Pengalaman ringkasku

Secara ringkasnya aku adalah seorang pekerja di hospital swasta dan menyewa rumah dikawasan berhampiran untuk memudahkan perjalanan pergi dan balik. Rumah sewaku ini merupakan sebuah rumah pangsa ataupun flat yang aku rasa dah lebih 25 tahun rasanya. Suasana kawasan flat ni suram, gelap dan tiada lif disebabkan hanya lima tingkat.

Alkisahnya,semasa ku sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja aku membelek mukaku yang tak berapa nak segak ni di cermin bilikku yakni membelakangi tingkap, maknanya boleh nampak lah tingkap dari dalam cermin. Tingkap pula jenis yang sliding jadi bila dah buka memang luas lah pemandangannya.

Tabiat aku pula selalunya aku akan tutup tingkap bila waktu maghrib tapi disebabkan cuaca yang panas dan kipas yang hidup segan m*** tak mahu aku terpaksa buka tingkap untuk pengudaraan. Balik kepada cerita semasa aku membelek-belek mukaku, tiba –tiba aku perasan seperti ada sesuatu yang masuk kedalam bilikku melalui tingkap. Aku perhatikan seperti tangan, masuk dan meraba-raba dinding. Tak lama kemudian satu lagi tangan dengan tingkah yang sama. Tangan pucat lesi itu seperti menarik empunya tangan kedalam. Punyalah terkejut aku sekali masuk merangkak satu sosok lembaga merangkak di dinding.

Berambut panjang dengan pakaian lusuh membelakangiku. Aku yang keras umpama batu hanya mampu terkedu dan berharap ini adalah ‘halunisasi’ aku pejamkan mata dan buka semula dia masih disitu cuma bezanya memanjat sedikit tinggi. Dalam hatiku “Ah pasang,natang ni meghangkak pulak dah (Ah sudah, binatang ni merangkak la pulak)” Aku kumpulkan keberanian mencapai barang-barangku dan berpura-pura tidak melihatnya.

Lampu tidak ku matikan. Ku capai helmetku dan terus ketempat kerja.Di tempat kerja rutinku seperti biasa sehinggalah tiba waktu rehat, kami bergilir-gilir untuk tidur dan kawasan kesukaanku adalah pantry yang terletak dihujung unit. Sewaktu ku melangkah ingin membuka kunci sebuah sosok terjuntai ditepi pintu pantry tersebut. Wanita berambut panjang dengan lapan tangan dengan mata sepet seperti pejam dan menyeringai dengan lidah panjang berjuntai ke lantai berpaut di siling dengan dua tangannya dan selebihnya dibiarkan.

Kelibatnya terlalu besar sehingga ketinggiannya hampir mencecah siling.Aku hanya berjalan dan mebuka kunci pintu pantry seperti tiada apa yang berlaku dan dia merenung aku sehingga kepalanya hanya sejengkal dari pipiku dan menyeringai memerhatikanku. Ku memulas kunci dan menutup pintu. Hanya Tuhan yang tahu perasaanku ketika itu.

Selepas kejadian itu, deria ku seperti lebih peka dan aku tidak tahu samaada aku bertuah ataupun ku hanya berhalunisasi yang membuatkan aku lebih risau takutnya bukan ada kelebihan tapi sakit jiwa.
P/S: Ada yang betanya mengapa aku tidak pindah rumah, jawapannya adalah kerana rumah itu yang paling murah sewanya dan aku sanggup T_T
Sekian..

Hantar kisah anda : CSZ

Hamba Tuhan

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 16 Average: 3.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.