Penunggu rumah sewa

Assalamualaikum buat semua peminat FS..Pertama sekali aku nak ucap kan terima kasih pada Admin FS sekiranya cerita aku ni disiarkan. Nama aku Kay. Aku akan ringkas kan cerita seram yang penah jadi pada aku beberapa tahun lepas. Maaf sekiranya cerita aku tak cukup seram untuk kalian.

Kisahnya aku dipindah kan dari Kuantan ke Balakong kerana projek aku dgn company lama sudah habis. Jadi bos aku melamar aku untuk pindah ke HQ disini sebagai permanent. Dijadikan cerita, aku dapat sebuah bilik sewa di sebuah apartment di kawasan Cheras Selatan. Bersebelahan kubur China..hehehehhe..Tapi kubur China tiada kaitan dalam cerita seram aku ni..

Alkisahnya, aku dipindahkan seminggu sebelom lockdown mula2 diumumkan. Kebetulan aku antara penyewa terawal disitu. Dan ade beberapa penyewa yang sebelom aku sempat bertahan beberapa minggu sahaja disebabkan masing2 pulang dan tak mahu di kuarantinkan dirumah.Tinggal lah aku sendirian disana.

Untuk hilangkan boring aku di rumah sendirian, aku meminta izin tuan rumah untuk membawa adik aku tidur di rumah sewa aku. Disebabkan bilik aku hanya ade katil bujang, aku angkat tilam tidur di ruang tamu bersama adik aku. Keadaan rumah aku ialah, kalau kita masuk melalui pintu utama, kita akan jmpe tandas dan dapur dahulu baru akan ke ruang tamu. Jadi ruang tamu aku boleh terus Nampak ke dapur kerana tiada sebarang halangan.

So dijadikan cerita ade satu malam tu adik aku tersedar di tengah2 malam dan dia bagitau yang dia ternampak satu sosok tubuh seperti nenek kebayan bersebelahan peti ais di dapur. Tapi diesebabkan kami adik beradik ni rabun aku cuba menidakkan cerita tu untuk elakkan aku rasa takut atau terfikir bile aku bersendirian di rumah nanti. Selang beberapa bulan, ade 2 pnyewa perempuan awal 20an baru masok menyewa di bilik belakang yang mempunyai katil double decker.

Disebabkan diaorang agak friendly, kami pun selalu juga lepak bersama dan share cerita. Ada 1 malam tu si Z aku namakan dia, memberitahu kalau dia seorang yang boleh Nampak makhluk2 ghaib. Aku mulanya malas ambik tahu,tapi bile tiba2 dia cerikan yang kat rumah kami tu ade seorang penunggu seiras nenek kebayan tnggal bersebelahan peti ais dan menghadap pntu bilik dia aku terus terkejut kerana teringat akan cerita adik aku dulu.

Rupanya selama ni rumah tu aku tidak keseorangan ye gais..hahahaha ..tapi kata si Z ni, nenek tu tak menggangu pun..dia sekadar menumpang saja..sejak dari tu, bila aku terjaga nk pergi ke tandas tengah malam, aku akan rasa meremang dan terfikirkan nenek kebayan tu.

Cerita tu aku biarkan berlalu kerana sudah masok tahun kedua aku menyewa disitu. Si Z dan kawanya pun sudah berpindah keluar. Tahun berganti, aku dapat kawan baru dari Kelantan yang menyewa dibilik belakang menggantikan si Z dan kawannya. Penyewa yang baru datang untuk praktikal di sebuah kilang di Balakong dan mereka berdua kawan dari Universiti yg sama. Aku namakan dia Na dan Sa. Kami agak rapat dan banyak lepak bersama sejak lockdown berulang lagi kesekian kalinya dan mereka tidak dibernarkan datang bekerja.

Aku terus kan pada part seram nya. Ada satu malam waktu mereka dh hujung2 waktu praktikal, mereka ajak aku untuk lepak di ruang tamu temankn mereka siapkan report praktikal sebelum pulang ke rumah kampung masing2. Lepak depan ruang tamu hampir pukul 1 pagi kami bertiga malam tu. Bila aku dh mula mengantuk, aku sempat berpesan pada si Sa untuk kejutkan aku sekiranya kerja mereka sudah siap dan mahu masok ke bilik masing2.Aku serik untuk tidur di ruang tamu seorang diri . Aku pun terlelap sambal ditemani Sa dan Na yg masing2 tengah siapkan report praktikal.

Terjadi cerita apabila aku terkejut dari tidur, dalam posisi aku sedang menghadap ke dapur dan bilik belakang, aku terdengar bunyi pergerakan. Bunyi kriuk2 tanda ade orang sedang panjat katil Na yg belah atas. Malam tu aku masih ingat dengan jelas warna baju Na dan Sa. Walaupun aku rabun, tapi aku still boleh Nampak figure orang walaupun kabur. Waktu aku sedar mata aku tepat pandang pada Sa yang sedang pegang tombol pintu berhadapan bilik dia tapi dengan pandangan yang agak pelik melihat pada aku. Aku sedar tu Sa walaupun kabur sebab Sa ni sejenis yg mempunya rambut kerinting yang agak lebat. Dan bila dia lepas rambut dia,confirm agak menggerbang. Si Na plak sejenis yang rambut agak sikit..jadi aku confirm yang sedang tenung aku tu Sa. Dan lagi satu, malam tu Sa pakai baju tshirt warna purple..Na pulak warna biru.

Aku cube digest ape yang aku tengok. Aku kehairanan kerana dia tenung aku agak lama. Aku pulak kecikkan mata aku untuk melihat lebih jelas. Aku mula meremang kerana dia berdiri sahaja tanpa bercakap dan muka dia tepat ke arah aku. Sumpah sampai sekarang bila aku teringat aku masih meremang. Waktu aku pandang dia lama tu, tibe tibe aku dengar pintu bilik air dibuka, korang tahu siapa yang keluar? Si Sa wehhhh…yang keluar dari tandas tu sama dengan orang yang sedang pandang aku tadi.

Bila aku Nampak sa keluar dari toilet aku toleh balik dekat pntu bilik diaorg dan aku tengok Si Sa dah tak ada kat situ. Sa yang baru keluar dari tandas Nampak aku tersedar dari tidur dan beritahu yang dia baru lepas buang air kecil dan baru bercadang nak kejutkan aku untuk masok ke bilik.

Aku bingkas bangun dan terus sambung meremang dalam bilik..esok pagi nya baru aku ceritakan pada mereka..selepas dari tu kami dah kurang tidur di ruang tamu. Selepas pkul 12 kami akan masok bilik masing2. hehehhe tu je la kisah dari aku dan maaf kalau gaya pengceritaan aku agak susah untuk difahami..

Btw, aku peminat setia FS tapi tak pernah menulis disini kerana selama ni aku tak pernah diganggu se ‘hardcore’ ini. Dan aku selalu berharap tak akan pernah terjadi lagi di kemudian hari..ok la gais..tq sudi baca..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 60 Average: 4.4]
kay

1 thought on “Penunggu rumah sewa”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.