Perangai Pelik Kak D

Assalammualaikum
Terima kasih admin sebab sudi siarkan cerita aku yang sebelum ni dan terima kasih sekali lagi untuk komen yang positif dan membina.

Okay cerita kali nie aku nak kongsi dengan korang pasal kawan abang aku yang minta tumpang dekat rumah aku sementara nak cari kerja dan tempat tinggal.Cukup la aku panggil dia kak D dan semestinya dia seorang perempuan .

Memandangkan aku baru lepas berkhawin dan dikurniakan seorang cahaya mata, yang pada masa itu berumur 3 bulan ,serta suami aku pun kerap ada kerja luar,aku pun bersetuju untuk bagi kak D tinggal dengan aku sampai la dia dapat kerja dan rumah untuk disewa,pada mulanya semua kelihatan okay tiada sebarang masalah .

Tapi selepas dua minggu dalam angaran aku,kak D mula menunjukkan perangai dia yang sebenarnya sedikit demi sedikit,sampai kadang aku rasa takut ,muak,bengang semua ada.

Satu hari dia ada salah faham dengan abang aku,lepas abang aku ambil dia dari balik kerja ,dia masuk rumah terjerit jerit mengamuk. Masuk dalam bilik nak kemas kain baju.Konon nak keluar dari rumah sambil mulut dia membebel.Yang aku ingat dia cakap ,aku dah bosan la jadi macam nie,sedih la macam nie,dan macam-macam lagi dia cakap aku tak berapa nak ingat.

Masa tu aku baru lepas susu kan anak aku. Sambil tengok tv,aku pun malas amik kesah sebab bukan hal aku.Aku malas pening kepala,dalam pandangan aku kak D nie mcm berlebih-lebih ada hati dekat abang aku tapi abang aku anggap dia sebagai kawan je.Abang aku sebenarnya baru menetap sekali dengan aku sebab kita orang plan nak bawak emak dari kampung duduk sekali sebab emak dah tak sehat,tak sangka pulak kak D nak mintak tumpang sekali untuk sementara .Jadi kitaorang nak bawak emak lepas kak D dapat rumah sewa.

Masa pun berlalu dah tiga bulan dia duduk dengan aku,kak D pun da dapat kerja.Gaji pun okay dia cakap,aku pun bagitahu la aku nampak ada orang iklan rumah untuk disewa,dia cakap punya la beria,bagi nombor orang tu nanti akk call .

Alih alih esok abang aku bagitahu kak D nak duduk terus dengan aku dia nak sewa bilik kat umah aku.Aku pun terkejut,aku cakap aku kena bincang dengan suami aku,abang aku cakap dia kesian la dengan kak D family jauh datang pun cari duit untuk keluarga.Aku pun termakan kata kata abang aku dan terus setuju bagi dia sewa bilik kat umah aku

aku pendekan cerita,satu hari dia nak solat dia tanya kiblat,aku masa tu dekat tingkat atas tengah uruskan anak aku.Aku cakap sekejap ya,selepas selesai aku turun bawah tengok dia da solat,tapi menyenget sedikit dari arah kiblat,aku diam terus naik atas.

Satu malam aku turun bawah nak minum air,untuk pengetahuan korang bilik kak D bawah tangga jadi nak ke dapur aku mesti lalu bilik dia,masa aku lalu, pintu bilik macam ditolak angin terbukak tertutup,malam tu angin memang kencang cuaca macam nak hujan,aku terpikir dia nie tidur tak tutup tingkap ke,aku malas nk intai dekat bilik dia,seram wehh,dia kalau tidur tutup lampu,tutup pintu bilik rapat,gelap sangat,aku tengok dia suka sangat macam tu,aku tak tahu kenapa malam tu dia tak tutup pintu rapat.

Esok pagi aku terus tanya,malam tadi tidur bukak tingkap ke?yelah angin kuat dengar pintu bilik akak terbukak tertutup,dia selamba jawab a.ha memang akak tidur bukak tingkap pun,dalam hati aku,gila la dia nie dah la dalam rumah nie ada budak kecik,macam sengaja menjemput benda tak elok datang,lagi pulak sebelah rumah aku kosong tak ada penyewa.

Esoknya aku baru balik dari kedai aku parking kereta depan rumah dekat dengan tong sampah,aku ternampak kak D punya baju yang cantik dan elok lagi, banyak dia buang.Pelik aku.

Aku pun masuk dalam rumah, dia da balik kerja masa tu,aku pun diam je,sejak dia dah tunjuk perangai pelek,aku dah kurang bercakap dengan dia.

kadang aku rasa dia ada tekanan,dia ada pendamping atau membela,entah la dia terlalu psycho,pernah dia kena hasteria menjerit jerit ketawa terkekek kekek,mengigil,takut aku tengok,kelam kabut abang dan suami aku cari ustaz malam tu nak redakan keadaan .malam tu aku sorokkan semua pisau atau benda tajam,tak tenang aku nak tidur.

Tiap kali aku suarakan dekat dia pasal rumah sewa,esok mesti abang aku borak dengan aku pasal kak D kesian bagai.Aku pun tak faham apesal aku ikot je cakap abang aku,sedangkan itu rumah aku.

Pernah juga masa suami aku ada dekat rumah dia sengaja pakai seluar pendek dan singlet baring depan tv.Bila aku tegur dia buat muka,nanti dua hari kemudian dia buat lagi.Abang aku nie jarang ada kat rumah,malam dia kerja guard,pagi dia tidur kat bilik sampai nak pergi kerja semula, Itu la rutin dia setiap hari .kalau dia keluar dengan kak D ,itu pun pergi makan bila waktu abang cuti.

Yang aku menyampah kak D selalu cakap dengar orang naik tangga,terbau benda busuk,aku memang tak boleh terima la,sebab aku ada anak kecik apa apa jadi aku yang susah.lagi satu dia suka beli makanan bungkus letak atas meja,dia tak usik pun.

Esok pagi dia buang dia cakap dah tak elok,dalam hati aku ,membazir je,baik xpayah beli kalau macam tu,tapi kerap jugak dia buat macam tu sampai aku dah tak heran.

Sampai la satu hari tu aku dah tak tahan kak D mengamuk terjerit jerit lagi sebab ada salah faham dengan abang aku,aku terpaksa minta makcik aku campur tangan,yelah aku da naik malu dengan jiran jiran,lepas makcik aku berbincang dengan kak D baru kak D setuju pindah,tu pun dia cakap nak balik kampung dia terus dekat penang.

Lagi sekali dia buat pelik,dia pindah tapi tak bawak semua baju dia,dia tinggalkan kat rumah aku ,jadi jangan harap lah kali nie aku nak diam atau tunggu dia datang semula,ada baju dia yang aku dah bakar. Takut aku dengan orang macam nie,aku juga ada whtsap dia aku harap aku tak jumpa dia lagi,sebab aku malu dengan jiran dan tak tahan perangai dia.

Kak D meroyan jugak whtssap aku macam macam,dia cakap ada jumpa ustaz,ustaz tu cakap belaan aku yang gangu dia,yang buat dia macam macam,sumpah pyscho betul dia,dah la fitnah aku.serikk betul aku .

Selepas kak D pindah ,abang aku baru bukak cerita sebenarnya kak D janda die pernah meroyan sebab laki dia buat perangai masa dia pantang,dia pergi rumah kosong cari anak dia,dan cakap sorang sorang,amik masa jugak nak berubat,sebab tu kalau kak D mengamuk abang aku diam,malas panjangkan cerita .

Pengajaran dekat sini dan untuk aku sekali,sebelum buat sesuatu kenalah fikir panjang,lagi kan nak ajak orang duduk satu bumbung dengan kita,maaf la jika cerita kali ini tak seram.sekian terima kasih korang sudi baca.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

yaya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

12 thoughts on “Perangai Pelik Kak D”

  1. Skang ni yg plg akak seram adalah dengan pendirian penulis…

    Cemanelah dik ko boleh benarkan sorg pompuan bkn mahram dok serumah dgb ko, sdgkan kat umh tu pn ade abg ko yg bkn mahram dgn pompuan tu…

    Dgn peel pompuan tu blh berseluar pendek bersinglet, wpon bkn depan suami ko, situasi tu ttp sgtlah x sopan utk perempuan Muslim…

    Alhamdulillah akhirnya ko nekad halau die…
    Lepas ni jgn buat lg yer…

    Reply
  2. Tu namanya cari penyakit…xder penyakit lg mencari mmg bala lah yg sampai…nk buat baik tu biar berpada2…org mcm ni mmg x wajib ditolong pon…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.