Pengalaman Mistik

Di sini aku nak ceritakan pengalaman aku bersama kawan kawan. Aku Julia, kawan kawan aku Umi, Fiza, Atul, Ika dan Ziza. Umi dan Fiza mempunyai “saka” yang menjaga mereka. Kalau ikutkan cerita, keturunan keluarga. Wallahualam.

Cerita ni masa zaman Universiti. Tapi bila ingat kembali, rasa kenangan ni tak semua orang dapat. Jadi, aku ceritakan kenangan aku bersama mereka. Kes pertama, Umi. Dia paling banyak kejadian mistik berlaku. Masa aku dan rakan yang lain sedang khusyuk tengok youtube kes wanita dirasuk sambil Ayat ruqyah dibuka, tiba tiba Umi menjerit dekat kami. Terlupa yang “benda” tu sensitif hihi. Dah satuhal kena panggil Ustaz untuk berubat.

Kes kedua, dirumah sewa. Sebelum masuk menyewa, ada satu kerusi berwarna hitam. Owner rumah tu kata jangan alihkan kerusi tu. Tapi sebab tak diberitahu. Rupanya, kerusi tu milik “benda” yang dah lama menetap dirumah tu. Tapi sepanjang kami menyewa, tak diganggu pun. Sebab kerusi tu masih disitu. Port dia rasanya.

Kes ketiga, aku, Ika dan Ziza satu bilik. Satu malam aku dengar tangisan bayi dibelakang rumah. Bilik kami menghadap hutan, dan ada satu jalan lorong kecil. Penduduk flat situ pernah cerita, belakang tu dulunya kes ibu b***h anak sebab tidak mau memberi anaknya kepada bekas suami. Jadi, dia b***h. Lepas je bunyi tu hilang, kelibat seseorang lalu ditingkap bilik. Rumah kami ni dibawah sekali. Ground floor. Rupanya Ika pun nampak dan dengar. Cuma kaku. Pura pura tidur.

Kes keempat, Umi. Dia selalu kena rasuk. Punca, “saka” dia tak ngam dengan “benda” dikerusi hitam tu. Barangkali bergaduh. Jadi, kami serumah ni selalu tidur lepas subuh. Sebab nak bagi Umi tak kena rasuk. Sebab Umi suka mengelamun, jadi benda tu mudah kawal badan dia. Pernah satu malam, masa Umi dirasuk, kami panggil Ustaz uni kami. Ada yang boleh nampak, bagitahu yang “benda” tu bertenggek atas bahu aku. Patutla berat. Aku bisik “sakit, tolong pergi”. Beberapa minit tu, dah tak sakit.

Kes kelima, Fiza. Ada seorang nenek yang menjaga. Turun temurun dari keluarga. Ibu dia pernah cerita dekat kami, Fiza pernah baring sambil terapung. Masa tu dia tidak sedar. Menjegil mata kami semua bila dengar haha. Tapi “saka” dia tak kacau kami. Menurut apa yang aku dengar, Fiza jaga “nenek” tu juga. No wonder tak diganggu dan mengganggu.

Itu sahaja pengalaman dari aku, maaf kalau tidak sehebat mana, banyak yang teruk tapi aib untuk dicerita. Alhamdulillah sepanjang berkawan dengan diorang aku tak dirasuk, tetapi pernah borak bersama ketika Umi dirasuk. Pengalaman tu buatkan aku sedar alam sana itu benar benar nyata didepan mata aku. Oh, nak tahu kes kerusi hitam? Kami tak nampak bayangan dia, tapi kami dapat rasa dia ada bila kami kumpul diruang tamu borak bersama. Macam mana kami rasa? Kami berlima tapi bila pandangan mata memandang sesama sendiri, kami rasa kami nampak macam berenam. Faham tak? Terima kasih sudi membaca. Tutup salam.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Julia

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 19 Average: 2.9]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.