Assalamualaikum. Hai all readers FS! Kak Yong is here dengan cerita baru tentang dedek. Kalau korang baru start baca kisah pasal dedek mesti korang takkan familiar dengan jalan cerita yang akan kak yong sampaikan nanti. Kalau korang nak tahu siapa kak yong dan siapa dedek korang bolehlah search kat FS ni guna keyword “dedek” sebab aku dah pernah story tentang kelebihan adik aku tahun sebelum ni.
Kali ni aku nak cerita pasal percutian kami sekeluarga ke tempat peranginan di sebuah tempat sebelah utara semenanjung Malaysia. So, dalam cerita aku kali ni akan ada penambahan watak baru iaitu suami aku. Aku, suami aku, dedek serta papa dan mummy dah decided untuk bercuti selama 3 hari 2 malam di sebuah chalet yang agak terkenal di sebuah pulau. Nama tempat terpaksa aku rahsiakan demi kesejahteraan rakyat sejagat.
Semua ni rancangan mummy aku la nak bercuti. Katanya nak family bonding gitu. Lagi pula aku dengan suami tak tinggal sebumbung dengan papa dan mummy. So, mummy ni macam rindu la dengan anak menantu dia. Sweet sangat. So pada tarikh yang ditetapkan kitorang pun pergi la tempat percutian tu. Mama booked 2 chalet dan disebabkan hari tu musim cuti sekolah kitorang dapat chalet yang “last option” bagi pelancong yang datang. Nak tahu sebab apa aku cakap macam tu? Sebab chalet kitorang terperosok di hujung sekali. Seram shit pulak aku tengok.
Tapi yang bestnya resort dia memang cantik gila la. Harga pun murah jika nak dibandingkan dengan kecantikan resort dan chalet dia yang macam klasik sikit tu. So, bila dah check in semua kitorang decided untuk rest kejap sebelum keluar jalan-jalan kat tepi pantai. Oh ya, resort kitorang duduk ni dekat je dengan pantai. Boleh jalan kaki je.
Okey, kat sini dah mula the beginning of the story. Biar aku terangkan dengan lebih details kat korang. Masa first sampai depan chalet tu, dedek dia gelisah semacam. Pandang sana sini. So aku pun cuit la bahu dedek tanya kenapa tapi dia cuma geleng je. Aku dah tak sedap hati sebenarnya. Even hijab dedek dah ditutup tapi kadang tu dia dapat jugak ternampak benda halus ni. Sense firasat dia memang kuat even kadang tu pandangan dia tak tembus. So, bila aku dah buka pintu chalet nak masuk, dedek macam jenguk ke dalam. Suami aku bagi salam them dia terus masuk bawa barang-barang kitorang. Aku pun tak jadi nak langkah bila tengok dedek terpacak macam tugu negara kat situ.
Oh ya, dedek ni taknak tidur dengan papa dan mummy sebab dia nak stay dengan aku. Almaklumlah adik aku ni memang clingy gila dengan aku dari dia kecil lagi. So, kalau boleh tidur pun nak sebantal lagi even aku dah kahwin. Haippp, dedek! Tak boleh lah macam tu. Nanti mana abang long kau nak tidur pulak. Aku tanya dedek dia nak masuk ke tak. Dia geleng kepala dan dia terus lari ke chalet parents aku yang terletak depan sikit dari chalet yang aku menginap. Aku ni mula dah fikir macam-macam. Apa pulak yang si dedek ni nampak. At least cakap la dengan kak yong kau ni.
Aku hiraukan benda tu then aku tolong suami aku kemas barang sikit letak dalam almari. Suami aku pun tanya dedek mana dan aku pun cerita la pasal dedek. Sebenarnya aku dah cuak juga tapi tu la disebabkan laki aku ni kuat sangat husnudzon makanya aku pun ikut positif juga la. Tapi instinct aku kuat mengatakan ada something kat chalet. Sebelum kitorang lepak kat pantai, aku nak mandi dulu. Nak freshkan sikit badan ni. Masa aku mandi tu sumpah aku rasa diperhatikan. Naik oii bulu roma aku yang tak berapa lebat ni. So masa mandi tu aku selalu la panggil suami aku sebab takut dia keluar tinggal aku seorang dalam chalet tu.
Petang tu kitorang lepak kat pantai. Masa tu aku try slow talk dengan dedek kenapa dia tak nak masuk chalet aku tadi. So aku pancing la soalan sikit supaya tak nampak direct sangat.
“Malam ni nak tidur dengan kak yong tak?”
“Tak nak”
“Kenapa?”
“Kat situ ramai sangat.”
“Siapa yang ramai? Kak yong dengan abang long je.”
Dedek geleng dan jawapan dia still sama, tak nak. Haish budak ni. Aku cuba korek lagi apa yang dimaksudkan dengan “ramai” tu. Dia cuma cakap ramai lah. Dedek tak selesa. Malam tu, dedek tidur dengan parents aku. Dia bermati-matian tak nak tidur dengan aku. Kat sini aku dah pelik. Lagipun aku pun rasa macam sesak nafas nak tidur kat situ. Suami aku? Dia steady beb. Tak gentar walau hantu melintas. Aku? Macam biasa lah. Tak pernah berani.
Malam tu, dalam pukul 2 pagi macam tu aku terbangun sebab dengar bunyi meriah dengan bunyi muzik klasik. Seolah-olah ada keramaian. Benda tu bunyi tak kuat tapi tu la masih jelas kat pendengaran aku. Bunyi tu datang dari belakang chalet aku. Nak bangun tengok rasa takut. Aku kejut suami, dia pulak dah lama koma dalam tidur. Lagipun, belakang chalet aku hutan. Tak mungkin ada perkampungan. Aku pun baca doa perlindung diri yang dedek pernah ajar aku sebelum ni untuk elak kena gangguan. Aku pun tertidur masa mana pun aku tak tahu sebab takut sangat. Lepas sejam aku tidur, aku terbangun sebab dengar orang mendengus. Rupanya suami aku mengigau.
Aku pun kejut la dia. Suami aku berpeluh gila sedangkan kami tidur dalam aircond kot. Dia cakap dia mimpi ada makhluk besar berbulu, mata merah dengan kulit muka bersepai marah kat dia. Katanya dia dah ganggu diorang dan diorang tak suka dengan kehadiran kami di sini. Benda tu juga pesan sekiranya kami masih berdegil, akan ada perkara yang tak dijangkan akan berlaku pada kami. Sampai ke subuh aku dan suami tak dapat nak lelapkan mata disebabkan kejadian tu. Kami dapat rasakan dalam chalet yang kami tidur ada “benda” lain yang turut serta bersama kami.
Esok pagi tu, aku dan suami terus ke chalet parents aku menginap. Lepas cerita semua yang terjadi kat kami, dedek terus menyampuk. Katanya kat situ ada ramai makhluk yang tinggal sekitar chalet yang kami tinggal. Sebab tu la dedek pilih untuk tidur dengan parents aku. Dedek cakap chalet yang parents aku menginap tu pun ada juga “benda” tetapi tidaklah seramai chalet yang aku dan suami duduk. Kata dedek, ketua makhluk halus tu tinggal di chalet aku. Alahai adik sayang. Kenapalah kau tak cakap dari awal. Sengaja biarkan kak yong kau mengharungi pengalaman mistik kan.
Mahu atau tak, papa aku terpaksa pindah keluar dari resort tu dan pilih untuk tinggal di hotel yang agak jauh dari pantai kerana semua dah full house. Bila kami tanya receptionist resort tu mulanya dia berat untuk buka mulut. Tapi selepas dipaksa barulah dia cerita sebenarnya 2 chalet yang kami stay malam tu jarang dibuka untuk tetamu. Sekiranya chalet yang lain dah penuh dan masih ada permintaan mereka akan buka 2 chalet itu untuk didiami. Dan ya, kami la tetamu yang bertuah sebab dapat stay kat chalet yang berpuaka tu. Nak marah pun, bukan salah diorang. So kami redha jela.
Kesimpulannya, apa pun sebelum korang book chalet or hotel pastikan buat research dulu pasal resort tersebut. Takut-takut ada benda yang tak patut berlaku dan spoil kan mood korang untuk bercuti. Benda ni jadi baru-baru ni je dan aku share kat sini untuk peringatkan korang supaya berhati-hati semasa memilih chalet/hotel. Terima kasih kerana sudi membaca. See you again guys! Salam sayang dari kak yong.
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
kak yong dah kawin….. cerita tetap best.
pastu bagitau lah katmne resort tu
langkawi eh…
Berapa kali aku nak bilang Woi..tu bukan kelebihan..tu kemalangnya adik ko tu ad bende yg berdamping dengan die sbb tu die blh nampka bnde yg kita xblh nmpk..bonhgok lako ni .klo kelebihan semua org nak tu pn xblh pk ke
Terpulang pada setiap orang utk anggap ia sebagai kelebihan atau kekurangan. Selagi tidak memudaratkan dedek, apa salahnya. Tak ada kena mengena dgn pendamping atau apa2. Dedek ni orangnya innocent barangkali.
Jadi memang anak kecil yg masih mentah, dia suka. Suka utk sesatkan, kita yg sudah tua ni lah harusnya bimbing dia supaya tak terikut dgn jin dan syaitan. Wallahualam.
Dedek kembali……!!!!
Kisah kali ni Dedek dah besar — topik Dedek mahupun dialog Dedek nampak hantu dah tersangat-sangat kurang — kali ni Kak Yong (Si Isteri Orang) terlebih-lebih pula mengalami fenomena mistik — bukan lagi Dedek yang sepatutnya watak utama dalam cerita Kak Yong.
Sampai masa, saat dan, ketikanya Insya’Allah — semakin Dedek dewasa, moga-moga Dedek menulis sendiri kisah seramnya tetapi dengan syarat, Dedek wajib banyakkan membaca supaya karangan yang ditulis tidak tunggang-langgang.
dah lama tiada kisah dedek….