Pocong Terbaring di Tengah Jalan

Bismillah.
Terima kasih admin kerana menyiarkan kisah aku yang bertajuk Kau Cabar, Aku Datang. Oleh kerana aku sedang bercuti panjang, aku boleh meluangkan sedikit masa mengarang satu lagi pengalaman aku ketika menggalas tugas sebagai seorang pramugara.

Tapi kali ini,ianya berlaku sesudah aku pulang dari penerbangan harian(daily flight) dan sedikit sebanyak ia memberi kesan dalam kehidupan aku seharian.

Tahun 2015 aku melangsungkan perkahwinan dan kami menyewa sebuah bilik secara sementara di Bukit Jalil sementara mencari rumah lain. Isteri ku juga seorang anak kapal seperti ku, jadi kami sedia maklum dengan jadual penerbangan masing-masing dan kerap kali tidak berpeluang berjumpa di rumah memandangkan masing-masing mempunyai jadual penerbangan yang berlainan.

Pada hari kejadian,isteri ku berada dirumah menanti kepulangan ku. Walaupun jam sudah pun melepasi 12 tengah malam,kami telah berjanji untuk keluar makan lewat malam bersama. Aku yang baru sahaja touch down dari penerbangan bergegas ingin pulang kerumah.

Oleh kerana bukan malam minggu,jalan agak lengang memudahkan perjalanan ku memandu sedikit laju. Akhirnya aku tiba di simpang empat bersebelahan sebuah kolej di Bukit Jalil, di mana jarak lokasi tersebut dari rumah ku semakin hampir.

Sedang aku memandu perlahan menyusuri jalan ke arah rumah ku, aku terlihat seakan-akan kain kotor yang dibungkus dalam keadaan terbaring di tengah jalan. Jarak aku semakin hampir dengan bungkusan itu, sedikit pun tidak terlintas dalam fikiran ku apa-apa yang menyeramkan, sampai lah aku cuba mengelak dari melanggarnya, tiba tiba bau kapur barus memenuhi ruang di dalam keretaku disulami dengan perasaan terkejut dan meremang!

Ah sudah! “Dia” datang pulak! Aku mula memecut tanpa menghiraukan isyarat lampu traffic. Bertambah gusar aku memikirkan aku perlu mencari parking diluar kediaman memandangkan tuan rumah tidak menyediakan parkir kepadaku.

Aku berlari anak sambil menarik beg naik ke rumah. Sampai sahaja di rumah,aku mengambil keputusan untuk tidak memberitahu isteriku bagi mengelakkan rasa takut dalam dirinya. Program asal untuk keluar juga aku batalkan dengan alasan aku kepenatan.

Di dalam bilik mandi aku terbayang bayang apa yang aku lihat tadi. Tertanya tanya adakah itu yang dikatakan pocong?Usai mandi aku terus tidur. Isteri aku sudah pun dibuai mimpi indah.

Selepas seharian bekerja,jarang sekali untuk aku terjaga di tengah malam. Tapi tidak untuk malam itu. Aku terjaga, dalam keadaan mamai, aku terlihat di bucu bilik ku, sekujur tubuh berbungkus, dengan muka yang gelap dan bermata kehijauan melihat tajam kearah ku!!! Aku tergamam ! Mulut terasa seperti dikunci untuk berkata kata,aku pantas mengejutkan isteri ku di sebelah. Dalam keadaan separa sedar,isteri ku bertanyakan kepada ku kenapa, dan apabila aku memandang semula kearah bucu bilik,makluk itu sudah pun tiada. Barang kali takut pada isteriku yang aku juga kadang-kadang terasa demikian.Aku menyuruh isteriku untuk sambung tidur semula.

Setelah agak beberapa lama, mata ku seperti digam,tidur seperti tiada apa yang berlaku. Aku terjaga buat kali kedua, dan kali ini,dia berada betul betul di atas muka aku,melekat rapat di atas siling,dengan dibaluti kain yang lusuh dan melayang layang tepat melihat kearah ku!
Aku beristifar panjang dan melaungkan Allah Hu Akbar ! Seraya dengan itu isteri ku terjaga, ingin sahaja aku menceritakan kepada nya, tapi khuatir jikalau ia memberi kesan kepada isteri ku. Sekali lagi aku hanya memberitahunya aku bermimpi.

Aku terus bangun dan mengambil wudu’ . Aku membiarkan lampu tandas bilik ku menyala. Aku duduk di tepi katil. Membuat konklusi sendiri, “barang kali benda ni mengikut aku dari luar tak?” Seperti yang aku ceritakan kepada kalian di kisah lepas, aku perlu pasti kan bilik sentiasa gelap untuk memudahkan aku tidur. Namun semenjak kejadian tersebut, aku akan tidur dengan satu lampu kecil dibiar menyala.Supaya aku boleh memerhati,kalau-kalau ada yang melihat ku dalam diam…..

Sekian
Shafix fixie

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

shafix Fixie

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.7]

4 thoughts on “Pocong Terbaring di Tengah Jalan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.