PENUNGGU DI RUMAH SEWA

Nama saya Mai. kisah terjadi pada tahun 2005. Waktu tu, saya bekerja di sebuah kilang elektronik di Pelabuhan Klang.
Saya menyewa rumah di sebuah kampung area klang seorang diri. Untuk di jadikan cerita, pada hari pertama saya duduk
di rumah tu, saya ada membaca yassin sebab baru pindah kan. Seminggu saya duduk dirumah tu, tidak ada apa-apa kejadian pelik
yang berlaku.

Tetapi selepas seminggu saya duduk di rumah tu, saya mendapat macam-macam gangguan bila tiba waktu malam. Saya tidak boleh tidur
di di dalam bilik. Bila saya tidur dalam bilik, badan saya akan kena tindih sampai tak boleh bernafas. Saya cuba nak baca
ayat kursi, tapi mulut saya tak boleh nak bersuara, macam kena kunci. Saya cuba sedaya upaya saya untuk sebut ALLAHU AKBAR banyak kali.


Bila saya dapat sebut ALLAHU AKBAR banyak kali, barulah benda yang tindih saya hilang, dan saya terjaga dari tidur. Boleh dikatakan setiap
malam saya kena perkara yang sama.

Pernah satu malam tu, saya baru nak tidur, dalam beberapa saat saya nak pejam mata, saya macam ternampak sesosok pocong berdiri di penjuru bilik
saya sambil merenung saya. Saya baca ayat kursi banyak kali, akhirnya pocong tu hilang.

Keesokannya, bila saya pergi kerja, saya cerita kat kawan
tempat kerja, kebetulan dia orang asal kampung tu. Kawan saya bagi tau, tuan rumah tu asalnya orang dari seberang, tapi dah menetap lama di Malaysia.
Dia ada menyimpan patung dalam rumah lama dia. Kebetulan rumah lama tuan rumah belakang rumah yang saya sewa.

Sejak peristiwa tu, saya masih menyewa di rumah tu lagi, disebabkan susah nak cari rumah sewa lain pada masa tu.
Tetapi saya ambil keputusan tidur di ruang tamu. Lampu semua saya pasang. Waktu tidur pun saya tak tutup lampu sebeb takut benda tu kacau
saya lagi. Tv pun saya tak tutup cuma saya set timer untuk tv tutup sendiri.

Sejak saya tidur dekat ruang tamu dan pasang semua lampu pada waktu malam, barulah saya tak kena ganggu lagi.
Begitulah cerita saya yang ringkas ni. Harap pihak FS dapat siarkan menerima cerita saya yang tak berapa seram ni.

Sekian,terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Mai

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 3.4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.