi ziarah kubur arwah ayah aku. Ada satu simpang tu memang nak kena lalu dekat situ untuk pergi ke kubur arwah ayah aku, tiba-tiba aku merasa meremang satu badan dan terus aku memberhentikan motosikal aku. Aku memandang sekeliling aku memang tiada seorang pun manusia di situ melainkan hanya aku seorang saja di situ.

Jadi aku teringat satu video pesanan ringkas dari ustaz Azhar Idrus yang aku tengok hari tu.Uztaz UAI kata di kubur tiada hantu melainkan hanyalah roh orang-orang yang hanya memerlukan doa dari kita yang masih hidup ni.Jadi aku sedekahkan al-fatihah kepada penghuni kubur di situ dan serta merta aku merasakan bulu roma aku yang dari tadi asyik meremang terus hilang.

Tanpa membuang masa aku terus menghidupkan motosikal aku dan pergi ke kubur arwah ayah aku.Setelah selesai membacakan yasin, dalam perjalanan aku keluar dari kawasan perkuburan tu aku terdengar jelas seakan ada orang duk tengah memanggil aku “hoi” dari arah kubur muslimat.aku terus memberhentikan motosikal aku dan menghalakan cahaya lampu motosikal aku ke arah perkuburan muslimat.Tetapi tiada sesiapa disitu yang aku lihat.

Aku dengar suara yang memanggil aku tu seakan datang dari sebuah pondok untuk orang berehat di atas kawasan perkuburan muslimat.Masa tu aku melihat waktu menunjukkan 12 tengah malam lebih dah.

Aku turun dari motosikal aku dan berjalan pergi ke arah pondok tu dengan menggunakan lampu flash telefon aku saja.Bila sampai disana dan aku memandang keadaan sekeliling memang tiada satu kelibat manusia pun waktu tu melainkan hanya aku seorang sahaja.Aku ingatkan ada orang yang menjaga kubur yang berada disitu tetapi memang tiada sesiapa di kawasan tu.

Kemudian aku berpatah balik pergi ke motosikal aku dan terus pulang kerumah yang tidak jauh dari situ dalam keadaan tertanya-tanya siapa yang menegur aku tadi tu.

Selepas dari tu aku memang jarang pergi melawat kubur arwah ayah aku disebabkan atas urusan kerja.Tetapi aku sebagai anak tak pernah putus mendoakan kedua orang tua aku walau sesibuk mana pun aku.Bila kedua orang tua kita telah tiada di dunia ni, mereka hanya menginginkan doa kita sebagai anak untuk mereka dan pahala yang kita kirimkan kepada mereka.

Pesanan untuk diri sendiri dan para pembaca fiksyen sasha. Sibuk mana pun kita janganlah kita lupa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita yang telah pergi ataupun yang masih hidup.Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh dan solehah yang mendoakan untuknyaā€¯.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Dai

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 48 Average: 4.4]

3 thoughts on “Pengalaman menziarah kubur di waktu malam”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.