Pengalaman Seram

Assalamualaikum semua peminat fiksyen shasha. Terima kasih admin sudi siarkan cerita aku ni. Aku memang suka baca cerita-cerita dalam page ni. Sementara ada masa free ni bosan-bosan tak ada buat apa meh aku kongsikan beberapa kisah seram (tak seram pun bagi korang). Andai ada tersalah kata atau tak faham ayat aku mintak maaf lah aku ni bukan pandai mengarang sangat. Cuma saja nak berkongsi cerita. Baca kisah orang jer nak juga kongsi pengalaman kita hehe.

Kisah 1 Hantu Pokok Buluh
Kisah ni terjadi masa aku sekolah rendah. Rumah aku dalam kawasan kampung. Jadi faham-faham jer laa kampong ni banyak pokok. Betol-betol sebelah rumah aku ni ada laa pokok mempelam dan pokok buluh. Banyak boleh menutupi rumah belakangnya. Aku 3 beradik tinggal dengan mak ayah. Aku yang sulung. Adik aku yang bongsu umur 2 tahun.
Pokok buluh sebelah rumah aku ni dah macam-macam dengar kisah seramnya. Orang-orang kampung yang lalu kat runah aku pun selalu cerita kat mak aku. Budak kampong tuu pun takut nak lalu kat rumah aku malam-malam Ada perempuan tua muka hodoh rambut panjang laa. Pokok buluh bergoyang tiba-tiba laa. Tapi mak aku ni jenis tak ambil tahu semua tuu.

Suatu hari tuu ayah aku outstation. Jadi tinggal kami berempat jer kat rumah. Malam tuu adik bongsu aku nangis tak berhenti. Maklumlah adik aku tuu rapat dengan ayah aku. Sehari tak Nampak ayah mula laa dia. Mak aku cuba pujuk tapi macam tuu jugak.

Tiba-tiba ada orang ketuk pintu rumah. Aku “siapa tuu mak?’. Malam-malam macam ni siapa pulak nak datang rumah aku. Mak aku “entah kau pergi tengok laa kejap”. Badan aku dah meremang ‘tak nak laa orang. Takut laa mak. Mak buka laa pintu tuu”.

Riang hati adik aku ingat ayah balik “ayah, ayah” sambil membontoti mak aku. Perlahan-lahan mak aku buka pintu. Kosong. Tak ada orang. Sekali lagi adik aku nangis ayah tak ada. Mak aku tutup pintu. Baru selangkah pusing kebelakang bunyi lagi orang ketuk. Mak aku buka tak ada orang. Last-last mak aku ajak masuk tidur.

Esokknya, jiran sebelah rumah aku ni ustaz. Dia Tanya mak aku ada orang ketuk pintu ke semalam. Mak aku “aah tapi bila saya buka tak ada orang”. Tiba-tiba ustaz “malam tadi hantu galah yang ganggu korang”. Tersentak mak aku. Lepas tuu habis satu kampong tahu cerita ni. semua berpakat nak tebang pokok galah tuu. Alhamdulillah lepas tebang tak ada dah cerita Nampak ‘benda-benda’ tuu. Orang kata jangan biar anak kecil menangis malam-malam takut ada yang mengganggu.

Kisah 2 Dibantu oleh ‘penjaga’
5 tahun lepas masa aku dploma. Aku ditempatkan di asrama baru. Tapi bila tiba masa student intake baru nak masuk so kami diarahkan untuk berpindah ke asrama lama. Asrama tuu elok jer Cuma banyak kisah seram.Aku dan kawan aku ni penakut jadi kami berdua berpakat untuk tidur sebilik. Petang tuu mulalah operasi kemas bilik. Bilik aku kami jadikan tempat salin baju , letak beg semua. Bilik kawan aku ni kami letak 2 katil. Seminggu berlalu tak ada apa-apa yang berlaku. Kami jalankan rutin macam biasa pergi kelas balik kelas. Malam tuu selesai tugasan yang diberi kami kemas katil nak tidur. Masa tuu pukul 12 lebih. Bilik sunyi dua-dua tengah asyik pegang phone layan facebook instagram.

Tiba-tiba kami terdengar bunyi cangkul. Macam ada orang cangkul tanah. Serentak kami pandang satu sama lain. Mira “kau dengar tak?’. Aku Cuma angguk. Dua2 buat muka ketakutan tarik selimut dan tidur. Kisah orang cangkul malam-malam ni memang popular kat asrama tuu. Ada orang dengar bunyi cangkul bila intai dekat tingkap sorang pakcik tua. Tapi yang seramnya muka pakcik tuu masam jer dan tak ada kaki beb! Dalam pukul 4 pagi aku terjaga sebab aku dengar suara perempuan menjerit. Aku tengok kawan aku nyenyak tidur so aku abaikan jer dan sambung tidur balik.

Esok paginya kecoh dalam kelas duk bercerita pasal malam tadi. Semua terkejut sebab sebenarnya malam tadi ada kes curi dekat asrama kami. Yang jadi mangsanya kawan aku bilik bawah.

Ni cerita dari Farah

Farah (bukan nama sebenar nak jaga privasi dia) dia tidur sebilik dengan kawan dia Mimi (bukan nama sebenar). Mimi ni dia seorang yang aktif dalam kelab dan sukan. Malam tuu dia ada meeting kelab. Dalam pukul 1 pagi baru balik bilik. Lepas siap bersihkan diri Mimi tidur. Masa jam 4 pagi Mimi terjaga sebab dia dengar bunyi sesuatu. Bila dia buka mata nampak kelibat seseorang. Orang tuu pegang laptop Farah. Dalam ketakutan Mimi menjerit. Yang aku dengar orang menjerit tuu rupanya Mimi laa.

Lelaki tuu terkejut dan terus acu pisau dekat perut Mimi. Tiba-tiba Farah terjaga, Farah tengok lelaki tuu selak baju Mimi. Mimi kena pukau. Farah panggil “Mimi bangun!” Lelaki tuu terkejut dan lepaskan Mimi dan Mimi pemgsan. Lelaki tuu marah Farah ganggu plan dia.Farah ni dia ada penjaga. Lelaki tuu angkat pisau nak tikam Farah. Farah tak tahu nak buat apa. Dia pejam mata dia dan panggil penjaga dia. Tiba-tiba pisau tercampak dan Farah buka mata tengok lelaki tuu ketakutan lari ikut tingkat.

Farah cepat-cepat kejutkan Mimi. Mereka lari keluar ketakutan. Mereka turun tingkat bawah ketuk pintu bilik kawan mintak tolong. Sebab kawan dia tuu memang tidur lewat kena siapkan mini projek. Kawan dia tuu Nina (bukan nama sebenar) dia ni jenis yang boleh Nampak hijab terbuka orang kata. Nina ni dia dah tahun akhir.

Ni cerita dari Nina

Masa dia dengar orang ketuk pintu dan menangis dia dah rasa lain macam. Kawan dia yang lain belari nak buka pintu. Nina “korang jangan!’. Semua tersentak. Nina berdiri depan pintu. Dia tahu ada benda lain bersama dengan Farah dan Mimi. Nina baca apa yang patut. Selesai baca dia buka pintu. Tersergam lembaga hitam rambut mengerbang muka buruk depan dia. Farah tengok Nina “aku terpaksa panggil dia”. Nina suruh Farah dan Mimi masuk. Mimi masuk sementara Farah masih kat luar. Farah bagitau benda tuu “kau boleh pergi sekarang”. Lepas tuu Farah cerita semua dekat Nina pasal apa jadi malam tuu. Farah kata “kalau aku tak panggil ‘dia’ mungkin aku dah m**i malam ni”

Farah dan Nina diberi cuti seminggu. Polis ada datang siasat bilik tuu yang dijumpa hanyalah pisau yang jatuh masa lelaki tuu nak tikam Farah. Lepas kejadian tuu bilik tuu tidak lg ada sesiapa yang berani duduk. Aku pernah gatal nak tengok kan. Baru jer lalu meremang habis. Nampak usang dan kotor. Lepas kejadian tuu jugak pihak asrama ketatkan lagi keselamatan dengan memasang cctv dan grill pada setiap tingkap.

Setakat ini saja cerita aku kali ini. Terima kasih sudi membaca..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Sal

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

2 thoughts on “Pengalaman Seram”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.