Percutian ke Kuala Terengganu

Assalamualaikum.Nama saya Eda dan ada cerita yang di kongsi. Agak menyeramkan bagi saya yang penakut ni dan masih lagi menjadi bahan mengata dari keluarga.

Kisah berlaku semasa bercuti bersama keluarga di kawasan pantai tersohor di Terengganu. Waktu kejadian kalau tak silap 14tahun lepas masa tu baru saja masuk U.

Setiap tahun keluarga memang ada aktiviti menjelajah negeri-negeri bermula dari timur membawa ke selatan dan balik semula ke utara. Trip kali ini kesemuanya ada 8 orang iaitu abah,mak,abang lan dan isteri,kak intan,cikmas(pembantu kedai),saya dan adik janah. Kami menaiki sebuah van dan sebiji kereta. Terengganu adalah destinasi kedua selepas Kelantan. Kami memilih hotel berdekatan pantai yang terletak di kawasan pekan untuk memudahkan aktiviti “food hunting”. Rumah banglo dua tingkat diubah suai menjadi hotel menjadi penginapan kami pada malam pertama di Kuala Terengganu. Saya,kak Intan,cik mas dan adik 1 bilik di tingkat bawah manakala abah,mak,abang lan dan isteri dibilik tingkat atas hotel. Tiada tanda-tanda hotel “creepy” atau perasaan kurang enak sebelum kejadian mulut cabul pada malam itu.

Selepas pulang dari makan malam dan “food hunting “ disekitar kawasan hotel abah memarkir kereta di kawasan tempat letak kereta bersebelahan pantai. Kawasan pantai yang gelap gelita tambah pula tempat parkir yang gelap dan angin sepoi tak paham bahasa membuatkan semua tergesa-gesa balik ke bilik. Tapi saya sempat lagi menoleh ke arah pantai dan terlihat cahaya kecil oren sebesar duit syiling 50sen berkedip-kedip disisir pantai tak jauh dari tempat parkir. Hati senang ditambah pulak kenyang makan nasi dagang kerutuk daging mulut ringan menegur “buat apa tu?b***h diri ka??”sambil tersengih. Dalam hati tak pikir hantu tapi pasangan tengah “dating” sambil tunggu jabatan agama sergah dari belakang.

Di bilik ada 2 single bed dan 1 katil double bed dengan posisi katil double diapit. Almari baju dan tv berhadapan katil dan bilik air dikanan dan berdekatan pintu. Kak intan tidur dikatil sebelah bilik air diikuti saya berkongsi katil dengan adik dan cikmas disebelah dinding. Keadaan masih lagi tenang dan saya antara insan yang cemerlang tidur paling lambat sebab layan cerita senario raya. Jam menunjukkan pukul 12.30 am bila rasa insaf datang menyelubungi diri dan mata pun ajak tidur.

Tak lama selepas tidur, tiba-tiba terjaga apabila terdengar bunyi yang begitu kuat bergema di dalam bilik. Bunyi ‘ngkrek ngkrek ngkrek….’ seperti bunyi budak dalam cerita juon scene dia nak turun tangga tu. Sebiji bunyi macam tu. Rasa takut tapi tak terfikir hantu dan terus tarik selimut untuk tutup muka dengan harapan kalau apa-apa berlaku saya tak nampak.

Dalam hati berdialog sendiri “cikmas ni mengeroh teruk sangat aih!”. Sebab bunyi itu terdengar dari sebelah dinding bilik. Bunyi berulang-ulang terasa begitu lama. Dalam selimut berani membuka mata dan berkira-kira nak mengejutkan kakak dikatil sebelah. Tapi perasaan takut membuatkan badan berkeras kaku mengharapkan subuh cepat menjelma. Tiba-tiba “pap!!” badan terasa ditampar dengan begitu kuat. Nak terkeluar isi perut dan lemak-lemak dibadan. Kakak dikatil sebelah menerpa . Alhamdulillah Allah maha mendengar walau bukan azan subuh tepukan kakak yang mahakarya kuat itupun terasa hendak membuat sujud syukur.

Dengan muka mengelabah kakak capai telefon dan menelefon abah ditingkat atas. Kakak menarik tangan keluar dari bilik dan bertembung dengan abah yang berkaki ayam di koridor sebelah tangga menuju tingkat atas. Bersama abah ada pak guard hotel yang meminta menunjukkan bilik. Muka saya dan kakak dah pucat lesi bilamana perasaan takut hantu sudah datang. Ingatkan cikmas dan adik masih lagi dalam bilik. Tetapi rupanya mereka dah tercegat diluar bilik terpinga-pinga. Walaupun tak tahu apa yang berlaku masing-masing dah boleh agak pasti angker punya angkara bila kami lari keluar bilik.

Pak guard meminta izin masuk bilik dan mulut terkumat kamit seperti membaca sesuatu. Pak guard dengan gaya menarik sesuatu dibawah meja solek berhadapan katil dan membawa keluar. Masa itu jangan cakaplah rasa terkeluar bulu-bulu dibadan dek rasa meremang takutkan sesuatu yang tak nampak. Alhamdulillah tak nampak, kalau nampak mahu jadi tarzan pagi-pagi buta tu “gheyau” ajak abah balik. Selepas aksi menarik itu pak guard keluar bilik dan berhenti di depan pasu bunga yang betul-betul terletak di pintu bilik. “Dah takyah takut dah,dia tak kacau dah. Dia dok kat sini ja tak masuk bilik dah”. What??? Masalahnya kenapa tak dibuang jauh sikit? Pasaipa depan pintu bilik ja????!!! Mak takutttttt!! Tapi nak cakap pada Pak guard tak berani, jadi redha saja. Dalam kepala terbayang susuk perempuan berbaju putih lusuh rambut menutupi muka. Imaginasi tak kalah kalau bab nak menakutkan diri sendiri. Syabas bete syabas!

Selepas jaminan dari Pak guard semua berkumpul dalam bilik. Masa itu kakak mula buka cerita. Dia terjaga dek bunyi juon yang kuat tu dan ternampak ada sesuatu didalam selimut saya. Figura seperti orang sedang bersujud di pangkal kaki saya. Nak kata kaki saya dilipat tetapi lipatan terlalu tinggi. Masa ini rasa nak menggelupur pon ada. Apakejadahnya semua ini? Padahal tadi dalam selimut siap boleh buka mata lagi. Tapi tak nampak apapun. Adik dan cikmas blur-blur sebab mereka tak dengar pon bunyi juon itu. Abah sempat lagi berleter “appara hantu dalam kain pon tak sedaq”. Kakak pulak menambah “tula ang mulut capui sangat..!” Nasib baik cek tak sedaq abah oii.. kalau sedaq naya ja esok tengok anak abah ni berbuih dah mulut. Dalam pukul 4 juga semua pakat bersurai dan kembali tidur. Mak pelawa diri untuk tidur sekali dan membaca yasin. Dek kerana masih lagi tak hadam apa yang jadi mak dah habis membaca yasin dan kembali tidur saya masih lagi terkebil-kebil. Tapi masa itu walau takut tapi buat berani sebab diapit mak dan adik. Esok nya awal pagi dah ajak pindah hotel.

Maaf ya kalau cerita kurang menarik dan terima kasih admin kalau siarkan cerita saya ini.

Eda

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

13 thoughts on “Percutian ke Kuala Terengganu”

  1. “syabas bette syabas”..perlu ke tulis ? mcm bodo ja penulisan..nk cerita acah2 lawak…xpyh dh la menulis..buang masa kami la..ayat pon buat org xphm..sedih..

    Reply
  2. bertahun tak datang fiksyen shasha…banyak cerita tulisan bebudak tiktok wechat jer..tak seram 1 hal, berterabur 1 hal…

    dulu2 punya cerita lagi best

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.