Penunggu hutan dan Hantu Bumbung

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nama aku Aisyah, semua panggil aku ecah ja. Okay sebelum aku mula cerita, aku nak mintak maaf dulu if ada kekurangan dan kebosanan dalam cerita aku sebab ni first time jadi penulis.

Okay, cerita ni terjadi beberapa tahun lepas dekat rumah makcik aku. Rumah makcik aku ni bersebelahan dengan hutan . Aku ni jarang balik ke rumah makcik aku tapi disebabkan mak ayah aku ada kerja luar, maka hanya aku dan abang aku ja yang tinggal kat rumah. Oleh itu, mak aku decide suruh aku dan abang tinggal kat rumah makcik aku buat sementara waktu .

Kami gerak dari rumah dalam pukul 7:00 petang macam tu . Dalam perjalanan nak ke rumah makcik aku ni, aku ada rasa macam something tak kena, mcm ada benda yang akan jadi. Tapi aq tak endah sangat lah kan sebab itu sekadar perasaan. Lepas setengah jam berlalu kami pun sampai . Rumah makcik aku sebelah hutan. Baru sampai ja dah kena sambut ngan benda ganjil. Apalah punya nasib diri. Masa tu dah maghrib, jadi “benda-benda” tu tengah aktif mengikut kata orang-orang terdahulu. Seram dan takut aku tengok benda tu. Dekat celah-celah pokok kat hutan tebal tu aku nampak orang pakai baju putih, labuh and rambut dia tak banyak, so boleh nampak muka dia yang berulat dengan mata terbeliak. Dia pandang aku semacam je macam nak makan aku. Aku apa lagi, tanpa membuang masa, lantas aku angkat barang-barang aku pecut masuk rumah. Tercungap-cungap aku dibuatnya.

Dalam keadaan berdebar-debar aku melangkah masuk bilik kak sepupu aku. Syafiqah namanya. Then kemas apa yang patut. Aku tak sempat nak cerita apa yang aku nampak dekat abang and kak syafiqa. Aku, abang dan kak syafiqa layan tengok tv malam tu selepas kerja-kerja aku selesai. Tengah syok-syok tengok tv, ‘pommmm’ . Satu bunyi yang kuat hinggap  atas bumbung macam ada benda besar yang jatuh dari atas. “Haishhh”, aku menjerit kerana terkejut beruk diikutu perasaan seram lebih-lebih lagi terikatkant dengan apa yang aku nampak tadi masa sampai. “Benda” tu tak stop dekat situ, “dia” buat pulak bunyi macam pasir berseret dengan zink bumbung.  Berdiri bulu roma. takut sangat. Tanpa buang masa aku and abang aku lari masuk bilik makcik. Kak syafiqa pula cepat-cepat dapatkan abang dia dan suruh tengok apa dekat luar. Kak Syafiqah dan abang dia sepertinya tiada rasa takut. mungkin sebb dah biasa hidup dengan situasi dan keadaan di kampung.

Abang sepupu aku pun keluar dan pergi jenguk apa yang patut. Abang sepupu nampak benda sebijik macam yang aku nampak dekat hutan tadi tu. Dengan tenang abang sepupu aku ni baca ayat kursi untuk halau benda tu. Benda tu hilang kejap ja. Elok-elok abang sepupu aku ni masuk rumah dan tutup pintu dia nampak pulak “benda” yang sama tu lagi bercangkung atas meja depan tv sambil jelir lidah dia yang panjang sampai jatuh ke meja dengan muka yang hodoh tu. “Allahuakbar”, terkeluar dari mulut abang sepupu aku. “Benda” tu ketegaq (bahasa orang utara ,maksod dia degil) . Abang sepupu aku gerakkan sikit diri dia untuk berhadapan dengan “benda” tu and then dia baca ayat kursi tapi kali ni berterabur habis bacaan dia “benda” tu pulak betulkan . Aku dapat bayangkan betapa cuaknya abang sepupu aku time tu. Silap-silap mandi peluh dah ketakutan.

Abang sepupu aku dah tak tau nak buat apa, Jalan terakhir dia dengan melaungkan azan. “Benda” yang kat atas meja tadi tu menggelupur serupa kena sawan then dia merangkak ke pintu rumah seolah-olah nak keluar dari rumah makcik aku ni. Abang sepupu aku kuatkan lagi laungan azan dia tu dan “benda” tu menjerit dalam masa yang sama mengilai . Ya Allah seram betoi bunyi dia. Aku yang dalam bilik makcik aku pon boleh dengar. Lepas tu benda tu terus menghilang. Abang sepupu aku segera masuk ke bilik makcik aku then cerita semua apa yangter jadi kat luar.

Berakhir lah cerita aku dengan hantu bumbung ni, lebih kepada abang sepupu aku dengan hantu bumbung actually, hehe. Maaf kalau cerita ni tak best tapi aku cerita ni berdasarkan pengalaman aku sendiri dan bukan rekaan .

Terima kasih sudi membaca ❤️ .

                 -ecahpiyah-
ecahpiyah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 3.2]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.