Perempuan Misteri Menjengah Masuk

Assalammualaikum wbt and hai again. Ok lah so sebelum ni aku ada share satu cerita and terima kasih pada pihak FS sebab sudi post cerita aku. Fyi, aku memang minat gila dengan fiksyen syasya ni. Boleh kata aku dah hampir khatam lah baca cerita yang orang lain share dari website to twitter semua aku baca hehe. Setelah mengambil keputusan akhirnya aku pun tekadkan hati nak join jugak share cerita kat sini. Tapi tula aku pun tak sure cerita yang aku sampaikan ni mampu beri feel seram yang korang nak ataupun tak huhuhu. Dan aku mintak maaf jugak andai kata penulisan aku terlalu formal sampai jadi awkward insyallah aku akan cuba improve.

And kali ni aku nak share cerita kedua aku tapi pasal pengalaman sendiri pulak. Benda ni jadi time aku form 1 sebenarnya huhu tapi aku dah malas nak ingat dah sebab since form 2 aku dah kentalkan hati tak nak fikir benda benda ghaib yang boleh buat aku tak tidur malam ni hahaha. Yes memang banyak cerita dekat asrama aku ni cuma nak dengan tak nak je nak share hahaha. Aku pun tengah consider yang mana satu seram and yang mana satu tak.Without further ado, jom kita start okay.

Waktu ni 2015, dimana aku baru je diterima masuk ke salah sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di daerah Batu Pahat. Setelah beberapa bulan menyesuaikan diri dekat sini, akhirnya aku pun rapat dengan beberapa orang pelajar perempuan yang boleh kira macam satu kepala jugak time tu. Aku nama kan mereka sebagai Jiha, Bat dan Sya. Yelah baru form 1 orang kata belum kenal sangat perangai masing masing. Tapi kiteorang ni alhamdulillah lah selesa je towards each other.

Disebabkan kiteorang rapat, so one day member aku yang nama Bat ni ajak kiteorang stay asrama. Dalam erti kata lain, skip prep. Dengan alasan dia yang paling nakharom pernah aku jumpa iaitu nak makan Maggi sama sama. Nama pun form 1 so kiteorang pun kira thrill lah tu skip prep makan Maggi hahaha bila ingat balik buat jadi bahan gelak je.

Jadi kami pun decide untuk lepak dekat bilik Sya secara senyap senyap ketika waktu petang. Btw Sya and Bat ni roommate tau. Kiteorang memang dah plan untuk menyorok sebab takut ada pengawas yang check asrama. Tapi disebabkan haritu line clear, kiteorang semua pun rilek je sambil masak and makan Maggi goreng ramai ramai. Nak dijadikan cerita, waktu tu dah maghrib . Antara kiteorang ramai ramai, Bat sorang je yang period. So aku, Jiha and Sya pun pergi ambik wuduk dengan jalan secara membongkok sebab risau orang nampak. Padahal dalam asrama tu takde orang langsung. Asrama aku ada 3 block dan setiap block ada 3 tingkat. Kiteorg stay dekat block belakang sekali and tingkat 3. Tingkat 3 ni didiami oleh semua student form 1 except satu bilik je dihuni oleh form 5.

Aku, Jiha dengan Sya alhamdulillah selamat pegi balik dari toilet tu and kiteorg terus masuk bilik. Waktu kiteorang selesai solat, Bat pun bangun nak capai Al mathurat dekat atas locker dia untuk baca sebab tu memang amalan pelajar aspuri time period. Locker bat ni pulak dekat katil no. 1 betul betul dekat sebelah pintu. Waktu Bat nak ambik tulah tiba tiba dia terdengar bunyi mengilai kat luar bilik. Dah lah kiteorang duduk dalam bilik yang gelap, tak bukak lampu. Hanya kipas je yang bergerak. Bat terus lari ke arah kiteorang and dia suruh kiteorang senyap and dengar bunyi tu.

Yes gais memang dengar dengan jelas bunyi mengilai tu. Tak lama lepastu pulak dengar bunyi selipar basah tengah jalan dekat depan bilik. Banyak kali jugak dengar. Yang peliknya mana ada sesapa kat aras tu kecuali kami berempat. Menggigil tangan aku nak type ni bila ingat balik peristiwa tu.

Kiteorang terus menyorok sebab dah terlalu takut sangat. Aku dengan Sya menyorok bawah katil disebalik luggage milik Sya, Jiha pulak menyorok bawah katil sebelah and Bat menyorok dalam locker dia. Berani betul si Bat ni menyorok dalam locker sebab dia cakap nak nyorok bawah katil tak muat and katil lain pulak betul betul depan pintu which means tak strategic nak nyorok boleh kantoi macam tu je kalau orang bukak pintu. Seingat aku lama jugak lah kiteorang bersembunyi dalam keadaan macam tu. Aku kira mungkin dalam 2 jam. And kat sini ada benda pelik terjadi dekat aku. Kalau tadi kiteorang semua dengar orang mengilai, tapi ni aku sorang je yang nampak.

Waktu kiteorang dalam keadaan bawah katil tu, aku rasa Sya dah tertidur dah sebelah aku sebab kiteorang baring je tak bergerak. Tapi aku terperasan yang lampu bilik tu terbukak sekejap and ada orang melangkah masuk bilik tu. Aku jengahkan kepala aku dari bawah katil untuk tengok siapa yang masuk. Ada sorang perempuan tapi takde lah menakutkan pun, rupa dia macam biasa je. Aku taktau dia masuk sebab apa tapi waktu aku jengahkan kepala, dia cakap hai dekat aku. Dia langsung tak terkejut pun yang aku ni ada bawah katil and dia terus jalan keluar.

Aku pelik dan terkejut sampai aku speechless. Aku cakap pada diri sendiri, tak mungkin lagi aku mimpi aku nampak dengan jelas kot. Nak kata hijab aku terbukak, tak pulak. Lepas aku rasa keadaan semua dah selamat, kiteorang pun keluar dari tempat persembunyian masing masing and start membawang pasal kejadian tadi. Yang peliknya, takde sorang pun mengaku ada nampak orang masuk and bukak lampu bilik selain aku. Macam aku sorang je yang perasan benda tu terjadi.

Sampai lah dah 5 tahun berlalu iaitu sekarang, bila aku tanya diorang, diorang cakap yang memang takde langsung orang masuk and bukak lampu tapi bunyi mengilai and selipar basah tu memang dengar. Persoalannya, siapa yang aku nampak and kenapa aku sorang je yang nampak perempuan tu masuk bilik? Baiklah soalan ni akhirnya aku biarkan terpadam dalam hati sebab tak terjawab sampai kini.

Selain itu, ada kawan aku yang share cerita pasal kewujudan pocong dekat sekolah aku. Yang ni pun batch mate aku yang kena sebab tu lah aku tahu. Diorang cakap ternampak pocong tu berdiri disebalik pintu bilik diorang.

Sebenarnya, benda ni jadi pun sebab ada satu katil dekat dalam bilik tu yang ada kesan d***h. Rasanya tu macam kesian d***h period lah tapi diorang pun tak sure siapa yang period dekat situ. Oh lupa nak bagitau, dalam bilik tu cuma ada dua orang je yang menghuni walaupun sepatutnya ada 4 orang. Tak tahu kenapa dua orang je. Maybe jumlah pelajar form 1 time tu belum cukup lagi kot so pihak pengurusan asrama buat keputusan untuk letak dua orang je dalam bilik tu. Lepas diorang cuci kesian d***h tu sampai bersih, baru lah gangguan tu pulih.

Alhamdulillah setakat ni aku duduk sini belum ada lagi kes histeria. Lega sikit hahaha last histeria pun kalau tak silap aku tahun 2012 . Sebab tu la orang cakap, kalau duduk asrama ni kena pandai jaga diri,jaga adab. Kalau hati tak kuat, bukan setakat kena mental depression tapi silap silap benda benda ghaib ni pun melekat jugak dekat kita huhu. Okay bye semua insyallah kalau ada cerita nanti aku sampai kan lagi. Jaga diri ya. Terima kasi.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]
Mystical Queen

3 thoughts on “Perempuan Misteri Menjengah Masuk”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.