Penunggu Jalan Atau Nasib Tidak Baik

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat peminat FS. Aku merupakan follower FS ni dari hujung tahun 2019 rasanya. Terdetik pula hati ingin bercerita mengenai pengalaman sendiri dalam blog FS. Untuk pengenalan diri, aku berasal dari Sabah, semasa sekolah sehingga harini banyak pengalaman tentang kerasukan, sebab aku sering ikut ustaz semasa kawan sendiri ataupun orang lain yang kerasukan, diri sendiri tak pernah lagi, Alhamdulillah. hehe. Sekarang ni aku berumur lingkungan 20an. Kali ni aku akan bercerita mengenai pengalaman memandu malam seorang diri. Insha Allah tiada tokok tambah. Alkisahnya begini,

Pada tahun 2013, pertengahan tahun rasanya tu, aku balik bersama kawan aku daripada Centre Point menonton wayang, tajuk wayang tu pun lupa dah, kami start menonton wayang dalam jam 12 dan balik dalam jam 2 pagi. Lepas daripada menghantar sorang kawan ni, aku pun teruskan berjalan menuju ke Putatan. Dalam perjalanan tu, aku terserempak dengan sebuah kereta Viva putih di tepi jalan Petagas yang memerlukan pertolongan. Dari jauh lagi aku nampak seorang lelaki lingkungan umur 30 hingga 40 tahun cuba menolak kereta seorang diri dari pintu pemandu. Aku pun berhenti kejap dan berjumpa dengan orang tu. Beliau memberitahu namanya J ( Maaf xsebut nama beliau d sini, aku panggil J ja ya ). Aku pun lalu bertanya kepada beliau.

Aku: Bang, kenapa kereta ? weak bateri?
J : Aku pun ndak (tak) pasti ni bro. Rasanya bukan batteri ni.
Aku; Aku try hidupkan kereta, dan cakap ” memang macam weak bateri ni bang”
J : Macam tu la bro, tapi bateri ni kira baru lagi ni. Rasanya bukan bateri ni tapi alternator rosak mungkin kan.
Aku: Mungkin juga, sebab bateri kereta baru lagi. Abang dari mana bang? (tengok kerusi belakang banyak sayur)
J : Oh dari membeli sayur aku tadi di Pasar KK.
Aku: Balik ke mana bang?
J : Aku balik pergi Kimanis ni.

Lepas tu aku tidak berapa ingat, antara aku tolak kereta beliau atau aku jumper. tapi yang pasti kereta tu dapat jalan sekejap dan m**i balik. Aku yang follow kereta tu dari belakang berhenti balik, dan berjumpa dengan J ni, macam tidak dapat ni bang kalau alternator. Selepas tu, beliau mencadangkan jika aku boleh pindahkan bateri kereta aku ke kereta beliau, jika habis, tukar balik bateri tu. Kiranya kereta aku untuk charge bateri kereta ja la (sebab alternator viva tu tidak dapat charge bateri sudah). jadi aku hidupkan kereta, buka bateri kereta aku, dan pasang di kereta Viva tu, bateri tempat dia masukkan tempat aku.

Okay, habis cerita part tu, maaf semua, haha. Kami berhenti di kawasan kem lok kawi untuk bertukar bateri, semasa dalam perjalanan menuju ke Kimanis tu. kami mengikuti jalan baharu ( lalu Beringgis, Pengalat Kecil ). Sampailah di bukit MRSM, hanya kereta kami berdua sahaja masa tu, tengah naik bukit tu, sampai ke puncak jalan MRSM tu, aku ternampak macam “benda” berkilau terkena cahaya lampu kereta di dekat pokok & tiang lampu, benda tu samar2 tetapi kelihatan macam bercahaya pun ada, berkilau la, susah untuk terangkan, mungkin terkena lampu kereta, tapi yang betulnya, jika kita nampak benda atau hantu ni, otak lambat proses, hahaha. mungkin benda yang tidak selalu nampak.

Semakin hampir, Ya Allah. terkejut aku, kain putih dan paling aku nampak dengan jelas masa tu, RAMBUT PANJANG SANGAT!!. Pontianak atau langsuir aku pun tidak dapat beza. Tuhan ja yang tahu masa tu, rasa sejuk, seram, tangan bergetar, cepat-cepat aku capai handphone pasang surah-surah. Perhentian ke-2 kami di bahagian pengalat kecil, semasa menukar bateri, aku ada bertanya dengan J ni, kalau dia ada nampak apa2, dia cakap oh kenapa? biasa la tu, kalau malam2 kan. Hahahaha. Makin aku seram masa tu, dalam fikiran aku, Aduh macam mana la aku balik nanti ni, sepanjang perjalanan kami, aku tdk habis2 fikirkan macam mana jalan balik. Sampaikan aku boleh imagine, mudah2an nanti abg ni suruh aku singgah rumah dia, esok pagi baru balik. Hahaha.

Sampailah ke Kimanis, masuk dalam kampung tu, abang tu berhenti dan cakap, Bro. Okay sudah ni, dekat rumah aku sudah. Sambil senyum2. Dalam hati cakap ” Ah, sudah, memang tiada harapan stay ni, memang kena balik juga”, dan beliau cakap aku boleh balik sudah, ada juga beliau menghulurkan RM50 atau seratus tapi tidak ambil lah, mungkin dia lebih memerlukan. Tiba la saat aku balik seorang diri, dari Kimanis sampai ke Papar, hanya sebuah dua buah kereta belakang aku, lepas tu masuk simpang ke mana entah. Di Sabah ni, mesti ramai yang tahu bukit Melinsung kan, aku cuma banyak dengar banyak peristiwa di sana.

Sampailah masa aku lalu di kawasan tu, aku terdengar lagi bunyi berseret bawah kereta, tapi sepanjang perjalanan, memang aku confident yang aku tidak langgar apa-apa, makin lama makin kuat bunyi tu, macam terseret “benda”, aku yang memandu dalam 50-60Km/J ada juga terniat untuk berhenti di tengah-tengah bukit tu, tapi, aku ingat pesanan seorang kawan, ” Kalau dengar bunyi berseret bawah kereta, jangan berhenti, teruskan perjalan” Ya, tanpa befikir panjang aku tekan minyak, aku naikkan ke atas cermin tengah, masa tu aku memang rasa ada something belakang aku, bulu roma meremang, sejuk, kepala rasa kembang. Dalam hati janganlah kau keluar masa ni, tempat yang aku nampak di bukit MRSM tu pun aku belum lalu lagi.

Sampailah turun dari bukit tersebut, ada sebiji Triton di belakang aku, aku perasan dia bagi lampu highlight, tapi macam main mata tu. aku boleh nampak dari side mirror sahaja. balik2 dia bagi isyarat highlight. walaupun jauh, dan aku ingat, dia p****g kenderaan aku, buka tingkap separuh dan buat isyarat macam suruh aku ikut dia atau entahlah, mungkin ada sesuatu, haha.. Apa lagi, aku memang follow dia masa itu, sampailah ke Sabindo. Dia pun hon dan pecut.

Masa tu baru la hati senang sikit, tapi tangan dan kaki masih bergetar lah. hahah. sampai rumah, sebelum masuk baca doa, baca apa yang patut. Buat para pembaca, amalkan doa ni sebelum masuk ke rumah, Baca ayat Qursi dan ” Assalamua’alaina Wa’ala ‘ibadillahis Soolihin”, dan sebelum jalan baca ” Bismillahi tawakkaltu ‘Alallah Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil ‘Aliyyil Adzim & Baca doa penggerak – Bismillahil Lazi Layadhurru Ma’asmihi Shai-un fil Ardi Wala Fissama-i wahual ‘aliyyil Adzim”.

Semoga di hari lain saya akan cerita lagi tentang pengalaman-pengalaman dahulu. Terima Kasih FS. Yang baik datangnya daripada Allah, Yang tidak baik datangnya dari kelemahan diri sendiri. Minta Maaf jika tidak seram atau tunggang langgang. Assalamualaikum…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Raiden

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

6 thoughts on “Penunggu Jalan Atau Nasib Tidak Baik”

  1. Area2 bukit melingsung n MRSM nk mmg ada kras ckit. So kpd pgguna jln sana waktu malam..hati2 lah. Jgn bhenti kan kreta klo rsa pelik2..knfirm kreta tk idup smula

    Reply
  2. Raiden. Bagus la kau, bagi doa tu semua. Cuma doa yg last tu. Betul. kalau mahu ikut sunnah – Bismillahil Lazi Layadhurru Ma’asmihi Shai-un fil Ardi Wala Fissama-i wahuas Sami’ul Aliim

    Reply
  3. Astaghfirullah. Pembetulan: Doa penggerak seperti yang tertera, minta maaf semua x sedar tertaip kurang tepat doa tu. yang ni pembetulan:

    Bismillahil Lazi Layadhurru Ma’asmihi Shai-un fil Ardi Wala Fissama-i wahuas Sami’ul Aliim.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.