Pewaris

Apa yang saya nak ceritakan ini adalah kisah sebagai pengajaran. Cerita ini berlaku tahun 2013 ataupun 2014. Kejadian ni berlaku pada jiran saya. Dia pada waktu tu sudah berumur hampir tujuh puluh tahun. Siapa dia.., di mana dia tinggal, saya tak bagitahu lah sebab ianya aib. Saya ringkaskan je ya jalan ceritanya.

Ok.. pada satu malam, jiran saya ni tetiba muntah d***h tanpa henti sehingga dia pengsan lalu tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian ambulans datang untuk ambil dia di rumah, ketika mereka memeriksa denyutan nadi dan jantung, mereka isytiharkan dia sudah pun meninggal. Lalu jasad di bawa ke hospital untuk di bedah siasat. Apabila sampai di hospital, Arwah yang sudah di tutupi kain putih ni tetiba bernafas. Turun naik turun naik dadanya.

Pekerja hospital panik lalu menjerit memanggil doktor. Keadaan dia waktu itu macam mamai², dia tengok orang sekeliling dia termasuk dan pandangan dia tu menyeramkan sebab mata dia tu melilau tak tentu arah. Doktor memeriksa nadi dan jantung. Ketika doktor periksa, kedua² denyutan nadi dan jantung tiada. Berdiri bulu roma mereka semua.

Jiran saya tetiba bangun lalu minta petugas di situ hantar dia balik rumah. Seolah² dia masih sihat segar bugar. Pihak hospital mahu menahan dulu tetapi dia tetap berdegil mahu pulang ke rumah. Nak taknak pihak hospital terpaksa menghubungi anak-anaknya dan bawa dia pulang. Anaknya bercerita mereka sekeluarga masa dalam kereta, rasa meremang teruk. Mak dia pulak asyik berdengus seperti suara harimau sepanjang perjalanan.

Apabila sudah sampai ke rumah, Mak mereka terus masuk dapur dan memasak. Abang (anak sulung) merasa tidak sedap hati tetapi dia abaikan. Hampir dua hari berlalu, badan si Mak mula mengeluarkan bau busuk yang agak loya. Warna kulit pun dah macam membengkak. Abang ni dah rasa pelik lalu menelefon kawan dia seorang ustaz, dan ustaz membawa seorang perawat bersama dia untuk melihat si Mak ni.

Sampai sahaja perawat, bila melihat si Mak ni duduk sahaja atas kerusi sambil mendongak lihat siling, terus perawat memberitahu secara berbisik pada Abang yang Mak ni sebenarnya sudah meninggal. Nampak macam hidup itu sebenarnya adalah belaan dia. Bermula dari situ semua terkejut sebab mereka adik beradik langsung tidak tahu yang Mak mereka ni ada belaan ghaib. Belaan tu sedang menunggu pewaris dia. Kata perawat, jasad Mak dia akan di lepaskan jika ada yang sudi menerima belaan tu.

Semua adik beradik menolak. Mereka semua meminta perawat putuskan terus belaan tu dari ada hubungan dengan mana² ahli keluarga mereka. Ketika sesi rawatan/menghalau belaan itu di buat, si Mak ni meraung² menjerit². Sepatutnya boleh di selesaikan tetapi si Kakak (anak kedua) kesian melihat Maknya terjerit meraung tu terus dia menjerit cakap kat belaan yang dia sanggup bela. Selesai sahaja si Kakak cakap nak bela belaan tu, terus si Mak tidak lagi menjerit meraung kerana belaan tu sudah pergi pada si Kakak.

Perawat punya marah sampai menepuk² lantai sambil marah kenapa tidak sabar dengan proses memutuskan hubungan dengan belaan tu. Si Kakak jawab dia tidak sanggup melihat jasad maknya terseksa. Proses memutuskan hubungan terus di batalkan. Mereka adik beradik terus meminta supaya jasad cepat di kuburkan kerana bau busuk jasad sudah makin kuat berbau.

Berbalik kepada perihal si kakak dengan belaan tu akan di selesaikan secepat mungkin kerana selepas selesai proses pengebumian, ada sedikit gangguan berlaku pada si kakak.

Setakat ini sahajalah kisah saya pada kali ini dan akan disambung pula dengan kisah perubatan si kakak pada masa akan datang.

End…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Amyrul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 101 Average: 4.1]

5 thoughts on “Pewaris”

  1. InsyaAllah pengorbanan kakak tu x sia2. Pasti ada imbalan UTK silakan Dr Allah SWT. Yg penting kena usahakan supaya saka tu dibuang secepatnya kena perbuatan membela saka tu x ubah spt memperhambakan diri pd iblis.

    Reply
  2. Xpa la…dh tau ending nya. Akaknya jadi ghey n then they live happily ever after. The end…👨‍❤️‍💋‍👨👨‍❤️‍💋‍👨👨‍❤️‍💋‍👨

    Reply
  3. Si kakak tak sabar. Sepatutnya diam aje dan tengok sampai habis. Jangan layan permintaan syaitan. Lagipun itu bukan maknya. Syaitan memang akan mainkan tipu daya dan pujuk rayu sebab tahu perempuan ni emosi. Terpedaya juga si kakak. Memang patutlah perawat tu frust.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.