Kisah ini berlaku minggu lepas dan masih segar dalam ingatan aku. Masa tu jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Aku dalam perjalannan pulang dari kampus. Dah 4 tahun aku menyambung pengajian di salah satu ipta di pantai timur dan setiap malam memang aku akan balik dalam pukul 10.30 malam cuma selama ini aku tak pernah terserempak dengan “gula-gula lompat” tu.
Nak jadi cerita malam tersebut aku balik mcm biasa. Aku naik motor lalu depan apartment area rumah aku. Untuk pengetahuan pembaca, area taman perumahan tempat aku menyewa dulu tu adalah sebuah hutan sebelum mereka menjadikannya satu taman perumahan. Tapi rumah aku itu masih berdekatan dengan kampus tempat aq belajar yang hanya dipisahkan oleh 1 jalan raya.
Aku naik motor macam biasa dan tak laju pun sebab jalan macam sempit. Kereta mereka park kiri kanan. Dari jauh aku nampak uncle Cina bawa grab keluar kereta kancil. Uncle tu aku memang biasa nampak waktu pagi. Aku biasa selisih time aku p jogging. Jadi aku tau la yang uncle tu memang manusia. Aku slow kan moto sebab area uncle tu parking mcm ada selekoh sikit dan ada bas tersadai yang diparking di tepi jalan. Lagipun, aku takut terlanggar lembu dan lubang di jalan raya kerana kawasan itu agak gelap pada waktu malam.
Untuk pengetahuan korang, tembok yang memisahkan setiap rumah di sini adalah pagar bagi setiap rumah di kawasan taman perumahan tersebut dan ianya tembok simen yang agak tinggi. Kalau aku bediri tepi tembok tu aku tak boleh lepas tembok tu.
Elok aku sampai kat uncle tu, cun cun mata aku tengok kat belakang tembok tu. Nampak kepala dia saja weh duk tengok aku. Aku pulak at the first place tak cam apa benda tu.
Aku nampak macam benda pelik cuma masa tu aku cakap dalam hati…” eh apa ni?”.
Tak puas hati, aku kecikkan mata aku sikit, aku macam focus sikit nk tengok apa ni sebab area tu samar2. Lampu jalan 1 rosak. Sekali aku nampak ikat kat kepala dia. Automatic aku macam, ohh aku tau aku tau apa ni. Cepat-cepat aku pandang depan. Tapi aku takda la gelabah press motor laju-laju. Aku cuba buat relaks macam aku tak nampak dia, walhal dalam hati ” weh pocong”.
Mujur la rumah aku dah tak jauh. Sampai rumah aku termenung jap kat luar bagi hawa2 dia hilang dulu. Ada org cakap ludah kat luar. Ludah jugak la korang. Aku tak pandang dah mana-mana. Pandang kaki aku saja. Seriau satgi pandang2 aku nampak dia pulak. Tak kuasa aku.
Muka hitam tapi aku tak nampak mata hidung dia semua. Badan dia sembunyi belakang tembok sebab tu aku nampak kepala dia saja. huhu entah ada badan ke tak aku pun tak tau.
The next day aku pergi dan balik daripada kampus macam biasa. Balik tu, baca doa banyak jugak la. Alhamdulillah dah tak jumpa dan harap-harap aku dah tak akan jumpa la dia lagi selepas ini. Sekian terima kasih.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit