Penumpang Depan

Assalammualaikum dan selamat malam.

Mesti seronok kan time balik kampong. Jadi kisahku ini terjadi ketika aku dan family pulang ke kampung Johor. Dalam sekitar tahun 2017 , masa tu kami dalam keadaan yang sungguh happy sebab dah lama tak balik kampung. Siapa je yang tak suka balik kampung kan?
Kami balik ikut jalan lama tak ikut jalan highway. Untuk mengelakkan jam. Selepas perhentian RnR, kami pun teruskan jalan lagi sehinggalah sewaktu kami 4 adik beradik berkaroke dalam kereta je tapi kami memang happy family.

Dalam suasana yang malam dan gelap disusuri dengan kereta-kereta lain, dan ditemani hutan-hutan yang gelap di sekeliling kami. Semasa menyanyi, aku melihat teksi yang disebelah kami yang tiada penumpang. Terang masa tu sebab itu aku berani cakap tiada penumpang. Jadi aku pun tunjuk dekat kakakku, “eh tengok, pemandu teksi. Tak takut ke dia drive sendiri malam-malam macam ni. ”
“Lah, apa nak takut bukan ada apa pun.” balas kakak aku yang duduk sebelah aku. Kereta aku ni toyota corrola yang lama, tapi masih lagi kuat berjalan. Malam semakin gelap di waktu itu, tiba-tiba sahaja jam di hadapan kami.

Dalam keadaan yang penat ,tapi kami masih meneruskan jalan untuk pulang ke kampung.

Semasa dalam jam, aku yang suka duduk tepi tingkap nampak pak cik yang bawa teksi tadi tu. Aku pun panggil adik beradik ku untuk lihat sekali. Kalau benda tu seronok tak mengapa jugak, tapi ini aku panggil kerana aku hairan ada penumpang lah disebelahnya.

Abang aku dan kakak-kakakku semua terdiam.
Sepertinya kami berinteraksi hanya dalam hati. Kami ni memang mulut bising, terus kami maklumkan kepada ibu bapa kami . “Ayah, tengok teksi tu, “kata aku yang seolah olah tidak percaya yang masih ada penumpang dalam waktu begini iaitu pada jam 12 pagi ke atas. Itu tak hairan lagi, yang paling aku takut sampai sekarang dan kalau aku dan adik beradik ku cerita kembali semasa penumpang itu duduk di depan sebelah pemandu teksi itu. Aku cakap dengan kakak aku “kalau penumpang, duduklah belakang tapi ni dia seorang je ” “pakcik tu macam tak nampak je ada orang sebelah dia ” kata kakak aku.

Bila teksi itu kedepan sikit, maksud aku yelah kan waktu jam memang semua kereta bawa perlahan. Apabila teksi itu kedepan lagi jelas kami nampak yang penumpang tadi itu berambut panjang teramat dan bewarna putih. Dalam aku menaip ini pun aku jadi seram untuk teringat kembali. Sudahla ia berambut putih ,yang lagi menyeramkan kami yang penumpang itu semuanya putih. Termasuk pakaian dia. Mana ada orang waktu begitu memakai baju putih.

Selepas sahaja teksi itu maju terus dan lalu ke simpang lain, terus kami semua buka mulut dan masing-masing ceritakan kembali. Kalau difikirkan kembali, teksi tu dengan kami dari arah yang sama dan tempat itu tiada lagi RnR. Cuba kau bagitahu aku dimana pakcik itu ambil penumpang dia?

Tapi yang peliknya pakcik itu seperti tidak merasakan apa-apa sahaja ,malah dia bukak tingkap teksi dia. Itu yang kami nampak lagi jelas terang. Penumpang itu duduk tegak dan tidak memandang kiri atau pun kanan.

Hairan tadi tiada penumpang, tiba-tiba sahaja ada penumpang. Putih semuanya pula tu. Nasib baik lah dia tidak menoleh ke arah kami masa tu, mungkin juga aku pengsan. 12 pagi ke atas kot. Siapa sahaja yang tak takut masa tu. Lagi-lagi aku yang duduk di tepi tingkap.
Tapi memang kami yang dalam kereta ni nampak jelas sekali yang penumpang itu sepertinya dia seorang perempuan .Sudahlah rambutnya panjang lagi kemudian putih semuanya.

Tapi alhamdulilah kami family selamat sampai ke kampung kami…

Itu sahaja kisah aku untuk permulaan ini.. Mungkin pada yang lain tidak akan merasakan keseraman, sebab mungkin ada yang kata mungkin kawan dia atau ahli keluarga pemandu teksi. Tapi memang betul dari awal nampak teksi tu memang takda menumpang dan agak mustahil kalau dah pemandu boleh nampak pemunumpang yang serba putih tak nampak…

Terima kasih sebab sudi luang masa sedikit untuk kisah aku ini..Mohon maaf jika ada kesalahan, semoga jadi pengajaran untuk penulisan aku di lain hari…Semoga kita berjumpa lagi. Assalammualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Cikhuams

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.8]

2 thoughts on “Penumpang Depan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.