Perempuan Tua Serupa Nenek

Kisah ini berlaku pada tahun 2005, Bulan dan hari dah lupa dah bila, yang penting waktu itu aku baru sahaja menamatkan pengajian. Pada malam itu, ibu ayah serta adik-adikku pulang ke kampung di Muar. Aku pula menghabiskan masa keluar lepak bersama rakan-rakan yang sudah lama tidak ketemu. Kami berbual panjang hingga tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Aku pulang ke rumah dalam keadaan yang amat mengantuk.

Untuk pengetahuan pembaca kami sekeluarga tinggal di rumah nenek kerana nenek tinggal seorang diri. Pada malam itu nenek tiada di rumah kerana dia ke rumah pak ngah di Melaka. Pada mulanya rasa takut juga untuk pulang ke rumah, mahu saja aku menumpang tidur di rumah Afad rakan yang sama keluar bersamaku.

Selepas menghantar Afad rasa takut mula menyelubungi perasaanku. Dalam perjalanan pulang aku lihat masih ada rumah yang masih terang bermaksud penghuninya masih belum tidur. Baru timbul rasa berani dalam diriku, dalam hatiku berkata “kalau terjadi apa-apa perkara masih ada orang yang boleh beri pertolongan” bisik hatiku.

Tiba sahaja di rumah aku terus membasuh kaki lalu memberi salam walaupun tahu tiada siapa di rumah. Buka sahaja pintu bulu roma sudah meremang, aku buka lampu dan menghidupkan televisyen untuk menutup kesunyian. Televisyen di ruang tamu ku biarkan terbuka dengan alunan bacaan ayat-ayat Al-Quran, rasa takut hilang dalam diriku.

Aku mengambil peluang membersihkan diri dan menukar pakaian di bilik. Setelah selesai, aku mengambil keputusan untuk tidur di ruang tamu bertemankan televisyen yang terbuka. Suara televisyen ku perlahankan dan aku merebahkan badan di atas sofa untuk mencapai nikmat tidur pada malam itu. Ku lihat jam menunjukkan pukul 2.30 pagi, Ingat nak tidur terus tapi mata pula sudah cerah kerana masih terasa kedinginan air mandian ditubuhku.

Aku cuba layan televisyen yang terpasang, manalah tahu boleh tertidur terus. Tapi lain pula jadinya, sedang sedap-sedap aku layan perasaan untuk ingin tidur. Satu bunyi yang kuat kedengaran dari arah dapur, seakan ada satuarang yang jatuh. Aku cuba sedapkan hati untuk tidak berfikiran lain-lain malam tu. Maklumlah malam tu memang bersendirian di rumah nenak. Aku hanya diamkan diri seakan tiada yang berlaku dari arah dapur.

Tiba-tiba terdengar bunyi pintu terbuka, pintu bilik nenek yang boleh ku lihat dari sofa yang ku baring terbuka dengan sendiri. Perasaan takut yang amat menguasai diri, walaupun takut tapi mata aku masih memandang pintu bilik yang terbuka itu.

Tiba-tiba dari bilik itu keluar seorang perempuan tua yang sama wajah dengan nenekku tetapi rambutnya cukup panjang hingga ke lantai dan bewarna putih. Mulutku terkunci untuk mengucapkan ayat-ayat suci, aku terpaku dalam ketakutan. Tiba-tiba aku dapat menyebut perkataan Allah, aku jerit dengan kuat sekali perkataan itu. Tiba-tiba pintu rumahku diketuk dengan kuat sekali sambil terdengar orang menjerit namaku, aku kenal suara itu, itu suara jiranku.

Dengan tiba-tiba aku mendapat keberanian untuk bangun dan membuka pintu. Lega rasanya bila melihat jiranku ada di luar rumah, aku menoleh semula kearah nenek tua itu tetapi ia telah hilang. Jiranku masuk dan membuka semua lampu dirumahku, dia tidak bertanya apa-apa seperti tahu apa yang berlaku. Jiranku duduk bersamaku di ruang tamu hingga azan subuh kedengaran.

Keesokkan harinya aku menceritakan semua pengalaman seramku kepada keluargaku, atas nasihat dari jiran aku dibawa berubat untuk memulihkan semangatku. Ustaz yang mengubatiku memberitahu itu hanya jin yang ingin menggangguku. Tapi hari ini aku tahu siapa perempuan tua itu dan apakah hubungannya dengan nenekku.

Biarlah rahsia ini hanya Allah, aku dan keluargaku sahaja yang tahu. Nasihat aku, janganlah kita berkawan atau mempunyai hubungan dgn jin mahupun syaitan kerana ianya mendatangkan keburukan kepada keturunan kita. Allah juga akan menurunkan azab dan seksa kepada golongan yang menyekutukannya. Tiada sebaik pertolongan selain daripada pertolongan Allah. sekian

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fahrul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

13 thoughts on “Perempuan Tua Serupa Nenek”

  1. Kalau biarlah rahsia,baik kau x payah cerita..adoiii…penat aku baca ja..kalau cerita pun bkan org kenal kau pun.. .org lain post cerita semua detail x da rahsia2 sbab identiti sebenar ditukar.. 👎🏻👎🏻

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.