Polis Misteri

Kehidupan sebagai pasangan suami isteri yg hidup berjauhan memang memerlukan pengorbanan. Begitulah juga dengan aku. Aku mendirikan rumahtangga pada 2008 dengan seorg guru. Isteri ku mengajar di sebuah skolah perempuan di penang manakala aku bekerja di Lumut sbg pasukan keselamatan.
Berjauhan sering membuatkn aku menghitung hari setiap minggu untuk pulang ke penang berjumpa insan tersayang. Biarlah dr isnin sampai khamis aku bekerja 24jam pun tidak mengapa. Asalkan hari minggu aku tidak terikat dengan jadual kerja. Pernah aku sanggup membayar rakan kerja 2 kli gnda bagi memangku tugasku sekiranya aku perlu bekerja di hari minggu.

Aku membuat perjalanan dengan kereta dan kadang-kadang menaiki motorsikal. Keretaku pada masa tu hanyalah waja 1.6. Cukuplah pada waktu tu sebagai pasangan yang di awal perkahwinan. Motor pula hanyalah skuter modenas elit 150. Aku sering berulang alik menggunakan laluan dalam tidak melalui tol kerana aku sering bertolak lepas kerja di mana kadang-kadang badan aku selalu letih bekerja dan bersukan. Aku lebhi suka memandu dalam keadaan tingkap terbuka dan melalui kawasan-kawasan kampung kerana persekitaran begini amat membantu ku daripada mengantok ketika memandu.

Perjalanan ku dalam keadaan santai. Masa diambil sekitar 2 – 2 jam setengah perjalanan. Lazimnya aku bertolak dari tempat kerja jam 6 atau 6:30 ptg.

Pengalaman ku bertemu seorang polis misteri sekitar daerah parit buntar tidak dapat kulupakan.
Padaku dia adalah makhluk yang menzahirkan diri mungkin kerana bagi mengingatkan kita tentang wujudnya makhluk-makhluk sedemikian di bumi Allah s.w.t.

Jam 6:45ptg,jumaat, 2009.
Aku bergegas membersihkn diri selepas intensif training kerana mempersiapkan diri menjelang kejohanan antara badan beruniform yg akan tiba tidak lama lagi. Dari jam 2petang latihan bermula lagi, kepala ku asyik menjeling jam di dinding, bilalah coach nak tamatkn latihan. Tapi aku sedar, dalam masa ini,training adalah 2 kali ganda dari selalu kerana bagi memastikan aku benar-benar bersedia untuk bertarung. Juara yang aku sandang sejak 2 tahun berturut-berturut membuatkan aku sering diberi perhatian lebih. Jam 6:10petang, kami dilepaskn pulang. Aku terus berlari pecutĀ  seolah-olah dikejar seekor harimau.

Seusai membersihkn diri dan solat asar, jarum telah mencecah 7:20ptg. Dalam suasana bujang yang berkongsi bilik air ni, faham-faham la. Ada yg memerut, ada yg menyanyi dalam bilik air, ada yang membasuh. Sakit hati pula apabila memikir sedangkn kita nak cepat. Baki kurang lebih 10min nak maghrib. Aku mmbuat keputusan, apa salahnya aku solat maghrib dulu baru bergerak kerana tiada beza awal 10minit dengan masa yg perlu aku ambil utk berhenti jugak nanti bagi melangsaikn tuntutan solat itu. Selesai berdoa ala kadar dan mengemas katil, aku terus mencapai kunci dan menuju ke kereta. 1 pesanan ringkas sms dihantar kepada yang tersayang supaya mendoakan keselamatan ku dalam perjalanan. Waja 1.6 auto ku meluncur laju tepat jam 8malam. Pemanduan malam itu tidak seperti malam-malam minggu sebelumnya kerana kebetulan hari minggu waktu itu adalah long weekend. Banyak kenderaan menyusuri di jalan segari-pantai remis-taiping. Mungkin ramai yang bercuti panjang. Aku membuka siaran radio bagi menghilangkn kebosanan memandu. Jam lebih kurang 9:20malam aku melewati tol kamunting. Pada awalnya, aku memang ingin masuk ikut susur tol dan melalui hiway tetapi entah mengapa malam itu hati kecilku membisikkan supaya menggunakan jalan dalam. Pikiranku, mungkn hiway pun banyak kereta kerana maklumlah minggu itu adalah waktu cuti yg panjang.

9:30malam, aku berhenti di salah sebuah surau bagi menunaikn solat Isyak. 9:40malam aku meneruskn perjalanan. Bermula perjalanan ku dari surau sebentar tadi, ada keanehan yang dapat dirasakan. Sebelum berhenti solat, agak banyak juga kenderaan menggunakan jalan yg aku lalui dari kedua-dua arah. Namun pada waktu itu, jalan lengang kerana tiada langsung kenderaan yang lalu. Dahlah keadaan jalan sepanjng laluan gelap kerana waktu itu lampu jalan pun berjarak 2 ke 3 km setiap satu. Tambahan pula semasa aku hendak meneruskn perjalanan tadi, hujan gerimis halus jatuh menyembah bumi. Alhamdulillah, nikmat Allah bagi menyejukkan bumi. Aku menutup tingkap dan membiarkn terbuka sedikit bagi membenarkan aliran angin masuk ke dalam kereta. Keadaan malam itu sungguh sejuk kerana kehadiran titis-titis gerimis.

10:05-10:30mlm
Melewati daerah parit buntar, di sebuah kawasan kilang yang kebanyakannya adalah warga asing, dari kejauhan aku melihat 1 cahaya kecil yg menyuluh berkali-kali sayup-sayup dari kejauhan. Cahaya itu lagaknya seperti seorang penguatkuasa yang melakukan sekatan jalanraya. Tetapi tidak pula aku melihat lampu amaran biru/merah atau lampu tambahan bagi pos sementara yang dibina bagi tujuan operasi. Lampu kenderaan kerajaan pun tiada. Ah,mungkin ada kecelakaan kecil atau musibah penduduk sekitar sini dan yang lain membantu.
Oleh kerana keadaan jalan lengang, dan keadaan jalan yang basah walaupun hanya gerimis, aku memperlahankan kenderaan. Sesampainya aku pada cahaya lampu itu dalam jarak kurang lebih 100m, ternyata ianya adalah lampu suluh bersaiz kecil yang dihalakan oleh seorang anggota polis. Aku mematikan lampu utama kerana aku telah dilatih di pasukan ku mematikn lampu baig mengelakkan silau pada anggota yang bertugas utk memeriksa kenderaan dan menghidupkan lampu kabin serta membuka tingkap.
Setibanya aku di tempat pemeriksaan, kelihatan hanya seorang sahaja anggota yang ada. Dalam keadaan mata ku disuluh oleh cahaya lampu suluh anggota tersebut, samar-samar ku lihat seolah-olah anggota tersebut memakai uniform yg lengkap, beret tetapi terdapat kesan-kesan koyakan halus seolah-olah kesan calar yang mencarikkan benang uniformnya, compang camping, dan basah kuyup. Mukanya tidak dapat dicam kerana cahaya dihala tepat ke mataku. Aku lantas memberi sapaan hormat “assalamualaikum dan selamat petang encik” tetapi tidak dijawab oleh beliau. Anggota tersebut hanya diam tidak berkata apa-apa dan hanya menyuluh lampu ke muka ku. Aku pun bertanya “ye encik ada apa?” Namun dia masih lagi diam. Ku pandang hadapan dan cermin sisi kelihatan jalan lengang, tiada langsung kenderaan. Yang ada hanyalah keretaku. Aku mula berfikir yang bukan-bukan kerana mungkinkah ini manusia yang menyamar anggota polis yg berniat jahat?
Aku terus mempersiapkan diri bagi menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku. Prinsip ku pantang mengalah,teruskn melawan sedaya upaya. Jika musuh yang datang ingin menyakiti aku, berdarahlah dia, berdarah aku, patahlah dia, Patah aku, m**i lah dia, penumbuk telah ku kepal erat-erat.

Dalam keadaan 10 saat yang sepi ini, aku bertanya buat kali terakhir, “encik,ada apa?kenapa tahan saya?kenapa encik seorang sahaja?encik ni anggota betul ke?”
Dia masih lagi membisu dan terus menyuluh ke mukaku. Bagi kali yg ketiga semasa aku baru sahaja hendak melontarkn pertanyaan penghabisan, dia menyuluh cahaya lampu itu ke bawah dan terus kembali ke muka aku. Sekilas aku melihat muka anggota tersebut seperti baru lepas kemalangan, penuh luka-luka dan terdapat d***h mengalir dari kepalanya. Muka nya keputih-putihan pucat tidak seperti kulit manusia biasa. Patutlah kelihatan uniform nya seperti compang camping dan comot. Aku segera kendurkan penumbuk ku dan bertanya kepadanya, encik ni eksident ke ? Masa tu baru beliau menjawab. “Ye encik. Saya sedang mengenalpasti kenderaan yang melanggar saya. Saya pun taklah teruk mana. Xpe encik boleh jalan. Kenderaan balai sedang dalam perjalanan”. Aku pun membalas, baik cik. Terima kasih. Aku pun meneruskn perjalanan. Kelihatan hujan telah semakin lebat sehingga jalan kelihatan amat kelam. Aku menghidupkan penghawa dingin dan menutup tingkap. Mujur semasa pemeriksaan hujan tidak selebat ini. Boleh basah juga jika membuka tingkap untuk pemeriksaan anggota polis tadi. Fikiranku menerawang jauh memikirkn insiden sebentar tadi. Kenapa aku tidak menawarkan sahaja pertolongan kepadanya untuk sekurangnya dibawa ke hospital? Ah..mungkin aku berfikiran tak elok pada awalnya sehingga lupa nak bersangka baik dan memberi pertolongan pula. Aku cepat-cepat beristighfar.

10:40mlm
Kelihatan hujan semakin lebat. Jarak penglihatan pula terhad ke 30 -40 meter. Aku masih meneruskn pemanduan macam biasa. Dalam jarak kurang lebih 5 min perjalanan, di satu kawasan sepi kedai-kedai makan kampung dan rumah-rumah, skali lagi dikejauhan aku melihat cahaya yang sama seperti anggota polis yang menahanku sebentar tadi. Keadaan masa itu masih lengang , tiada kenderaan. Oleh kerana jarak penglihatan yang pendek, aku tidak dapat mengagak cahaya apakah sebenarnya itu. Aku menyalakan lampu tinggi. Dalam jarak keupayaan penglihatanku, dan bantuan lampu tinggi kereta, dengan jelas terlihat anggota polis tadi berpakaian sama, berada dihadapanku berperlakuan menyuluh seperti tadi. Kelihatan sebelah tangan kanan memegang lampu dan sebelah kiri seperti menahan sesuatu di bahagian perut. Pada masa itu terus terlintas difikiranku, ini sudah pasti ada yang ingin mengujiku. Kerana adalah mustahil orang yang sama boleh berada di 2 tempat berbeza dalam masa yang singkat. Mendekati sahaja anggota tersebut, membenarkan telahanku. Dengan bantuan cahaya lampu tinggi, kelihatan kulit pipi nya tersiat dengan beret masih di kepala, pakaian nya corak carik dan kelihatan tangan sebelah kirinya menahan untaian usus yang keluar melalui luka perut di sebelah kiri. Aku memperlahankan kenderaan kerana aku sedar, pada waktu ini, ramai pemandu akan takut dan melajukan kenderaan lalu berlakulah kemalangan. Melewati sahaja makhluk itu, perlakuannya masih tidak berubah,masih menyuluh muka ku. Aku memandang nya tetapi tidak dapat melihat kerana cahaya dari lampu suluh menghalang penglihatanku.

Melepasi makhluk itu, alhamdulillah tiada apa yg mengganggu perjalananku. Anehnya 5 minit perjalanan, kelihatan kereta masih sibuk di jalan-jalan dalam sehingga je juru dan hujan pula berhenti beransur.

Aku memasuki susur masuk hiway juru dan seterusnya ke jambatan pulau pinang pada jam 11malam. Smpai dirumah, perkara ini tidak aku ceritakanĀ  pada isteriku sekalipun sehingga ke hari kisah ini ditulis.

6:30pg, sabtu, 2009.
Berita terkini TV3 “seorang anggota polis m**i semasa melakukan sekatan jalanraya semasa rondaan bermotorsikal di Parit Buntar”

~PahlawanSendo~

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Pahlawan Sendo

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 13 Average: 4.6]

10 thoughts on “Polis Misteri”

  1. Dah banyak baca cerita dekat fs ni. Tapi ni first time habis baca rasa meremang. Bukan calangĀ² orang tuan punya cerita ni. Kalau saya tak tahu la boleh bawak kereta lagi ke tak kalau jumpa macam tu. Btw, kalau ada lagi cerita yang lain, hantar la lagi..

    Reply
  2. kisah en. ni teigt mse sy keck2 mak ayah pjj..ayah dok lumut mak kl.tiap minggu la kalau xkami yg dtg lumut ayah la dtg dok kl.lalu jln lama.masa tu kami sush pakai kereta lama tu.kenangan…sunggh..hihi

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.