Penunggu Jalan Raya

Hi saya Erza.Aku tahun ni 21 tahun. Ni aku nak kongsikan pula cerita yang baru baru ni aku dan rakan-rakan ku alami. Masa tu aku masih di tingkatan 6 atas. Okey time tu kita orang cadang nak lepak kat rumah kawan aku ni nama dia Yana ( nama samaran) Yana ni tinggal ngan sepupu dia Nita ( nama samaran).

Okey kita orang cadang nak buat steamboat kat rumah Yana ni, so kitaorang bincang lah nak beli apa-apa yang patut. So, aku dengan kawan lelaki aku sorang ni nama dia Ikie. Lepas kita orang beli apa yang patut, kita orang pun terus ke rumah Yana dengan nita. Rakan ku dua orang Lucy dengan Tina ( nama samaran) memang sudah awal smpai kat rumah yana sebab dia bawa kereta sndiri. Aku tumpang dengan ikie sebab kitaorang nak ambik adik dia dulu.

Okey smpai di rumah Yana dlam pukul 7 malam macam tu. Kita siapkan apa yang patut, memang dah selalu kita orang buat macam ni. Bila ada masa terluang jer kita orang lepak dengan member, ada jugak study tu.. lepas steamboat kita orang study kejap then main game…dalam leka bermain dan berbual, aku tengok jam di tangan sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. ”weh ikie balik jum..dh lewat dh ni” aku cakap kat ikie. Oh ya lupa nak bagitau, Ikie ni rakan ku merangkumi sepupu aku.. dia ni jenis yang lembut sikit.kuat agama tau hahaha.

Dia pun setuju lagipun dia tak nak pulang lewat sangat sebab adik dia ikut sekali.. adik dia ni baru jer darjah 1.Budak- budak kan.. So, kita orang pun balik dulu sekali dengan Tina sebab dia tak berani bawak kereta sorang-sorang balik rumah..Kereta dia, dia tinggalkan dekat rumah nita dulu..

Dalam perjalanan pulang menghantar Lucy sebab rumah dia ni agak jauh sikit. Dalam kalangan kami orang sahabat, rumah Lucy lah yang paling jauh. Lepas hantar Lucy balik haaa, ni dia cerita start ni.

Duk elok2 jer kita orang dalam kereta aku Nampak satu benda terbang..dahlah jalan gelap tak ada lampu jalan tapi memandangkan aku ni type yang rabun, aku guna lens..Aku memang jarang guna spect, so aku boleh Nampak benda tu dengan jelas.. Tapi ikie tak Nampak sebab focus sangat drive ni. aku cuba ah tak nak tegur.Aku buat biasa jer, tiba tiba adik ikie tegur. dia tegurr gaisss.omaiigad. “Ikiee Nampak tak benda terbang tuu??” adik dia cakap. Ikie apa lagi dia gelabahlah sebab takut dia pun marahlah adik dia tadi..”merepek jerr tak boleh duk diam diam ker!” ikie cakap.

Tau tak apa jadi lepas tu?? Kita orang Nampak benda tu terbang betul-betul kat depan kereta kita orang…sepanjang jalan tu memang banyak pokok pisang. Syok jer benda tu landing dekat salah sebuah pokok pisang tu dok perhatikan kitaorang dalam kereta. Omaigaddd!! mainan apakah ini.Dalam hati aku tak henti-henti berdoa moga benda tu tak kejar , lepas tu jauh kita orang dh tinggalkan tempat tu. aku lega, Ikie cakap “haah tak der pun. Tak der makne nye mende tu naak kejar. Penat kot dia’ dia ckap dengan mulut tak ada insuran dia tu. ”issshh janganlah, nnti dia kejar baru tahu” aku cakap. tak sedap hati pulak. Adik ikie, sebab dah kena marah dia dok diam jer. sambil dengar lagu tak tahu bila dia terlelap. Aku pandang jer dah tengok dia melentok tidur kat seat belakang. Dok smpaii di satu selekoh ni dia agak gelap sikit, aku rasa angin dia sejuk lain macam, so aku tutuplah tingkap kereta.

Tiba-tiba aku tengok macam ada plastic besar berbang.. sekali aku perhatikan betul-betul, bukan plastikkkk gaissss!!Aku repeat bukan PLASTIKKKK! Tu benda tuuu.. dia terbang melekat kat tingkap kereta tempat pemandu.. Boleh korang bayangkan??Melekat kat tingkap sebelah Ikie.Mukanya macam habis dipecahkan benda berat dengan nanah bercampur d***h.. Ngeri nyaaa hanya Tuhan saja yang tahu. Apa lagi aku dan ikie punnn menjerit macam nak tercabutt tangkai jantung ni.. ya Tuhan, maafkanlah aku atas segala silapku selama ini. itu sahaja doa yang mampu aku bacakan.

Memang demi Tuhan aku ingt m**i jer. Ikie oleh sebab terlalu terkejut, dia angkat kaki dia dari pedal minyak..nasib baik boleh berjalan. kalau lah dia tekan breakkk tak ke nayeee dibuatnya.
Mujurlah Ikie ni kuat agama, dalam keadaan takut dia lafazkan doa Bapa Kami dan Bonda Maria dengan sekuat hati sehingga membangunkan adiknya yang tidur di belakang yang menggunakan earphone. Memangg lepas tu benda tu dh tak ada dah.

Mujurlah lepastu kita orang smpai kat rumah. sampai kat rumah kita terus mandi dan berdoa sebelum tidur. Kejadian tu kita orang ceritakan kat rakan yang lain. mereka pun jadi seram sejuk dengar cerita kami berdua. Lepas daripada kejadian tu, aku dengan ikie tak nak dh balik lewat lagi. Kalau dh pkul 9 tu memang kita orang tidur je kat rumah Yana dengan Nita.

Itulah pengalaman yang paling memberi impak kat aku. Pesanan buat rakan yang lain, jnganlah selalu balik lewat-lewat malam sebab tu masa benda tu merayau, kalau terkena bertuahlah kau kan. Lagi satu, mulut tu janganlah cabul sangat sebab benda tu tak nak dicabar. Serious, sepanjang hidup aku, tulah pengalaman yang paling memberikan impak yang besar. sampai hari ini aku masih ingat lagu. Sumpah aku tak nak balik lambat lagi. Tu jer dari aku.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Erza Ria

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.