Permainan Burung Hantu

Hi, ini kali pertama aku menulis di sini. Selalunya, aku hanya membaca cerita para pencerita yang lain sahaja. Tetapi hari ini, aku terbuka pula untuk menceritakan kisah aku ini.

Nama aku Luth (bukan nama sebenar). Aku pelajar kulinari di sebuah institusi (tempat dirahsiakan). Aku akan memulakan cerita aku. Pada hari itu, semua pelajar lelaki dan perempuan berkumpul di dewan. Aku pada mulanya memang agak malas kerana telah seharian paradigma dan juga tidak cukup rehat. Dek kerana pihak penganjur ingin “menjayakan” program itu, pihak penganjur menyimpan segala jam tangan canggih dan juga telefon bimbit kami. Aku, sememangnya tidak berapa suka dengan itu kerana aku bimbang jikalau ibu atau bapa aku WhatsApp aku. Tapi, aku hanya pasrah sahaja dan memberi mereka telefon aku setelah aku shut down telefon ku tadi.

Skip part yang membosankan, aku akan melompat ke bahagian paling penting sekali. Waktu itu malam, kira pukul 8 ataupun 9 macam itu. Kami (junior) berkumpul lagi di dewan dengan berpakaian casual. Pihak penganjur membuat ucapan yang hampir berlangsung 1 jam lebih. Kemudian, pihak penganjur menyuruh kami mengambil nombor random daripada satu bakul. Aku mendapat nombor 56. Yup, 56. Nombor 1 adalah sahabatku sendiri. Lampu dipadamkan tetapi tidak semua. Hanya lampu bahagian tengah dewan sahaja. Perasaanku telah bercampur-aduk. Aku tahu, mereka ada plan tetapi aku berfikir positive sahaja kerana tidak ingin menakutkan diriku.

Skip part yang membosankan. Tiba giliran aku, yup, tepat pada pukul 12 malam, hari Jumaat. Ye, korang pasti tahu maksud itu. Aku dengan lututku yang bergetar-getar hanya mampu berdoa di dalam hati dan meletakkan tanganku di dalam poket seluarku yang ada gambar passport ibuku. Ye, aku ambil gambar dia sebelum aku keluar dari asrama tadi. Aku kini berada di kawasan paling gelap. Hanya diterangi dengan lampu kecil sahaja untuk menerangi alur itu.

Sebelum aku memulakan perjalanan itu tadi, seorang pengajar sempat berpesan kepadaku, “jangan pandang belakang, kiri dan kanan. Depan sahaja.” Aku hanya mengangguk. Aku tidaklah berani tetapi aku hanya mengikuti tali di sepanjang perjalanan itu. Sambil-sambil itu, aku memejamkan separuh mataku dek kerana aku tidak mahu mataku ternampak makhluk yang tidak diingini.

Angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipiku. Tidaklah sejuk mana. Aku meneruskan perjalananku sambil menyanyi di dalam hati untuk menenangkan perasaanku. Ketika aku hampir tiba di laluan hujung, aku merasakan baju ku ditarik dari belakang, aku mempercepatkan langkahku. Ye, seperti ada seseorang menarik bajuku dengan lembut. Tengkuk ku juga terasa sejuk sedikit. Tiba di hujung, aku terdengar suara menangis. Aku menyanyi dengan lebih kuat kali ini untuk menghilangkan fokus daripada mendengar suara itu.

Oh ye, tidak jauh dari situ, ada satu tangki air besar, di situ pernah ada satu kes di mana seorang perempuan m******h diri. Kisah selanjutnya, aku tidak tahu, hanya itu sahaja yang aku tahu. Ketika aku hampir tiba di destinasi di mana rakan-rakanku berkumpul, aku ternampak ada kelibat berdiri di atas tangki air itu tetapi aku mengalihkan pandanganku. Aku sekali lagi mempercepatkan langkahku. Aku ingin berlari tetapi dek kerana kakiku terlalu lemah, aku hanya mampu berjalan dengan perlahan sahaja. Tiba di destinasi di mana rakan-rakanku berada, aku dengan pantasnya duduk di jalan tar itu dan baring kemudian melelapkan mataku sementara menunggu yang lain.

Okaylah, sekian cerita daripadaku. Maaf jikalau ceritaku tidaklah seram. Tetapi, itulah yang dialami ku yang tidak pernah aku ceritakan kepada siapa-siapa. Di kemudian hari, aku akan kembali dengan ceritaku lagi.

Sekian, terima kasih.

Luth Ajun

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Luth Ajun

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 19 Average: 2.6]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.