PIKA ( HORROR PSIKO)

PIKA

DALAM SEBUAH RUMAH…

“ANAK siapa ni?” Ayu menyoal pabila terbuka sahaja pintu. Inda kelam-kabut naik sambil menghulurkan bayi kecil dalam dukungan untuk Ayu memegangnya. Ayu tetap mengambilnya walau terpinga-pinga.

Setelah daun pintu dirapatkan. Selak ditarik atas bawah. Inda berpaling lalu mengarahkan Ayu menyedia barang-barang pemujaan. Dan bayi dalam dukungan Ayu dengan segera Inda angkatnya.

“Anak siapa tu, bu Inda?” Ayu masih tidak berpuas hati. Inda mendongak lalu menatap tajam. Ayu menelan air liur. Kecut perut juga menentang mata galak itu.

“Kau sediakan saja barang-barang yang aku minta. Nanti saja aku cerita. ”

Ayu masih tercegat biar pun Inda dah bergerak. Inda berhenti dan berpaling belakang semula.

“Yang kau masih berdiri tu dah kenapa? Cepatlah. Bulan di luar sedang elok mengambang. Ini bayi istimewa!” Bentakkan Inda menyedarkan Ayu dengan segera gadis remaja itu berlari ke arah dapur.

“KAU kena ingat, jangan pernah sekalipun kau langgar ia. Dia bukan seperti manusia lain,” ujar Inda lalu mengoyakkan senyum manisnya. Pun begitu, wanita jelita bersanggul itu tetap menakutkan jiwa semua yang melihatnya.

Sophia terangguk-angguk memahami. Sang suami di sebelah juga ikut sama mengangguk. “Ayu, cepat bawakan budak itu!” arah Inda sambil mengerling beberapa keping not ungu yang sedang suami Sophia kirakan itu.

“Bu Inda..” panggil satu suara halus. Kesemua yang ada dalam bilik sederhana luas itu berpaling ke arah suara tersebut.

“Pika, mari duduk sini,” panggil Inda langsung menarik tangan kanak-kanak yang berkemungkinan dalam usia enam tahun. Sophia dan Sufi saling berpandangan tatkala Pika merenung mereka dengan satu pandangan yang cukup tajam.

Sempat juga Sophia memerhati keadaan fizikal anak itu. Dari pemerhatian Sophia, Pika memang cantik orangnya bermata helang dan ulas bibirnya sangat cantik terbentuk. Cuma rautnya sahaja agak tegas.

Inda merendahkan sedikit wajahnya agar sama paras dengan telinga Pika.” Kau jangan buat hal dengan keluarga ini pula. Kalau aku dapat tahu nahas kau aku kerjakan,” ujar Inda lalu kembali mengangkat kepalanya dan tersenyum manis pada Sophia.

Pika mengebam bibir dengan sekuat yang mungkin sambil kerlingan matanya masih lagi tertancap pada wajah ayu Sophia bakal ibu angkatnya yang paling baru.

“Pika, pergi ke keluarga mu yang baru,” ujar Inda menolak tubuh anak kecil itu supaya bangun. Pika kelihatan janggal dan agak berjaga-jaga. Pika yang telah didesak juga dipaksa tersenyum tawar sambil mencapai huluran tangan Sophia.

Sufi juga tersenyum perlahan-lahan dia menghulurkan sampul ke tangan Inda. Inda telah sedar akan gerakan tangan Sufi dengan pantas dia mengambilnya.

“Pika, ini mama.. Dan ini papa. Pika jangan takut ya. Nanti kat rumah mama nanti Pika ada banyak mainan,” ujar Sophia sambil menyelit rambut yang berjuntaian di dahi Pika ke belakang telinga.

Pika memejamkan matanya saat Sophia memeluknya dengan erat. Entah kenapa dia bagaikan terasa rapat dengan wanita berambut paras bahu itu. Sufi sekadar tersenyum pada Pika. Pika juga membalasnya.

“Akhirnya Pika berambus juga dari sini ya ibu,” ujar Ayu sambil tersenyum mengejek melihat Pika dibawa pergi. Pika tetap memandang ke arah Inda dan Ayu dengan tunakkan mata yang tajam.

“Ya, tapi Ayu. Pika tetap akan kembali pada kita. Dia tidak boleh berjauhan dengan aku,” kata Inda tersenyum senget. Ayu yang baru teringat terus terangguk-angguk mengiyakan.

Inda terus memejamkan matanya lalu bibir pula bergumam sesuatu. Makin lama makin jelas dan gumaman tersebut berupa mantera.

Pika kini telah pun berada di dalam kereta mewah milik Sufi. Sedang dia ralit merenung bangunan yang tinggi-tinggi tiba-tiba tangan laju memekup telinganya seraya tergeleng-geleng.

“Pika? Pika kenapa ni? Pika.. Abang berhenti sekejap. Pika..”

“Ha, kenapa dengan Pika?” soal Sufi sedikit terkejut dan pemanduannya juga agak kelam-kabut. Stereng dia pusingkan ke sebelah kanan jalan yang berdekatan dengan pondok hentian bas mini.

“Pika..” panggil Sophia juga Sufi serentak. Pika dari tertunduk kini mendongak dan mata pula terkelip-kelip kebingungan. Lama dia menatap pandangan Sophia dan Sufi.

“Pika sayang kenapa ni? Pika ok tak ni? Atau Pika rasa tak selesa?” soal Sophia bertubi. Membuatkan Pika semakin celaru. Laju dia menggelengkan kepalanya. Perlahan-lahan Pika ukirkan senyuman pada Sophia dan Sufi.

“Mama… Pika lapar…”

Sophia dan Sufi terus tersenyum. Sufi kembali memandu keluar memandangkan enjin masih lagi hidup. “Pika, papa dengan mama memang nak bawa Pika makan. Beli baju Pika…” terang Sufi melawan renungan Pika. Sophia disebelah juga tersenyum. Hatinya semakin berasa bahagia dengan kehadiran Pika.

*******

” PIKA… Bangun…” seru satu suara yang tidak tahu dari mana datangnya. Pika terus terjegil matanya dan terbangun dengan badan ditegakkan.

“Aku kan sudah bagi amaran pada kau tempohari kenapa kau buat juga? Jangan kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat selama ini biarpun telah berbulan kau berjauhan dari aku,” ujar suara yang mirip dengan suara Inda itu lagi.

Kata-katanya juga berbaur ancaman..

“Kalau Sophia tak telefon bagitahu pun.. Aku sememangnya telah tahu. Kenapa kau buat lagi, Pika?” soal suara itu lagi. Pika masih lagi memandang tepat ke arah pintu. Mata helangnya dicerlungkan.

“Jawablah!” tegas suara itu lagi. Pika juga agak terkejut. Langsung dia menoleh ke bahagian meja solek dan mata terpusat di permukaan cermin. Ibu Inda ada di dalam cermin dengan wajah garangnya.

“Kau dengan aku tak perlulah nak berlakon jadi budak kecil sangat. Aku tanya ni, jawablah. Apa yang dah kau lakukan sampai mama angkat kau cari aku? Kau b***h siapa pula kali ini. Kau ni kenapa hah? Langsung tak mahu nak bersyukur. Ikutkan aku, aku tak mahu dan takkan jual kau pada mana-mana keluarga lagi. Biar kau terperuk di bilik kau itu!” ancam Inda.

Pika mengigit pinggir pula lalu dengan sepintas lalu, dia kembali teringatkan keadaan bilik rahsia Inda. Bilik seksaan buat Pika bukan bilik tidur.

Pika membisu dahulu biar wanita tua itu menoktahkan hujahnya dahulu dan pada masa itu barulah Pika membuka mulut untuk bersuara.

“Ibu sudah habis bercakap?” Tenang Pika bersuara.

”Kau jangan cuba sindir aku!” tukas Inda makin geram dengan sikap anak kecil itu. Semakin berani dia kini!

“Budak tu ejek Pika. Takkan Pika nak jadi patung saja. Redha saja apa orang nak buat pada Pika, begitu?” Pika juga menegakkan apa yang sepatutnya ditegakkan.

Pika tidak boleh diam sahaja apabila dirinya ditohmah dan dicaci kerana dia bukan Pika yang dulu. Perlahan-lahan dia menarik keluar pisau lipat dari dalam sarung bantalnya.

Sambil dia cuba membuka pisau lipat yang kini telah pun berada ditangan. Pika kembali teringat semasa dirinya telah dikepung..

Pika bukan saja dijatuhkan malah tangan-tangan miang budak tidak guna serta geng nya itu telah membuat sesuatu yang tidak senonoh padanya.

“Ibu apa tahu? Ibu, Pika dicabuli ibu tahu tak?” tekan Pika juga bengang dengan amarah tanpa sebab wanita bersanggul itu. Selimut kian dicengkam setelah pisau diletakkan sekejap atas tilam sambil mata pula tajam menyelinap.

“Huh, cabuli apa? Kamu cantik? Siapa? Lelaki mana yang hadap muka kamu tu? Dasar anak bajingan sudahlah cacat lagi mahu perasan!” cemuh Inda makin merengsakan jiwa Pika.

Spontan Pika mengambil semula pisau lipat dari atas tilam lalu digenggam dengan kejap. Namun pisau tersebut terlepas dan melayang ke arah dinding sebelum menghempasnya.

“Berani kau ya nak b***h aku! Apa? Kau fikir kau tu siapa,hah? Jangan kau ingat keluarga ini sayangkan kau aku tak boleh bawa kau semula ke bilik! Kau belum kenal aku, Pika. Kau belum cukup-cukup kenal aku!” selanya dan terus berkumat-kamit mulutnya.

“Sakit, berhenti.. Aku sakit aku sakit. Argh, sakitnya tolonglah berhenti!” teriak Pika terus memekup telinganya dan menggelengkan kepalanya.

Amarah Inda telah menutupi rasa sedihnya. Mulutnya terus berkumat-kamit. Inda sebenarnya masih lagi berada di rumah yang terletak hujung kampung.

Yang datang menganggu Pika itu hanyalah khadamnya semata. Inda mahu mengajar anak kecil itu supaya jangan suka mencabar orang yang lebih tua darinya.

Sophia masih lagi melekapkan telinganya ke dinding. Setiap butir bicara anak gadis itu telah dia dengari sambil bibir dikebam. Siapa sebenarnya Pika ini?

Sophia telah dikejutkan dengan jeritan Pika yang tidak semena-mena itu. Tanpa mahu membuang masa lagi, Sophia terus membuka pintu.

“Pika..” panggil Sophia setelah pintu dia bukakan dengan jelas. Pika berpaling ke arahnya. Namun senyuman dari Sophia tidak dia hiraukan.

Biar pun galau mengetuk jiwa, Sophia tetap melangkah dengan yakin untuk mendekati katil di mana Pika duduk itu. Pika tetap merenungnya dengan tajam dan Sophia sedar akan tingkah gadis kecil beranak mata hijau zamrud itu.

“Pika, tadi mama nak masuk bilik mama tapi mama terdengar Pika menjerit. Kenapa ya dengan anak mama ini?” Sophia menyoal dengan wajah tenang.

Dia tidak boleh tunjukkan sangat rasa gementar apatah lagi saat dia teringatkan peristiwa semalam. Sophia juga tahu Pika masih marahkannya kerana telah melaporkan pada Inda.

Sophia tiada niat lain. Dia terpaksa kerana dia khuatir perkara yang sama bakal berulang lagi. Sudahlah tadi dia telah dikejutkan dengan mayat kucing terbelah perut dan usus pula dijadikan rantai pagar rumahnya.

Sophia tahu kerana dia telah nampak. Bukan Sophia tak mahu bagitahu pada suaminya tentang perilaku pelik Pika. Sophia jadi tidak sampai hati kerana suaminya itu benar-benar sayangkan Pika.

Sophia terpaksa mengambil keputusan untuk menjalankan siasatan secara sembunyi. Dan orang pertama yang terlintas dibenak Sophia adalah Inda.

Lagipun anak kecil ini ada dalam rumah ini atas satu perjanjian rahsia tanpa diketahui oleh suaminya, Sufi. Perjanjian yang melibatkan kepercayaan.

“Tak apalah, kalau Pika tak mahu ceritakan pada mama. Mama keluar dulu ya sayang,” ujar Sophia dengan lembut. Dia tahu Pika masih lagi marah padanya biarpun anak kecil itu tidak beritahu namun aksinya sudah cukup untuk Sophia taakul.

Sebelum menapak ke arah pintu, Sophia sempat juga cuba mengesan sesuatu benda yang ganjil dan dia tidak menyedari dalam cermin ada sepasang mata merah sedang merenungnya diketika itu.

Spontan Sophia berpaling lalu mata tepat terhala pada cermin. Sophia terus memekup mulutnya. Berderau darahnya kini apatah lagi saat matanya terkerling senyuman yang terukir di wajah Pika sedangkan tadi wajah itu teramat masam.

Sophia mengecilkan matanya dan cuba meneliti kembali. Benarkah apa yang sedang dia lihat itu? Kelihatan ada satu bayangan hitam bertubuh seorang perempuan dengan kebaya.

“Mama.. Mama takut apa tu?” soal Pika secara tiba-tiba perlahan-lahan dia dongakkan kepalanya dan bergerak ke sebelah kanan. Sophia tergamam melihat tampang wajah Pika.

“ABANG, macamana ni bang? Mana Pika pergi?” soal Sophia semakin gundah dengan mata yang melilau melihat sepanjang jalan. Mujurlah kereta memang perlahan pergerakkannya.

“Dia macam dah tahu kita nak cari dia,” ujar Sufy lalu mendapat anggukan dari Sophia. Sophia mengigit kuku, tabiatnya apabila dilanda masalah. Airmata telah kering namun bakal keluar lagi.

“Abang, berhenti bang. Berhenti. Sophia nampak Pika kat lorong kecil itu. Cepat undur balik dan cuba masuk,” arah Sophia dengan gapah sekali. Tangan juga ikut sama bergerak tidak tentu-hala.

Dengan kelajuan yang pantas kereta mereka kini akan memasuki ke dalam lorong yang berapitan dengan lalang yang meninggi. Sufy terus menyalakan lampu tinggi.

Sehingga malam mereka mencari namun tidak ketemu lagi dengan Pika. “Mana kamu ni nak? Baliklah nak…” rayu Sophia sambil memerhati keadaan tepinya yang diselaputi kegelapan.

“Eh, itu macam ada rumah bang”
“Aha, pelik pula abang Pia. Ada rumah dalam kawasan gelap dan sunyi begini,” tegur Sufy lalu memperlahankan kenderaan sebelum berhenti di bawah sebuah pohon rendang.

Sophia dan Sufy turun dari kereta sama-sama. Keluar sahaja, Sophia menikmati suasana gelap dan sepi itu dengan rasa keseraman. Apatah lagi ada rumah dikawasan hutan.

“Abang telefon siapa tu?”
“Polis mereka patut tahu..”
“Tapi bang!”
“Abang tak mahu bersubahat Sophia, titik!” tegas Sufy lalu menjawab panggilan.

Setelah menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket seluar. Sufy mengeluarkan pula lampu suluh mini. Sebelum dia arahkan Sophia agar mengikutinya dari belakang.

Hembusan nafas malam yang membelai wajah itu tidak sedikit pun membuatkan Sophia merasa sejuk malah tambah berbahang tatkala mengenangkan dirinya telah ditipu bulat-bulat.

“Mungkin ini silap kita juga kerana mengambil anak angkat dari cara yang terlarang. Dah tu pula, latarbelakangnya pun tidak kita ketahui atau mahu ambil tahu ” terang Sufy ralat.

Sophia dengar bebelan suaminya itu, dia juga sedikit terkesan. Mungkin selama ini matanya telah dibutakan dengan rasa cemburu pada pasangan lain yang mempunyai anak, sehingga dia sanggup guna cara ini.

“Kau ingat Sophia pada perjanjian itu… Aku boleh ambil semula anak itu tapi kau tahukan apa yang perlu kau lakukan?” soalan berbaur ancaman sekali lagi Inda provok pada Sophia.

Memang benar, Sophia dan Sufy ambil Pika bukan setakat prosedur biasa atas kertas tetapi ada janji yang telah mereka meterai.

“Pia, awak tunggu saja di sini…”
“Eh, kenapa pula? Takkan awak nak masuk seorang? Apa-apa hal berlaku mana saya nak cari awak?” bantah Sophia agak meninggi sedikit suaranya.

Beberapa ekor burung-burung yang sedang menginap atas dahan pokok berterbangan lari kerana terkejut. Sufi dengan pantas membuat isyarat diam dengan jari menutup bibirnya.

Memandangkan jarak mereka dengan banglo seram tersebut tidak terlalu jauh. Ternyata memang Pika sudah masuk ke dalamnya. Terbukti dia bukan anak kecil biasa-biasa.

Takkan ada budak yang berani masuk ke tempat gelap dan seram seorang diri tanpa peneman.

“Awak tunggu sini sebab bila polis tiba nanti awak boleh ikut mereka sekali, dan kalau kita masuk serentak sebarang kemungkinan pastikan berlaku. Awak tahu apa yang ada di dalam sana, tak kan? Jadi, sebab itulah saya minta awak tunggu sini lagipun pihak polis memang dah dalam perjalanan. Nah awak ambil fonsel saya dan ini buat senjata,” arah Sufy.

Mata Sophia agak membulat tatkala tunakkan mata terjatuh pada senjata yang sedang dia pegang sekarang. Sophia akui itu, memang Sufy juga bukan sembarangan orang.

“Awak tolong hati-hati. Awak kalau boleh pujuklah Pika balik…” pinta Sophia agak sayu. Suara juga bergetaran. Sophia begitu berat hati mahu melepaskan Sufy pergi seorang diri walau dia tahu Sufy ada seni bela diri.

Sophia juga kena akui, mereka kini bukan berdepan dengan benda yang nyata tetapi benda mistik juga. “Ya Allah tolong lindungi suamiku..” doanya dalam hati.

Makin lama Sufy semakin hilang ditelan gelapnya malam. Sophia tetap berwaspada. Keliaran mata juga tidak berhenti dari bergerak ke sana dan ke sini.

Angin berhembus lembut menyebabkan Sophia terpaksa menolak kembali rambut yang terjuntai ke dahi untuk kembali ke belakang. Sophia makin menggenggam erat kerambit apabila telinganya telah menangkap bunyi sesuatu. Dia tahu mungkin dia tak keseorangan apatah lagi anjing juga menyalak.

Sufy sudah semakin dalam mengekori dan menjejak Pika. Sufy sebenarnya sudah lama tahu tentang Pika sedari hari pertama dia di ambil sebagai anak angkat. Dia juga tahu siapa Inda dan Ayu.

Dia terpaksa menutup mulut serta hijabnya demi Sophia. Dan kerana itulah, Pika tidak betah berlama dalam rumah kerana ‘pagar’ yang telah Sufy pasangkan.

Sufy juga di dalam diam membuat penyiasatan dan dia tahu Pika keluar malam mengikut pintu dapur. Sufy ekorinya sehingga anak kecil itu berhenti pada satu reban ayam.

Apa yang paling membuatkan dia terkejut, Pika bukan sahaja telah m******h ayam-ayam tersebut dengan cara memulas tengkuknya malahan Pika sanggup memakan tanpa ia dimasak. Dan dari situ, Sufy pula menaruh rasa curiga pada Pika.

Siapa Syafika sebenarnya?
Ilmu apa yang telah dia pelajari daam umur yang tidak sepatutnya. Atau adakah Pika mempunyai masalah mental atau dia seorang psikopat?

Selain itu, Sufy juga pernah menuruti Pika yang nekad keluar seorang diri tengahmalam seperti waktu sekarang ini. Sufy terpaksa mengekorinya dengan basikal sehingga ke pekan.

Apa yang mengejutkan Sufy, Pika benar-benar seorang perancang yang handal. Sufy kenali budak yang Pika ketemu dan dia merupakan pesaing Pika di kelas. Sophia juga sedar akan perkara tersebut. Pika tidak suka ada orang yang melebihi darinya.

Sufy sedar yang dia sudah terlambat. Sepatutnya sudah lama dia bagitahu pada Sophia tentang Syafika. Sufy rela dimarahi dan dituduh macam-macam oleh Sophia. Sufy punyai bukti.

Berbalik semula pada malam itu, Sufy benar-benar tak menyangka bahawa Pika adalah pembunuh yang pihak polis cari selama ini. Mereka juga tidak mengetahui bahawa pembunuh yang suka menghancurkan kepala lutut para mangsanya itu adalah seorang kanak-kanak perempuan!

Di dalam semak, Sophia masih lagi berjaga-jaga dalam menanti ketibaan pasukan polis. Sophia terkesat-kesat airmatanya mengenangkan apa yang telah dia lakukan ini.

“Abang, ampunkan Pia. Sepatutnya dah lama Pia bagitahu abang tentang keadaan mental Pika. Tapi Pia takut bang, Pia takut abang bencikan Pika dan abang mahu kembalikan dia pada Inda. Inda jahat bang!”

“Pia tahu bang Pika… Pika yang lakukan pembunuhan-pembunuhan tersebut. Dan ini termasuklah, cikgu Dewi. Pihak sekolah juga sudah tahu tapi Pia yang sembunyikan kebenaran itu dari pengetahuan abang. Pia lakukan ini kerana Pia tak mahu kehilangan Pika..”

“Pia juga telah menipu abang… Pia dan Inda, kami telah membuat satu perjanjian berdarah…”

“Aduh!” aduh Sophia lalu mengigit bibirnya menahan rengsa ketika proses kelaran pergelangan tangan diantara dirinya dengan Inda. Semua itu dilakukan demi perjanjian mereka dengan azazil laknatullah!

“Sekarang kau, aku juga Pika tidak akan berpisah. Dan jika ada diantara kita yang m**i atau sebaliknya perjanjian ini akan batal dengan sendirinya. Namun, jika perjanjian ini dengan sengaja mahu membatalkannya kau dan suami kau akan terima akibatnya. Aku tahu Pika tak macam kanak-kanak lain yang sebaya dengannya, namun dia ada keistimewaan yang kita semua tiada..” ujar Inda. Hanya ada seperkara lagi yang masih dia sembunyikan dari pengetahuan Sophia.

Pika telah banyak melakukan pembunuhan ketika dia tinggal dengan keluarga-keluarga angkatnya yang dahulu. Dan pada masa itu, modus operandi Pika hanya pada adik perempuan dan ibu angkatnya.

Pika tidak akan sesekali mencelakakan abang, adik lelaki serta bapa angkatnya. Pika benci pada perempuan kerana sikap Inda dan Mas Ayu yang memperlakukannya tak ubah seperti haiwan.

Pika tidak tinggal dengan mereka tetapi dia dikurung dalam sangkar bawah rumah. Kakinya berantai dan apabila ada kaum lelaki yang datang untuk berubat, Pika seringkali dijadikan mangsa pemuas nafsu serakah mereka dengan alasan untuk tujuan perubatan dan bukti keberkesanan segala jamu-jamu Inda.

“Sophia…”

“Siapa?” soal Sophia mulai tidak sedap hati. Sudahlah dia ditinggalkan sendirian dalam semak. Mata walau sukar mahu melihat apa yang ada di tepi atau di depan kerana gelap, Sophia tetap memaksa diri.

“Sophia…”

“Siapa? Tolong jangan main-main, apa yang awak mahukan dari saya?” soal Sophia cuba menegaskan suaranya. Lalu matanya seakan terlihat sesuatu, sesuatu yang semakin mahu mendekati semak tempat dia sedang bersembunyi itu.

Sementara itu, Sufy semakin mendekati bilik yang Pika sedang tujui itu. Pika mengoyakkan senyum secara tiba-tiba. Langkah dia hentikan seketika lalu bergumam sesuatu.

Pada pandangan Sufy itu adalah Pika namun perkara yang sebenar figura bertubuh budak kecil itu adalah Inda. Pika pula melencongkan perjalanannya kerana dia telah menghidu sesuatu. Wangian Sufy bapa angkat kesayangannya itu.

Sufy harus berdepan juga dengan anak kecil itu. Anak kecil bermata helang itu amat merbahaya. Pika harus dibawakan ke hospital tekanan jiwa sebelum melarat.

“Pika!”

Pika perlahan-lahan memalingkan kepalanya. Bibir pula masih tersenyum menyeringai. Wajah keanak-anakan berubah seratus-peratus.

“Kau?” soal Sufy benar-benar tidak percaya dengan apa yang sedang dia lihat itu. “Mana? Bukankah tadi Pika?” soalnya lagi tergeleng-geleng. Berundur setapak apabila dia melihat Inda yang menyeringai keseraman itu cuba mendekati dirinya.

“Inda jangan kau ganggu dia!” herdik Pika yang hadir dari dalam gelap sambil tangannya memegang kapak. “Kau lepaskan papa aku, Inda. Ini antara aku dengan kau. Dah lama aku tunggu saat ini. Hahaha!” pekik Pika lagi tanpa rasa takut.

“Pika, sudah tu nak,” pujuk Sufy mahu berdiplomasi dengan anak kecil itu. Pika yang berwajah dingin itu sekadar menggelengkan kepalanya.

“Maafkan Pika, maafkan Pika”
“Inda!!” tempik Pika tanpa sedikit pun rasa takut apatah lagi hormat dan dia terus berlari ke arah Inda.

“Pika!!”

“Sophia!!”

“Syafika berhenti!” arah pegawai polis tersebut. Pika masih lagi berdegil dan terus menetak tubuh terbelah dua Inda tanpa mahu mempedulikan arahan dari pihak berkuasa. D***h semakin membuak-buak keluar!

“Syafika!”

Pang! Pang!

****

Sophia dan Sufy saling berpelukan melihat keadaan anak kecil itu sedang tersenyum sendirian atas katil dalam bilik gelap itu.

Pika telah di diagnosis mengalami schizophrenia and severe traumatic disorder yang menyebabkan dia bertindak nekad dengan melakukan pembunuhan.

Pika boleh juga dipanggil sebagai psikopat kecil.

TAMAT.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

RATIH LAKSHMI

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 24 Average: 3.5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.