Hi geng. Wo jiao Ahmenga Ichawa. Selamat bersua kembali. Ingat lagi tak dalam cerita sebelum ni aku ada bawa sorang mat saleh pergi camping. Mamat yang taubat nasuha taknak ikut aku pergi camping lagi. So after few months, mungkin dia terhasut dengan racun kawan-kawan yang bercerita pengalaman kami ke sana ke sini. Akhirnya dia menyatakan hasrat untuk pergi ke sebuah pulau. Kali ni aku nak story kes si mat saleh ni kena gangguan yang mana akhirnya beliau beriman kepada perkara ghaib tanpa sebarang paksaan mahupun hasutan dan kecaman. Cerita ni akan ada beberapa flashback and plot twist. Sila cakna. Okay here we go. Be seated and ready for take off…
Tercetusnya hasrat si Lucas ni bila dia tengok aku upload gambar diving di sebuah pulau yang terletak di semenanjung Malaysia. Tak popular seperti pulau redang dan tioman. Tapi dikenali sebagai pulau yang bersejarah pada tahun 90an. Kalau aku sebut nama pulau ni kang risau korang taknak pergi pulak. In fact, pulau ni banyak tinggalan sejarah untuk dipelajari. Kat pulau ni takde chalet, sila bawak khemah masing-masing. Sini takde kedai, takde aktiviti kayak, snorkeling dan sewaktu dengannya. Cuma sebuah pulau tinggalan sejarah yang dijadikan pusat pemulihan batu karang. Owh ya, dasar laut pulau ni sangat cantik yang menjadikan ia sebagai faktor utama kenapa si Lucas the Blurry ni nak sangat datang sini. Please take note pulau ni tak berpenghuni. Team yang jaga coral tu pon datang sekali sekala je.
Trip kali ni disertai oleh 4 orang termasuk aku dan Lucas. Crew lain terdiri daripada Abang Botak selaku tour guide kami. Dan seorang lagi kawan sekerja kami, Chong. Beliau ni selalu ikut aku pergi trip serata nusantara. Jadi tak susah pon untuk aku hasut apek ni join sekali. Memandangkan imej Lucas sedikit tercalar dalam kalangan gadis berikutan kes Malam Misteri, atas faktor tertentu aku tak dibenarkan ajak Muna join trip ni. Segala kelengkapan dipersiap. Misi kali ni memakan belanja sebanyak Rm450 seorang termasuk 4 kali dive, boat pergi balik, transport darat dan makanan selama 3 hari 2 malam di pulau.
Jumaat pagi buta, kami mulakan perjalanan dari selatan tanah air menaiki kereta pelbagai fungsi milik Chong iaitu super Myvi. Sepanjang perjalanan Lucas hanya termenung ke luar. Sesekali aku menduga apa yang dia perhatikan. Risau dia masih diselubungi misteri lalu. Renungannya tajam seperti ada sesuatu yang tak kena. Lantas beliau memecah kesunyian dengan persoalannya kenapa kat highway ni ramai pakai kereta macam Chong. Tanpa was-was aku pon jawab lah kat Malaysia ini adalah national official supercar. Ada waktu kereta ni boleh ubah mode jadi Hilux, kadang jadi boat tapi selalunya jadi king. Kebetulan masa tu ada kereta p****g kitorang, sebuah sedan H memecut laju sambil diekori rapat oleh king Myvi. Aku dengan Chong apa lagi, terus bersorak keriangan macam tengok F1. Lucas terus faham mesej yang kami cuba sampaikan. Kami tiba di jeti jam 8 pagi. Bot bertolak jam 10. Sambil menunggu waktu, kami beli dulu apa yang patut especially jajan dan air.
Kami tiba di pulau tinggal ni sekitar jam 1130hrs. Sunyi sepi. Hanya kami berempat sahaja yang menghuni pulau pada tempoh tersebut. Pulau ni tak besar. Hanya memerlukan satu jam berjalan kaki untuk kelilingi pulau di sepanjang persisir pantai. Macam biasa dimulakan dengan pasang khemah dan setup segala keperluan lain. Tengahari tu kami cuma makan roti dan tuna bagi mengalas perut untuk turun first dive sekejap lagi. Abang Botak merupakan dive master kami dan dia lah yang menguruskan segala perihal diving dalam trip ni termasuk mendapatkan kelengkapan dan memandu boat. Petang yang terik, kami turun dive. Lebih kurang setengah jam, ada sorang apek ni tiba-tiba macam tak siuman. Entah apa signal lah dia kasi masa tengah dive. Dia mencangkung sambil hayun tangan kat belakang. Kejadah apa dia ni. Semua terpinga-pinga dengan mesej yang cuba disampaikan. Lepas dive master bagi signal naik atas. Then baru dia bilang hasrat dia bila tiba di permukaan. Dia tak tahan nak berak. Terpaksalah kami pulang ke khemah.
Sedang aku berehat kat hammock, Chong datang kat aku bagitau dia nampak Lucas bercakap sorang-sorang. Bahasa yang digunakan sangat asing sampai Chong yakin itu bukan Lucas. Aku malas nak layan sebab penat menyelam jadi aku assume Lucas tengah bercakap dengan phone dalam loghat Sweden. Malam tu kitorang bersantai sambil buat bbq. Ditemani petikan gitar dan suara sengau Lucas melayan perasaan Chong yang baru putus cinta. Sesekali Lucas mengusik Chong sampai Chong menyirap. Cliche. Setiap pengalaman aku akan tampak normal pada hari pertama. Namun pada malam tu aku ada bermimpi aneh dan di sinilah segalanya bermula. Aku bermimpi pergi ke sebuah gua. Dalam gua tu penuh dengan tengkorak manusia. Dinding gua dilengkapi dengan obor kayu sebagai sumber cahaya. Aku suspect sini macam tempat ritual pemujaan ilmu hitam.
Kat sini aku berjumpa dengan seorang lelaki tua persis pendekar. Berpakaian silat. Kemas rapi bertanjak dengan keris berdamping di sisi. Dia mempelawa aku duduk di depannya. Di antara kami terdapat batu rata berlapik kain tak tau warna apa sebab agak gelap. Tempurung kelapa, keris dan limau terletak di atas batu tersebut dengan sehelai kain membaluti sarung keris bersama sebilah besi panjang. Cincin yang tersarung pada setiap jari kat tangan dia serta suasana keadaan di sekeliling gua seakan menggambarkan dia ni seorang pawang. Ada berlaku komunikasi antara aku dan pawang tersebut namun tak dapat aku ceritakan kat sini segalanya. Apa yang menarik dalam mimpi ni, dia guna bahasa melayu klasik. Ayat yang paling aku ingat, “bayu datang biar pergi, kalam tinggal biar tinggal”. Aku terjaga dari tidur bila dia merenung tepat ke mata aku. Fuhh berpeluh beb aku bangun. Terus tak boleh tidur dah terngiang ayat-ayat dia.
Keesokannya, Chong dan Lucas dengan pantas telah bersiap siaga seawal jam 7.30am. Sarapan hari ni aku hidangkan otak-otak bakar saki-baki bbq semalam. Macam biasa aku suka kacau Lucas. Dia tanya apa benda yang dia makan tu. Aku cakap ‘Brains’. Dia blurr. Chong menyampuk cakap ‘brain-brain’. Lagi lah dia blurr. Last2 dia google translate apa tu otak-otak. Yet the answer is brain hahaha. Fed up punya pasal, dia habiskan semua. Kitorang yang melopong. “Now I’m a zombie” ujar Lucas usai menghabiskan otak yang terakhir. Kami teruskan agenda hari ini untuk membuat dua selaman.
Ketika menyelam, mata aku secara tak sengaja tertangkap satu imej yang agak mencurigakan. Pada amatan aku, ianya sebuah pedang atau parang yang tertusuk pada batu karang di dasar laut. The best part is hanya aku dan Chong yang perasan kejadian ni. Lucas tidak menyedari. Abang Botak pulak menafikan kami lepas aku ceritakan kejadian ni waktu nak tukar tank. Tak puas hati punya pasal, kami pergi menyelam semula ke tempat tadi untuk mendapatkan pengesahan. Kali ni, camera gopro aku dah standby untuk merakam penemuan tersebut. Dah berkali-kali kami pusing di tempat yang sama. Aku dan Chong tetap nampak ianya berada di situ. Lucas dan Abang Botak berikan isyarat seperti tiada apa yang pelik di situ. Kami berehat sebentar untuk makan tengahhari sambil bincangkan kejadian ni. Aku tunjukkan rakaman yang aku dapat tadi pada semua orang. Jelas dan nyata dalam rakaman ianya sebuah pedang namun hanya aku dan Chong yang berjaya menyaksikannya di depan mata.
Melihatkan kejadian ni, si Lucas dah berangan nak cabut pedang ni keluar. Tapi dia penakut. Dia suruh aku pulak yang tarik. Aku cakap tak boleh, nanti aku jadi aquaman. Entah macam mana sel otak dia boleh berhubung sampai keluarkan falsafah yunani dia “if one can do, you can do. If nobody can do, you must do”. Cakap orang pandai, sendiri cabut penakut pulak. Acah King Arthur konon. Aku pun balas la balik “if one can do, I’ll let you do. If nobody can do, how can i do?” Ketawa punya ketawa baru kami sedar Chong takde dengan kitorang. Sekitar jam 4pm, Aku dan Lucas putuskan untuk cari Chong selepas menyedari Chong menghilang sejak selepas makan tadi. Puas kami meredah hutan, menyusuri sepanjang pantai mencari Chong . Tak berjaya. Chong masih menghilang entah di mana. Langkah kami terhenti apabila melihat Chong terdampar kaku di tepi pantai. Aku sangka dia lemas. Bergegas kami berlari mendapatkan Chong. Degupan jantung dia masih ada. Yang peliknya, muka Chong ada lebam. Badan dia panas seperti demam. Kami papah Chong kembali ke khemah. Seketika kemudian Chong mula sedarkan diri. Bertalu-talu si Lucas menyoal Chong. Chong hanya mampu menjawab dengan jari tengah kepada Lucas.
Malam tu aku teman Chong melayan perasaan di tepi pantai tak jauh dari khemah. Well, bukan senang nak move on dari orang yang pernah menghuni hati setelah sekian lama. It’s always easier said than done. Dalam masa yang sama aku cuba korek info dari Chong berkenaan apa yang telah terjadi. Dalam menggigil kesejukan Chong menceritakan yang dia ternampak Lucas masa dia tengah jalan kat pantai sorang-sorang. Lucas melemparkan senyuman yang menyeramkan. Then tiba-tiba Lucas berlari ke arah laut hingga membuatkan Chong terus mengejar Lucas berikutan riaksi pelik yang ditunjukkan. Seolah terpukau, Chong ikut terjun ke dalam laut menuruti Lucas. Masa terjun dari jeti, entah batu ke penyu Chong terhantuk sampai tak sedarkan diri. Chong hanyut ke darat dengan kesan lebam betul-betul kat tengah dahi. Syukur, masuk laut sebagai apek, keluar dah jadi ustaz. Penjelasan Chong mengubah persepsi asal aku. Aku ingat dia cuba b***h diri sebab kena tinggal dengan awek. Aku terfikir sejenak, kenapa Chong nampak bayangan Lucas. Aku curiga. Lucas ada dengan aku sepanjang petang tu. Lagi pun Lucas tak pandai berenang apatah lagi menyelam tanpa sebarang alat bantuan pernafasan. Aku prejudis adakah dorang berdua dah berbuat sesuatu di luar pengetahuan aku?
Tiba-tiba Chong menjerit. Sumpah terkejut sampai nak pekak sebelah telinga aku. Aku cuba tenangkan dia yang stewardess bukan sekuntum. Perlahan-lahan Chong menoleh ke arah aku. Dia menuturkan sesuatu dalam bahasa yang aku tak faham. Matanya bertukar hitam keseluruhan hingga tak nampak mata putih. Aku perasan tepi matanya berurat. Kemudian dia senyum kelat. Aku tau ini bukan Chong. Aku terus tergamam tak tau nak respon macam mana. Dari jauh kedengaran satu suara memanggil aku. Abang Botak berlari menghampiri. Dengan suara terketar-ketar dia bagitahu Lucas tiba-tiba meracau. Ahh sudah. Yang kat sini dah start bukak bunga. Yang kat sana pulak meracau. Aku jadi buntu. Aku tak pernah lagi hadap dua benda dalam satu masa. For now, aku minta Abang Botak baca ayat pendinding diri sambil kita sama-sama fikirkan apa nak buat. Kami bukan pengamal perubatan Islam. Kami tak pandai mengubat orang. Apa yang kami mampu buat cuma jaga diri sendiri terlebih dahulu. Abang Botak segera melaungkan azan. Chong yang sedang meraung tiba-tiba berlari ke arah khemah dan terus terkam Lucas. Mereka berpencak. Sekarang aku dan Abang Botak sedang menyaksikan pertarungan antara Chong dan Lucas. Sesekali dorang mendengus dengan suara garau. Kadang keluar suara budak. Aku jadi bingung dengan apa benda yang tengah berlaku ni. Mulut kami masih membacakan ayat-ayat suci sambil menyaksikan persembahan mistik di depan kami. Tumbukan dan hentakan silih berbalas. Langkah dibuka, Chong bersiaga menghayunkan kakinya. Aku cuba halang buah penerajang Chong ke atas Lucas. Sekali aku yang terpelanting. Sakit dapat, menyesal pon dapat. Takut. Gelisah. Perasaan aku bercampur-baur. Lastly aku duduk tepi menahan sakit.
Kaki Chong akhirnya mendarat kemas di dada Lucas. Lucas rebah dek tendangan Chong dan terus tak sedarkan diri. Tangan Chong masih ligat berpencak. Perlahan-lahan tangannya mencapai sesuatu dari celahan akar pokok. Sebentuk cincin disarung ke jarinya. Aku terus tersedar bila tengok cincin yang diambil Chong . Mujur aku sempat melompat untuk menafikan tumbukan Chong ke atas Lucas. Aku minta bantuan Abang Botak untuk tahan Chong. Cincin yang dipakai harus dicabut. Chong meronta-ronta apabila Abang Botak membacakan ayat kursi dengan kuat. Sambil membacakan selawat dan doa, aku mengerah segala keringat. Sempat jugak lah aku sepak kepala Chong . Betul keras macam batu kepala dia. Chong rebah lemah. Finally aku berjaya cabut cincin tu dari tangan Chong. Bergelimpangan kami terbaring lelah. Lucas dan Chong masih tak sedarkan diri. Abang Botak hanya mampu bertakbir tak bersuara.
Malam tu aku susah nak tidur. Aku teliti cincin ni. Aku plan nak cari kawasan tersembunyi di sini untuk aku sorokkan cincin ni. Tujuannya supaya takde orang lain akan jumpa. Maybe aku patut tanam supaya tak mudah dilihat. Ada potensi yang cincin ni main peranan dengan kes malam ni. Akhirnya aku tertidur.
Menjelang tengahari, masing-masing dah mula sedarkan diri. Semua terpinga-pinga seperti merasakan sesuatu telah terjadi tanpa dorang sedari. Hari ni sepatutnya kami pulang. Tapi sebelum tu ada benda lagi penting harus dilakukan. Aku menerangkan apa dah berlaku semalam kepada Chong dan Lucas. Aku bagitau semalam dorang bersilat, bertikam terajang satu sama lain. While aku dengan Abang Botak cuba sedaya upaya memulihkan keadaan. Dorang hanya mampu mendengar dengan wajah sugul melihatkan aku masih lemah dek penat semalam. Aku minta tolong Abang Botak guide kami masuk ke hutan untuk melaksanakan perancangan aku.
Dah settle makan dan kemas barang-barang. Kami berempat mulakan expedisi meredah hutan. Hutan kat sini berbukit, penuh dengan pokok tinggi dan berduri. Kami cuba pergi ke tengah-tengah hutan yang mana terdapat banyak bukit yang tinggi boleh dilihat dari jauh. Lepas setengah jam mengharungi belantara, aku ternampak satu pokok besar yang macam familiar. Aku perhatikan keliling, terus aku jadi curious. Aku kemudi pula perjalanan menuju ke satu arah berpandukan firasat aku sehinggalah kami temui sesuatu. Pintu gua. Aku terus kenal tempat ni. Aku bisik kat Lucas kalau takut jangan masuk. Dia kan penakut. Tapi dia nak masuk jugak. Lantak dia lah. Kami masuk ke dalam gua tersebut. Ianya sama seperti di dalam mimpi. Tengkorak hancur bersepah serata lantai gua. Ada yang tergantung. Aku mencari satu sudut yang mana aku bertemu dengan seorang pawang di dalam mimpi. Of course lah pawang tu takde kat situ. Just nak kepastian adakah terdapat batu rata seperti yang aku nampak. And yes. Ada kat situ bersama mangkuk-mangkuk kaca yang aku percaya digunakan sebagai peralatan ritual.
Lepas keluar dari hutan, aku jelaskan pada yang lain sebenarnya aku cuma nak dapatkan kepastian tentang kewujudan tempat ritual tu. Sekiranya ia wujud, baru lah aku proceed untuk pulangkan semula cincin ni ke tempat yang sepatutnya.
Anyway, kitorang dah kembalikan semula cincin tu. Tapi bukan kat dalam gua. Gua tu bukan tempatnya. Cincin ni dikembalikan di tempat asalnya Chong temukan. Okay misteri ni bermula ketika kami buat first dive. Chong jumpa cincin tu kat dasar laut. Tapi dia belum sentuh. Hari berikutnya, kitorang jumpa pedang pulak di lokasi berdekatan. Waktu kitorang pergi semula ke lokasi pedang tu lah Chong kutip cincin tu. Lokasi penemuan cincin tak jauh dari lokasi pedang. Tapi lokasi pedang ni agak jauh dari pulau. Waktu dia nampak Lucas bercakap sorang-sorang tu sebenarnya adalah ‘mesej’ kepada Chong yang dia akan diganggu jika dia ambil cincin tersebut. Lepas dia kutip cincin tu, benda tu marah sebab tu dia sekali lagi nampak jelmaan Lucas. Makhluk tu pancing Chong sampai dia ikut terjun ke dalam laut. Mujur tak lemas.
Lucas ni pulak, silap dia bercakap besar. Masa baru sampai pulau dia ada cakap kalau berlaku lagi kejadian macam sebelum ni dia nak face to face dengan benda tu. Dia nak tengok depan mata macam mana rupa makhluk tu. Budak ni memang tak serik lepas kena tinggal kat air terjun (refer Malam Misteri). Benda tu munculkan diri depan Lucas sampai Lucas tersampuk. Menurut Lucas, makhluk tu merupakan seorang budak kecik. Mukanya hodoh banyak lompong. Hanya sebelah mata dan hidung je yang nampak normal. Selebihnya dah macam kena curah asid. Lucas terlalu terkejut. Malah dia tak mampu untuk bersuara bila budak tu mendekati. Kemudian Lucas pitam sebelum tiba-tiba bangun meracau.
Now aku nak jelaskan kat mana plot twist dalam kejadian ni. Okay macam ni. Kita berbalik kepada Chong. Makhluk yang masuk ke dalam badan dia adalah budak kecik yang Lucas nampak. Ia adalah khadam kepada pawang yang aku jumpa kat dalam mimpi. While yang rasuk Lucas adalah si pawang. So kat sini boleh nampak permainan dia kenapa Chong pakai cincin pawang untuk tumbuk Lucas. Dalam dimensi lain, ia merujuk kepada si khadam sedang bantai si tuan dengan menggunakan cincin tuannya yang telah dikutip oleh Chong. Bak senjata makan tuan. Motifnya aku tak tau. Kejadian ni sangat mengelirukan aku sebab aku tak tau siapa yang rasuk siapa. Aku ingat Lucas kena rasuk dengan khadam sebab dia nampak khadam. Manakala Chong dirasuk pawang sebab pawang geram dengan dia. Then segalanya terjawab bila ‘persembahan’ tu berakhir.
Pada mulanya aku tak terlintas pon dalam fikiran yang mimpi pergi gua tu adalah petunjuk kepada kejadian yang akan berlaku. Aku dah lama tak dapat mimpi macam ni selepas kali terakhir aku terima adalah satu misi untuk sampaikan wasiat kepada satu keluarga besar. Agak lama dah tu. So aku complacent and assume tu cuma mimpi ngeri. Hingga lah lepas aku cabut cincin tu dari jari Chong. Malam tu aku bermimpi bertemu lagi dengan si pawang di atas sebuah kapal layar yang diperbuat daripada kayu. Tak buruk tapi tak cantik. Dia adalah seorang juragan untuk kapal tersebut. Tak sure lah dia tu betul pernah wujud ke tak. Aku pilih untuk taknak percaya lebih-lebih hal mistik ni. Yang pasti, ada beberapa clue yang dia berikan kepada aku ternyata benar wujud. Dalam mimpi ni, si pawang melabuhkan kapalnya di tengah laut. Kemudian dia berucap sesuatu melalui sebuah cerita dalam bahasa yang sama Chong tuturkan masa dia dirasuk. Dari cerita dia ni lah aku dapat clue kat mana lokasi asal cincin untuk dipulangkan. Dia memberikan beberapa gambaran kat situ akan terdapat beberapa objek yang menjadi landmark untuk sampai ke lokasi. Clue yang paling jelas adalah ketika dia menceritakan tentang sebuah kapal membawa senjata karam akibat diserang. Aku yakin senjata itu merujuk kepada pedang yang kitorang jumpa masa dive. Chong pun ada bilang lokasi cincin ni tak jauh dari lokasi pedang. Cuma dia tak ingat secara tepat kat celah mana dia ambil cincin ni.
Lepas semuanya jelas, aku dan Abang Botak menyelam ke lokasi pedang tersebut untuk mengesahkan lokasi pemulangan. Iya, segalanya tepat berkenaan gambaran yang diberikan. Cincin tersebut diletakkan semula pada tempatnya. “Kalam tinggal biar tinggal”. Mendalam maksud dia ni. I have done my part. Ini yang terbaik aku boleh usahakan dengan pengetahuan aku yang tak seberapa ni.
“Bayu datang biar pergi”. Kami pulang dari pulau pada hari yang sama. Sejurus tiba di darat, Abang Botak bawa aku berubat dengan seorang ustaz. Ustaz tu scan aku and dia kata takde apa-apa. Cuma kepenatan. Ustaz ada nasihatkan aku untuk alert dengan sebarang kemungkinan. Aku tak nafikan tu, cuma masalahnya aku sendiri tak tahu yang keadaan tu sedang berlaku atau pun akan berlaku melainkan setelah ianya berlaku. Sebab tu aku pernah kata ini bukan kelebihan tapi sumpahan pada aku. Aku akan terasa bertanggungjawab bila tersedar ianya sedang berlaku so aku perlu buat sesuatu sebab aku je yang nampak hala tuju kejadian ni. Itu pun aku cuma akan tersedar bila kejadian tu hampir sempurna di mana aku tak mampu berbuat apa-apa untuk perbetulkan keadaan. Furthermore, aku percaya yang orang lain akan kata ianya mengarut sekiranya aku mampu bagitau apakah yang sedang dan akan berlaku. Chong dan Lucas berubat dengan cara agama masing-masing keesokan harinya. Sekarang semuanya dah kembali pulih. Chong takde tunjukkan simptom putus cinta lepas kena rasuk. Namun identiti ‘ustaz’ nya masih kekal abadi hingga hari ini. While Lucas tiba-tiba jadi pendiam dua tiga hari sebelum kembali sewel seperti sedia kala.
Few things kita kena consider melalui kejadian ni. First of all, jangan suka-suka kutip benda bukan-bukan bila berada di tempat asing. Kes ni berpunca dari Chong pergi kutip cincin tu. Boleh jadi objek yang kita ambil bukan bertujuan untuk dimiliki meskipun ianya sangat menarik perhatian. Then, jangan sesekali cakap besar sembang bikin bimbang. Kita tak tau dengan apa kita sedang deal secara tak langsung. And again, ilmu agama kena ada. Belajarlah ilmu pendinding diri. Aku pon bukan lah pandai sangat tapi at least kita boleh buat apa yang perlu untuk diri sendiri. Kita tak mampu nak tolong orang, so kita jangan menyusahkan orang. Aku tak tau apa akan jadi kalau kitorang semua dirasuk malam tu. Mesti lebih teruk. Worst case takde siapa boleh selamatkan kitorang waktu tu. By the way, aku pernah post video jumpa pedang tu kat ig story untuk survey pendapat orang lain mengenai apakah objek tersebut. Most of them jawab itu adalah pedang. So bukan aku dan Chong sahaja yang berpendapat itu adalah pedang. Video tu pon aku dah delete demi kebaikan di masa akan datang. Mana yang sempat tengok tu, aku harap korang delete kalau korang ada save. Sekian, stay safe.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
best! nak lagi ☺️
Lme x kuar cite…
Apa ig ahmeng?
Lama bro Ahmeng hantar cerita…
Sekali hantar cerita memang padu…
Harap tak jemu hantar banyak karya lagi…
SOKONG!!
tulis lg . . tulis lg . .
mmg ter tunggu2 dgn ayat;
“Okay here we go. Be seated and ready for take off…”
ahahaaa
Bro, aku tahu kt mane pulau tu.
YEAY AHMENG KEMBALI!
Tak jemu baca cerita dia. Mai Fiksyen Shasha nak dengar cerita dia ja wei 😂
pulau t****h ?
Apa ye tjuk cerita sblum ni? Yg ahmeng ckp dia ajk mt salleh tu bercuti?