Sape yang kat sini dulu pernah menjawat jawatan pengawas? Haa.. kisah yang aku nak ceritakan ini memang berkait rapat dengan kehidupan dan perjalanan hidup aku sebagai seorang pengawas ketika masih berada di sekolah rendah dulu. Korang nak percaya ke tidak itu hak korang tapi aku share benda ni sebagai hiburan untuk para pembaca.
Kisah ini dimulakan apabila ibu kejutkan aku bangun untuk ke sekolah, aku bertanyalah pada ibu “Ni dah pukul berapa ni umi?”, Ibu aku balas “Jam 3 pagi nak, bangun meh ibu hantar pergi sekolah.. awal sikit sebab ayah kamu tu motor dia rosak semasa dalam perjalanan balik, jauh.. sebab itu ibu hantar kamu awal”. Aku baru teringat betul apa yang dikatakan oleh ibu tadi, ayah aku kerja lewat malam atau yang sekarang di panggil kerja overtime (OT) dalam pukul 2:50 pagi barulah ibu dapat panggilan telefon dari ayah, motornya rosak di lebuhraya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.
Setibanya aku di sekolah, Jam menunjukkan pukul 3:30 pagi ketika itu sebagai pengawas sudah jadi tempat kebiasaan kami letakkan beg dan bersantai di Musolla. Jadi aku letak beg aku dan termenung “Aku nak solat ape pagi² ni? Solat tahajjud tapi ilmu jahil lagi”. Ketika aku termenung itulah aku perasan ada sosok yang berjalan menuju ke musolla arah aku. “Ehh? Zack?” Aku terkejut, sebab Zack ni selalunya datang sekolah lambat jam 6:40 ada kes dia lewat sampai 7:10 dan dia yang selalu juga kene bebel dengan cikgu pengawas HAHA. Zack dengan aku ni kira rapat jugaklah sebab kitorang sering berkongsi pendapat dan pandangan tentang sesuatu isu dalam ataupun luar tentang badan pengawas sekolah kitorg ni.
Cumanya, yang buat aku pelik bila dia tak bercakap sebab dia ni seorang yang berperibadi ambivert, terkadang mood dia kalau gila memang gila-gila, kalau emo memang sedih betul. Bertambah pelik lagi bila aku tengok dia pucat je, aku pun memberanikan diri bertanya “Zack kau ni pucat ok ke tak ni?” Zack tak balas soalan aku, tapi dia pula yang tanya aku “R.. kau boleh tak teman aku ronda area tingkat 2?”. Aku kesian tengok dia yang berwajah pucat ketika tu, aku anggukkan kepala tanda setuju dan bersama-sama kitorang melangkah ke tangga. Tangga tu gelap, aku tak taulah sebab mata aku kabur ke atau sebab ngantuk time tu.. aku nampak cam zack ni tak naik tangga pun tapi macam terbang atau terapung sebab kaki dia tak injak anak tangga. Disebabkan aku rasa itu halusinasi aku, aku abaikan saja perkara tu.
Setibanya kitorang di tingkat 2, kitorang di area tangga tu memerhatikan macam mana gelapnya area kelas time tu. Sempat mulut aku yang celupar ni bersuara “Gelap tempat ni Zack, setan Pun boleh buat reunion malam-malam ni HAHAHAHA sorryla bro teringat kartun Spookiz”. Habis aku cakap tu Zack membalas ucapan aku tadi dengan tatapan tajam ke arah aku. Aku nak redakan situasi mula menyambung ayat “Ae sorryla pasal tadi.. jom ah ronda kang tak pasal-pasal kene bebel”. Aku terangkan sedikit pasal area kelas kitorg ni dari area tangga aku ngan Zack ni depan tu ada “Simpang Tiga” ke kiri area kelas darjah 5, kalau terus tu area kelas darjah 4, kitorang pun mulakan tugas meronda kawasan tu.
Setibanya kitorang dekat tempat yang aku panggil “Simpang tiga” Zack bersuara sekaligus beri arahan “R kau ronda area kelas darjah 4 ni” aku pun balas “copy”. Waktu meronda tu aura dia lain macam pulak, padahal hampir setiap hari aku dah biasa dengan tugas ni. Terdetik di hati ni nak tengok jam di dinding kelas, jam menunjukkan pukul 4:00 pagi. Aku pun teruskan meronda walaupun hati dh mula berzikir dan beristighfar. Sampailah aku kat kelas “4 Rose” yang bercahaya.. pelik.. sebab ini dah pukul berapa?
Inilah kelas seorang wanita yang mencuri hati Zack , ‘Aina’ namanya. Aku rasa aku dapat pecahkan sebuah teka teki di minda aku. padanlah Zack tu datang awal harini.. sebab Aina dan classmates dia nak pergi camp anjuran Panitia Bahasa Inggeris, mungkin dia nak usha melepas rindu la konon. Itu yang berada di fikiran aku.. tapi kenyataannya heh.. aku pun teruskan meronda sampailah aku nampak si Zack masuk ke sebuah kelas.
Terdetik sifat nakal dalam diri aku nak bukak lampu dalam kelas tu biar Zack terkejut. Setibanya aku ke kelas tu aku pun hidup suis dan “BAA” tapi setelah itu aku pelik.. “Aik? Mana mamat tu pergi? bukan ke tadi dia kat area sini?” Aku pun berpaling ke arah belakang. Pelik bin ajaib apabila kelas 4 Rose yang aku lalu tadi gelap terus dan area Zack ronda tadi tidak ada kesan macam orang tengah meronda pun.. Apa tanda ada orang tu meronda kalau korg tanya? Well, tandanya pintu kelas itu akan tertutup kalau terbuka, maklumlah pelajar-pelajar ni malas nak tutup time balik jadi kitorang lah yang tutupkan. Tapi pintu yang area kelas Zack jaga ni tak tertutup pun.. aku dah pelik bertambah pulak angin sejuk seram.. aku pun ambil langkah terbaik pecut balik ke tangga semasa awal cerita tu dan terus duduk kat area musolla bergetar badan aku ketika tu. Sampailah aku terlelap atau tertido tapi yang pasti waktu tersedar Zack kejutkan aku.
Aku tanya lah “Kau pergi mana sial time ronda tadi?”, Zack balas dengan nada dia yang tengah kehairanan “Ronda ape kau ni? Aku ni ha baru sampai, kau dah pucat ni kenapa ok ak?”. Aku tanya pada Zack “sekarang kul bape bro?” , “6:00 pagi, baik kau bangun, aku hanto kau gi bilik kesihatan” aku tolak ajakan Zack ke bilik kesihatan dan pelawa dia.. “Takpelah aku nak sarap ni jom pergi ke kantin”. Dalam perjalan otw ke kantin aku dok perhati si Zack nak menyakinkan ini Zack yang betul. Alhamdulillah sah ni dia, sebab perangai dia yang cam blur² mintak penampar memang aku kenal.
Sampai dekat kantin aku un belilah cococrunch dan air susu sambil tengah makan tu Zack bertanya “Kau ni lain macam ni kenapa kau ni? Macam jumpa cik pon je”. Aku dengan nada geram “Eh mulut kau kalau bercakap, cakap benda baik boleh tak”. Zack gelak nakal, aku memang macam nak sepak je muka dia time tu. Aku un bukak la cite kejadian tadi.. time aku mention pasal kelas Aina (4 Rose) tu Zack menyampuk “dia baru mesej aku semalam, katanya diorg gerak pergi camp tu semalam”.
Inilah ‘kenyataannya’ yang aku mention tadi. Aku hanya terdiam, blur dan muka aku time tu aku dapat rasakan bertambah pucat tengok dari reaksi Zack. Balik je aku memang terus lost, blur, blank tambahan pakej shaking. Ibu terus hantar aku berubat, time berubat tu ustaz tu ada kata dengan aku “jadi dek ambil kesimpulan, kat dunia ni bukan kita je penghuni diorang pun ada, benda ni ustaz faham.. memang susah untuk budak² mcm adik ni”
Sampailah aku sekarang dah masuk alam sekolah menengah. aku masih tak tau kesahihan apa yang berlaku, mungkin halusinasi aku atau.. entahlah.Aku akhiri cerita aku ni dengan Assalamualaikum wbt dan terima kasih kerana sudi membaca cerita ini.
🙂
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI