Perumahan Kami Kawasan Mereka Juga

Hi pembaca FS. Lama dah follow dan baca kisah-kisah seram FS dari zaman dara-dara FS masih baru-baru lagi sampai lah sekarang dah beranak pinak.. Saya berasal dari bumi kenyalang. Tahu tak kat mana? Takkan tak tahu kan? Hehe. Saya perkelanalkan diri nama gelaran boleh panggil Bee jee…

Saya nak ceritakan kisah-kisah yang telah berlaku masa zaman muda-muda dulu. Lama dah benda ni terjadi ngan diri sendiri dan kakak saya.

Kalau tahu bumi kenyalang, tahu lah kan mana ibu negeri kami ni kan? Yerr di Kuching. Kalau pernah ke Kuching mesti tahu mana airport kiching, dan kalau tahu airport mesti tahu perumahan yang lama dan dekat-dekat dengan airport kan? Perumahan ni dari memang sudah dibina dari tahun 80an. Dulu-dulu memang hutan jer sekitar kawasan ni. Zaman sekarang jangan haraplah nak tengok tanah kosong. Memang semua rumah, apartment, kondo, hospital, hotel dan kedai! Hehe.

Cerita nya begini. Selepas tahun 2000 macam tu kawasan perumahan kami ni amat dibangunkan dengan pesat. Hutan-hutan sekeliling makin hari makin pesat dibina dengan rumah-rumah. Jadi start masa ni lah saya dan kakak selalu nampak benda pelik-pelik. Tak tahu lah kenapa. Mungkin manusia dah kacau tempat tinggal ‘mereka’ kot.

Kejadian pertama:
Masa tu bulan hantu cina keluar. Bulan October-september. Orang cina cakap kalau boleh jangan lah keluar rumah lewat-lewat malam bulan tu. Pada suatu hari kakak bee ni keluar lah jejalan seharian dengan kawan. Jadi kawan kakak bee ni hantar lah kakak bee balik rumah.

Agak lewat juga dalam pagi pukul 1am macam tu… masa nak masuk simpang perumahan tu kakak Bee dari jauh ada ternampak susuk dua orang perempuan. Satu tinggi satu rendah. Hairan jugak la kakak bee tengok sebab semakin dekat kereta semakin jelas lah kakak Bee tengok. Dua orang perempuan tu jalan bersebelahan. Tapi yang pelik nye, baju gaun dua-dua warna putih panjang sampai ke jalan, lepas tu bejalan pun serentak dan kepala mereka bedua tunduk ke bawah! Kakak Bee dah lain macam tengok mereka berdua dan dari side mirror kereta, muka dua orang ni ditutupi rambut panjang! Rasa nya kawan kakak Bee masa tu pun terlihat benda yang sama.

Sebab takut dan terkejut, kakak Bee dan kawan dia pun dah rasa lemah dan hampir tak dapat nak buka gate dan pintu rumah masa tu. Dua-dua kunci pintu dan terus naik atas ke bilik belari dengan kasut sekali. Sebab takut sangat sampai kan tak dapat nak cakap apa-apa. Lepas pagi subuh baru kawan kakak Bee balik rumah dan pagi tu lah kakak Bee cerita apa yang dia nampak. Tak logic jugak dua orang perempuan manusia pakai gaun yang sama dan berjalan tepi jalan dengan kepala tunduk kebawah sampai rambut panjang pun menutupi muka kan? Dia memang rasa dan tahu yang benda tu bukan manusia tetapi benda satu lagi. Dua minggu jugak kakak Bee trauma masa tu tak keluar rumah. Sampai Bee sendiri pun tak berani keluar rumah berminggu-minggu. Hehe.

Kejadian kedua:
Kakak Bee baru je kluar berjalan dengan kawan. Balik waktu senja juga la. Masa tu tak ada sesiapa kat rumah. Mak Bee kluar dengan Bee masa tu, jadi kosong lah rumah. Macam biasa kakak Bee akan park kereta kancil dia masa zaman tu, tutup gate, buka pintu dan masuk rumah. Kunci pintu dan naik lah ke bilik. Masa tu pintu bilik kakak Bee ni terbuka sedikit. Sebab Bee ni suka masuk bilik kakak untuk pinjam baju dan makeup (biasalah Bee masa tu pun nak angkat dara), mungkin masa tu terlupa nak tutup rapat. Pintu bilik kakak Bee ni, masa masuk terus mamghadap cermin besar bingkai warna merah. Jadi kalau masuk memang dapat tengok diri sendiri lah kat cermin tu.

Jadi masa petang senja tu dia baru nak masuk bilik, alangkah terkejut kakak terlihat sesuatu. Dari cermin dia lihat susuk tubuh yang berwarna putih sedang duduk di depan pintu kakak Bee. Tapi depan-depan takde pun benda tu. Benda tu cuma dapat terlihat kat dalam cermin sambil duduk mencangkung. Dan benda tu tak ada muka!!! Dengan cukup terkejut dia pun belari ke ruang tamu. Kebetulan masa tu kami bru sampai rumah. Muka dia memang pucat masa tu tapi Bee tak lah kisah sangat masa tu. Fikir dia letih ke apa. Selepas seminggu baru kakak ceritakan kejadian itu dengan Bee. Seram jugak tapi kan rumah sendiri, jadi tabahkan hati je lah. Anggap je benda tu melimpas.

Kejadian ketiga:
Yang ni terkena dengan Bee sendiri. Masa tu baru habis Form 5 kan. Jadi nakal-nakal ni suka lah curi-curi keluar dari rumah berjumpa dengan kawan-kawan. Masa tu Bee dah plan ngan kawan ambik Bee kat simpang lorong rumah. Jadi Bee ni keluar lah pakai pintu dapur belakang rumah. Rumah Bee ni dulu, belakang tu memang hutan tebal. Pokok rambutan dan mangga pun tinggi-tinggi.

Masa bee dah kunci pintu, Bee nak jalan. Tetiba Bee rasa macam tak dapat begerak. Rasa badan terhenti dan bulu roma naik meremang yang teramat. Dari sudut tepi mata, Bee nampak satu bentuk kain besar warna putih seakan terbang melimpas dengan perlahan. Bunyi nya memang kuat macam bunyi sayap ayam. Tak tahu nak describe benda tu. Dengan badan kaki dah kaku Bee gagah kan juga memberanikan diri untuk lawan perasaan takut tu dan paksa badan sendiri berjalan jugak sampai ke depan gate. Tak dapat lupakan peristiwa itu. Bee suspect mungkin benda perempuan tu melimpas. Sejak dari tu Bee tak lagi keluar macam tu. Memang bagi tahu mak je kalau nak keluar rumah.

Kejadian keempat:
Masa ni dah umur baru masuk 20an macam tu. Macam biasa masa cuti weekend Bee akan jalan-jalan ngan kawan malam-malam tengok movie lepak-lepak macam tu. Kawan Bee sorang ni tinggal tak jauh dari perumahan Bee ni. 5 minit je jarak dari rumah Bee. Masa tu dalam pukup 7:00pm Bee ambik kawan Bee ni kat rumah. Rumah kawan Bee ni kat tanah persendirian ye. Dia macam kampung kecik ditenggah bandar. Aaagitew.

Perumahan Bee ni memang taman perumahan. Jadi malam tu Bee message la kawan Bee cakap dah kat luar rumah (masa tu belum ada whatsapp ye. Message yang kena charge 20sen satu kali send tu.. Dan hp masa tu zaman Nokia atau Sony..haha). Tunggu punya tunggu dalam kereta, Bee tenggok lah rear mirror masa tu secara kebetulan dan dari pandangan rear mirror terlihat lah bahagian tepi rumah atuk kawan bee ni. Kawasan tu ada tiga buah rumah.

Satu rumah kawan Bee, satu rumah aunty dan satu rumah datuk kawan Bee tu tadi. Masa Bee ternampak kat rear mirror tu, kat rumah atuk kawan Bee tu, Bee terlihat lah seorang perempuan menggukan baju warna putih. Macam baju nurse,tapi tak jugak. Tapi gaun putih sampai bahagian paras lutut. Masa tu bee nampak dia jalan seorang ke bahagian belakang rumah yang sangat gelap gelita. Tangan dia lurus dua-dua ke sisi badan dan takda bawa apa-apa.

Cuma berjalan membongkok sedikit dan secara amat perlahan, ke arah kawasan yang sangat gelap. Rambut perempuan tu tak lah panjang sanggat, lurus sampai bahagian bahu. Bee tak dapat nampak muka perempuan tu. Cuma bahagian belakang. Terfikir jugak , aih kenapa cousin kawan Bee tu bejalan ke kawasan gelap. Rumah pun gelap macam tak ada orang. Masa limpas drive tadi takde pun orang kat situ. Tapi tak lah Bee hairan sangat masa tu…

Selepas 10 minit tunggu kawan Bee keluar dari rumah lalu masuk lah ke kereta. Jadi Bee tanya lah, “eh saya macam ada nampak Mimi lah” ( bukan nama sebenar cousin kawan Bee tu). “Apa dia buat kat belakang tu? Kereta dia park situ ke apa, tapi takde pulak tengok kereta dia kluar reverse ke apa?”. Dengan muka tertanya-tanya, kawan Bee tu pun cakap “Mana ada orang kat rumah. Mak, atuk, aunty, cousin dan Mimi semua dah keluar rumah pergi kat hujung kampung. Sebab ada orang meninggal. Saya seorang je kat rumah ni sebab kan dah janji nak keluar so saya stay tunggu awak je lah. Tak mungkin ada orang tinggal sebab saya yang tengok mereka semua bertolak tadi”. Kecut perut saya oiii.. “Tapi saya ada tengok Mimi tadi rambut dia pendek sampai bahagian bahu kan, dia dah gunting rambut ke?” tanya Bee. “Taklah, kan awak tahu rambut Mimi memang panjang curly sampai pinggang”…Dalam hati dan kepala saya tertanya-tanya. Siapa atau apa yang saya tenggok tu mungkin memang bukan MANUSIA!

Sebenar nya banyak carita mistik yang berlaku. Dan semuanya berlaku semenjak kawasan hutan sekitar perumahan kami tu mulai diterokai dan dilapangkan untuk pembangunan. Sebab dari kecil lagi tinggal di kawasan ni, memang tak pernah berlaku kejadian pelik-pelik atau mistik. Ye lah, mungkin kerana pembangunan, ‘rumah’ mereka pun kena musnah jadi mungkin dia jalan-jalan lah ganggu manusia.

Sekarang umur Bee dah masuk 30an. Lama dah tak tinggal kat perumahan tu lagi sebab semenjak dah bekerja dan ada family, Bee dah beli rumah sendiri. Kawan-kawan Bee rasanya masih banyak stay kat peruahan tu. Tak tahu lah, mereka pernah tak merasa kejadian mistik seperti itu. Hehe. Mungkin Kakak dan Bee ada mata ke-6? Haha. Tapi Bee sekarang syukur lah tak ada lihat benda pelik-pelik. Mungkin benar, benda tu terjadi dek kerana pembangunan.

Masa tulis memori ni, rindu dengan kakak Bee. Rest in peace kakak.. Saya rindu kakak.. Kalau kakak masih hidup, mesti saya dan kakak akan bercerita mengenangkan memori mistik ni sambil-sambil minum petang dan bergelak ketawa dengan zaman muda-muda yang nakal dulu. Biar semua jadi kenangan Bee yaaa..

Itu saja kisah Bee. Lain kali Bee akan share lagi laa kalau ada masa. Terima kasih kerana sudi membaca. Mungkin tak seram tapi semua ni dialami Bee dan arwah kakak.. Sampai di sini sahaja!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Beatrice RS

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 11 Average: 3.7]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.