Bismillahirrahmanirrahim.
Hi geng, harap korang masih ingat la kat aku. “The one and only” Haris Hensem ececeh. Haha
Buat kawan-kawan yang masih menanti sambungan kisah DIA BUKAN HANTU,
Aku nak susun sepuluh-sepuluh jari tangan dan kaki (kalau masih tak cukup jugak ko tambah la sendiri jari kaki tangan adik beradik, laki bini & jiran-jiran sampai cukup untuk korang maafkan aku) sebab sampai sekarang aku masih belum pasti samada aku patut post ke tak sambungan kisah tu.
Bukan apa, sekarang aku dah berkeluarga..
Jadinya aku takut kalau-kalau Si DIA terbaca cerita aku kat FS ni dan sakit hati. Kalau dia attack aku sorang je takpe la.. ni buatnya dia serang isteri kesayangan aku tak ke punah?
Ye kawan-kawan di sini dengan rasa bangga teman ingin mengumumkan bahawasanya Dahlia dah pun sah menjadi isteri teman.. Jadi buat awok-awok di luar sana yang kena Friendzone, jangan risau.. aku pon dah kena bertahun sebelum dapat dia woi! Hahahaha.
Okay habis dah perkongsian informasi tentang tepi kain pelikat rumah aku.
Sekarang aku nak cerita pasal kisah yang agak misteri la bagi aku sewaktu aku nak acah-acah pergi honeymoon dua bulan lepas.
Cerita dia macam ni, selesai majlis tak berapa nak majlis kahwin aku tahun lepas, memang aku dengan Dahlia direct kerja kerja kerja.
Sorang kat Selangor, sorang tercampak kat Perlis, senang cerita kami pasangan suami isteri hujung minggu sahaja, itu pun kalau member tak kena OT, mak pak aku sakit hati je tengok kitorang ni, macam kahwin main-main katanya.
Makanya mak aku yang suka cendol dengan baik hati telah pun memberi hadiah BUKAN berupa Wang besar! Wang besar! Putar lagi Halim kepada kami, tetapi hadiah pakej percutian di persisiran Pantai Pelabuhan Dickson.. (Apeke jadi pelik bebenau bunyiknya bila aku translate?)
Jadi bincang punya bincang dengan Dahlia, kami pun bersetuju untuk persetankan bos-bos kami yang dah serupa anak didik Spartan dok suruh kerja memanjang. Nak cuti pun susah!
Aku masa tu excited gila geng sebab yela, ni kali pertama dapat bercuti berdua dengan bini walaupun dah berbulan kahwin, kena lagi mak kesayangan yang sponsor memang double happy. Tapi betul la cakap bini aku.. “Awak jangan seronok-seronok sangat, selalunya kalau happy sangat ni nanti ada la tu benda lain yang jadi”\
Sampainya kami di resort, aku teruja la tengok pemandangan tempat ni. Memang cantik dengan vibe ala-ala Bali. Tapi spoil laut kita teh ais, kalau hijau-hijau najis lembu mesti lagi cantik. Dah setel check in & ambik kunci semua aku pun angkut la Dahlia bawak pergi bilik yang amoi receptionist tu bagitau aku tadi.. bilik 4**.
Masa ni Dahlia dah pelik kenapa bilik kitorang ni macam jauh je dari yang lain dan lampu sekitar hallway tu malap dia lain macam, tak terang macam bahagian depan-depan yang kitorang lalu.
Tapi macam biasa la, aku Husnuzon aku ingat lagi aku kata macam ni “ala biasa la tu, pkp hari tu lama kan, budget lari, dorang tukar guna lampu murah la kot belah belakang-belakang ni, takde apa la Dahlia jangan fikir bukan-bukan” Aku mampu sengih je bila dia menjeling lepas aku cakap macam tu.
Sampai je kat bilik kami, lagi sekali Dahlia bising “Awak, kenapa bilik kita je ada grill? Yang lain takde pun?” Ah sudah, dia pertikai grill pulak. Aku tak faham kenapa perempuan suka pertikai banyak benda, grill tu pun bukan berkunci.
“Entah la Dahlia, nanti Haris tanya owner dia. Kitorang dulu memang selalu main gasing sama-sama” kalau tadi setakat kena jelingan manja kalini jelingan maut pulak aku dapat. Ha sudah, sebelum aksi ganas berlaku aku cepat-cepat sentuh kad access sebelum melangkah masuk ke bilik kami.
Okay kawan-kawan,
Okay aku bagi hint la, bilik aku terapung.. tak.. bukan atas awan kerajaan ayah pin, atas laut. Pepandai korang la teka yang mana. Bilik kitorang besar gila. Ada bilik dalam bilik dalam bilik (berapa banyak bilik da..) tapi serious aku rasa kalau aku angkut mak pak ipar & mak pak aku tido sekali pun still tak penuh. Besar betul bilik mak aku book ni.
Dah la bilik besar, toilet pon besar. Masa ni aku dah fikir mak aku nak suruh aku honeymoon ke buat parti ajak jiran-jiran dari bilik lain tinggal sama? Dah kenapa book bilik besar benau?
Tapi macam aku cakap la, aku excited, jadi aku pon landing la kat katil sebelum letak barang kitorang. Kebetulan aku belum Zohor, jadi aku pon siap-siap la tukar baju dan ambik wuduk dah sedia nak solat ni. Tapi elok je aku keluar toilet, baru aku perasan isteri aku masih lagi tercegat kat depan pintu bilik dok pandang kiri kanan.
Aku : La.. dah kenapa tak masuk? Duduk la kat sofa tu, orang nak solat kejap.
Dahlia : Awak nak solat macam mana? Cuba tengok lantai tu.. penuh taik cicak.. tu balcony tu, taik burung merata. Tak kan la dorang tak bersihkan dulu bilik ni sebelum kita masuk. Saya rasa ni bukan bilik kita..
Dah mula dah dia membebel.. tapi ada betulnya. Aku baru perasan tepi-tepi dinding bilik ni penuh tahi cicak, gelas minum tu pon berdebu lain macam. Bila aku fikir balik selain daripada bilik yang besar, masa aku baru-baru masuk tadi bilik ni nampak macam dah lama tak ada orang guna.
Tapi disebabkan aku dah penat memandu dari Selangor ke perlis, dengan tayar pecah masa otw nak ke PD ni lagi, aku malas nak fikir banyak.
“Takpe orang call room housekeeping suruh bersihkan kejap.” Aku selaku suami yang baik lagi hensem masih cuba tenangkan Dahlia yang dah mula buat muka kucing penyek dia.
Ni lagi satu hal. Korang tau tak? Dia punya telefon untuk room service tu tak ada kawan-kawan.
Pelik kan? Ke zaman sekarang memang kalau nak panggil room service kita call pakai niat je?
Puas jugak la aku geledah almari, laci, jamban bilik air semua tapi memang takda kawan-kawan.. last-last korang tau aku jumpa kat mana ? tu bawah katil. Elok dia tersorok kat celah hujung sana. Nak call housekeeping pun dah serupa join treasure hunt dia punya mencabar tu. Sekarang ni aku nak tanya korang-korang yang pernah kerja hotel, memang korang kekadang ada buat peraduan sorok-sorok barang ke macam mana?
Okay masa ni aku pon dah mula sangsi dengan keadaan bilik ni. Tak bersih satu hal, dengan telefon pon nak letak bawah katil. Tapi aku cuba bertenang dan call housekeeping. Aku cakap elok-elok dengan dorang yang bilik aku ni tak berapa nak bersih, boleh tolong datang bersihkan lagi sekali tak?
Alhamdulillah akak yang jawab call aku tu baik, dia minta maaf dan minta nombor bilik aku. Dengan konfidennya aku pon bagitau la nombor bilik aku tu.. bilik 4** tetibe akak tu tanya aku lagi, bilik berapa encik? Eh akak ni, nak main ulang-ulang pulak. “Bilik 4** kak, yang hujung sekali ada grill tu”. Elok je aku habis cakap, aku dengar akak tu panggil kawan dia dan mula bergossip Bahasa Cina. La.. m**i-m**i aku ingat melayu.
“Encik, minta maaf ye, bilik tu memang belum berkemas. Sekejap ye saya datang sekarang jugak”
Aku : Ooo patut la, okay kak saya tunggu. Terima kasih..
“Ok setel, orang dah call housekeeping kejap lagi datang. Tak payah la buat muka macam tu, nanti dorang ingat Haris dera bini. Dah dah nanti lepas solat kita makan cendol ok?” aku cuba pujuk bini aku tapi tak jalan geng sebab member tak suka cendol. Hahaha
Tak sampai 5 minit lepas tu housekeeping sampai, elok je aku bukak pintu ambik kau, sekali 4 orang datang. Bagus la kan? Cepat sikit bilik aku ni kemas. Aku pun ajak la bebudak ni masuk tapi tetiba salah sorang staff lelaki tu cakap kat aku macam ni.
HK 1(lelaki): Bang, maaf ye tapi betul ke abang dapat bilik ni?
Aku : Ha betul la, receptionist tu yang cakap bilik saya no 4**
HK2 (perempuan): Maaf ye encik boleh kami tengok kad bilik?
Masa ni aku betul-betul pelik dah geng. Dah kenapa pulak sampai nak tengok kunci bilik ? tak kan la aku salah bilik kot? Aku pon bagi la kunci bilik aku kat dorang
HK2: Encik, encik salah bilik ni.. bilik encik 4*& bukan bilik yang ni..
HK1: Haah bang, patutnya bilik ni memang takde orang hari ni, tu yang tak buat cleaning.
Ah sudah.
Aku: Biar betul saya salah bilik? Habis tu macam mana saya boleh masuk bilik ni? Semua kad boleh access mana-mana bilik ke?
HK1 : Eh tak bang, satu bilik satu kad..
Aku : Ha habis tu kalau ni bukan bilik saya macam mana saya boleh masuk guna kad tu?
Sudahnya budak berdua ni pandang aku, aku pandang dorang. Lagi dua staff kat belakang tu diam je, semua muka dah pucat. Kitorang cuba bukak pintu bilik tu dari luar guna kad aku dan memang betul kata budak-budak housekeeping tu, pintu bilik tu tak boleh bukak. Access denied bak kata mat saleh. Ha sekarang ni macam mana? Kalau korang kat tempat aku korang jem tak kawan-kawan? Aku pasti tadi kad ni la yang aku guna untuk bukak pintu bilik ni, bukan kad kredit, kad debit mahupun kad pengenalan. Tapi masalahnya kenapa tadi boleh sekarang tak boleh?
Anda fikir saya ada masa untuk sakit kepala? Maka dengan itu aku pon terus mintak tolong budak housekeeping laki ni tolong angkat sikit barang aku untuk dibawa ke bilik yang betul. Dahlia tak banyak cakap, bila aku kata kita salah bilik terus dia angkat beg dan cepat-cepat keluar dari bilik tu.
Bebudak housekeeping berdua tu baik, dari awal sampai kesudah dok minta maaf kat aku, padahal bukan salah dorang pun. Yang lagi dua tu dah tak ada, mungkin dah pergi bersihkan bilik-bilik lain memandangkan bilik aku yang tadi tu memang tak patut dikemas pun. Bilik baru yang betul ni baru logic sikit mak aku yang tempah, tak ada bilik dalam bilik, katil pun ngam untuk kami berdua je, agak besar tapi tak la sebesar bilik tadi tapi vibe bilik ni aku rasa lebih kurang je macam bilik tadi. Suram.
Mungkin jugak perasaan aku je sebab yela baru je alami peristiwa misteri kan? Tapi alhamdulillah la aku dan Dahlia selamat dari sebarang bahaya. Tu yang penting. Tapi tu la geng, percutian aku jadi tak berapa nak best la sebab orang rumah aku pon macam dah tak ada mood, diam je memanjang, aku tanya berpatah-patah dijawabnya sepatah, aku menyakat dia jeling, emosi tak setabil mungkin?
Jadinya kami lek-lek jela kat tepi pantai malam tu tengok gelagat manusia menghiburkan diri. Masa dah balik bilik tu aku tetibe macam terbau-bau je char kuey teow makcik yang meniaga kat gerai-gerai tepi pantai tadi, menyesal pulak aku tak order tadi.
Bila sampai dah baring pun asyik terbau, ini tak boleh jadi, aku pon nekad nak pergi usha kedai makcik tu, masa tu dah pukul 9.30pm tak silap aku. Aku fikir kalau bukak lagi alhamdulillah la, kalau tutup bukan rezeki aku la gamaknye. Disebabkan Dahlia pon dah penat, aku pergi jela sorang-sorang dan akhirnya dapat jugak aku makan char kuey teow makcik PD!
Masa makan tu ada la sepasang suami isteri oldskool ni duduk meja sebelah cuba beramah mesra dengan aku, tanya dari mana, datang sini buat apa, dah kawen ke belum, duduk hotel mana? Aku selaku Haris yang hensem pun jawab la semua soalan-soalan dorang dengan sopan lagi santun, tapi bila aku cakap aku duduk hotel mana pakcik tu terus tersengih
Pakcik : “Uish yang atas laut tu ke? yang kat sana ke sini?
Aku : “Ha situ pakcik situ” (aku pon tak tau sebenarnya dia tunjuk mana jadi aku pon tibai jela tunjuk ikut suka aku)
Pakcik : “Beraninya ko duduk situ. Pakcik lepas pkp konon pegi la duduk sana dengan anak, tobat dah tak nak pegi, benda tu malam-malam celup kepala dalam laut tertonggeng gitu ha, makcik ko ni la gatal malam bute nak duduk luar tengok laut, dah nampaknya benda tu bergayut kat balcony sebelah sambil tujah-tujah kepala masuk dalam laut. Seminggu jugak la demam lepas tu, nasib bukan kobid” (masa type ni baru aku terfikir, apa kena mengena covid dengan hantu do? Hahaha)
Ah sudah, pakcik pakcik.. kenapa la waktu macam ni pulak pakcik nak bukak cerita hantu pakcik? Bini saya ada tinggal kat hotel. Kalau bujang-bujang dulu boleh la jugak saya lari balik rumah mak pak terus.. hadoi.
Aku cuma mampu tersengih je bila pakcik tu habis cerita sebelum cepat-cepat habiskan makanan aku, nasib baik la bila aku habis makan je char kuey teow yang aku tapau pon dah siap jadi tak sempat la pakcik tu nak share lagi pengalaman seram dia kat aku, aku pon tak nak tau. Kang ada yang aku ajak Dahlia tido lobby je kang.
Dah mintak diri semua maka aku pon balik la ke hotel , makanan yang aku tapa utu sebenarnya aku niat nak belanja makan kat bebudak housekeeping yang tadi tolong aku pindah bilik tu. Mungkin jugak rezeki dorang sebab aku terserempak dengan budak laki tu masa keluar dari lift, jadinya aku pon tahan la dia dan hulurkan 4 bungkus char kuey teow yang aku dah beli tu sambal berterima kasih kat dia.
HK1 : Buat susah-susah je, terima kasih bang. Murah rezeki abang. Nanti saya bagi kat kawan saya. Tapi ni sampai 4 banyak sangat ni. Saya boleh la bedal 2, kawan saya tu satu pon tak sure boleh habis ke tak.
Aku : Eh tak.. ni ko bagi la sekali kawan ko yang lagi 2 ikot datang bilik aku tadi tu. Korang kan tadi berempat.
HK1 : Abang jangan macam-macam bang, tadi kitorang datang berdua je kat bilik abang? Mana ada sampai empat orang bang.. (masa ni muka budak tu memang dah cuak habis)
Meremang bulu roma aku bila dia cakap yang datang 2 orang je woi ! Habis tu yang lagi dua perempuan kat belakang tu sape do?! Adoi aku memang.. hish.. siang-siang member dah keluar geng.. patut la diam je, sepatah haram tak bercakap, muke pon pucat, manusia jadian rupanya.
Disebabkan aku kesian tengok muka budak ni macam nak menangis je aku pon pura-pura la gelak
“Hahaha tak ada la, aku saje je sakat ko. Lagi satu tu sebenarnya bini aku punya tapi dia dah tidur.. ha takpe la ko bagi jela kat kawan-kawan ko yang mana belum makan.”
Tersenyum tawar je budak tu bila aku cover macam tu, mungkin dia tahu aku tipu sunat demi ketenangan dia.
Masuk-masuk bilik je Dahlia memang dah tidur dengan alunan quran memenuhi segenap ruang bilik kami. Tu takde yang pelik sebab isteri aku ni memang tidur pasang ayat al quran, anak pak ostat kan.. Tapi aku perasan volume dia tu lebih kuat dari biasa, mungkin sebab ni tempat baru.
Malam tu aku pon tidur macam biasa, alhamdulillah aku takde ternampak sosok perempuan main celup-celup kepala dalam air macam pakcik tu cerita. Tapi malam berikutnya aku mimpi macam aku masuk bilik aku lepas swimming tapi bilik aku tu berubah jadi bilik pertama yang aku salah masuk masa datang itu hari dan dalam bilik tu penuh dengan budak-budak kecik pakai baju macam kurta putih. Kat tengah-tengah budak tu ada sorang perempuan ni berdiri tegak je, bila dia toleh muka dia kosong wei ! tapi tu la, tu semua hanya mimpi..
Keseluruhan percutian kami selama 3 hari 2 malam berjalan lancar, tinggal lagi isteri aku jela lain macam sikit. Banyak diam dan termenung.
Bila on the way balik rumah mak pak ipar aku baru la dia bukak cerita rupanya sepanjang percutian kami member teruk diganggu tapi dia tak nak cerita kat aku masa kat sana sebab dia tahu aku penakut. hahahahhahahah (tercalar sikit ego ni tapi hakikatnya aku memang masih penakut jadi hadap jela).
Jadi itu la serba sedikit kisah honeymoon tak berapa nak honeymoon aku. Semua sebab hantu interframe tak nak bagi can kami suami isteri bergembira. Cis. Okay aku dah malas nak type. Kalau aku rajin nanti-nanti aku sambung gangguan yang Dahlia kena. KALAU aku rajin la.. tak janji. Haha.
Okay jaga diri anak-anak semua, semoga covid ni cepat habis, aku dah jemu pakai mask.
Salam,
Haris Hensem Suami Dahlia
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Seriously dah kahwin? I’m happy but sedih gak my crush unavailable now..🥺
Over sgt nak buat kelakar…
tolong la post sambungan kisah dia bukan hantu,curious ni
nak dgr cerita dahlia pula
Sambung!
Kalau kurangkan lawak yang x jadi tu lagi bagus, tentu cerita ini jadi lebih mantap.
Cerita abe hensem ni tak penah tak lawak ! Saya suka saya suka!!! Post lgi tau Haris. Pedulikan komen -ve. Penceritaan kau lain dri yang lain. Lantak sna orang yang tak suka. Janji saya suka 🤪🤪🤪
Assalamualaikum bang,btol tu…moga cobid ni cpt habis…rimas seyh pakai mask…
Nak buat kelakar pun berpada² sikit
Ramainya condemn writer kat fb.. Aku faham apa kau lalui, sabarla wahai writer.. L
Apa pon aku dah follow crita ko dripada pasal adam lagi semua best, kakak aku pon suka.
Nanti pos banyak lg cerita tau haris. Pedulikan komen condemn tu semua. Komen kencang tapi post cerita hantu pon tidak. Kepoh lebih.. Huhuhu
Cerita berterabur. Tak berapa enjoy the story. Benda nak disampaikan rupanye sikit saja, beat around the bush tu yang banyak. To make a short story long katakan…