Salam admin dan pembaca semua. Maaf lama menyepi. Baru keluar wad buat operation. Ini dia sambungannya.
Kadang-kadang isteriku tertawa bila melihat aku terpaksa mengelak bila berjalan sebab aku takut bertembung dengan makhluk yang aku lihat. Akhirnya atas nasihat rakan-rakan, aku menalipon Dato Harun Din bertanyakan apa yang patut aku buat.
“ Anta redah saja. Anta buat macam tak nampak .Kalau benda tu tahu anta nampak depa, susah juga anta nanti.” Kata Dato. Akhirnya aku mengikut nasihat Dato dan meredah apa yang aku lihat.
Pernah aku bertugas petang. Ketika memasuki dalam kawasan bangunan, aku melihat seorang wanita berbaju kurung lama bersama anaknya yang memakai baju teluk belanga sedang berjalan di ruang bangunan. Mereka terus menembusi tembok dan hilang entah kemana. Ketika aku solat maghrib dan baru mengangkat takbiratul ihram, terdengar orang sedang tertawa di belakangku. Aku meneruskan juga solat aku walaupun ketika itu aku begitu takut. Apa taknya bangunan yang mempunyai 3 tingkat hanya aku seorang berada di dalamnya. Akhirnya selepas selesai solat, aku beranikan diri…
“ Kalau hangpa tak solat, jangan dok ganggu orang lain nak menyembah Allah. Hangpa tak takut Allah ka.” Terus hilang suara ketawa.
Pernah seorang pekerja kontrak berjumpa keris lama. Walaupun hulunya rosak tapi kerisnya masih lagi dalam keadaan baik. Aku nasihat pekerja kontrak agar di letakkan kembali keris di tempat asal sebab ada yang sedang marah bila haknya di ambil. Kelihatan makhluk sedang bercekak pinggang bila melihat hartanya di ambil.
“ Bukan senang nak dapat keris lama. Ini rezeki.” Aku hanya diamkan diri. Lantaklah. Dah nasihat tak nak dengar. Nanti dikatakan aku cemburu dan ingin memiliki keris tersebut. Malam itu aku menerima panggilan talipon dari seseorang. Rupanya isteri pekerja kontrak yang talipon. Terdengar suara suaminya….
“ Pulangkan…pulangkan.” Terdengar dari dalam talian,
“ Encik Ariff faham apa yang di maksudkan dengan pulangkan.” Tanya isteri kontraktor.
“ Dia minta pulangkan hartanya iaitu keris lama.” Barulah isteri pekerja kontrak sedar dan terus meminta aku meletakkan kembali ke tempat asal.
Terus aku meredah jambatan Pulau Pinang untuk mengambil kembali keris lama. Akhirnya dengan pertolongan seorang perawat yang memujuk untuk memulangkan kembali kerisnya, barulah dia mahu keluar dari badan pekerja kontrak. Aku membawa keris dengan motosikal untuk meletakkan kembali keris lama. Sepanjang perjalanan ke tempat aku bertugas, terasa motosikalku amat berat sekali. Akhirnya keris lama aku letak kembali di celah akar pokok bakau. Bahaya kalau kita membawa pulang benda lama yang kita kata amat bernilai tapi ia telah di tumpangi oleh makhluk lain.
Setelah 4 tahun aku bertugas di pencawang PG, aku di tukarkan ke pencawang J. Kebanyakkan pencawang yang aku bertugas di tempatkan jauh dari kawasan orang ramai. Pencawang J berada di hujung kampung berdekatan dengan kuala sungai. Tempatnya begitu aman dan mendamaikan. Jika hendak memasuki pencawang ini, kami harus melalui kawasan belukar. Aku masih ingat ketika masuk bertugas jam 12 tengah malam, aku melihat sesosok tubuh berpakaian kain putih sedang berdiri sebelah tiang elektrik. Jalan yang aku lalui pula berlubang dan di penuhi dengan air yang bertakung. Bila tiba berdekatan tiang elektrik aku cuba mengelak lubang yang di penuhi air, akhirnya tanganku bergesel dengan kain wanita berkain putih. Keras saja kain dia. Wanita tersebut hanya menundukkan wajahnya ke bawah.
Jam 3 pagi, aku menerima panggilan talipon dari pengawal keselamatan.
“ Encik Ariff, depan pondok kami ada pontianak.” Kata pengawal. Terus aku keluar dan menuju ke arah pondok pengawal. Memang betul itulah wanita yang berdiri dekat tiang elektrik. Tiba-tiba dia melunjur terbang dan mengilai. Suaranya memecah kesunyian malam. Esoknya heboh di kedai kopi ramai yang melihat pontianak berkeliaran berdekatan kampong dan pot yang paling dia gemar ialah berdiri dekat tiang elektrik. Aku mendapat berita malam itu mereka akan menjemput seorang bomoh untuk menangkap pontianak. Ini cukup menarik.
Jam 11 malam, aku masuk agak awal. Aku tidak mahu ketinggalan dalam operasi menangkap pontianak. Orang kampung sudah memenuhi kawasan belukar. Tok bomoh melakukan upacara memanggil pontianak. Jampi serapah pun di buat. Penduduk kampong memandang atas, keliling untuk memastikan adakah pontianak hadir. Tiba-tiba keadaan menjadi gawat apabila pontianak berdiri di sebelah tok bomoh. Tok bomoh terkejut lalu melarikan diri. Jadi orang kampung nak tunggu apa lagi. Mereka pun turut sama lari dan akhirnya di tertawakan pontianak yang terus terbang lalu menghilangkan diri. Esoknya riuh rendah gelak ketawa di kedai kopi menceritakan kisah tok bomoh melarikan diri bila berjumpa pontianak.
Lama kelamaan pontianak tidak kelihatan lagi berdiri dekat tiang elektrik dan mengganggu penduduk. Keadaan kembali tenang dan penduduk sudah dapat melupakan kisah itu. Aku mendapat tawaran pula bertugas di tempat baru iaitu di pencawang G. Kali pertama aku masuk, seorang rakan telah beritahu kepadaku..
“ Ariff..Tempat ni tak ok sikit. Hari tu kami pernah nampak wanita berjalan-jalan di pantry tempat kita buat air.” Berkata pula seorang rakan
“ Alaa..Toksah dok takut la dekat hantu. Bila nampak baca saja ayat suci Al Quran. Terus dia lari.” Aku tersenyum mendengar kata-kata rakanku. Dia ingat begitu senang saja seperti sebut ABC dan hantu boleh cabut. Benda tu pun pandai. Dia boleh detect cara kehidupan kita. Kalau kehidupan kita di penuhi dengan maksiat dan kalau setakat bertembung lalu membaca ayat suci Al Quran dan mengharapkan dia lari tidak sama sekali. Tetapi andai seorang itu kehidupannya di penuhi dengan takwa, bila dengar nama saja makhluk jahat tu dah goncang.
Seminggu aku terpaksa training dulu sebelum di buat ujian adakah aku memahami akan sistem di tempat baru. Setelah berjaya dalam ujian, aku telah di tugaskan bekerja shif petang. Terngiang-ngiang kata-kata rakan aku yang mereka ternampak wanita. Tugas kami memang keseorangan mengawal banggunan yang besar. Aku ke pantry untuk membuat air. Rakanku kata nampak seorang wanita di dalam pantry, tapi apa yang aku nampak terlalu banyak dan berbagai rupa bentuk. Ada matanya bulat hitam, tiada telinga. Ada yang merayap di atas siling sambil menjelirkan lidah. Cepat-cepat aku buatkan air nescafe dan masuk ke bilik control. Aku andaikan yang aku tidak melihat apa-apa walaupun ketika aku sedang menulis pun ada yang sedang memerhati aku. Kerja pula seorang diri.
Hari pertama dan kedua aku bertugas tiada kelibat wanita yang di ceritakan oleh rakanku. Masuk hari ketiga, aku sudah merasai sesuatu. Deria aku dapat menangkap sesuatu. Bulu roma aku dah mula terpacak. Jantung aku dan mula berdebar-debar. Itulah petandanya aku akan bertemu sesuatu. Itu pengalaman aku. Ketika aku berjalan untuk membuat tugasku, aku terdengar suara seorang wanita sedang menyanyi lagu yang tiada irama.
“ Lalalala……..”. Suara nyanyianya seakan gembira seperti hendak bertemu kekasih. Terus aku berjalan agak perlahan dan pergi ke pantry. Jam di tangan pukul 9 malam. Aku menjenguk perlahan-lahan melalui pintu.
Allahu Akbar. Seorang wanita berkebaya sedang menyanyi sambil bermain rambut ikal mayangnya. Aku memberi namanya Kak Ton. Entah kenapa nama Kak Ton yang aku pilih. Cantik wajahnya. Serta merta hilang ketakutan bila melihat wajahnya. Tidak seperti yang selalu yang aku lihat. Hodoh dan menyeramkan. Aku memberanikan diri lalu masuk ke dalam pantry. Kak Ton melihat aku dan kemudian kembali menyanyi sambil bermain rambutnya. Sesekali dia menjeling ke arahku bila mendengar sudu bertemu dengan cawan
“ Ting..ting…”. Bunyi aku mengacau gula di dalam cawan. Aku minum di situ juga sebab aku ingin melihat apa dia akan buat seterusnya.
Tiba-tiba dia berhenti menyanyi dan tidak bermain rambut lagi. Wajahnya terus di tundukkan.
“ Huhu..sob sob…”. Terus dia menangis. Suara tangisannya tidaklah begitu kuat. Suara tangisannya agak perlahan seperti menyembunyi dari orang mendengarnya. Aku mula terfikir, mungkin dia ada sejarahnya tersendiri. Aku ke pejabatku semula untuk membuat kerja. Selesai kerjaku, aku kembali ke pantry tapi Kak Ton sudah tiada. Seminggu aku menanti kedatangan Kak Ton tapi dia tidak muncul.
Aku bertugas pula shif malam. Dalam pukul 2 pagi aku terdengar tangisan yang teresak-esak dari bilik pantry. Aku pasti itu adalah suara Kak Ton. Terus aku bangun lalu masuk ke bilik pantry. Aku jerang air panas sambil mataku melirik kearah Kak Ton. Dia masih menangis. Tiba-tiba dia berhenti dan memandang tepat ke arahku. Terus aku berdebar-debar. Adakah dia tahu aku nampak akan dirinya. Kemudian dia mula ketawa dan ketawanya agak kuat. Di mainnya kuku sambil terus menyanyi. Sambil membuat air aku menyanyi lagu Hatimu Milikku nyanyian Nera, tiba-tiba Kak Ton berhenti menyanyi. Dia mula menangis tersedu-sedu
“ Huhuhu….. “. Adakah lagu itu telah mengingatkan dia kepada sesuatu yang di rinduinya atau adakah suara aku yang sumbang. Terus Kak Ton hilang dari pandanganku. Entah kemana dia pergi. Selepas itu umat islam telah menyambut Ramadhan dan sejak itu Kak Ton tidak pernah muncul lagi. Insyaallah gambar Kak Ton akan aku letakkan di ruang komen. Ia hasil lukisan dari rakan FB setelah aku membuat contest. Aku berikan ciri-ciri yang terdapat pada Kak Ton dan akhirnya gambar Kak Ton dapat di lukis.
Akhirnya tugas aku telah di tukar setelah di buat rombakkan. Aku tidak lagi bertugas giliran. Tugasku kini hanya office hour saja tapi masih lagi ada kisah-kisah mistik yang tidak pernah lekang dari kehidupanku. Insyaallah nanti aku akan ceritakan jika Allah beri kelapangan dan kesihatan yang baik.
AriffBudiman
hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
mana gambar kak ton?
kenapa kena letak kat komen?
tak boleh letak terus dalam entry kat atas ke?
ada fb tak en arif
Best betul tn ariff bercerita. Mmg penulisan tuan saya selalu ikuti. Tak jemj membaca penulisan tn ariff.
masya-Allah.. hati2 jgn sampai hanyut dgn tipu daya syaiton.. semoga Allah S.W.T melindungi anda dr kerja jahat makhluk2Nya yg ingkar..
HAHA BEST SUKE2…NAK LAGI DGR LAGI CERITA NI… NAK TGK PIC KAK TON
en. arif.. mane gambar kak ton.. nak tengok..
Comel mcm kak ton ka?haha part bomoh lari tu lawak…teringat ceta hantu kak limah
Mana gambar kak ton tuan?
Pasni klu jmpe Kak Pon, bwkkan die softlan…
Kesian kain die keras kejung…
Semoga Tuan AriffBudiman sentiasa sihat untuk terus beramal ibadat dan berkarya. Tapi…maaf la terlintas di hati saya orang lelaki ni asal namanya perempuan cantik, hantu pun ditunggu. Bagaimana pun, penulisan Tuan memang menarik dan tidak menjemukan. Teruskan berkongsi, ya.
Selalu terhibur dgn pengalaman tuan, semoga sihat wal’afiat selepas pembedahan tuan..
Salam. tak sangka banyak pengalaman seram bagi yg bekerja TNB. menjaga pencawang nampak macam mudah tapi disebalik tempat yang ditugaskan banyak sejarah yang tak terduga akan terjadi. seronok membaca pengalaman tuan. semoga sihat hendaknya dan meneruskan perkongsian seram yang pernah tuan alami. Thank you.
APA nama fb ariff budiman nk tgk gmbr k.ton
https://www.facebook.com/Ariff-Budiman-Fans-1825558967758167/