Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga FS . Ini adalah kisah yang pernah terjadi kat aku pada 10 tahun yang lalu.
Aku pada masa tu masih dialam remaja dan bekerja di salah sebuah syarikat kecil . Aku dan 3 orang lagi kawan sekerja aku yang aku gelarkan Nor, Bob dan along (bukan nama sebenar) plan nak pergi bercuti kat salah sebuah pulau yang ada di negeri Pahang ni . Tapi , disebabkan salah seorang kawan aku ni , dia tak boleh pergi jalan jauh atas faktor dia ada urusan lain pada malam hari , jadinya kami bertiga ubah haluan bercuti di salah sebuah pusat peranginan yang terkemuka di daerah kemaman selama 3hari 2malam .
Pada malam hari pertama aku dan kawan-kawan aku melalui hari yang seronok berjalan jalan di Mesra mall dan sekitar kawasan kemaman .
Disebabkan , kawan aku yang Along ni kena pulang ke rumah area Kuantan sebelum jam 3pagi , jadinya kami pun pulang ke chalet yang kami check-in untuk berehat. Kami hanya menyewa 2 buah chalet je , berikutan pada malam hari hanya kami bertiga sahaja. Aku tidur seorang diri dalam 1 chalet dan Nor tidur berdua dengan Bob 1 chalet (pasangan suami isteri) dan pada malam tu , kawan aku Along ni balik ke rumah dia seorang diri dengan selamat .
Pada keesokkan hari , jam 9 pagi si Along pun sampai ke chalet yang kami sewa . Lepas breakfast , kami berempat tak ada plan nak ke mana mana cuma nak bersiar siar di kawasan situ dan cuci cuci mata sahaja . Chalet yang kami sewa dengan tempat jualan barang barang survenior tu taklah jauh mana , jadi kami berempat berjalan kaki je lah . Aku berjalan di bahagian depan dan mereka bertiga berjalan di belakang aku . Sambil sambil aku berjalan di kaki lima tu aku ni gatai tangan bantai petik bunga bunga yang ada ditepi tu sambil melempar ke lantai jalan .
selesai mencuci cuci mata dan poket , kami pun balik semula ke chalet kami . Sesampai je di chalet , kami ternampak seorang pakcik ni memancing dekat tasik depan bilik yang kami sewa tu . Si bob dan si Along pun berminat juga nak memancing suka suka dekat tasik tu . Sekian lama si Bob dan Along ni menunggu , si Along pun dapat menarik seekor ikan tak tahu nama apa . Tapi , mata kail tu terkeluar dari mata ikan tu lalu si Along ni buang semula ikan tu ke tasik .
malam pun kian menjelma melewati jam 1 pagi , si Along pun pulang semula ke rumah nya dia area Kuantan . Dalam setengah jam aku bergolek golek atas katil baru aku mula merasa mengantuk dan nak tidurlah . Namun , ada satu panggilan masuk dan tertera di screen telefon aku tu nama si Along . Aku angkat la call si Along ni , tapi dia call semata suruh aku kejutkan si Bob untuk angkat call dia yang tak berjawab tu . Aku ni , fikir 10 kali nak kejutkan si Bob dan si Nor tu sebab bilik kami ni berasingan satu bilik satu bilik bukan bersambung sambung . Aku gagahkan diri keluar bilik aku dan ketuk pintu bilik si Bob dan si Nor ni . Mujurlah diorang sedar dan menyahut aku panggil diorang .
Selesai je aku sampaikan apa yang si Along ni pesan untuk mereka berdua tu angkat call Along ni , aku pun masuk semula bilik untuk beradu . Namun , aku dikejutkan sekali lagi dengan ketukan pintu bilik aku . Bila aku tanya siapa , rupanya si Bob dan si Nor yang datang . Aku bukakkan lah pintu , tengok masing masing bawak bantal nak tidur sekali dengan aku . Aku hairanlah , tapi alasan diorang cakap nak teman aku tidur , sedangkan hari pertama malam tu aku okey je tidur sensorang . Jadi , aku biarkan jela . Untuk pengetahuan korang , si Bob nii berbadan besar jadi kami tidur menyiring Bob Nor tengah tengah dan aku tepi dinding .
Dalam lena aku tu , aku bermimpilah seorang perempuan cantik berambut panjang lurus dan hitam berkilat berbaju ala ala chiongsam cina tu berwarna merah tompok tompok bunga putih halus pada baju dia berdiri menatap aku depan depan yang berjarak antara sejengkal dengan aku tapi muka dia tak nampak sebab gelap , aku hanya nampak dari bawah dagu dia sampai ke pinggang dia je .
Pada keesokan pagi selepas kami berempat chech out , kami berempat breakfast dulu kat sebuah warung yang terletak di tepi jalan besar . Aku mula lah bertanya pasal malam semalam , kenapa mereka berdua datang tidur dengan aku . Namun , alasan diorang cakap tak ada apa cuma nak temankan aku tidur . Aku yang malas nak tanya beria aku diamkan jelah . Tapi , tak lama tu aku berceritalah pada diaorang pasal apa yang aku mimpi..
mereka bertiga saling berpandangan dan mulalah bercerita kenapa mereka berdua datang tidur dengan aku malam tu .
Mereka bercerita yang pada malam tu , apabila si Along dalam perjalanan nak balik ke rumah . Semasa Along tengah drive , tiba tiba kaki along merasa kebas naik sampai ke tangan . Bila Along nak break , auto tangan Along memutar stereng kereta menyebabkan kereta dia berpusing di atas jalan raya yang tak ada kenderaan lain pada masa tu .
Along cuba rilex sekejap dan park kereta di kaki lima tepi jalan dan call si Bob . Tapi , sayangnya Bob tak angkat call dan cuba call aku pula .
Bila Bob dapat berita macam tu dari Along , terus dia dan Nor datang ke bilik aku untuk pastikan aku tak kena gangguan macam Along kena .
Dan , Bob bagitahu yang semasa aku cerita yang aku bermimpi tu , sebenarnya bukanlah mimpi yang aku alami . Tapi , ia adalah realiti . Bob cakap benda tu berdiri di hujung kaki aku sambil merenung aku . Dan aku pun sama merenung makhluk tu sambil aku berbaring tapi mata aku celik .
Mulanya , aku fikir Bob saja nak sakat aku . Tapi , fikiran aku meleset sama sekali apabila Bob bagitahu detail pasal makhluk tu . Berbaju merah bercorak bunga bunga putih halus pada baju makhluk tu . Waktu tu , aku tergamam sebab aku tak cerita detail pasal baju makhluk tu pakai , aku cuma bagitahu yang aku bermimpi seorang perempuan yang cantik tapi tak nampak rupanya yang jelas menatap kosong pada aku . Bila Bob cakap macam tu , baru aku percaya yang Bob tak tipu aku .
Bila fikir punya fikir kenapa hanya aku dan Along sahaja yang kena kacau ? . Baru aku teringat pasal aku jalan di kaki lima sambil memetik bunga bunga yang ada di tepi jalan , dan si Along pulak memancing tapi mata kail terkena pada mata ikan . (Untuk pengetahuan pembaca , si Bob ni adalah ahli Silat Gayung , sebab tu dia ada ilmu ilmu sikit untuk menjaga aku semasa aku tidur , kerana pada malam yang aku mimpi tu si Bob ni tak tidur langsung hanya untuk menjaga kami dari terkena yang lebih teruk )
sekian dari cerita dan pengalaman aku untuk korang . Maaf kerana cerita ini terlalu panjang dan tak fahamkan korang untuk membaca .
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit