PERJALANAN KE TERENGGANU

HI everyone . Sebelum aku karang cerita yang aku dan beberapa keluarga kawan ayah aku pernah alami , mintak maaf la kalau ayat berterabur sikit . Salam untuk pembaca dan Admin FS. Cerita yang aku nak sampaikan ni merupakan sepanjang perjalanan aku pergi terengganu dan perjalanan nak balik ke Penang . Cerita ni sebenarnya dah berlaku tahun lepas .

PENANG – TERENGGANU

Okay aku ni mengaku la kadang – kadang hijab mata aku terbuka , kadang -kadang tertutup . Kami berangkat ke Terengganu pada sebelah malam , pada petang sebelum nak pergi aku dan famliy aku start la packing barang . Pada malam dalam pukul 8.30 malam ayah aku start kereta dan kami sekeluarga dah siap semua terus ke Petronas apa tah aku pun tak ingat . Oh , kami pergi dengan kawan -kawan ayah aku tau . Kawan ayah aku memberi walkie talkie supaya senang nak berkomunikasi . Setelah semua dah berkumpul mula la semua bergerak .

Masa dalam perjalanan nak ke Terengganu aku senyap sahaja sebab aku ni jenis mulut melepas ja , kan dari Penang nak ke Terengganu mesti ikut jalan lama Baling ke Gurun kan sebab senang dan tak terlalu sesak. Masatu ayah aku dah pesan dekat adik aku dan aku , jaga mulut sebab sini tempat dia . Walkie talkie ayah aku belum apa-apa dah berbunyi bising sebab biasa la kawan-kawan ayah aku mana pernah senyap , bising selalu ja (bukan penting pun sembang kosong ja takmau bagi sunyi ) . Jadi masa sampai kat kawasan tu aku dah start cuak dah nampak macam pontianak terbang dan terpandang aku . Aku time senyap gila dalam kereta . Pastu dekat jalan Gurun ke Baling takda rasa apa sangat tapi tempat tu memang gelap gila dan sunyi ( hanya orang yang pergi dari utara ke Terengganu ikut jalan lama ja tahu gelap dia) . Nasib la masa nak masuk jalan Gurun ke Gerik tu aku tertidur .

Jadi , aku tak rasa apa-apa sangat . Tahu-tahu ja aku sedar dah sampai ke Banjaran Tingtiwangsa. Masa tu apa lagi , aku sepanjang perjalanan tadi aku tahan kencing . Aku terus keluar pergi tandas . Masa dalam tandas tu mula-mula aku dengar la memang ramai pastu terus sunyi . Aku takpala rilex sat . Nasib masa aku keluar tu ada orang lagi . Lepas keluar dari tandas tu ,aku capai la telefon bimbit aku untuk cari signal malangnya tak ada . Time tu memang sejuk , tapi sejuk aku tu luar biasa . Aku dapat rasa macam ada orang tiup angin yang sejuk kat telinga aku . Tanpa berfikir panjang , aku cabut lari masuk dalam kereta dengan muka yang pucat . Nasib la time tu mak aku tak tanya apa-apa .

Bila semua dah ready , kami sambung perjalanan ke Terengganu . Aku masa tu ada la pandang belakang takut barang jatuh .Rupanya ada pocong boleh main jumpscare disebalik cermin . Aku terus toleh kehadapan semula dan terus main kan playlist surah Al -Baqarah . Masa aku mainkan surah tersebut , belah driver aku nampak macam benda tu main lompat keluar masuk macam nak main sama-sama . Aku buat taktahu sampai ke Terengganu . Alhamdulillah la sampai ke sana kami bercuti untuk beberapa hari . Tiada apa yang berlaku . Aku walaupun nampak , aku tak pernah bagitau sapa – sapa walaupun parent aku sendiri .

TERENGGANU – PENANG

Disebabkan keadaan cuaca dekat terengganu tu tak berapa elok banyak tempat yang tak boleh pergi . Kami putuskan untuk balik awal dari waktunya .Masa nak sampai jalan lama Terengganu – Gerik ni aku baru perasan sebenarnya pintu kereta belah aku tidak tertutup dengan rapat . Aku bagitahu la ayah aku kata nak tutup tapi ayah aku berkata ‘JANGAN ‘ sebab ni tempat dia , kalau apa-apa jadi susah nanti , dah la adik kau ni kecik lagi . Dia nampak apa yang kita tak nampak . Aku mulanya nak lawan tapi bila aku pandang balik cermin kereta . Ko cuba bayangkan macam Pontianak dengan rambut panjang sampai ke kaki , muka pun tahu-tahu la tak payah cerita ada kat bahu jalan .

Aku bila dah nampak tu pusing kat adik aku dengan muka yang sangat pucat . Ayah aku pun nampak aku dan teruskan perjalanan seperti biasa . Ok time ni sampai ke Banjaran Tingtiwangsa . Aku keluar dari kereta straight ke toilet pastu masuk kereta semula . Memang tak pandang kiri dan kanan sebab takut dia ada lagi . Alhamdulillah la aku teringat supaya pintu tutup rapat-rapat . Kami sambung perjalanan seperti biasa…
Kami sambung perjalanan seperti biasa dari Banjaran Tingtiwangsa ke Gerik dan diikuti Gerik ke Baling .

Sebelum sampai ke Baling , kawan ayah aku memberi isyarat untuk singgah ke Perhentian apa tau . Aku turun dari kereta , aku nampak semua orang berkumpul kat sebuah kereta macam ada benda berlaku . Rupanya , ada orang kena rasuk . Aku walaupun kadang -kadang hijab terbuka , aku tak pernah kena rasuk . Alhamdulillah , Allah masih perlihara aku . Okay sambung cerita tadi , aku macam excited la sebab tak pernah kena kan . Pastu aku acah berani datang dekat kereta tu . Aku tanya orang berdekatan aku sebab apa kena rasuk .

Orang tua – tua dulu kalau jumpa jin- jin jangan tegur benda tu . Tapi orang yang kena rasuk tu dia pergi tegur benda tu sebab kacau jalan kan . Dia tu dah la jenis lemah semangat , memang auto kena la . Nasib baik tunang dia ni jenis pandai berubat orang . Alhamdulillah la lepas beberapa minit bercakap dengan jin tu , jin tersebut keluar dari badannya .. Aku pun tiba-tiba lepas jin tu keluar dari badan mangsa tu dia macam nak masuk kebadan aku pulak . Aku bernasib baik kerana ada pedinding . Jadi benda tu tak dapat masuk . Bila semua dah settel kami prepare untuk balik . Time tu aku berani bukak cerita dekat mak apa yang jadi dari mula-mula sampai sekarang . Time tu hanya Allah tahu , hati aku tenang macam mana . Kami teruskan perjalanan seperti biasa sampai ke Penang .

Ok , pengajaran dia jangan tegur secara spontan . Kita tak tahu apa makhluk halus tu tahu . Dia lagi syok bila ada orang tegur dia dan mula nak kacau orang . Korang cuba kunci mulut tu sampai korang rasa dah sampai ke tempat yang betul-betul selamat . Kalau tak buruk padahnya .
Minta maaf la kalau cerita ni tak menarik sangat bagi korang .

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

nabila

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

2 thoughts on “PERJALANAN KE TERENGGANU”

  1. Perkongsian yang menarik tapi betul cakap anda, memang berterabur hehe. next sharing susun ayat kasi pembaca yang eager macam saya ni senang paham nah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.