PERJALANAN PULANG

Assalamualaikum kepada pembaca FS. Terima kasih jika kisah aku dipublishkan. Sebelum memulakan cerita aku ingin bercerita sedikit mengenai aku. Nama aku Hanna berasal dari Kelantan dan akan melanjutkan pelajaran ke IPG pada bulan depan. Sepanjang hidup aku dihantui dengan bayangan yang menakutkan sejak berumur 12 tahun. Hijab aku selalu terbuka dan aku boleh melihat benda ghaib dengan sangat jelas (bukan sahaja bayangan). Mesti korang tak percaya jika aku kata aku boleh ‘baca’ seseorang , yang ni kadang-kadang je. Baiklah aku akan mulakan cerita yang menyeramkan yang pernah berlaku kepada aku . Rasanya banyak sangat jadi aku pilih yang sesuai untuk dikongsikan.

Cerita ni berlaku pada 3 tahun lepas. Masa tu aku berumur 16 tahun . Tahun itu abang sulung aku Berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej komuniti Paya Besar di Gambang Pahang. Beberapa minggu sebelum aku dan keluarga bertolak ke Gambang abang aku mengajak aku untuk melihat sesuatu di youtube. Aku pun ke bilik dia dan benda yang dia nak tunjuk adalah sebuah video nyanyian seruan benda ghaib iaitu nina bobo. Sebenarnya abang aku seorang yang penakut dan aku seorang yang berani . Tujuan dia ajak aku tengok video tu, sebenarnya nak suruh teman dia (tak guna betul punya abang). Bukan hanya sekali tetapi banyak kali juga dia tengok. Aku hanya tengok sekali sahaja tetapi yang kena tempiasnya adalah aku (sebab abang aku tak boleh nampak benda ghaib). Beberapa minggu selepas itu, kami sekeluarga bertolak ke Gambang. Kami melalui jalan LPT2 untuk ke Gambang kerana jaraknya lebih dekat.

Pada pukul 2 petang aku dan keluarga selamat tiba di rumah aunty aku . Aunty aku seorang pensyarah di Kolej Matrikulasi Gambang . Rumah yang didiami oleh aunty aku sebenarnya ada benda tak elok jugak. Kerana rumah yang aunty aku didiami merupakan perumahan baru siap yang dibina di atas bukit dan semestinya rumah 2 tingkat. Dulu kawasan tersebut adalah hutan tebal yang bersebelahan dengan highway. Cerita yang aku ingin sampaikan tidak berkaitan dengan rumah tersebut. Macam biasa bila sampai ke rumah aunty aku akan ke tingkat bawah untuk tinjau-tinjau kawasan (sebab lama tak datang aku pun jadi jakun haha). Alhamdulillah masa tu tiada apa yang berlaku.

Keesokkan kitaorang ke Kolej tersebut untuk mendaftar abang sulung aku. Pada pukul 4 petang keluarga aku dah nak gerak balik ke Kota Bharu . Memandangkan sudah pukul 4 petang jadi kitaorang memilih untuk melalui jalan lama (jalan pantai). Pada masa tu LPT2 tidak mempunyai lampu jalan jadi keadaan jalan agak gelap.

Keadaan berjalan lancar. Kami bertujuh singgah ke masjid untuk solat dan pada masa itu jam sudah 9 malam. Seingat aku kitaorang berada di kemamam. Seperti biasa keadaan sunyi-sepi di dalam kereta . Hanya kedengaran radio berkumandang. Sepanjang jalan aku tidak tidur . Masa berlalu dengan begitu pantas . Jam sudah menunjukkan pukul 11:45. Di sini kami sudah berada di kuala Terengganu menuju ke Marang. Dan di sini lah bermulanya episod yang menakutkan dalam kehidupan aku.

Apabila kereta yang dipandu abah aku menuju ke simpang tiga dan keadaan ketika itu sungguh gelap sehingga menyebabkan abah aku tersalah masuk simpang . Aku pada masa tu sudah tidak sedap hati dengan keadaan sekeliling yang gelap gelita dan aku baru perasan jalan tu kiri kanan dikelilingi hutan. Abah aku memberhentikan kereta di tepi jalan dan semestinya hutan. Tepat jam 12 malam radio yang menyiarkan lagu jiwang tiba-tiba bertukar kepada lagu nina bobo! Aku pun cuak sebab setahu aku mana ada stesen radio yang menyiarkan lagu seperti itu. Firasat mengatakan ada sesuatu di tepi tingkap aku. Betul sangkaan aku ada sesuatu dekat hutan tu. Aku nampak macam Pontianak. Berbaju putih dan rambut panjang. Benda tu memandang kitaorang yang sedang sesat. Lagu nina bobo masih lagi berkumandang dan aku tengok dalam kereta macam takda sesiapa pun yang dengar lagu seruan tu.

Selepas tu kitaorang berpatah balik ke simpang 3 . Jalan yang kitaorang sesat sebenarnya jalan menuju ke pantai . Patutlah macam pelik je jalan hutan sekeliling. Pada pukul 2 pagi kami singgah ke sebuah gerai di Tok Bali. Kejadian yang berlaku masih segar lagi. Macam tak percaya aku sendiri yang mengalaminya padahal penyebabnya ialah abang aku. Tepat jam 3 pagi kami sampai ke Kota Bharu.

Keesokkan pagi, aku bertanya kepada ibu aku mengenai kejadian semalam. Betul sangkaan aku bahawa semua orang tidak dengar apa yang aku dengar . Dan tiada sesiapa yang nampak benda halus tu. Jadi disini baru aku faham kenapa Pontianak tersebut munculkan diri kepada aku. Sebab yang pertama aku boleh melihat mendengar dan merasa kehadiran dia. Kedua mungkin ‘dia’ beranggapan yang aku menyerunya haha. Aku pun tak tahu nak kata apa dah. So moral of the story jangan pernah nak dengar atau nak tengok video yang berkaitan dengan sumpahan atau seruan makhluk halus. Sebab benda ni dia suka kalau manusia yang tertarik dengan kisah mereka. Kalau cerita aku mendapat sambutan daripada pembaca FS aku akan ceritakan kisah lain pulak ye haha. Kisah kedua aku akan cerita mengenai sebuah resort di Kuantan dan semestinya Pahang. Kebanyakkan resort di Pahang ialah ‘kawasan keras’. Jadi itu sahaja daripada aku. Sekian assalamualaikum…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

hanna

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

8 thoughts on “PERJALANAN PULANG”

  1. Dek cerita adik sepatutnya hanya dua perenggan pun dah cukup. Banyak sangat benda tak berkaitan masukkan sekali jadi berjela. Punyala tunggu cerita hantunya sekerat tu je? Improve lagi penulisan.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.