Pengubat Rindu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Harap fans FS semua sihatlah hendaknya yer. Hari ni aku ada kisah nak share dengan korang semua. Bukan cerita pasal sekolah aku yang haunted tu tapi ni berkenaan taman perumahan aku sendiri. Opss rumah mak pak aku. Rumah aku in shaa Allah next year nanti. Hehee! OK kita sambung. Kisah ni tentang jiran sederet dengan rumah aku. Aku harap sangat kisah ni jadi iktibar pada semua yer especially pada yang suka percaya dengan amalan yang pelik-pelik ni.\

Benda ni berlaku masa aku baru habis STPM tahun 2009. Waktu tu aku sekeluarga tinggal dekat rumah ayah aku yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Rumah kami ni rumah taman, teres dua tingkat dan merupakan perumahan baru waktu tu. Jadi jiran-jiran tak ramai lagi yang duduk situ dan lorong rumah aku ni yang paling depan sekali. Dekat area rumah aku ni ada satu pasaraya jadi kawasan dia takde lah sunyi sangat sebab ramai orang bertumpu kat pasaraya tu.

Nak dijadikan cerita, suatu hari, jiran yang duduk sederet dengan rumah aku ni meninggal dunia. Rumah dia selang 6/7 buah rumah dari rumah aku. Asalnya dia rebah dalam bilik air waktu nak mandi untuk pergi solat jumaat. Waktu dia rebah tu, isteri dia telefon rumah mintak bantuan ayah aku tengokkan suami dia. Masa ayah aku pergi tu memang dia dah takda dah. Jadi ayah aku pun suruhla ahli keluarga dia yang lain panggil doktor datang buat pengesahan kematian. Yang sedih tentang keluarga ni, arwah ni ada 4 orang anak dan yang bongsu adalah anak perempuan berumur 6 tahun. Arwah paling rapat dengan yang bongsu dan waktu dapat tahu si ayah ni dah pergi, si bongsu menangis semahu-mahunya sehingga pengsan. Alhamdulillah urusan jenazah semua berjalan lancar sehinggalah dibawa ke kubur. Waktu ni family aku tak dapat ikut sebab ada urusan lain dekat kampung malam tu.

Esoknya kami balik semula ke rumah sebab aku dan adik aku kerja. Memandangkan waktu tu aku baru habis STPM dan adik aku baru habis SPM, jadi kitorang plan masuk kerja sementara menunggu keputusan exam keluar. Tempat kerja kami tak jauh pun dari rumah. Cuma perlu jalan kaki je sebab kami kerja di pasaraya depan rumah tu.

Jadi kisah seram nya bermula di sini. Selang 2 hari selepas jiran aku meninggal tu, kami macam biasa balik kerja jalan kaki menuju ke rumah. Biasanya kami akan pulang sekitar jam 10.30 malam. Tapi malam kejadian tu kami pulang agak lambat, pukul 11.00 malam. Waktu aku jalan kaki dengan adik aku ni tiba-tiba aku tercium bau busuk dekat kawasan taman permainan dekat dengan rumah aku ni. Bau tu macam bau bangkai tapi lagi busuk dari bangkai binatang. Dalam hati aku cakap, agaknya ada anjing m**i dekat sini jadi aku buat tak tahu je. Kami ni adik beradik memang dah terbiasa dengan pesan mak, kalau nampak apa-apa, cium apa-apa , dengar apa-apa waktu malam jangan tegur dan buat tak tahu je.

Tapi makin lama kami makin pelik sebab bau tu seolah-olah ikut kami berjalan. Aku tahu adik aku pun tercium bau yang sama sebab aku perasan muka dia berubah pandang aku tapi aku leka kan dia dengan cara ajak dia berbual-bual pasal kerja. Padahal dalam hati aku ni rasa macam nak berlari je balik rumah cepat. Sampai je dekat pagar rumah, aku terus bagi salam dan tunggu mak aku bukak pintu. Tapi tiba-tiba mak aku call handphone aku. Dia suruh aku buat petua yang atok aku ajar kalau balik rumah malam-malam. Terus aku ajak adik aku pergi petik rumput seorang sehelai. Kemudian kami selawat 3 kali dan kami niat dalam hati, apa yang ikut kami malam ni, cukup la sampai dekat pagar ni.

Kemudian kami lempar daun tu ke tengah jalan dan terus melangkah masuk dan tutup pagar rumah sambil baca ayat Tammah. Aku tahu bila mak aku pesan macam tu mesti ada sesuatu yang dia nampak atau dia rasa. Tak lama lepas tu mak aku bukak pintu rumah kemudian dia suruh kami cepat-cepat masuk dalam rumah, terus pergi tandas dan basuh kaki. Aku perasan muka mak aku berubah waktu bukak pintu rumah tu dan kemudian aku nampak dia tenung tajam keluar sebelum dia tutup pintu balik. Aku pun malas nak tanya banyak malam tu jadi aku tunggu esok pagi je untuk dengar cerita mak aku.

Esoknya waktu sarapan pagi, adik aku terlebih dahulu bukak mulut tanya dekat mak aku pasal kejadian malam tu. Tapi mak aku kata takda apa-apa. Mungkin dia malas nak cerita. Tapi dia pesan pada kami hari ni pergi kerja bawak kereta. Jangan balik jalan kaki lagi. Itu lagi menguatkan perasaan aku dengan adik aku memang ada sesuatu yang mak aku sembunyikan dari kami pasal malam tu. Kami pergi kerja macam biasa hari tu tapi sampai je dekat pasaraya tu tiba-tiba aku terdengar pengawal bercerita dengan staff lain tentang apa yang dia nampak malam yang sama. Aku terus tanya pengawal apa yang dia nampak.

Pakcik tu cerita dia nampak ada seorang lelaki pakai baju pagoda putih lusuh kain pelikat koyak-koyak berjalan di hadapan pasaraya. Bila pengawal tu panggil dia cuma berhenti tapi tak pusing atau pandang ke arah pengawal dan terus sambung berjalan semula. Pada mulanya aku tak fikir tu satu benda yang pelik memandangkan kawasan rumah aku ni ada jugak gelandangan yang selalu merayau pada waktu malam. Tapi bila pengawal tu bagitahu dia terbau bau busuk waktu nampak lelaki tu, itu buat aku berfikir. Balik kerja malam tu, aku terus cerita dengan mak dan ayah aku tentang apa yang pengawal cerita pada aku. Ayah aku mengucap panjang dan meminta supaya kami berdua agar mengambil cuti beberapa hari sehingga perkara ini selesai. Aku agak pelik bila ayah aku cakap “sehingga benda ni selesai”. Tapi macam biasa la ayah dengan mak aku ni perahsia orangnya.

Selang dua hari berikutnya, tiba-tiba jiran-jiran aku yang tinggal berhampiran datang ke rumah kami untuk mengadukan sesuatu kepada ayah aku. Ternyata benar telahan aku beberapa hari ni. Ada sesuatu yang mengganggu penduduk di sini akhir-akhir ini. Ada yang mengadu nampak seorang lelaki berdiri di pagar rumah pada waktu malam. Ada yang nampak di tingkap bilik padahal bilik di tingkat 2. Ada yang anak kecik asik menangis tak berhenti sejak balik dari keluar makan malam. Tak kurang jugak yang bujang-bujang suka melepak di tepi-tepi rumah terserempak dengan kain putih koyak rabak melayang-layang di atas kepala mereka. Belum lagi penduduk yang mengadu tentang bau busuk yang menyengat setiap kali waktu malam hingga ke subuh.

Akhirnya penduduk taman semua sepakat untuk mencari tahu punca taman kami ini diganggu. Mereka mengadakan perjumpaan bersama AJK Masjid kampung sebelah untuk mencari solusi bagi masalah gangguan yang melanda ini. Setelah disiasat oleh Imam bersama-sama dengan penduduk kampung, rupa-rupanya gangguan tersebut berasal dari satu rumah yang terdapat di kawasan taman iaitu rumah arwah jiran aku yang baru saja meninggal tu. Ketika imam pergi ke rumah si arwah, imam terjumpa sehelai kain bewarna putih kekuningan seperti ada kesan-kesan tanah melekat yang tergantung di pagar rumah tersebut. Pada mulanya si isteri tidak mahu membuka mulut tapi setelah di soal oleh imam beberapa kali, baru lah dia menjawab yang kain tersebut merupakan cebisan kain kafan arwah suaminya yang telah diambil ahli keluarga selepas selesai upacara pengebumian.

Bila ditanya kenapa diambil, kata si isteri berkata kain tersebut diambil untuk dijadikan pengubat kerinduan anak bongsunya yang sangat rapat dengan si arwah. Allahuakbar mengucap panjang Imam dibuatnya. Selepas menerangkan kesan-kesan yang berlaku akibat perbuatan mereka sekeluarga, Imam terus meminta izin untuk mengambil semula kain tersebut untuk ditanam semula di kubur si arwah. Alhamdulillah setelah selesai semua proses, akhirnya keadaan taman kami beransur aman dan tiada lagi gangguan-gangguan pelik yang melanda di situ.

Ayah aku sempat berbual dengan imam tersebut bertanyakan kisah yang sebenarnya dan imam menerangkan yang kain tersebut adalah milik si m**i. Bila sudah ditanam tak perlulah diambil semula. Imam sempat berseloroh dengan ayahku “Kalau baju kita kena curi, apa kita nak pakai dah mam. Mesti kita nak cari mana pergi baju kita tu kan. Macam tu la yang terjadi dengan si arwah. Itu lah pakaian dia yang terakhir. Dan sepatutnya ahli keluarga tak boleh ambil dah kain tu lepas ditanam. Tapi yang ganggu teman kau tu bukanlah roh si arwah. Cuma syaitan dengan jin yang cuba nak kelirukan dan takutkan orang je. Mereka ambik kesempatan atas apa yang dah dibuat oleh keluarga si arwah. Sebab tu aku suruh pulangkan semula ke kubur.” Begitulah penerangan imam mengenai kejadian yang berlaku.

Jadi pada kawan-kawan semua, aku harap benda ni jadi iktibar pada semua yer. Jangan ikutkan sangat perasaan sedih rindu sampai terbawa-bawa pada kepercayaan pelik-pelik macam ni. Cukuplah sekadar dipanjangkan doa sentiasa. Wallahualam. Sekian..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nurul Iman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Pengubat Rindu”

  1. Terima kasih sebab sudi baca dan komen yer. Pasal cerita hantu sekolah & asrama ni actually writer saja nak share je. Dah nama pun ruangan bercerita kan. Plus editor kata tajuk bebas. Boring atau tak susah writer nak control perasaan si pembaca. Bergantung pada diri si pembaca nak tafsir mood seram tu level mana. Mohon maaf sekiranya cerita2 writer membosankan. Btw thank you once again for the comment.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.