Pertama Kali Hijabku Dibuka

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, terlebih dahulu aku ingin berterima kasih kepada admin FS jika kisah ini dapat diterbitkan. Kisah yang akan aku ceritakan ini berlaku pada diri aku pada tahun 2017. Aku memang seorang yang minat dengan kisah-kisah seram ni. Pernah jugak terdetik difikiran aku untuk tengok hantu yang real hihi, ok aku mulakan cerita ni.

Kejadian ni berlaku pada malam jumaat, pada malam tu aq asyik bermain game di telefon sambil menggunakan earphone. Aku seolah-olah sudah diberikan tanda-tanda awal tentang kehadirannya. Dalam pukul 1 macam tu la, sedang leka aku bermain game, tiba-tiba aku terdengar seperti orang mengetuk tingkap bilik ku. Aku membuang earphone di telinga namun bunyi itu terus hilang, lepas itu aku pakai balik earphone dan sekali lagi aku terdengar bunyi tersebut, aku membuka tingkap untuk melihat jika ada sesiapa diluar rumah.

Namun aku melihat tiada sesiapa pun yang berada diluar sana. Untuk pengetahuan para pembaca, bilik aku ni berada di tingkat bawah, kalau kat atas memang tak la aku nak buka tingkap kalau ada orang ketuk tengah-tengah malam. Aku mula rasa tak sedap tapi aku teruskan main game. Selepas itu keadaan kembali seperti biasa dan dah tak ada apa-apa bunyi . Lama lepas tu bila aku dah rasa bosan main phone, aku pun tengok la jam, sedar tak sedar jam dah menunjukkan pukul 5 pagi. Gila betul aku phone hahaha. Lepas tu aku pun tidur. Tak lama lepas tu aku dikejutkan dengan bunyi barang jatuh, bunyinya agak kuat.

Bila aku membuka mata, aku melihat ada kelibat memakai jubah hitam sedang berdiri dihadapan almari. Mula-mula aku ingatkan itu adalah pencuri, dan aku cuba untuk bangun namun aku rasakan badan aku seperti dikunci dan tidak boleh bergerak. Perasaan aku masa tu hanya tuhan jer yang tahu. Dan bila aku fikirkan balik mana ada pencuri yang berbadan sangat besar dan tingginya melebihi almari. Mukanya tidak berapa menakutkan. Aku cuba untuk membaca ayat-ayat suci Al Quran tapi semuanya kelaut pada masa tu.

Aku sempat cakap dalam hati”selama ini aku nak sangat tengok dia, ni dah ada depan mata tengok jer la. Kelibat tu asyik mundar mandir depan aku. kemungkinan pada masa itu dia tengok aku. Tidak lama dalam beberapa saat atau mungkin dalam seminit, dia tenung aku dan datang dekat dengan aku. Aku terus pejamkan mata. Aku rasa tu lah moment yang paling menakutkan pada malam tu. Lepas aku membuka mata, aku melihat kelibat itu sudah tiada di situ. Aku terus bangun dan berfikir sejenak apa yang telah berlaku.

Aku rasa kejadian tu berlaku dalam 3,4 minit jugak. Apa yang membuatkan aku yakin itu bukan mimpi adalah masa badan aku tak boleh bergerak aku dengar suara ustaz memberi tazkirah dari masjid yang berdekatan dengan rumah aku, dan selepas benda tu hilang dan aku “dilepaskan ” aku masih lagi mendengar tazkirah subuh itu. Setakat itu sahaja lah pengalaman yang dapat aku kongsikan. Maaf andai jalan cerita aku kurang menarik. Sekian terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Muhd Aiman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

9 thoughts on “Pertama Kali Hijabku Dibuka”

  1. Ha ha ha tajuk tak sama dengan cerita. Hijab dibuka. Yang ni lebih pada mimpi/perasaan sendiri je. You see what you want to see. You feel what you want to feel. You believe what you want to believe.

    Reply
  2. Seram / Tak (2 marks) = 1
    Gaya bahasa (2 marks) = 1
    Penyampaian (2 marks) = 1
    Real / Fake (2 marks) = 1
    Whole story (2 marks) = 1
    Comment : 5/10. Macam imaginasi je. Harap tajuk je la gempak. Hahaha

    Reply
  3. actually apa yg die describe nie mcm out of body experience…ko sedar apa yang berlaku or mungkin nampak benda2 lain masa dalam keadaan obe tu..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.