Pengalaman Pusat Pemulihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Aku Nurs . Kisah sebelum ni aku ceritakan pasal dik kim diganggu belaan abah . Terima kasih pada feedback korang . Tu memang cerita sebenar yang berlaku dalam keluarga aku .

Tapi kali ni aku nak cerita pasal pengalaman aku pernah tinggal dalam pusat pemulihan akhlak . Masa tu aku jadi mangsa keadaan disebabkan mahu menutup malu keluarga, aku terpaksa tinggal di Pusat pemulihan akhlak yang terletak di pusat bandar (nama tempat dirahsiakan) .

Masa aku baru masuk pusat . Semua diberikan warden yang berbeza . Mula aku dapat dorm no.5 dalam bilik tu ada 6 orang . Semua bilik ada katil single 8 unit dan digabungkan dua dua. Aku, nisa, pipah, intan, nia dgn syu. Syu ketua bilik nisa penolong ketua bilik. Nisa dan syu dah tinggal dalam pusat setahun tiga bulan . Yang lain termasuk aku baru masuk.

Biasa habis solat isyak kami akan berkumpul dan bercerita latar belakang keluarg masing-masing dan kisah-kisah mistik . Masa tu aku tengah berpantang dan ada baby. Biasa la dalam dorm nak buat apa je kan ? Hahaha.

Aku dan intan ni pernah ada saka sebelah moyang ayah. Intan dah biasa nampak dan terasa kehadiran benda tu. Yang aku cuma boleh rasa kehadiran tapi alhamdulillah tak pernah nampak jelas . Cuma pernah nampak bayang-bayang je .

Intan : Nisa dengan syu kongsi lah cerita dalam ni macam mana ?
Nisa : Kongsi cerita apa ni ? Cerita pasal pelatih lama ke cerita pasal hantu ?
Semua : HANTUUUUUU !!!!!!
Syu : Korang tak pernah nampak dan rasa boleh la korang cakap !! Cuba terjadi dekat korang ?!! Dah-dah . . . Dengan nurs ada baby lagi !!! Semua pergi tidur sekarang!!!
Nisa : (berbisik pada aku) cakap dekat intan esok nisa cerita ye. Biasa hari minggu syu tidur bilik orang lain.
Aku : Baik nisa.

Keesokan harinya :

Nisa : Dah kunci pintukan ? Kalau syu masuk tak boleh cerita pasal pusat kita ni. Hehe .
Pipah : Pipah dah kunci dah . Cerita la nisa. Tak sabar ni.
Intan : Intan dari semalam lagi tak sabar nak tahu pasal pusat ni . Syu p****g mood la semalam . Hahaha .
Nisa : Nurs . . . Tak pe ke kalau nisa cerita pasal hantu ni ? Ada baby ni . Takut benda tu kacau baby je sebab kalau kita cerita pasal dia . Dia akan muncul atau kacau kita ?
Aku : Tak pe . Kalau dia kacau baby. Kita semua jaga baby sama-sama la .
Intan : Tak pe . Nanti kita baca la ayat pendinding diri dengan ambil wuduk sebelum tidur . Kan ?
Nia : Ishhh !!!! Cepat la cerita . Nia tak sabar dah ni . Sebab masa masuk sini aura dia lain macam la . Sini ada hantu eh nisa ?
Pipah : Ish nia niii !!!!
Nisa : Memang ada pun . Semua tempat pun ada makhluk halus . Tapi . . . Nisa nak pesan awal-awal ye . Korang semua sidai kain dekat belakang dorm kan ? Korang kena ambil kain sebelum pukul 4pm . Selepas pukul 4pm jangan pergi dekat belakang atau korang pesan dekat kawan kalau korang balik kelas lambat .
Pipah : Kenapa ?
Nisa : Sebab pelatih sebelum ni ada berapa orang kena sampuk dekat belakang tu.
Intan : Ada apa dekat ampai baju belakang tu ?
Nisa : Kalau korang perasan . Ada satu busut dekat dengan dinding tu . Busut tu ustaz dah pagar tempat tu . Tapi jangan korang terlanggar sudah la .
Nia : Esok nisa tunjuk dekat nia . Nia ni rabun sikit . Takut nia main redah je .
Nisa : Baik nia . Lagi satu, korang tak boleh sidah kain dekat ampaian baju belah tengah . Nampakkan ada tape warning dekat situ ? Korang tak boleh sidai baju situ dan tak boleh lalu dekat situ . Cuma boleh lalu dekat court je kalau nak ke blok depan .
Pipah : Kenapa ?
Nisa : Senior dulu pernah tanam uri siapa yang bersalin dekat kawasan yang sekarang tape warning dengan dalam pasu . Tapi pernah ada satu kes . Masa nisa baru masuk 3 bulan . Uri yang senior tanam dalam pasu tu macam ada orang gali balik. Mungkin pelatih lama cuci uri tak bersih . Baby senior mata dia macam nak terkeluar dengan mulut baby tu ternganga dan nafas laju macam nazak . Ustaz datang lihat baby macam tu . Ustaz pergi dekat pasu tu panggil dan berkomunikasi dengan benda yang ambil uri tu .

Ustaz : Kau siapa ? Apa kau nak ?
Hantu : Aku tinggal dekat sini !!! Korang yang musnahkan tempat tinggal aku !!!! Kau keluar !!!
Ustaz : Mana tempat tinggal kau ?
Hantu: Semua tempat ni !!!! Hahahahhahaha
Ustaz : Kenapa kau ganggu orang dalam ni ? Kau nak apa ?
Hantu : Sebab korang pengotor !!! Aku suka benda kotor !!! Budak tu kawan aku !!! Hahahahhah
Ustaz : Kau tak boleh berkawan dengan manusia . Dunia kau dengan kami berbeza . Baik kau pergi dari sini.
Hantu : Aku takkan pernah pergi dari sini !!!! Sini tempat aku !!! Korang semua yang kena pergi !!!
Ustaz : Kalau kau berdegil kau akan sakit !!! Baik kau pergi !!
(mulut ustaz terkumat kamit membaca ayat suci)
Hantu : Panasssssss !!!!! Diam manusia bodoh !!!!! Panasss laaaaa !!!!
Ustaz : Kalau kau tak nak lagi sakit baik kau pergi.
Hantu : Aku takkan pernah pergi dari sini !!! Ni tempat aku !!! Korang jangan kacau tempat aku !!!!
Ustaz : Mana tempat kau ?
Hantu : Busut tu !!!!
Ustaz : Baik . . . Tapi kau jangan pernah kacau penghuni sini . Kalau kau kacau lagi . Aku buat kau lagi sakit !!!! Faham !!!!
Hantu cuma tunduk tanda setuju.

Intan : Ohhhh . . . Patut la kalau intan sidai kain mesti terpandang busut tu . Dulu mesti ada sesiapa yang terpijak busut tu kan ?
Nisa : Ada senior dulu . Dia orang tengah main nettball lepas tu bola terkena busut situ . Tapi korang ingat tau . Jangan pergi ampaian kain lepas pukul 4pm dengan jangan lalu dekat tape warning.
Nia : Apa jadi dekat baby tu ?
Nisa : Keluarga senior tu berubat lepas tu bagi baby tu dekat keluarga angkat . Dia orang tak nak baby tu dalam keluarga tu.
Aku : Kesian baby tu tak dapat kasih sayang ibubapa.
Nisa : Ramai keluarga yang tak boleh terima anak tak saf taraf. Cuma keluarga yang ada beri kemanusiaan je yang nak jaga anak tak saf taraf ni . Lagi pun sebab lelaki tu lari dari tanggungjawab . Sebab tu keluarga dia orang tak boleh terima baby tu.
Pipah : Sini mesti pernah jadi kes histeria kan ?
Nisa : Mesti la . Paling teruk dulu naura kena . Dia hampir terjun dari tingkat 2. Nasib baik semua orang pegang dia .
Nia : Macam mana dia kena ?
Nisa : Masa naura dah sedar dia bagi tahu . Masa dia masuk bilik air no 1 tu dalam pukul 2pagi macam tu . Dia buka pintu nampak hantu tu tengah jilat pad masih berdarah . Benda tu terus terkam dia . Lepas tu dia dengar benda tu bisik dekat telinga “mari terjun sama aku” terus dia tak sedarkan diri .

Nantikan sambungan . Macam dah panjang menaip. Hehe. Korang jangan marah yaaa.. Nanti akan aku kongsikan sambungan cerita ini secepatnya..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nurs

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2]

7 thoughts on “Pengalaman Pusat Pemulihan”

  1. kalau tk TSPC mesti kt kampung pandan. huhu tp klau kt TSPC mmg seram beb, blkng nya kubur cina. aku pon pernah kena kt pusat pemulihan. pkul 3 pagi bantai basuh baju, pastu ade benda gegar pagar. tobat dah aku nk basuh baju tgh mlm buta

    Reply
  2. Bg org yg x pernah diduga oleh Allah SWT kearah itu ramai je yg pandang hina. Sb tu kita yg dah diduga ni jadikan ia sebagai sempadan dan pedoman kearah yg lebih baik. Biar hina dimata masyarakat, asalkan tidak hina di sisi Allah SWT.
    InsyaAllah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.