“Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri Pak Samad tu , asyik ke pekan , pergi bank, duitnya berkepuk2, entah apa perjanjian dia buat dengan setan sampai kaya macam itu “- kata Usin Sepet .
Warung Haji Sukri Komando yang kebiasaannya tenang di waktu pagi itu agak meriah pula. Seorang demi seorang bercerita tentang keanehan yang mereka lihat pada kehidupan Pak Samad. Pak Samad tu bekas cikgu, suka menyendiri , tak suka bercampur dengan orang tetapi ramai orang hairan dengan kekayaan dan kesenangan yang dimilikinya.
Dia yang hidup berseorangan selepas kematian isterinya (tiada anak), sering dilihat membawa beberapa kotak putih ke dalam rumahnya. Kereta baru hampir setiap 3 bulan bertukar, semakin mewah orang tua ini. Orang kampung jadi hairan dan pelik.
Mulalah pecah kisah Pak Samad melakukan pesugihan (bersekutu dengan Syaitan demi mendapatkan kekayaan). “Tidak elok kamu semua berprasangka buruk begitu , dia itu orangnya memanglah jenis pendiam, tapi aku rasa tidaklah sampai nak memuja-muja syaitan”- Imam Tua Ali menenangkan penduduk.
“Aku tak percaya la Imam, baru ni aku dengar dia ada membeli tanah di hujung kampung sana tu, hah, nak buat apa tu? Nak memuja disitu lah tu? Lagi pula, tanah tu mahal Imam tau tak, mana dia dapat duit banyak begitu, duit pencen banyak sangat ke?” -laju Usin Sepet berhujah tanpa ada pertimbangan.
Haji Sukri Komando yang selama ini hanya mendengar perbincangan penduduk kampung tiba-tiba bersuara. ” Aku ada cadangan Imam, tapi tak tahulah korang semua setuju atau tidak. Malam ini kita ramai2 pergi ke rumah dia, kita ramai2 tanya dia atau kalau boeh kita masuk dalam rumah dia. Biasanya orang2 yang memuja ni akan ada bilik khas untuk melakukan kerja terkutuk itu.
Aku pun sebenarnya ada terdengar malam2 ada bunyi pelik dalam bilik kat rumah dia, kebetulan bilik itu dekat dengan jalan aku nak balik malam2.”- cadang Haji Sukri Komando. Usin Sepet mengangguk laju dan merenung Imam Tua Ali, merenung orang tua itu seakan memberi isyarat supaya orang tua itu mengetuai cadangan itu.
“Baiklah, nanti malam lepas solat Isyak siapa2 yang berani ikut aku , yang penakut lebih baik jangan, ini kerja orang2 yang cukup ilmu di dada sahaja”- kata Imam Tua Ali.
Lepas solat Zohor, Imam Tua Ali memanjangkan zikirnya dan lama dia berwirid dengan amalan2 penentang ilmu hitam yang telah lama dikuasainya. Hatinya berdebar2 seolah-olah malam nanti pasti akan berlaku satu peristiwa yang tidak baik.
Dia memujuk hatinya sambil menajamkan lagi wirid amalannya. Selepas mengimamkan solat Isya, bebrapa anak muda dan orang tua dilihat mula memenuhi perkarangan masjid di kampung itu. Usin Sepet datang dengan membawa sebatang kayu beluti. “Kamu bawa kayu tu nak pukul si Samad tu ke? Tak usahlah biar aku yang menentangnya nanti. Makhluk2 halus ini perlukan ilmu dan pengalaman yang tinggi untuk menanganinya.” -tegur Imam Tua Ali. ”
Saya bawa untuk persediaan je Imam,”-jawab Usin Sepet. Mereka pun bergerak ke rumah Pak Samad selepas Imam Tua Ali selesai membaca doa khas penghalau hantu syaitan. Sesampainya di rumah Pak Samad , Usin Sepet meluru ke hadapan tapi dihalang Haji Sukri Komando. Imam Tua Ali memulakan langkah;
“Assalamualaikum..o Pak Samad, ni aku ni Imam Tua Ali”
“Waalaikumussalam…oo Imam , ada apa yang Imam datang bawa ramai2 orang ni, ada kematian ke? ” -ujar Pak Samad dalam keadaan terkejut.
“Memang ada yang akan m**i malam ini, ..kau lah pemuja syaitan iblis!” – jerit Usin Sepet.
” Diamlah Usin! Biar aku sendiri yang berurusan dengan Samad, orang lain jangan masuk campur”.-tegas Imam Tua Ali.
“Ada apa sebenarnya ni Imam? Hantu Setan apa bagai..”- tanya Pak Samad. “Kamu jawab soalan aku betul2 Samad, betul ke kamu ni membuat pesugihan berjanji dengan syaitan sampai kamu jadi kaya raya. Sedangkan kamu cikgu pencen aje.
Lagi satu, kamu mesti ada bilik khas untuk membuat pemujaan kan? Ni, Haji Sukri Komando pun datang malam ni. Dia beritahu ada dengar bunyi2 pelik dalam bilik di rumah kamu. Kamu jangan buat perkara terkutuk macam ini Samad, aku tak akan izinkan ianya berlaku dalam kariah aku, aku akan lawan setan2 kamu tu dengan ilmu hikmah yang aku ada ni. Yang batil tidak akan menang Samad! “- tegas Imam Tua Ali dengan berani dan bersemangat. Usin Sepet sudah bersedia dengan kayu belutinya.
Pak Samad yang sebelumnya mendengar dengan tekun kemudiannya tiba2 ketawa dengan kuat sambil memegang perut. Semua yang hadir hairan melihat Pak Samad. Imam Tua Ali sudah mula terkumat-kamit membaca wirid2nya.
“Kahkahkahkah…..apa punya kampung la pemikiran korang semua nih, sebab tu saya malas nak bercampur dengan korang semua ni. Imam dengar ye saya punya penerangan dulu.
Saya ni dah pencen, bosan2 saya buatlah bisnes online menjual sayur2 hidroponik kt pekan2 luar tu. Permintaannya banyak Imam sebab tu la pendapatan pun lumayan. Marilah masuk rumah saya ni tengok banyak kotak2 putih set hidroponik tu saya beli kat shopee”- Pak Samad memegang tangan Imam Tua Ali masuk ke biliknya.
Kelihatan set hidroponik dalam bilangan yang agak banyak , dan di sudut bilik itu terdapat sebuah pam air yang berbunyi agak kuat . “Mana Haji Sukri Komando? Saya nak tunjukkan bunyi pam, pam ni memang kuat bunyi dia, kalau daripada luar memang pelik bunyinya. Saya cadang nak tukar yang baru, lebih senyap. “- terang Pak Samad.
Imam Tua Ali hanya mengangguk dan tersenyum kelat sambil membayangkan keadaan Usin Sepet yang bakal masuk ICU setelah dipukul olehnya dengan kayu beluti nanti. Haji Usin Komando dengan pantas membuat pengumuman yang esok hari, sarapan adalah percuma di warungnya. Pak Samad dijemput hadir.
Tamat.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
siot. terkeno den
ini cerita lucu tak seram. kah kah kah
Klau sy la ..nk amik lbih ckit tkot bros.jd amik 100 je..pstu hari2 pi amik jd xjimat jgk la.haha.tu dlu la crta sy