Perempuan Maghrib

Aku merupakan seorang peniaga kacang rebus berdekatan kawasan rumah secara sambilan.

Aku sudah bekerja sambilan itu sudah hampir sebulan dan tiada apa-apa masalah atau beban kerana bila aku bosan aku hanya melihat telefon dan menjaga api dan air rebusan supaya kacang tersebut tidak kering.

Tetapi, satu hari yang tidak disangka, untuk menunggu azan maghrib untuk aku sembahyang di surau berdekatan. Aku melihat telefon tanpa melihat pelanggan yang akan datang singgah, kerana bagi aku jika ada, mereka akan panggil dan bertanya harga.

Tetapi ketika itu, aku terdetik untuk melihat ke hadapan gerai kacang rebus aku, dan aku perasan terdapat seorang perempuan bertudung dan memakai pelitup muka semakin hampir dengan gerai aku.

Aku tanpa berfikir negatif hanya senyum dengan niat untuk melayan perempuan tersebut.

Tetapi, perempuan tersebut tanpa membalas senyuman ku dan bertanya harga. Perempuan tersebut terus memegang kacang rebus yang aku letak dihadapan kedai dan terus pergi tanpa sebarang kata.

Aku menjadi takut kerana perkara tersebut boleh menjadi perkara yang tidak diingini kerana jualan aku untuk memberi makan kepada pelanggan, bimbang akan terjadi perkara yang tidak diingini kepada pelanggan aku ekoran memakan kacang yang telah dipegang oleh perempuan tersebut.

Tidak sampai seminit, azan maghrib berkumandang, aku tanpa tunggu lagi terus bergerak ke surau stesen minyak dengan harapan dapat menjumpai perempuan tersebut untuk menegur tindakan tersebut dan aku melihat perempuan tersebut pergi ke arah sana selepas memegang kacang tersebut tanpa berlapik.

Puas aku mencari perempuan tersebut sehingga aku menyerah dan terus menunaikan solat maghrib.

Setelah selesai solat, aku pulang semula ke gerai dan bertanya kepada seorang abang yang merupakan peniaga bersebelahan gerai aku.

“Abang, tadi ada seorang perempuan datang dan terus pegang kacang saya dan terus menghilang, puas saya mencari”. Kataku kepada abang tersebut.

Abang tersebut menjawab “akak tu kurus dan pakai mask ya? Haritu dia pernah duduk sebelah gerai abang, diam sahaja dan tidak sampai 5 minit dia pergi, yang abang pelik, dia tak lalu depan, tahu-tahu saja dia datang dari sebelah gerai abang.

“Saya bukan apa bang, risau dia bagi ayat bukan-bukan, saya ini nak kerja sambilan, takut akan mendatangkan hal yang tak diingini selepas pelanggan membeli kacang tesebut.” Jawab aku.

Abang tersebut mengiyakan aku, dan sejak kejadian itu, masih terdapat beberapa persoalan berkaitan, siapa perempuan tersebut seperti siapa itu, kenapa perempuan tersebut datang tanpa diundang. Adakan dia perempuan yang tidak normal? Ataupun dia adalah jelmaan makhluk halus untuk mengusik aku.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Syamil

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 14 Average: 3.1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.