Percutian Di Pulau Pangkor

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca FS dan penulis FS. Kisah kali ini aku nak ceritakan pengalaman menginap di sebuah resort di Pulau Pangkor.  Terima kasih kepada admin FS sebab publishkan kisah aku yang pertama ‘Kelas Tambahan Malam’ ini kisah kedua aku.

Abah bercadang nak pergi bercuti hujung tahun tapi tak tahu nak pergi ke daerah dan negeri mana, jadi suatu hari tu ada iklan pelancongan ke Pulau Pangkor. Jadi, abah dengan mak buat persetujuan nak bercuti ke Pulau Pangkor. Tidak lama kemudian, mak bagitau kami adik beradik yang abah sudah menempah sebuah resort di Pulau Pangkor. Resort tu macam ke dalam sikit, tapi berdekatan dengan pantai, tempatnya cantik dan best.

Jadi pada hari kejadian, kami sekeluarga bertolak ke Beruas di rumah saudara untuk bersilaturrahim. Dekat situ, kami menjemput 3 sepupu aku iaitu Jay (bukan nama sebenar), Ena (bukan nama sebenar) dan adik Ena iaitu Yin (bukan nama sebenar). Masa itu kira-kira jam 9 pagi, kami terus bertolak ke pelabuhan ferri untuk ke Pulau Pangkor. Masa tu memang ramai sangat orang yang pergi Pulau Pangkor, abah pun dapat tempah resort tu saat terakhir. Naik ferri tak lama, sekejap sahaja sudah sampai ke Pulau Pangkor (kami naik teksi pink haha).

Terus bila abah cakap dekat pemandu teksi tu yang kami nak menuju ke resort tersebut, pemandu teksi tu hanya berdiam diri dan suruh kami cepat naik. Masa sampai dekat resort pun dia tidak menghantar kami hingga depan gate resort, dia hanya hantar separuh jalan (dia tinggalkan kami di hadapan sebuah kedai runcit berdekatan resort tersebut). Masa tu kami rasa agak mushkil dengan sikap pemandu teksi tersebut, tapi abah cakap buat tak tahu je. Jadi kami terus melangkah perjalanan terus ke resort dan abah terus membuat pendaftaran.

Kawasan resort tu cantik, nampak tenang sebab orang macam tak ada dekat resort tu, yang ada pun pelancong luar negara. Pukul 2pm, kami check in resort tu (nama resort biarlah rahsia ye), resort tu sunyi dan aku suka tempat sunyi macam tu. Boleh tenangkan fikiran tanpa ada sebarang gangguan. Jadi, lepas check in kami keluar besiar-siar tepi pantai, makan-makan, sampai la pukul 5 petang. Masa tu pukul 5 sudah nampak redup dan tidak panas, jadi kami semua membuat keputusan untuk berenang di kolam.

Masa kami asik bermandi-manda, sampai tidak sedar dengan jam berdetik semakin tiba waktu Maghrib. Kira-kira jam 6 lebih, Emak aku sudah ‘keloi’ (teriak atau panggil bernada kuat). Tapi kami buat tak endah saja, sebab seronok mandi kolam kan, jarang-jarang sekali baru dapat mandi kolam haha.

Masa seronok mandi tu, sepupu aku yang si Ena tu kaki dia tiba-tiba macam kena ditarik sesuatu, jadi dia menyelam untuk tengok apa itu sebenarnya (sebab dia ingat itu hanya gurauan kami). Setelah tu, dia jumpa segumpal rambut yang berlendir, dia ambik dan baling ke arah abang aku yang kedua (Syabil). Abang aku terkejut dan baling rambut tu ke arah abang aku yang pertama (Fakhri).

Abang Fakhri ni, dia hati kering jadi dia ambik dan pegang (siap belek-belek). Pastu kakak sulung aku (Ayuni) suruh dia buang rambut tu dan jangan main-main. Masa tu la kakak aku tu sebenarnya dah nampak kelibat perempuan rambut panjang dalam kolam tu, tapi dia tak berani nak bagitau kami sebab takut nanti kami terkejut.

Jadi dia pun paksa semua naik sebab sudah Maghrib, tak nak benda buruk berlaku jadi kami pun turut kan saja. Tak lama lepas tu, masa aku nak mandi dan bersiap-siap untuk keluar cari makan, aku diganggu dalam bathroom. Elok aku tengah shampoo rambut, rasa macam ada tangan lain usap kepala aku, masa tu aku terfikir yang tangan aku ada dua dan tengah shampoo rambut tapi macam mana boleh rasa ada 3 tangan? Aku pun menoleh ke belakang tapi tiada apa. Aku terus ‘keloi’ Emak aku, sebab sudah mula rasa takut.

Lepas tu, kami keluar makan, siar-siar, shopping sikit, dan terus balik nak tidur sebab esok masih ada aktiviti lain lagi yang nak dibuat. Masa dekat kedai tu, sepupu aku si Jay tu sempat berborak dengan anak tauke kedai cenderamata tu.

Budak tu tanya stay dekat mana, Hotel tu atau? Sepupu aku terus jawab nama resort tu, budak tu nampak terkejut tapi buat-buat cool. Jadi Jay pun tanya la dia apahal? Dia cakap bisik-bisik, yang resort tu pernah ada kes budak perempuan dan budak lelaki m4ti lepas dalam kolam. Jay tak percaya, budak tu cakap kes tu pernah masuk Surat khabar dan dia suruh Jay search pasal tempat tu. Jadi masa sampai saja dekat resort tu, Jay terus keluarkan phone dia dan search kisah misteri resort tu.

Dia terjumpa artikel Metro lama, kisah 2 beradik maut lemas di sebuah resort dan nama resort tu memang resort yang kami duduki. Jay terus panggil kami semua untuk bercerita, aku takut Jadi aku hanya duduk di sebelah kakak aku, sepupu aku si Ena ni memang jenis yang boleh nampak benda-benda ghaib ni, dan dia mengaku memang dari awal kami jejak ke dalam kawasan resort ni, dia nampak banyak sangat benda-benda, sudah macam ada pesta katanya.

Tidak lama lepas kami adakan ‘serious talk’ ni, bunyi ketukan di tingkap sebanyak 3 kali. Masing-masing tak berani nak selak kain langsir, tapi bunyi ketukan tu masih ada Jadi kakak aku pun selak langsir, tapi tiada apa. Tiba-tiba bunyi ketukan tu berubah ke pintu bilik, kakak aku naik berang dan terus buka pintu bilik (kalau orang memang dia ingin memarahi sebab main-main macam tu malam-malam) dan rupanya housekeeping, budak lelaki muka pucat (tapi segak haha).

Dia cakap malam-malam tak boleh bising cerita aneh-aneh pasal tempat tu, lebih baik kami terus masuk tidur sebab selepas ini adalah waktu untuk ‘mereka’. Kami semua terdiam, kakak aku pelik sebab siang tadi budak dekat Frontier tu cakap servis housekeeping last pukul 8 sahaja.

Tapi sekarang sudah jam 10, kenapa boleh ada housekeeping, sudah tu dia boleh datang ketuk tingkap dulu? Lain macam je. Malam itu, kami tidur tanpa gangguan ketukan, tapi ada dengar bunyi orang buat party dekat kawasan kolam. Keesokkannya kami buat semua aktiviti seperti pelancong haha, sampai la Maghrib baru kami balik ke resort.

Lepas selesai semua aktiviti, kami terus balik resort, sebab masa tu pun sudah Maghrib. Malam kami tidur tu alhamdulillah tiada gangguan lepas kami berjemaah solat Isyak, sampai la Subuh esoknya. Hari kami untuk check out, masa check out dekat Frontier tu kakak aku tanya budak tu, pasal Housekeeping tu.

Budak tu pun seperti kehairanan, dia tanya nampak name-tag tak? Kakak aku cakap tak perasan pun name-tag dia. Pastu ada seorang budak perempuan dari housekeeping juga, dia cakap housekeeping sampai pukul 8 je, kalau malam macam tu selalunya Frontier yang pegi hantar barang yang customer nak, lagipun hari tu Frontier yang jaga cuma 3 budak lelaki. (Dia sebut nama) lepas tu budak Frontier tu cakap nama housekeeping tu Haziq ka? Kakak aku tak tahu sebab dia tak perasan, Jadi budak berdua tu pun cerita pasal ramai juga customer yang datang dan cakap pasal housekeeper nama Haziq datang ketuk tingkap bilik mereka.

Lepas tu, budak Frontier tu cakap, tiada orang nama Haziq yang kerja dekat situ. Kakak aku terdiam dan senyum. Dalam feri tu baru dia cerita dekat kami, Jadi malam tu yang datang ketuk tu bukan manusia la. Mungkin dia berniat baik, tak nak kami di apa-apa kan oleh ‘mereka’ yang berparty.

Okay, cerita ni tak lah seram sangat tapi macam tu la gangguan yang kami kena. Lepas ni, kami akan lebih berhati-hati memilih resort atau hotel, kena buat research dulu sebelum book hehe. Insyaallah di lain hari, akan aku ceritakan kisah lain. Sampai jumpa lagi, sekian.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

izzayoi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]

12 thoughts on “Percutian Di Pulau Pangkor”

  1. pernah pergi resort di pangkor. dapat chalet pertama..masok chalet pelik nape tu berhabuk tp ada tanda bilik tu dikemas. abaikan je anggap dia cuci bilik air n tukar cadar je.mlm pertama ok. mlm kedua suami ditindih, kemudia dia nmpk macam ada org main cak2 kt tingkap. yg abh saya pula nampak org tengok dia tido kt hujung katil. saya ada bawak minyak wangi kasturi utk sapu pd anak kecil kalau berjalan.mlm tu minyak tu jatuh bawah katil n xboleh ambil sbb ruang bawah katil tu sempit..jadi sy biarkan je. nnt cari lain..hari nak balik siap2 kemas barang, tgk2 minyak tu ada atas meja..tanya sape yg g usaha amik minyak tu tp semua ckp xda.kiranya minyak tu naik sendiri ke atas meja tu. n lg satu dalam bilik tu mmg diletak yasin.jarang sekali chalet sediakan yasin dalam bilik..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.