Pengalaman Seram Aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Namaku Hope. Setelah sekian lama membaca kisah seram pembaca-pembaca lain, aku terpanggil untuk berkongsi pengalaman seramku sendiri. Kisah ini sudah lama berlaku. Semua peristiwa berlaku di rumah yang pernah aku duduki semasa baru berkahwin dulu.

Peristiwa 1

Aku dan suami baru berkahwin. Rumah yang kami duduki adalah rumah pusaka ayahnya yang dibeli ketika suamiku masih kecil. Sebelum ini, rumah itu disewakan. Kejadian pertama berlaku pada suatu malam. Aku tinggal seorang diri. Suami keluar dengan kawan-kawannya kerana ada hal. Entah kenapa malam tu, aku begitu bersemangat mengemas rumah. Semuanya aku buat. Dari sapu sawang, lap meja, cuci tingkap, cuci dapur dan lain-lain. Cuma satu sahaja aku tak sempat buat iaitu mop lantai. Kerana perut aku lapar. Masa tu sekitar pukul 10 malam.

Di depan taman dekat jalan masuk ada sepasang suami isteri menjual burger pada waktu petang ke malam. Jadi aku terfikir untuk beli. Aku pun keluar sekejap untuk menjenguk. Tapi bila ku keluar sahaja ke depan rumah dan berdiri di pagar rumah aku, aku terasa lain macam sangat. Suasana seolah-olah sangat hening dan sunyi. Sangat senyap. Kebiasaannya pada pukul 10 malam masih ramai yang lalu lalang dengan kereta dan motor. Kedai pun masih buka. Jiran-jiran pun masih belum tidur. Tapi suasana ini berlainan. Rumah jiran semua gelap. Kedai gelap. Takde manusia. Warung burger tutup. Kalau tak silap lampu jalan pun di depan rumah aku sahaja yang menyala. Macam aku sahaja manusia yang wujud pada masa tu. Dengan tidak semena-mena tiba-tiba aku terasa seram dan seriau. Aku pun cepat-cepat masuk ke rumah.

Perasaan seriau tak hilang. Aku pun cepat-cepat mandi. Nak mop lantai tak jadi. Nak makan pun tak jadi. Lepas mandi aku layan movie Hollywood miss congeniality sambil-sambil baring. Nak on PC layan internet malas pulak masa tu. Disebabkan PC off jadi kabel internet pun dibiar tak berpasang. Masa tu kami ada pakai telefon telekom jadi kabel internet tu bergilir-gilir dipasang pada PC atau telefon.(modem model lama). Telefon ni aku letak kat sebelah PC aje. Tapi masa tu kabel tak dipasang pada mana-mana dan dibiarkan atas lantai aje. Tengah layan movie tiba-tiba handphone suami berdering. Suamiku tak bawa handphone masa tu. Sempat aku jawab satu panggilan dan aku katakan suamiku tiada. Selepas itu tak berhenti-henti handphone suamiku berdering. Aku abaikan sahaja memandangkan suami aku tiada. Banyak juga panggilan masuk.
Aku layan movie sampai mengantuk dan tertidur. Pada masa yang sama hati aku tetap rasa tak sedap. Rasa semacam. Tepat pukul 5 pagi perut aku memulas-mulas. Aku pun cepat-cepatlah ke bilik air di luar bilik iaitu di bahagian tengah. Bilik aku master bedroom tapi bilik airnya rosak jadi terpaksalah guna bilik air di luar. Walau dalam hati rasa risau tapi aku buat tak tahu aje. Sakit perut sangat dah masa tu. Tengah-tengah menyelesaikan hajat, tiba-tiba aku terdengar satu suara garau dan besar panggil nama aku dan serentak dengan itu bunyi kerusi ditolak. Untuk pengetahuan, bertentangan bilik air adalah stor tempat kami simpan barang. Jadi pintu bilik air betul-betul bertentangan pintu bilik stor. Dan aku ada letak kerusi di pintu stor tu. Aku pun apa lagi, cepat-cepatlah sudahkan apa yang patut. Buka pintu bilik air, cepat-cepat keluar dan masuk ke bilik. Masa keluar tu aku pandang kerusi dan stor. Tapi tak nampak pulak apa-apa. Nasib baik. Aku terus sambung tidur.

Pagi esoknya aku bangun pukul 10. Bangun je aku terus check handphone suami aku. Alangkah terkejutnya aku, banyak betul miscall. Dan yang paling menyeramkan nombor yang miscall tu adalah nombor rumah aku sendiri. Kan aku ada bagi tahu kami ada pakai telefon telekom. Tapi malam tu kabel tak berpasang dan dibiarkan atas lantai sahaja. Pc off, telefon pun off. Dan PC dan telefon tu dalam bilik aku, depan mata aku je. Tapi masalahnye yang call malam tu adalah nombor telefon kami sendiri. Amacam? Seram tak? Masa aku tahu dan sedar tu, punyalah gelabah. Lagi-lagi pulak memikirkan panggilan pertama yang aku jawab tu. Entah betul entah tidak kawan suami aku. Memang seriau sangat walau masa tu dah pukul 10 pagi dan dah cerah dah pun. Oh ye, masa tu aku period dan membuta sampai ke lewat pagi sebab keesokannya pun cuti. So skip subuh. Suami aku pun belum balik lagi. Dalam tempoh dok tunggu dia balik, hati aku punyalah berdebar-debar kencang nak bagi tahu dia. Pukul 2 petang baru dia balik. Aku terangkan semua pada dia dan dia pun call mak dia bagitahu. Mak mertua pun jumpa sorang haji ni dan berubat dari jauh. Mak lukis pelan rumah.

Haji tu tu cakap, rumah tu laluan makhluk halus. Lepas kejadian ni barulah atuk suami aku buka cerita. Dulu pernah sekumpulan budak UITM sewa. Hari pertama, malam tu tiba-tiba ada seorang lelaki tua muncul dan sound diorang suruh keluar dari situ sebab rumah tu dia punya. Diorang apa lagi, esok terus keluar. Mak mertua pulak cerita, masa kami mula-mula masuk dan dia pun ada datang tolong kemas rumah. Dia kata dia terjumpa ikatan yang bungkusan yang dalamnya ada duit syiling seringgit diikat disetiap tingkap rumah. Ingat tak satu ketika dulu ada duit syiling seringgit yang warna emas tu? Ha, yang tu lah. Jap off topic. Duit kertas dua ringgit katanya bernilai RM 8K.sekarang. Dah jadi macam artifak. Agak-agak duit syiling seringgit ni berapa nilai ye kalau ada yang nak beli? Duit satu sen yang warna bronze pun dah diberhentikan penggunaankan? Ingat lagi ada kenalan saudara siap buat gelang tangan dengan duit syiling satu sen tuh. Aku rasa macam cantik juga. Sebab dulu-dulu ada pattern gelang tangan atau rantai tangan yang ada macam bulat-bulat tu kan? Cantik jugak. Ok, berbalik pada cerita seram aku, kita orang pun tak tahulah untuk apa bungkusan duit syiling tu. Dan mak jugak cakap, mungkin masa tu aku period. Sebab tu benda tu ikut.

Peristiwa 2
Peristiwa ni berlaku secara spontan aje. Masa ni aku tinggal seorang diri. Sambil layan tv dekat ruang tamu, tiba-tiba hidung aku terbau sesuatu macam bau d***h fresh. Masa ni rasa semacam tapi aku buat tak tahu aje. Sekejap je bau tu ada lepas tu hilang. Dan satu ketika lain, masa tu suami aku ada bersama. Juga pada masa yang sama ketika kami sedang menonton tv dekat ruang tamu. Tiba-tiba aje ada bau d***h fresh. Aku tanya dia β€œabang ada bau tak?”. Dia kata jangan tegur. Peristiwa ni berlaku sekitar pukul 8 malam, tidaklah 12 malam ke atas. Mungkin benda tu nak lalu aje kot. Tapi aku pun kadang-kadang hairan dengan diri aku masa tu. Aku boleh tengok cerita hantu sorang-sorang kat rumah. Berani pulak aku. Masa tu anak pun belum ada dan suami aku pun sering takde kat rumah. Alhamdulillah, tak pernah nampak apa-apa.

Peristiwa 3
Masa ni dah pukul 2 pagi. Aku tengah tengok tv sorang-sorang dekat ruang tamu (maaf ye, aku memang kaki tv). Suami aku dan anak tidur dalam bilik. Masa ni kami dah ada seorang anak. Sepupu suami ada tinggal dengan kami sementara dan dia pun tengah tidur dalam bilik belakang. Tinggallah aku sorang-sorang kat depan. Boring. Tengah-tengah syok tengok tv, tiba-tiba terdengar macam suara mengilai. Suara tu macam dekat depan rumah aku aje. Aku punyalah gelabah. Terus tutup tv, masuk bilik dan tidur. Pagi esok aku tanya suami aku dan sepupu suami diorang ada dengar apa-apa ke. Tapi diorang takde dengar pun. Yelah, orang dah tidur.

Pada malam lain pulak, aku dan anak tidur dekat ruang tamu. Rasanya malam ni sekitar pukul 1.30 pagi. Aku belum dapat tidur lagi. Tiba-tiba terdengar suara mengilai. Tak tahulah yang ni makhluk yang sama ke tidak. Dalam rasa seram tu aku peluk anak aku dan dok diam-diam. Risau jugak aku kalau-kalau dia muncul dalam rumah. Esok pagi-pagi lagi dengar jiran dok bersembang sesame diorng Tanya ada dengar tak semalam. Aku fikir mesti diorang dengar jugak suara mengilai tu. Atuk suami aku kata jalan rumah kami tu keras sikit. Aku rasa bersyukur hijab aku tertutup dari nampak benda-benda ghaib ni. Bukan apa takut tak mampu nak tengok walau mereka ni makhluk Allah jugak.

Aku ada cerita ni pada mertua. Suami ada cakap, kawan ayah mertua ada lalu depan rumah kami waktu pukul 3 pagi. Dia kata ada ternampak budak-budak main guli depan rumah kami. Masalahnye pukul 3 pagi kot. Budak-budak mana pulak ni. Patutlah aku selalu terdengar bunyi guli dibaling dekat sliding door. Bila selak langsir takde apa-apa. Ada jugak kadang-kadang tu terdengar macam ada orang ketuk-ketuk tingkap. Tapi bila aku tersedar dan buka mata bunyi tu berhenti. Dengar cerita atuk suami aku, kawasan perumahan kami tu asalnya kawasan pokok getah. Atuk suami taulah dia orang lama. Umur dia pun mungkin 80 lebih masa tu. Sekarang dah arwah. Dekat kawasan pokok getah ni dulu-dulu ada perempuan pernah m**i kena rogol dan b***h. Perkara ni berlaku mungkin dalam tahun 1950-an kot. Alkisahnya suami aku masa bujang dia selalu la balik naik motor lebih kurang 2-3 pagi. Biasalah budak muda lepak dengan member. Minum-minum teh. Masa ni suami tinggal dengan nenek dan atuk dia. Rumah nenek dia belakang taman perumahan ni. Masa ni rumah kami ni disewakan dan setiap kali nak balik rumah nenek, dia akan lalu jalan rumah kami dengan kata lain lalu depan rumah kami. Kiranya belakang taman ni kampung. Kawasan depan kerajaan bangunkan buat taman perumahan. Harap korang faham penerangan aku ni. Jadinye dalam pukul 3 pagi tu suami naik motor baru balik dari lepak. Tengah-tengah jalan dia terjumpa seorang perempuan muda tengah jalan kaki sorang-sorang. Suami aku pun biasalah. Budak muda kan. Gatal jugakla. Dia tegur perempuan tu dan cakap β€œHai dik, nape jalan sorang-sorang. Balik dari mana ni. Nak abang tumpangkan?”. Lebih kurang gitulah dialog suami aku berdasarkan cerita atuk suami aku. Tapi perempuan tu diam je. Jadi suami aku pun blah je lah. Esoknya suami aku pun demam. Terkejut kot lepas dengar cerita atuk aku pasal perempuan m**i d*****h tu.

Ok, ini ajelah kisah aku buat masa ni. Maaf ayat berterabur dan semoga korang rasa seram dan terhibur. Sekian.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]
Hope

34 thoughts on “Pengalaman Seram Aku”

  1. dlu aku penah ade org nak bagi duit syiling seringgit kate Nye lah balut dengan kain kuning lepas tue dy ckp setiap mlm jummat asap kan dengan kemayan..tapi aku tak amik ade Nye gile nak amik idok le teman.

    Reply
  2. tertarik dengan duit lama RM@ dan suit 1 sen lama.

    iols ade simpan 1 sen lama. duit rm2 dh hilang.

    2 album duit2 lama dh hbs kena curi…. rumah kena pecah masuk.

    Reply
  3. Kalau duit RM 2 tu tak la sampai jadi artifak.. Baru lagi tu rasanya penggunaan dalam tahun mid 1990 an till early 2000. kalau tak silap. Ada 2 sign Gabenor dan 3 variasi tandatangan Ali Abu Hassan side dan center serta ahmad don (kalau tak silap). Macam tu la lebih kurang… Bergantung kepada gabenor yang sign dan tahap ke’rare’annya nilai duit ni tak la mahal sangat… malah sehingga kini masih ada dijual dalam stack dengan condition UNC… dan ada juga masih dalam edaran… (last year saya pernah dapat)

    Reply
  4. Syiling emas RM 1 tu pulak penggunaan start 1990 ada 2 jenis variasi yang pertama ada tanda $ 1 yang kedua tanda $ telah dibuang sejajar dengan penggunaan RM. Duit syiling lama ini diganti kepada duit kertas pada zaman gabenor BNM Zetti.. Juga tidak mempunyai nilai tinggi boleh didapati dengan nilai RM 2 sekeping… Kalau condition BU mahal sikit.

    Reply
  5. Biase je…
    Bab telefon tu laki ko guna telepon umah la nak cri hp die letak atas meja dh ko amik bwk tido apa la..
    Lg satu kalo umah ko tu laluan die setiap masa ko akan nmpk kelibat tp xde pn means die menyinggah je perasan kuat ko ni..tulis pun terabur.xpyh tulis dh

    Reply
    • Ok je cerita Hope. Teruskan menulis Hope. Xk de org mcm Hope dll, sunyisepi lah FS. Selain dpt baca cerita, dpt juga baca komen2 termasuk komen mengecam. Meriah gitu!

      Reply
    • Bukan k dlm cerita tu dia bgtahu yg suami dia xda kat umah.mcm mana suami dia nak gune telefon rumah kalau dia sendiri xda kat rumah.rasa nye cm tu la cerita dia.

      Reply
    • acah bagus lak ko ni.. baca pun tak reti.. tkyah baca dah la.. gi main fb diam2.. tkyah citer makhluk halus la.. kalau jalan kat kampung2 ke, jalan dkt kawasan perumahan ke, laluan manusia, mmg 24jam sentiasa ada je ke org lalu lalang? ada masa kosong jugak.. lgpun dia dh ckp dia mmg tkleh nmpak kan? bongok ko ni

      Reply
  6. Boleh thn seram rmh pusaka suami ko yer.. boleh plk ko lyn citer seram sensorang kat rmh tu jaoh2 mlm.. hmm.. keangkeran rmh pusaka tu sgt mnggugat keberanian aku… gullpp..

    Reply
    • Ok, aku nk gitaw.. starting from now.. aku dh tk guna nickname Isa stiap kali komen.. sbb dh ada org lain ambik.. so aku guna nickname Zul jer.. kalau kena kebas jgk.. tak prlu la aku post komen kat FS lg rsnyer..

      Reply
  7. Nahhhh…ape kes somi hope lepak smpai ptg esknye baru balik. Klo aq laaa memang tkpyh balik trus senang. Hahahahaaa… sama laaa dlu ada jugak mnyewa dduk rumah wktu mlm sorg2 somi keje. Dgr guli laaa apa laa. Duk diam jer dlm bilik kunci pintu. Hahaa kdg2 layan tv sorg2 buat tak reti jer klo mai berani tuh.

    Reply
    • hahaha.. kan..
      xpyah balik troz snng.. dh la xbwak fon, jdi apa2 kt bini kn ssah nnty.. klau balik bleh accpt lgi, niyh ptg.. klau aku la.. xtau nk ckp.

      Reply
  8. seram lah jgak citer niy.. meremang oii.. bce time2 cmniyh plak.. tringt zman remaja.. sllu main fon smpai pkol 2-3 pagi.. ttbe adew org tarik selimut.. dok main tarik2 dgn aku weyh.. last2, aq campak selimut tu then ckp “ko nk sgt kn, haa amik la.. mlas lyan”
    pstu aq troz tdo… xlme tu rse mcm bnde brbulu plok aq..

    Reply
    • Ala ko wat rilek jer lain kali.. sptutnya ko rs bangga.. at least ada jgk yg sudi plok ko.. aku ni lg malang.. waktu kcik jer org suka plok n cium aku.. bila dh bsr pnjng ni, tk sape yg sudi.. sedeh btol prasaan aku…

      Reply
  9. Best cte sis..share ler lagi..komen mengecam tu biaselaa,maybe dia x paham cte sis..
    Psl miskol tu kan,sy xtaw laa logik ke tak tp pernah jgk dpt kol drpd nombor sndiri..dpn mata sy lak tu..mmg x angkat,bnde tu jd time maghrib…smpai skrg xley hadam kejadian tu..ke mmg ada function tu provided by telco?

    Reply
    • Rasanye tak..mmg ada kan service yg mcm tu..maslahnye kiteorg teramat jarang pakai phone tu..mcm hidup segan m**i tak mau je…masa tu tak set pun..lagi pun benda baru jadi malam tu..sebelum2 ni takde pulak..igt lagi pagi tu siap selak langsir tgk luar tgk ada tak manusia lain..mana tau kan masa tu kot2 aku dah terperangkap dunia takde manusia…semua yg jadi ni betul yek..satu pun tak tipu

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.